{"id":28631,"date":"2021-02-19T10:34:00","date_gmt":"2021-02-19T02:34:00","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=28631"},"modified":"2021-02-19T10:34:00","modified_gmt":"2021-02-19T02:34:00","slug":"belajar-menghormati-fatwa-pihak-berkuasa-agama","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/belajar-menghormati-fatwa-pihak-berkuasa-agama\/","title":{"rendered":"Belajar Menghormati Fatwa Pihak Berkuasa Agama"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Akhir-akhir\nini semakin kerap kita melihat polemik yang timbul dalam kalangan ilmuwan dan\nasatizah berhubung sesuatu isu hingga menimbulkan kegelisahan kepada masyarakat\nawam siapa yang perlu diikuti dalam isu tersebut. Apa yang lebih mendukacitakan\nlagi apabila fatwa-fatwa yang telah diputuskan dalam Majlis Fatwa Negeri atau\nMuzakarah Fatwa Kebangsaan tidak diendah pun oleh segelintir masyarakat.\nSebaliknya, mereka mendengar pandangan yang diberikan oleh segelintir ilmuwan\natau asatizah pilihan mereka sehingga menimbulkan polemik dan kekeliruan dalam\nhukum-hakam. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kita\nmendengar beberapa pandangan yang cuba menimbulkan keraguan terhadap status\nhalal&nbsp; vaksin COVID-19 yang akan tiba ke\ntanahair sedikit masa lagi. Ia sudah tentu&nbsp;\nmemburukkan lagi persepsi terhadap COVID-19 yang selama ini diselubungi\ndengan pelbagai persoalan berhubung punca muncul virus ini sama ada sebenarnya\ndaripada makmal senjata bio-teknologi di China, atau makanan eksotik dari Pasar\nBasah Wuhan, selain pelbagai teori konspirasi lain seperti dibawa oleh kumpulan\nIluminati, Yahudi-Zionis, China dan bermacam-macam lagi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kedudukan\npenggunaan vaksin COVID-19 dalam kalangan umat Islam di negara ini sepatutnya\ntidak berbangkit lagi apabila Sahibus Samahah Datuk Mufti Wilayah Persekutuan\nbaru-baru ini sudah pun mengeluarkan fatwa berhubung dengan perkara tersebut\niaitu hukumnya harus dan wajib bagi golongan yang telah ditetapkan oleh\nkerajaan. Harus kepada seluruh umat Islam manakala wajib&nbsp; kepada mereka yang ditetapkan oleh kerajaan\nseperti golongan barisan hadapan (<em>frontliners<\/em>) dan lain-lain yang\nberisiko tinggi dijangkiti.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hukum\ntersebut merupakan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak\nWilayah Persekutuan Bil.2\/2021 yang bersidang pada 11 Februari 2021.&nbsp; Hukum ini juga selari dengan keputusan Muzakarah\nJawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) ke-10\nyang bersidang pada 3 Disember lalu. Hukum itu bukan hasil pemikiran oleh\nseorang individu tertentu sama ada mufti atau sesiapa, tetapi oleh sekumpulan\nulama dan ilmuwan bijaksana yang menguasai pelbagai disiplin ilmu Islam dengan\ndisokong oleh pakar perubatan dengan fakta-fakta sains. Keputusan hukum\nberkenaan juga mengambil masa lama dengan meneliti kesan dan akibat, baik dan\nburuk, maslahah dan mudarat vaksin tersebut kepada masyarakat, khususnya umat\nIslam, sebelum fatwa berkenaan dikeluarkan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Sekalipun wujud perbezaan pandangan\nantara alim ulama dalam sesuatu perkara dengan pihak berkuasa agama sesebuah\nnegeri atau negara, namun keputusan pemerintah (<em>ulil al-amri<\/em>) hendaklah\nmendahului keputusan individu ulama tersebut demi menjamin kemaslahatan\nmasyarakat keseluruhannya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Dalam mengeluarkan hukum harus tersebut,\nprinsip utama yang ditekankan oleh pihak berkuasa agama ialah kepentingan\nmenjaga nyawa yang merupakan Matlamat Syariat (<em>al-Maqasid al-Shariah<\/em>)\ntertinggi sekali yang mengatasi semua matlamat yang lain. Bahkan dalam keadaan\nterdesak sehingga nyawa terancam jika sesuatu yang haram tidak digunakan, maka\nyang haram itu dibenarkan berdasarkan kaedah \u201cdarurat mengharuskan sesuatu yang\ndilarang\u201d dan \u201ckeadaan darurat itu ditentukan mengikut kadarnya sahaja,\n\u201d untuk&nbsp; sekadar berpada meneruskan\nhidup. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Wabak COVID-19 ini\ntelah meletakkan umat Islam dalam situasi darurat yang kritikal. Setakat\nmakalah ini ditulis, seramai 2,430,794 orang telah mati akibat virus ini di\nseluruh dunia, dengan hampir 1,000 orang daripada jumlah tersebut adalah dari\nnegara kita. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Jika dikhuatiri bahawa dalam vaksin\ntersebut mengandungi gelatin atau bahan bersumberkan najis, namun hal\nkemungkinan sedemikian sudah pun diteliti oleh para ilmuwan kita dan banyak\nsekali pandangan alim-ulama silam yang muktabar tentang keharusan menggunakan\nbahan tercemar dengan najis khususnya dalam situasi darurat dan tiada cara lain\nyang boleh dilakukan lagi. Apatah lagi, pada saat ini belum dapat dipastikan\nsama ada vaksin COVID-19 yang akan tiba di Malaysia mengandungi gelatin yang\ntidak halal. Pandangan Imam al-Nawawi dalam <em>Raudat at-Thalibin wa Umdatu\nal-Muftin <\/em>misalnya menyebut sesuatu yang masih tidak jelas sama ada\nbernajis atau suci, maka hukumnya ditetapkan seperti asalnya, iaitu suci. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Di negara jiran, Mufti Singapura Dr\nNazirudin Mohd Nasir menyeru umat Islam di negara berkenaan agar jangan\nragu-ragu untuk mengambil vaksin COVID-19 ini, dan tidak perlu mempersoalkan\nstatus halal atau tidak vaksin tersebut kerana prosedur tertentu sudah pun\ndiambil kira.&nbsp; Begitu juga di\nIndonesia,&nbsp; Ketua Umum Nahdatul Ulama\nIndonesia (NU), KH Said Agil Sirajd menyeru agar umat Islam tidak ragu-ragu\nuntuk mengambil vaksin COVID-19 ini. Ujar beliau:<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Jangan disangka saya dibayar untuk bercakap. Tidak, &#8216;wallahi&#8217;\ntidak, tetapi betul-betul demi keselamatan kita semua. Virus corona itu ada dan\nbahaya. Maka, ayuh kalau ada vaksin nanti pertengahan Mac kita jayakan\nvaksinasi ini. Saya bercakap sebegini bukan dibayar, bukan kita pro-pemerintah,\ntetapi betul-betul ingin menyelamatkan kita semua. Wahai kiai-kiai,\nustaz-ustaz, para pengurus NU, COVID-19 itu ada dan membahayakan,&#8221;\nkatanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Majlis Fatwa\nEmiriyah Arab Bersatu (UAE), yang dipengerusikan oleh alim tersohor dunia,\nSheikh Abdullah ben Bayyah juga menyebut bahawa sekiranya tiada pilihan lain\nberubat, maka dibenarkan dengan vaksin sekalipun yang mengandungi gelatin tidak\nhalal demi menyelamatkan nyawa, iaitu matlamat yang lebih tinggi. <\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Akhir-akhir ini semakin kerap kita melihat polemik yang timbul dalam kalangan ilmuwan dan asatizah berhubung sesuatu isu hingga menimbulkan kegelisahan kepada masyarakat awam siapa yang perlu diikuti dalam isu tersebut. Apa yang lebih mendukacitakan lagi &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":31,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-28631","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28631","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/31"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28631"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28631\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28631"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28631"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28631"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}