{"id":28715,"date":"2021-03-08T08:18:49","date_gmt":"2021-03-08T00:18:49","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=28715"},"modified":"2021-03-08T08:18:49","modified_gmt":"2021-03-08T00:18:49","slug":"choosetochallenge-tema-sambutan-hari-wanita-antarabangsa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/choosetochallenge-tema-sambutan-hari-wanita-antarabangsa\/","title":{"rendered":"#ChooseToChallenge Tema Sambutan Hari Wanita Antarabangsa"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada 8 Mac setiap tahun, seluruh dunia menyambut Hari\nWanita Antarabangsa. Sambutan ini bertujuan untuk: (i) meraikan pencapaian wanita dalam\nbidang sosial, ekonomi, budaya dan politik; (ii) meningkatkan kesedaran tentang\nkesetaraan gender (<em>gender equality<\/em>);\n(iii) melobi untuk merapatkan perbezaan antara gender (<em>gender parity<\/em>); dan (iv) mengumpul dana bagi memelihara kebajikan\nwanita ( <em>female focused charity).<\/em><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di\nMalaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) meraikan\n<strong>Sambutan Hari Wanita 2021<\/strong> bertemakan <strong>\u201cWanita Bangkit\nMendepani Cabaran\u201d.&nbsp; <\/strong>Tema ini dipilih bagi mengangkat semangat juang wanita yang\ntidak mengenal penat lelah dalam mengharungi cabaran kehidupan.&nbsp;<strong>Antara <\/strong>objektif sambutan pada tahun ini adalah untuk\nmemberi pengiktirafan khas kepada kaum wanita atas sumbangan mereka dalam\npelbagai bidang, baik secara langsung mahupun tidak langsung, dalam\nmembangunkan negara. Selain itu, sambutan ini juga merupakan tanda keprihatinan\nkerajaan terhadap peranan penting wanita sebagai penggerak utama kemajuan\nnegara, pembangunan institusi keluarga, dan pengukuhan masyarakat\npenyayang.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Penulis amat tertarik akan tema sambutan Hari Wanita Sedunia\n2021 pada peringkat antarabangsa, iaitu \u201c#ChooseToChallenge\u201d atau jika\npenulis boleh terjemahkan, \u201c#PilihUntukMencabar\u201d.&nbsp; Tema\nini mengajak kita semua, baik lelaki mahupun wanita, untuk mencabar (yakni\nmenentang) <em>gender bias<\/em> dan\nketidakadilan terhadap wanita.&nbsp; Tema ini\ndipilih kerana dipercayai bahawa dunia yang menentang ketidakadilan terhadap\nwanita merupakan dunia yang peka.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tema sambutan Hari Wanita Sedunia sejak beberapa tahun\nkebelakangan ini, didapati membawa tema-tema yang bukan sahaja mengajak wanita\nuntuk berubah dan membawa perubahan, tetapi juga mengajak kaum lelaki untuk\nturut serta.&nbsp; Hal yang demikian kerana nasib\nkaum wanita tidak akan banyak berubah jika hanya kaum wanita yang menggerakkannya.&nbsp; Perubahan itu memerlukan keinginan, usaha,\ndan kesungguhan daripada kedua-dua pihak.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perkara ini turut mengingatkan penulis kepada kisah yang\nberlaku pada zaman Rasulullah SAW. &nbsp;&nbsp;Baginda\nmerupakan orang pertama yang mencabar atau menentang <em>gender bias<\/em> dan ketidakadilan terhadap wanita.&nbsp; <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ketika masyarakat Baginda malu dan benci apabila dikurniakan\ndengan anak perempuan lalu menanam bayi itu hidup-hidup, Baginda mengajak masyarakatnya\nmenjaga anak-anak perempuan dengan sebaik-baiknya dengan jaminan syurga bagi mereka\nyang membesarkan dan memelihara tiga orang anak perempuan (hatta dua orang,\nmahupun seorang).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ketika kaum wanita pada zamannya meminta masa khusus untuk\nbelajar agama daripada &nbsp;Baginda tanpa\nperlu berebut dengan kaum lelaki; Baginda memenuhi permintaan tersebut. Ketika\npara suami diberi hak untuk menjatuhkan talak ke atas isteri mereka, Baginda\nmembenarkan wanita untuk keluar dari perkahwinannya melalui khuluk.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kisah ini adalah sebahagian daripada pelbagai kisah&nbsp; Rasulullah SAW yang &nbsp;telah mencabar dan menentang atau menghentikan\n<em>gender bias<\/em> dan ketidakadilan\nterhadap wanita.&nbsp; Tidak mahukah kita,\nbaik lelaki mahupun perempuan, mencontohi Baginda?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di negara kita dalam suasana kita sedang meraikan Hari\nWanita Sedunia ini, pelbagai <em>gender bias<\/em>\ndan ketidakadilan terhadap wanita yang sedang berlaku, khususnya dalam ruang\nlingkup rumah tangga. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jika kita mengikuti akaun <em>Facebook<\/em> milik Syed Azmi dan IIUM Confessions \u2013 BM, kita akan\ndapati bahawa pelbagai kes dan kisah <em>gender\nbias<\/em> dan ketidakadilan terhadap wanita yang berlaku dalam masyarakat\nkita.&nbsp; <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ada isteri yang terpaksa menanggung nafkah keluarga kerana\nsuami tidak melaksanakan tanggungjawab mereka, baik dalam perkahwinan monogami\nmahupun poligami.&nbsp; Ada suami yang\nmenghalau isteri dari rumah ketika menceraikan mereka sedangkan Islam\nmenetapkan tempat isteri yang diceraikan adalah di rumah kelaminnya sepanjang\nwaktu iddah.&nbsp; Ada isteri yang pada waktu\nsiangnya ditumbuk dan disepak terajang tetapi pada waktu malamnya dituntut hak\noleh suami di atas ranjang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jika perkahwinan itu menyeksa sesetengah wanita, penceraian\ndan menjadi ibu tunggal juga tidak memudahkan hidup mereka.&nbsp; Ramai ibu tunggal yang berhempas pulas untuk\nmenyara anak-anak kerana sikap lepas tangan bekas suami.&nbsp; Sesekali kita digemparkan dengan berita\npenangkapan ibu tunggal yang mencuri atau melacur untuk menyara hidup anak-anak\nsedangkan bekas suami yang wajib memberikan nafkah kepada anak-anak, bebas daripada\ntanggungjawab itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kini, pandemic Covid-19 menyukarkan lagi kehidupan ibu\ntunggal.&nbsp; <em>Unicef dan United Nations Population Fund<\/em> (UNFPA) dalam laporan\nyang berjudul \u201cFamilies on the Edge\u201d, (2020) mendapati bahawa lebih kurang 32\nperatus isi rumah ibu tunggal telah kehilangan pekerjaan sejak Mac 2020\nmanakala 57 peratus daripada isi rumah ibu tunggal ini tiada capaian kepada\nperlindungan sosial.&nbsp; Mereka memerlukan\nbantuan seperti peluang pekerjaan atau peluang perniagaan termasuk modal, ruang,\ndan peralatan berniaga untuk meneruskan hidup.&nbsp;&nbsp;\n<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tidak mahukah kita \u201c#ChooseToChallenge\u201d untuk memperbaiki keadaan\nwanita-wanita ini?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mencabar atau menentang <em>gender\nbias<\/em> dan ketidakadilan terhadap wanita boleh dilakukan dengan pelbagai\ncara.&nbsp; Pada &nbsp;peringkat ibu bapa, mereka boleh menegur anak\nlelaki yang tidak melaksanakan tanggungjawabnya terhadap isteri dan\nanak-anak.&nbsp; Pihak berkuasa boleh\nmenghukum ayah yang tidak memberi nafkah kepada anak-anak.&nbsp; Pembuat keputusan boleh mewujudkan\nundang-undang baharu demi memberi keadilan terhadap wanita.&nbsp; Institusi tertentu boleh megumpul dana khusus\nuntuk menjaga kebajikan wanita.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dengan Rasulullah SAW menjadi model ikutan kita dalam hal\nini, ayuh mari kita #ChooseToChallenge!<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pada 8 Mac setiap tahun, seluruh dunia menyambut Hari Wanita Antarabangsa. Sambutan ini bertujuan untuk: (i) meraikan pencapaian wanita dalam bidang sosial, ekonomi, budaya dan politik; (ii) meningkatkan kesedaran tentang kesetaraan &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":38,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-28715","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28715","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/38"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28715"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28715\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28715"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28715"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28715"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}