{"id":28678,"date":"2021-02-26T09:33:24","date_gmt":"2021-02-26T01:33:24","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=28678"},"modified":"2021-02-26T09:33:24","modified_gmt":"2021-02-26T01:33:24","slug":"covid-19-dan-isu-kesihatan-mental","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/covid-19-dan-isu-kesihatan-mental\/","title":{"rendered":"Covid-19 dan Isu Kesihatan Mental"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Individu yang berdepan\ndengan isu kesihatan mental sememangnya merupakan kumpulan yang berisiko tinggi\nterkesan akibat daripada pandemik Covid-19&nbsp;yang sedang melanda seluruh dunia. Ditambah\ndengan isu sedia ada tersebut, ketika pandemik ini pula akan mendedahkan mereka\nbukan sahaja kepada risiko jangkitan Covid-19, malahan juga kepada isu-isu\nberkaitan seperti keresahan dan kegelisahan, kemurungan dan juga trauma. Atas\nfaktor-faktor tersebut, ada banyak kewajaran untuk meletakkan kumpulan individu\nseperti ini sebagai kumpulan yang perlu diberi keutamaan untuk menerima\nsuntikan vaksin Covid-19&nbsp;tersebut. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Perlu difahami mengapa dan bagaimana isu berkaitan\npandemik ini sebenarnya telah meletakkan mereka sebagai kumpulan yang berisiko\ntinggi terkesan berbanding dengan orang lain ketika musim pandemik ketika ini?\nPertama adalah disebabkan suasana pandemik ini dilihat seolah-olah tidak\nterkawal dan sukar untuk ditentukan sejauh mana tahap jangkitan yang berlaku\nitu dapat dihalang ataupun dikawal. Ketidaktentuan yang berlaku ini sudah\nmemadai untuk mencetuskan rasa kegelisahan kepada ramai individu, lebih-lebih\nlagi kepada pesakit mental. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Keyakinan\nseseorang terhadap kemampuan sendiri untuk mengawal keadaan dan suasana yang\nberlaku merupakan kayu pengukur terhadap kemampuan mereka dalam mengawal perasaan\nkeresahan dan kegelisahan dalam diri. Namun, tidak semua orang memiliki\nkemampuan ini, lebih-lebih lagi mereka yang telah disahkan mengalami gangguan\npenyakit mental seperti penyakit keresahan dan kemurungan. Walau bagaimanapun,\nterdapat banyak kaedah rawatan yang boleh digunakan untuk memperbaiki keadaan\nserta mampu mengurangkan risiko keterukan penyakit yang dialami itu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Antaranya ialah mewujudkan dialog\nkendiri yang bersifat lebih positif, dan dalam pada masa yang sama pula\nrealistik dan logik serta sesuai dengan konteks kehidupan ketika pandemik ini. Ungkapan\nseperti kita tidak mampu untuk mengawal keadaan dan orang lain, tetapi kita mampu\nuntuk mengubah atau mengawal diri kita, pemikiran dan emosi serta reaksi dan\ntingkah laku kita, dan kita pula tidak wajar untuk dipertanggungjawabkan\nterhadap keadaan yang berlaku di luar daripada kawalan kita, sebenarnya amat\nberkesan dalam mengurangkan tahap keresahan yang dialami. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Keresahan\ndan kegelisahan yang dialami kebanyakan individu turut berpunca daripada keinginan\nmereka yang cuba untuk menguasai dan mengawal suasana yang berlaku di\nsekeliling mereka supaya menuruti apa yang mereka harapkan, namun keadaan yang\nberlaku adalah sebaliknya. Malah, ada yang gagal sebelum sampai ke\npenghujungnya, kerana banyak perkara yang berlaku di sekeliling kita adalah di\nluar daripada kemampuan kita untuk mengawalnya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Begitu\njuga dengan ungkapan yang selalu digunakan untuk menyakinkan orang lain seperti\nkita tidak selalunya akan dapat memiliki apa yang kita inginkan pada setiap\nmasa, dan dalam banyak keadaan, kita akan memperoleh apa yang kita tidak suka\natau tidak mahu. Namun, berdoa dan berusaha perlu dilakukan secara\nbersungguh-sungguh dan tanpa mengharapkan ganjaran yang kita sendiri telah tentukan.\n<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun\ndalam konteks pandemik yang berlaku sekarang ini, secara realistiknya, kawalan\nkendiri amat memainkan peranan yang penting dalam mencegah penularan jangkitan Covid-19.\nKawalan kendiri yang dimaksudkan ialah kemampuan dan keupayaan diri untuk\nmengamalkan segala jenis prosedur operasi standard (SOP) yang berkaitan seperti\npenjarakan fizikal dan sosial, menjauhi tempat sesak, membasuh tangan dan\nmenjaga kebersihan diri, serta sebagainya. Ini merupakan satu prinsip dalam\najaran Islam seperti yang difirmankan oleh Allah SWT dalam al-Quran, surah <em>ar-Ra\u2019d<\/em>, ayat 11 yang bermaksud, \u201c<em>Sesungguhnya\nAllah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum, sebelum kaum itu sendiri mengubah\napa yang ada pada diri mereka. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap\nsuatu kaum, maka tiada yang dapat menolaknya dan tidak ada pelindung bagi\nmereka selain Dia.<\/em>\u201d Ayat al-Quran ini menerangkan bahawa proses\nmeningkatkan kekuatan kendiri untuk berubah kepada satu tahap yang lebih\nselamat dan sihat serta produktif perlu dibina terlebih dahulu dan seterusnya\ndijadikan amalan rutin dalam kehidupan harian. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Seterusnya,\nkehidupan ketika musim pandemik ini telah membentuk satu rutin aktiviti harian\nyang dipenuhi dengan pelbagai SOP yang perlu diikuti. Bagi sesetengah pesakit\nmental, keadaan yang dipenuhi dengan pelbagai SOP ini sudah cukup untuk\nmenimbulkan keresahan yang dahsyat dalam diri mereka. Contohnya, arahan\nPerintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menghadkan pergerakan fizikal dan\naktiviti sosial mereka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Banyak\naktiviti terpaksa dilakukan secara dalam talian termasuklah aktiviti seperti\nmesyuarat dan pembelajaran. Bagi mereka, pengalaman ini telah meningkatkan rasa\nsunyi, dan keseorangan, dii samping mengehadkan rangsangan sensori secara teruk\nsehingga ke tahap mencetuskan rasa kegelisahan yang tidak terkawal dan akhirnya\nmengganggu kestabilan emosi dan mental.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagi\nsesetengah individu lain pula, mereka merasakan bahawa musim PKP rupanya lebih\nsibuk berbanding ketika musim bukan PKP. Istilah bekerja dari rumah atau BDR\ncukup menakutkan kerana kesibukan yang dialami itu berlaku secara tidak\nterkawal. Pengurusan waktu dan aktiviti harian menjadi tidak terurus. Walaupun\nberada di rumah, namun sempadan antara kerjaya dengan kehidupan telah menjadi\nsemakin kabur, tidak jelas malah seakan tiada keseimbangannya. Akibatnya\ntercetuslah konflik yang akhirnya menjurus kepada krisis rumahtangga dan\nsebagainya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sudah\npasti, bagi pesakit mental, keadaan ini memerlukan rawatan secara profesional. Sebagai\ngolongan yang berisiko tinggi, wabak pandemik ini telah mendedahkan mereka\nkepada risiko jangkitan tersebut secara berlipat ganda berbanding dengan mereka\nyang tiada isu kesihatan mental, dan golongan ini perlu dikenal pasti agar\nrawatan bersesuaian juga dapat diberikan kepada isu kesihatan mental yang dihadapi\noleh mereka. <\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Individu yang berdepan dengan isu kesihatan mental sememangnya merupakan kumpulan yang berisiko tinggi terkesan akibat daripada pandemik Covid-19 yang sedang melanda seluruh dunia. Ditambah dengan isu sedia ada tersebut, ketika pandemik ini pula akan mendedahkan mereka &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":34,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-28678","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28678","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/34"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28678"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28678\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28678"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28678"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28678"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}