{"id":28693,"date":"2021-03-05T10:04:23","date_gmt":"2021-03-05T02:04:23","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=28693"},"modified":"2021-03-05T10:04:23","modified_gmt":"2021-03-05T02:04:23","slug":"sokongan-rakyat-jayakan-program-imunisasi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/sokongan-rakyat-jayakan-program-imunisasi\/","title":{"rendered":"Sokongan Rakyat Jayakan Program Imunisasi"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sejarah terlakar\npada 24 Februari lalu apabila YAB Perdana Menteri menjadi individu pertama di\nnegara ini menerima suntikan vaksin Covid-19, Pfizer-Biontech.&nbsp; Negara juga turut menyaksikan Pelancaran\nProgram Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dengan fasa pertamanya bermula pada\ntarikh berkenaan sehingga April 2021. Pelaksanaan program imunisasi bertujuan\nmembendung penularan pandemik dan memelihara kesejahteraan kehidupan rakyat.\nImpak buruk yang dibawa pandemik kepada dunia umumnya dan negara ini khususnya\nsejak lebih setahun lalu dapat disaksikan dengan ketara. Ia bukan sahaja melibatkan\nkeselamatan nyawa tetapi juga segenap aspek kehidupan, termasuklah ekonomi dan\npekerjaan, pendidikan serta kekeluargaan. Oleh yang demikian, program imunisasi\nsewajarnya diberikan sokongan kerana matlamat luhur yang disasarkan. Usaha ini\nmalah bertepatan dengan kaedah fiqh yang masyhur diperkatakan kini, \u201cTindakan pemerintah\ntertakluk pada maslahah atau kebaikan bagi rakyat\u201d.&nbsp; <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Kaedah ini berasal daripada\nkenyataan Imam Syafie yang menyebut, \u201c<em>Kedudukan\npemerintah dengan rakyat sama seperti kedudukan penjaga dengan anak yatim\u201d.&nbsp; Kata-kata beliau ini pula merupakan inspirasi\ndaripada ungkapan Khalifah Umar r.a. yang menegaskan kedudukan beliau seumpama\npenjaga harta anak yatim dalam mentadbir harta Allah. <\/em>Syeikh\nMuhammad al-Burnu dalam kitab <em>Al-Wajiz\nfi al-Usul al-Fiqh<\/em><em> <\/em>mengatakan bahawa kaedah fiqh ini bermaksud <em>pelaksanaan sesuatu dasar, peraturan atau\nkewajipan oleh pemerintah atas rakyat, sama ada mereka mahu atau enggan\nmematuhinya, tertakluk pada hasil dan manfaat.&nbsp;\nHal berkenaan pula sama ada melibatkan perkara agama mahupun juga dunia.<\/em><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Maslahah merupakan setiap\nperkara yang membawa kebaikan dan menolak keburukan kepada manusia untuk\nmemelihara lima perkara utama, iaitu kesucian dan ketinggian agama, keselamatan\ndiri dan nyawa, kecerdasan akal fikiran, kepentingan keturunan selain keselamatan\nharta benda. Langkah yang diambil kerajaan bagi membendung penularan dan\nmencegah jangkitan pandemik melalui program imunisasi malah berasaskan\npengesahan dua badan berautoriti utama, iaitu perubatan dan keagamaan.&nbsp; Kedua-dua badan ini memikul amanah dan\nmelaksanakan tugas yang bukan kecil. Keberkesanan peranan yang dilaksanakan\nmisalnya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Ketua Pengarahnya sendiri terbukti\nmelalui pengiktirafan diberikan sama ada pada peringkat tempatan mahupun\nantarabangsa termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia.&nbsp; <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagi badan\nkegamaan pula, iaitu Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal\nUgama Islam Malaysia dan Jawatankuasa Fatwa Negeri, setiap pandangan atau hukum\nyang diputuskan melalui proses penelitian dalil seperti al-Quran, hadis, ijmak,\nqiyas serta pelbagai sumber lain termasuk kaedah fiqh.&nbsp; Di samping itu, pandangan hukum juga\ndihasilkan melalui perbincangan dengan pakar bidang (<em>ahl al-khabir<\/em>) yang\nturut menganggotai Jawatankuasa Muzakarah atau Jawatankuasa Fatwa Negeri. &nbsp;Keanggotaan jawatankuasa muzakarah atau fatwa\nyang menggabungkan mufti dengan ahli dilantik Majlis Raja-Raja yang terdiri\ndaripada ulama, golongan profesional serta pakar bidang menunjukkan bahawa\npandangan hukum yang dihasilkan melalui proses perbincangan yang tekun dan menyeluruh.&nbsp; <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sudah pasti,\npakar bidang kesihatan dan perubatan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan\nBahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dirujuk dalam penentuan pandangan\nhukum berkenaan dengan vaksin Covid-19.&nbsp; Jika\nditeliti sehingga tahun 2015, terdapat sekitar tujuh keputusan Jawatankuasa Muzakarah\nMajlis Kebangsaan berhubung dengan vaksin.&nbsp;\nDaripada jumlah ini, hanya satu sahaja keputusan yang tidak membenarkan\npenggunaan vaksin, iaitu Biothrax dan Rotateq kerana sumbernya ialah haram. Terkini,\npada 3 Disember 2020, resolusi Muzakarah\nJawatankuasa Fatwa MKI mengambil ketetapan bahawa hukum penggunaan vaksin\nCovid-19 ialah harus dan ia wajib diambil golongan yang ditetapkan kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menarik jika diimbau sejarah, Kerajaan\nUthmaniyyah turut memberikan sumbangan besar dalam penggunaan imunisasi bagi\nmengawal penularan penyakit, iaitu cacar.&nbsp;\nKaedah tersebut ialah variolasi atau lebih khusus, inokulasi bagi\nmemberikan imunisasi terhadap pesakit.&nbsp;\nVaksinisasi pula merupakan antara cabang inokulasi yang tercatat sebagai\nkaedah terawal bagi menghalang penyebaran penyakit cacar sebelum vaksin\nditemui. Penggunaan kaedah variolasi oleh Kerajaan Uthmaniyyah diketahui dan\ndisaksikan oleh Lady Mary Wortley Montague, isteri Duta British ke Istanbul ketika\nitu. &nbsp;Lady Mary juga dikatakan sebagai individu\nyang bertanggungjawab memperkenalkan kaedah inokulasi di England. Lady Mary yang\nmemiliki pengalaman kehilangan saudara lelaki disebabkan penyakit tersebut dan\nbeliau sendiri terselamat namun wajahnya berparut, merakamkan amalan variolasi\ndi Turki dalam koleksi surat kepada sahabatnya di England. Surat itu kemudian\nditerbitkan dengan judul <em>Turkish Embbasy Letters<\/em>. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebelum kembali ke England,\nbeliau meminta doktor Kedutaan British, Charles Maitland untuk melaksanakan\nkaedah inokulasi terhadap anak lelakinya.&nbsp;\nPada tahun 1721, ketika penyakit cacar menyerang England, beliau sekali\nlagi meminta Maitland untuk melaksanakan kaedah yang sama terhadap anak\nperempuannya. Maitland kemudiannya menghasilkan penulisan bagi menjelaskan\namalan inokulasi dan menenangkan pengritik atau penentang keras amalan\ntersebut. Presiden Kolej Perubatan Diraja selanjutnya memberikan pengesahan untuk\npelaksanaan inokulasi, bermula dengan kanak-kanak dalam keluarga diraja Britain\nserta kelas atasan dan disusuli seluruh penduduk negara berkenaan. Terdapat\ncatatan terperinci berhubung dengan sejarah dunia ini dan sesetengah pihak menggambarkan\npelaksanaan program vaksinasi secara besar-besaran kemudiannya oleh Republik\nTurki bermula 1923 sehingga kini. Jelas melalui catatan sejarah ini, kaedah\npencegahan penyakit atau imunisasi menjadi tumpuan dan keprihatinan pemerintah\nEmpayar Uthmaniyyah bagi melindungi rakyat mereka.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebagaimana dihadapi negara-negara\nlain pada setiap zaman dan ketika, negara kita juga tidak terkecuali.&nbsp; Pelaksanaan program imunisasi dan vaksinasi\nnegara turut menerima penentangan. Meskipun kumpulan berkenaan hanyalah\nminoriti, namun berita dan teori konspirasi yang disebarkan menimbulkan\nkeresahan dalam masyarakat. Hujah pihak berautoriti agama bersandarkan dalil\nserta kaedah agama dan fakta tepat lagi meyakinkan berasaskan penyelidikan daripada\npihak berautoriti perubatan tidak juga dapat diterima berbanding teori yang sukar\ndipastikan kebenarannya. Pendekatan terbaik yang dapat dilaksanakan pemerintah\nialah beristiqamah dalam pendirian dan terus bertegas bagi memastikan imuniti\nkelompok dapat dicapai melalui vaksinasi. Dengan demikianlah, rakyat\nkeseluruhannya terlindung daripada penyebab jangkitan dan pemulihan segenap\naspek kehidupan dapat dilaksanakan dengan lebih baik.&nbsp; <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebagai\nrakyat yang bertanggungjawab, langkah positif kerajaan selayaknya diberikan\nsokongan padu. Segala persoalan sudah terjawab dan setiap keraguan telah\nterungkai melalui pelbagai wadah. Selain itu, sekiranya berlaku sesuatu di luar\njangkaan, skim perlindungan yang diwujudkan akan memberikan pampasan sekiranya\npenerima vaksin menerima kesan sampingan serius. &nbsp;Bersyukurlah dengan peluang yang diberikan\nuntuk melindungi diri daripada jangkitan dan meneruskan kehidupan dengan lebih\nbaik.&nbsp; Bandingkanlah situasi dengan\nsaudara seagama kita di Gaza.&nbsp; Suntikan\nvaksin untuk penduduknya tidak selancar di negara ini kerana terpaksa\nmenghadapi sekatan Israel pada awalnya dan tidak mustahil akan berulang\nkembali. Berterima kasih kepada negara sebagai tanda bersyukur kepada Allah. Bersyukur\nkepada Allah membuka ruang untuk digandakan nikmat-Nya buat rakyat dan negara\ntercinta ini.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sejarah terlakar pada 24 Februari lalu apabila YAB Perdana Menteri menjadi individu pertama di negara ini menerima suntikan vaksin Covid-19, Pfizer-Biontech.&nbsp; Negara juga turut menyaksikan Pelancaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dengan fasa pertamanya bermula pada tarikh berkenaan sehingga April 2021. Pelaksanaan program imunisasi bertujuan membendung penularan pandemik dan memelihara kesejahteraan kehidupan rakyat. Impak buruk yang&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":26,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-28693","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28693","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/26"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28693"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28693\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28693"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28693"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28693"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}