{"id":28758,"date":"2021-03-12T09:00:24","date_gmt":"2021-03-12T01:00:24","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=28758"},"modified":"2021-03-12T09:00:24","modified_gmt":"2021-03-12T01:00:24","slug":"perkukuhkan-ukhuwah-antara-umat-islam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/perkukuhkan-ukhuwah-antara-umat-islam\/","title":{"rendered":"Perkukuhkan Ukhuwah antara Umat Islam"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perjalanan agung Rasulullah SAW dari Masjid Al-Haram ke\nMasjid Al-Aqsa dan seterusnya ke Sidratul Muntaha merupakan satu tanda kebesaran\nAllah SWT dan juga mukjizat yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad SAW.\nPeristiwa ini dirakamkan di dalam Al-Quran melalui Surah Al-Isra\u2019 di mana Allah\nSWT berfirman: \u201cMaha\nSuci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari\nMasjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati\nsekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan\nkebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha\nMengetahui. (Al-Isra\u2019, 17: 1). <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Peristiwa israk mikraj ini mengandungi terlalu banyak\npengajaran yang perlu diamati dan diambil iktibar oleh umat Islam. Ketika\nmenceritakan pengalaman Baginda SAW kepada penduduk Mekah, ada dalam kalangan\nkaum Quraisy Mekah yang mentertawakan dan memperlekehkan. &nbsp;Ada juga segelintir dalam kalangan pengikut\nRasulullah SAW sendiri yang murtad kembali. Namun mereka yang teguh aqidahnya tetap\nutuh di belakang Rasulullah SAW seperti yang dipamerkan oleh Saidina Abu Bakar\nAs-Siddiq yang tetap tegas dan yakin akan kebenaran yang dibawa oleh Rasulullah\nSAW. Seharusnya, israk mikraj juga menjadi pengukuh kepada tautan ukhuwah\nantara umat Islam kerana keteguhan aqidah yang terbina melalui mukjizat ini menjadikan\nkita lebih kuat kerana memiliki keyakinan yang sama. Hubungan antara umat Islam\nyang saban hari diuji dengan pelbagai bentuk cabaran dan fitnah, jika tidak\nditangani dengan baik, mampu menjadi bibit perpecahan dan mendatangkan musibah\nkepada umat. Perpecahan inilah yang amat diidamkan oleh musuh-musuh Islam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Asas\nkepada ukhuwah di antara umat Islam ialah aqidah. Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran:<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Oleh itu, jika mereka bertaubat (dari kekufuran), dan\nmendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka mereka itu adalah saudara kamu\nyang seagama; dan Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi\nkaum yang mahu mengetahui.&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; &nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; &nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; &nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; &nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; &nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;(At Taubah, 9 : 11)<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Menurut\nAbdullah Nashih Ulwan, <em>ukhuwah Islamiyah<\/em>\nadalah tautan roh yang menghasilkan rasa kasih sayang yang mendalam dan kukuh,\nhormat, perlakuan yang santun dan lembut terhadap insan lain atas dasar iman\ndan takwa. Ia mampu menyatukan hati-hati dalam kalangan umat Islam. Adalah amat\npenting supaya titik persamaan dalam kalangan umat Islam itu diraikan dan sebarang\nperkara yang mampu membawa kepada bibit perpecahan ummah dielakkan dan jika\nada, perlu diurus dengan sebaiknya agar tidak menjadi barah yang akan\nmembinasakan ummah dan merosakkan imej Islam itu sendiri. Malangnya, saban\nhari, kita dipamerkan dengan pertelingkahan dan perbalahan dalam kalangan umat\nIslam. Bukan hanya dalam kalangan pemimpin politik, malahan ahli jawatankuasa\nmasjid di peringkat kariah pun ada yang berbalah sehinggakan masjid yang\nsepatutnya menjadi tempat untuk memperkukuhkan ukhuwah berubah menjadi medan\nperpecahan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Umat Islam perlu sedar bahawa memelihara tali\npersaudaraan dan memperkukuhkan ukhuwah serta rasa kebersamaan dituntut dalam\nagama. Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran:<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah\n(agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah\nkepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah\nmenyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat\nIslam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang\nbersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan\nkekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan\nnikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat\nketeranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; &nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; (Ali\nImran, 3: 103)<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Daripada \u2018Abdullah bin\n\u2018Umar RA menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: \u201cSeorang Muslim adalah\nsaudara terhadap Muslim (yang lain), dia tidak boleh menganiaya dan tidak akan\ndianiaya oleh orang lain. Sesiapa yang melaksanakan hajat saudaranya, maka\nAllah SWT akan melaksanakan hajatnya. Sesiapa yang melapangkan kesusahan\nseseorang Muslim, maka Allah SWT akan melapangkan kesukarannya pada hari\nkiamat. Sesiapa yang menutupi aib seseorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup\naibnya pada hari kiamat. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; &nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; (Hadis Riwayat oleh Bukhari dan\nMuslim)<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;Di\ndalam satu hadis yang merujuk kepada perkara yang sama, An-Nu&#8217;man\nbin Basyir RA, berkata; Rasulullah SAW bersabda: &#8220;Perumpamaan seseorang\nMukmin sesama Mukmin dalam hal saling mencintai, mengasihi dan menyayangi\nseumpama satu badan. Apabila ada salah satu anggota badan yang menanggung\nkesakitan, maka seluruh badannya akan turut terjaga (tidak akan tidur) dan\nterasa panas (merasakan sakitnya).&#8221; <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; (Hadis\nRiwayat Al Bukhari dan Muslim).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tanggungjawab memperkukuhkan ukhuwah ini\nterletak di atas pundak setiap umat Islam. Namun begitu, adalah amat penting\njika pemimpin-pemimpin Islam itu sendiri menjadi teladan terbaik dalam usaha\nini. Pemimpin di pelbagai peringkat, sama ada pemimpin negara dan masyarakat,\nperlu menyahut agenda pengukuhan ini agar Islam dilihat sebagai agama yang\nmampu menyatukan pengikutnya. Sebagai individu Muslim, kita seharusnya\nmenyuburkan ketakwaan kita kepada Allah SWT agar kita sedar bahawa apa yang\nkita zahir kan dalam urusan di dunia ini, hanyalah bertujuan untuk mencari reda\nAllah SWT di akhirat kelak. Binalah rasa kasih sayang dan kebersamaan antara\nkita agar keutuhan ini mampu menjelmakan kepimpinan Islam yang adil dan\ndihormati terhadap masyarakat secara keseluruhan. Dengan ini, barulah Islam itu\nlebih dihormati oleh orang lain kerana berupaya melahirkan umat yang kukuh\npersaudaraannya dan kesatuannya berasaskan kekuatan aqidah dan nilai-nilai\nmurni dalam agama.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perjalanan agung Rasulullah SAW dari Masjid Al-Haram ke Masjid Al-Aqsa dan seterusnya ke Sidratul Muntaha merupakan satu tanda kebesaran Allah SWT dan juga mukjizat yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad SAW. Peristiwa ini dirakamkan di dalam Al-Quran melalui Surah &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":23,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-28758","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28758","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/23"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28758"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28758\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28758"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28758"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28758"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}