{"id":28629,"date":"2021-02-19T10:32:06","date_gmt":"2021-02-19T02:32:06","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=28629"},"modified":"2021-02-19T10:32:06","modified_gmt":"2021-02-19T02:32:06","slug":"perubahan-sistem-nilai-penyebab-kemunculan-ajaran-salah-dalam-masyarakat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/perubahan-sistem-nilai-penyebab-kemunculan-ajaran-salah-dalam-masyarakat\/","title":{"rendered":"Perubahan Sistem Nilai Penyebab Kemunculan Ajaran Salah Dalam Masyarakat"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kemunculan ajaran-ajaran salah dalam masyarakat\ndewasa ini tidaklah memeranjatkan kerana ia bukanlah satu yang&nbsp; baru. Namun perkara yang menimbulkan\npersoalan ialah bagaimana ajaran yang jelas bertentangan dengan asas-asas agama\nini masih mampu menarik jumlah pengikut yang ramai sedangkan tahap pemikiran\nmasyarakat di negara ini umumnya telah maju dan sistem pendidikan agama pula\nsudah berkembang dengan begitu meluas? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ini mengundang kita untuk meneliti dengan\nlebih lanjut mengenai psikologi dan latar lingkungan kemasyarakatan yang\nmenjadi faktor terjadinya perkara ini.&nbsp; Seperkara\nyang pasti ialah mereka yang membawa ajaran-ajaran ini bukanlah datang dari\nluar, akan tetapi mereka merupakan orang tempatan yang telah biasa dengan\nkeadaan dan psikologi masyarakat di negara ini. &nbsp;Mereka bermula dengan membawa pemikiran\nberbeza yang melencong dari kefahaman arus perdana dan seterusnya berkembang\nsedikit demi sedikit dalam masyarakat. Bagi pemimpin yang membawa ajaran ini, kekeliruan\nyang dibawanya itu adalah satu bentuk \u2018penjernihan pemikiran\u2019 yang\nmengembalikan masyarakat ke kefahaman \u2018sebenar.\u2019 &nbsp;Sesuatu yang berbeza dan baru pastinya akan\ncepat dikenali seperti pepatah Arab yang mengatakan \u201cberbezalah, nescaya kamu\nakan dikenali.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Terdapat beberapa faktor yang\nmemudahkan perkembangan ajaran salah ini dalam masyarakat.&nbsp; Pertama, faktor dalaman iaitu kualiti\nindividu dan personaliti seseorang. Kajian psikologi menunjukkan bahawa antara\nperkara yang mempengaruhi seseorang untuk membawa ajaran salah ialah akal yang bermasalah,\npendidikan yang tidak sempurna, asuhan yang tidak betul dan kehilangan contoh\nuntuk diikuti. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun, faktor paling penting antara\nsemua ini ialah kualiti pendidikan agama dan akhlak yang rendah. Apabila\nseseorang tidak dididik dengan ilmu dan adab yang betul berasaskan sumber ilmu\ndan pembimbing yang sebenar, mereka akan terkeliru dalam pandangan alam dan\nakan cenderung berfikir dan bertindak di luar kebiasaan masyarakat. Dalam\nhubungan ini, konotasi makna \u2018kurang ajar\u2019 dalam Bahasa Melayu bukan sahaja\nmerujuk kepada kurangnya tahap pendidikan formal yang dicapai oleh seseorang,\nakan tetapi merujuk kepada cacatnya ilmu yang berkait dengan nilai akhlak dan\nadab.&nbsp; <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dari sudut pembentukan pemikiran, pendidikan\nagama yang betul telah sekian lama berperanan sebagai mekanisme pertahanan penting\nmasyarakat Islam untuk menyaring apa sahaja aliran yang betul dan salah yang\ndatang kepada mereka. Alat pertahanan ini terbina dengan kekuatan pendidikan\nIslam yang disemai secara teliti melalui pendidikan agama yang berjalan di\nrumah, di masjid dan surau, di madrasah dan di sekolah. &nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sistem pertahanan inilah yang\nternyata sudah menjadi lemah pada sebahagian kelompok masyarakat sehingga ada\nyang tidak mampu menyaring ajaran-ajaran salah yang tersebar dan akhirnya\npasrah menuruti ajaran-ajaran yang sesat ini. &nbsp;Ironisnya, perkara ini berlaku dalam keadaan wasilah\npengajaran dan pembelajaran ilmu pada hari ini telah berkembang dengan begitu\nmaju hasil kecanggihan teknologi maklumat yang telah dicapai oleh manusia. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Faktor lain yang mempengaruhi\npenyebaran ajaran salah ini ialah perubahan sistem nilai masyarakat yang\nmengakibatkan lunturnya sensitiviti masyarakat untuk segera menolak dan melawan\npenyebarannya. Disebabkan pengaruh falsafah pemikiran luar yang sekular, nilai\nyang dipegang oleh masyarakat sudah menjadi terbuka (<em>permissive<\/em>),\njusteru sangat mudah untuk menyesuaikan pandangan-pandangan yang \u2018berbeza\u2019 atas\nnama kepelbagaian dan kebebasan bersuara. &nbsp;Harvey Cox, seorang pemikir Kristian dalam\nkaryanya <em>The Secular City<\/em> mengatakan bahawa \u201c<em>pluralism and tolerance are the children of\nsecularization. They represent a society\u2019s unwillingness to enforce any\nparticular worldview on its citizen<\/em>.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kesannya, ahli masyarakat menjadi\nsemakin individualistik dan tidak sensitif dengan pemikiran-pemikiran yang\nberbeza dengan pegangan majoriti ahli masyarakat.&nbsp; Kepada mereka yang membawa pemikiran yang\nberbeza pula, mereka tidak lagi ambil kisah dengan pandangan orang lain\nterhadap mereka sehingga runtuhnya apa yang kenali dalam ilmu kemasyarakatan\nsebagai sistem kawalan sosial (<em>social control<\/em>). Jika sebelum ini tahap sensitiviti\nyang tinggi ini tercermin dalam bentuk teguran kepada seseorang yang berbeza\nyang datang dari pelbagai pihak seperti seperti jiran tetangga, saudara mara\ndan sahabat handai, kini semuanya telah luntur sedikit demi sedikit atas nama\n\u2018hak kebebasan peribadi.\u2019<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Antara tindakan yang boleh dilakukan\nbagi mengembalikan sensitiviti masyarakat mengenai ajarah salah ialah melalui\npengukuhan sistem pendidikan agama khususnya yang berkaitan dengan Akidah.\nPendidikan Akidah tidak seharusnya hanya menekankan tentang kepercayaan\nsemata-mata akan tetapi harus menerapkan pengajaran hujah dan dalil yang mantap\nmenegani prinsip-prinsip agama sebagai perisai untuk umat Islam menghadapi\najaran-ajaran salah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kedua, berdasarkan prinsip penting\najaran Islam, <em>amar ma\u2019ruf nahy munkar<\/em>, sensitiviti masyarakat Islam\nharus dipertingkatkan dalam setiap peringkat masyarakat. Berdasarkan petunjuk\nhadis Nabawi, peranan untuk mencegah kemungkaran dan kesalahan dalam ajaran agama\nharus dilakukan melalui tiga; kuasa, lisan atau sekurang-kurangnya melalui\nkebencian dalam hati. &nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Peranan kuasa harus dimainkan oleh\npihak kerajaan melalui akta dan perundangan bagi mengekang ajaran-ajaran salah\nini. Sementara peranan lisan perlu dibawa oleh para ilmuwan melalui kekuatan hujah\ndan dalil dalam bentuk tulisan dan perdebatan. Antara tradisi ilmuwan silam\nyang perlu dicontohi ialah penulisan berbentuk <em>\u2018firaq\u2019<\/em> yang\nmenyenaraikan kekeliruan pelbagai kelompok seperti yang ditulis oleh&nbsp; al-Shahrastani, Ibn Hazm dan lain-lain.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dan yang terakhir ialah peranan orang\nawam yang ditunjukkan dengan cara tidak langsung memberi peluang kepada ajaran-ajaran\nsalah untuk tersebar di mana-mana ruang sekalipun dalam masyarakat. <\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kemunculan ajaran-ajaran salah dalam masyarakat dewasa ini tidaklah memeranjatkan kerana ia bukanlah satu yang  baru. Namun perkara yang menimbulkan persoalan ialah bagaimana ajaran yang jelas bertentangan dengan asas-asas agama &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":4,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[141],"tags":[],"class_list":["post-28629","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-berita-harian","category-141","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28629","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28629"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28629\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28629"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28629"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28629"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}