{"id":28713,"date":"2021-03-06T08:03:36","date_gmt":"2021-03-06T00:03:36","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=28713"},"modified":"2021-03-06T08:03:36","modified_gmt":"2021-03-06T00:03:36","slug":"tempoh-kawalan-pergerakan-bukan-untuk-bersindiket","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/tempoh-kawalan-pergerakan-bukan-untuk-bersindiket\/","title":{"rendered":"Tempoh Kawalan Pergerakan Bukan Untuk Bersindiket"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Nikah semasa Perintah\nKawalan Pergerakan (PKP) bukanlah bermakna sesiapa sahaja yang berhasrat untuk\nmendirikan rumah tangga boleh secara sewenang-wenangnya membuat permohonan\nuntuk bernikah dalam waktu terdekat, dengan melangkaui prosedur-prosedur biasa,\ndan kemudiannya menjalani upacara pernikahan bagi menghalalkan perhubungan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebenarnya\nsemua pasangan pengantin yang menjalani upacara pernikahan beberapa hari\nsebelum PKP 2.0 ataupun dalam tempoh PKP tersebut telah pun mempunyai kebenaran\nbernikah dan telah melengkapkan dokumen-dokumen yang diperlukan. Nikah semasa\nPKP tetap nikah yang sempurna kerana tiada keciciran terhadap rukun dan\nsyarat-syarat yang perlu ada dalam satu-satu upacara atau majlis ijab dan kabul\nantara pasangan pengantin. Apa yang berlaku terhadap pernikahan semasa PKP\nhanyalah kemas kini oleh pihak jabatan agama Islam negeri-negeri (yang terlibat\nPKP) terhadap tarikh-tarikh nikah yang sebelum itu dirancang pihak pengantin.\nKemas kini tersebut bertujuan supaya pasangan masih lagi dapat bernikah\nwalaupun negara perlu mengadakan PKP 2.0. Selanjutnya pernikahan ini perlu\nmelalui syarat-syarat dan prosedur operasi standard (SOP) tertentu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Walaupun\ndemikian, baru-baru ini masyarakat kita telah dikejutkan dengan berita\npembongkaran kegiatan nikah tanpa kebenaran. Lebih mengejutkan lagi kerana\npernikahan yang dilakukan oleh jurulatih tanpa tauliah itu membabitkan jumlah\npasangan yang bukan sedikit malah ia melibatkan lebih 100 pasangan pengantin. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Nikah\ntanpa kebenaran daripada pejabat agama Islam negeri atau diistilahkan sebagai\n\u201cNikah Sindiket\u201d sudah pun pernah dibangkitkan oleh media massa\nsekurang-kurangnya sejak 25 tahun yang lalu (<em>Menara<\/em>, bil. 40, September\n1996). Antara contoh nikah sindiket ataupun disebut sebagai nikah ekspres\nadalah apabila jurunikah mengakadnikahkan pasangan yang bukan anak mukim tanpa\nkebenaran walaupun ada wali; jurunikah bertindak sebagai wali hakim sekalipun\ntiada tauliah; ataupun individu yang tauliahnya sudah tamat dan tidak mengikut\nprosedur. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selanjutnya\ndalam nikah sindiket itu perkara yang boleh berlaku ialah, dokumen yang akan\nditerima oleh pasangan biasanya palsu; \u201csijil\u201d yang dicetak sendiri; ataupun\nkertas dokumen (sijil) original yang diambil secara tidak sah dengan nombor\nsiri yang tertera pada sijil tersebut sebenarnya dimiliki oleh pasangan lain.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebelum\nini terdapat juga nikah sindiket yang melibatkan \u201cimam\u201d dari negara jiran turun\nke sempadan dan menikahkan pasangan tanpa mereka pergi ke negara tersebut.\nPenipuan secara terang-terangan juga berlaku dalam keadaan pasangan bernikah di\ndalam negara, contohnya nikah di Kuala Lumpur tetapi sijil nikah \u201cditerbangkan\u201d\ndari negara jiran. Pembongkaran sebegini sebenarnya amat mendukacitakan seluruh\numat Islam di negara ini kerana kegiatan tersebut hanya membawa akibat yang\namat buruk kepada banyak pihak.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apabila\nterjebak dalam nikah yang tidak mengikut peraturan ini,&nbsp; nikah tersebut mungkin tidak sah kerana\nsesetengah ejen tidak memberi perhatian yang serius terhadap rukun nikah yang\nsempurna. Asal ada ijab dan kabul, mereka menganggap pernikahan sudah pun\nselesai. Sekiranya tidak sah, maka hubungan yang dijalin oleh pasangan yang\nterlibat adalah bersekedudukan tanpa nikah serta hidup dalam perzinaan\nsemata-mata. Sekiranya ada anak yang lahir daripada perhubungan ini sudah tentu\nanak tersebut anak tidak sah taraf. Keadaan ini akan menyebabkan timbulnya isu\nperwalian sekiranya anak tersebut anak perempuan dan mahu bernikah apabila ia\ntelah dewasa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tidak\ndinafikan ada pernikahan yang melanggar peraturan ini dihadiri oleh wali\nsebenar seperti bapa atau abang kepada pengantin perempuan. Dalam keadaan\nsebegini, hukum pernikahan itu sah kerana rukun nikah yang sempurna. Walaupun\ndemikian ia tetap salah dari segi prosedur dan undang-undang. Biasanya kegiatan\nnikah sindiket ini disebabkan pihak lelaki hendak berpoligami tetapi tidak mahu\nmengikuti prosedur mahkamah syariah yang telah ditetapkan, ataupun pasangan\nperempuan telah hamil.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sijil\nnikah palsu yang dimiliki oleh pasangan terbabit hanya mampu menggelapkan masa\nhadapan isteri dan anak-anak yang ada dalam pernikahan tersebut. Masa\nhadapan&nbsp; menjadi bertambah gelap\nsekiranya suami yang terlibat mempunyai sikap sambil lewa, tidak\nbertanggungjawab malah sesetengahnya menghilangkan diri begitu sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;Tanpa sijil yang sah, masalah akan timbul\ndalam urusan pendaftaran anak yang dilahirkan daripada pernikahan sindiket. Ia\nakan \u201cmerantaikan\u201d masalah dalam urusan tertentu seperti persekolahan anak-anak\ndan perubatan anak di hospital. Tanpa sijil yang sah juga, isteri tidak dapat\nmerujuk kepada pejabat agama Islam ataupun mana-mana mahkamah syariah sekiranya\nterdapat masalah dalam perkahwinan yang didirikan. Mereka akan hidup dalam\ntersepit berterusan sekiranya keadaan ini tidak diperbetulkan, dan untuk\nmembetulkannya juga bukanlah mudah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pihak\nyang senang dengan keadaan ini ialah ejen-ejen nikah sindiket yang tidak pun\npeduli tentang kesahan pernikahan ataupun masa hadapan pasangan juga anak-anak\nyang bakal dilahirkan dalam perkahwinan tersebut. Masakan tidak, mereka boleh\nmenjana pendapatan sehingga RM50,000 sebulan dengan mengenakan bayaran sekitar\nRM3000 \u2013 RM5000 bagi setiap urusan nikah secara sindiket.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Memang\ntidak dapat dinafikan bahawa setiap individu atau pihak yang terlibat dengan\nperbuatan tidak bermoral ini boleh dikenakan undang-undang dan dikenakan\nhukuman yang berat, sama ada pengantin sendiri, ejen, wali yang bersekongkol,\nsaksi dan mereka yang bersubahat. Namun, adalah jauh lebih baik sekiranya\nperkara ini dapat ditegah terlebih dahulu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;Ejen-ejen nikah yang tidak bertanggungjawab\nini gemar menggunakan platform media massa untuk mempromosi kegiatan mereka.\nOleh yang demikian satu cara yang boleh dilakukan adalah dengan menyekat akaun\ndan laman sesawang mereka supaya tidak bebas untuk mempromosi kegiatan mereka\nsecara sewenang-wenangnya. <\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Nikah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukanlah bermakna sesiapa sahaja yang berhasrat untuk mendirikan rumah tangga boleh secara sewenang-wenangnya membuat permohonan untuk bernikah dalam waktu terdekat, dengan &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":25,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[141],"tags":[],"class_list":["post-28713","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-berita-harian","category-141","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28713","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/25"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28713"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28713\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28713"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28713"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28713"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}