{"id":28766,"date":"2021-03-14T09:20:40","date_gmt":"2021-03-14T01:20:40","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=28766"},"modified":"2021-03-14T09:20:40","modified_gmt":"2021-03-14T01:20:40","slug":"fobia-vaksin-covid-19-kitakah-itu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/fobia-vaksin-covid-19-kitakah-itu\/","title":{"rendered":"Fobia Vaksin Covid-19: Kitakah Itu?"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Penemuan vaksin Covid-19\ntelah memberikan kelegaan dan nafas baharu kepada orang ramai di seluruh dunia.\nAda kelihatan cahaya harapan yang meningkatkan keyakinan kita semua bahawa\npeperangan terhadap pandemik Covid-19 ini bakal berakhir secepatnya. Di samping\nmeningkatkan tahap kesejahteraan dan keyakinan psikologi umat manusia\nseluruhnya, penemuan vaksin ini, &nbsp;turut\nmemberi harapan kepada kestabilan dan kerancakan sistem ekonomi, seterusnya\nmemberi peluang pekerjaan semula kepada rakyatnya yang kehilangan sumber\npendapatan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tidak\ndinafikan bahawa sejak vaksin ini ditemui dan dilaksanakan, keberkesanannya\ntelah terbukti diyakini. Beberapa laporan dari negara luar juga menunjukkan\npengurangan kes baharu jangkitan bergejala dan jumlah kemasukan ke hospital\nserta peningkatan penyembuhan berbanding kematian. Contohnya, di negara\nEmeriyah Arab Bersatu, telah dilaporkan pengurangan kes bergejala yang\ndimasukkan di dalam wad hospital sejak vaksin tersebut diperkenalkan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Di samping membantu dalam meningkatkan tahap kesihatan\nkita semua, kegusaran ekonomi turut bakal berakhir. Sehubungan dengan ini,\nnegara telah pun melancarkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan pada\nperingkat nasional agar semua rakyat mendapat suntikan vaksin Covid-19 secara\npercuma. Program ini bertujuan menjadikan sekurang-kurangnya 85 peratus rakyat\nyang telah menerima suntikan tersebut dapat membentuk imuniti kelompok seterusnya\ndapat mengawal, mengurang, dan menamatkan pandemik ini secara lebih berkesan\nlagi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sehingga\nkini, jumlah individu yang telah mendaftar untuk suntikan vaksin tersebut telah\nmencapai jumlah yang melebihi setengah juta. Harapannya agar jumlah pendaftaran\nini terus meningkat lagi. Walau bagaimanapun, usaha ini memerlukan sokongan dan\nkerjasama semua pihak, khususnya dalam kalangan rakyat dan orang awam, agar\nimuniti kelompok dapat dicapai, seterusnya menghentikan jangkitan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jika\nditinjau, jumlah pandaftaran untuk menerima suntikan vaksinasi dan imuniti ini\nmenunjukkan satu trend yang memberangsangkan, dan jumlah ini perlu ditingkatkan\nlagi, namun, diharapkan juga jumlah mereka yang datang untuk menerima suntikan sejurus\nselesai mendaftar adalah turut memberangsangkan. Hal yang demikian kerana\njumlah mereka yang mendaftar bukan penentu kepada jumlah mereka yang\nbenar-benar sudi datang untuk mengambil suntikan tersebut. Keadaan ini turut\nberlaku di kebanyakan negara luar. Namun, diharapkan agar mereka yang mendaftar\nitu adalah benar-benar jujur untuk menerima dan mengambil suntikan tersebut\npada hari yang bakal ditetapkan nanti. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Walaupun\nmasyarakat seluruh dunia berasa gembira untuk mendapatkan suntikan vaksin ini,\nnamun terdapat segelintir kelompok masyarakat yang enggan menerima suntikan\ntersebut. Keadaan ini bukan sahaja berlaku di negara kita, malah juga berlaku\ndi luar negara, seperti yang pernah dilaporkan di negara Ukraine pada 1 Mac\n2021 lalu apabila Jabatan Kesihatan negara itu terpaksa membuang sejumlah\nvaksin Covid-19 &nbsp;yang telah diperuntukkan\ntetapi tidak digunakan kerana rakyatnya tidak datang untuk mengambil suntikan\ntersebut pada waktu yang telah ditetapkan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;Jika &nbsp;keadaan yang sama berlaku di negara ini, ia\namat menyukarkan kerana bukan sahaja menyebabkan &nbsp;pembaziran, malah akan menggagalkan matlamat\nmewujudkan imuniti kelompok dan turut gagal menyekat jangkitan penyakit ini seperti\nyang diharapkan. Isu ini sewajarnya diuruskan sebaiknya pada peringkat awal\nlagi sebelum bertambah teruk dan menjejaskan usaha pihak kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Terdapat\npelbagai faktor yang menyumbang kepada segelintir rakyat yang didapati tidak\nbersedia untuk mengambil suntikan vaksin Covid-19. Faktor tersebut perlu\ndianalisis dan ditangani secara halus memandangkan ia merupakan isu khusus\nberkaitan dengan pandangan dan pemikiran individu terbabit dan tidak boleh disamaratakan\ndengan individu lain. Kita tidak boleh menyimpulkan bahawa semua individu\nadalah sama. Yang boleh dilakukan adalah dengan memujuk mereka secara halus dan\nberhikmah tanpa menyentuh isu sensitiviti, yang sebaliknya hanya akan&nbsp; menjadikan mereka semakin menjauh lantas\nmenggagalkan usaha ini. Yang kita mahukan ialah lindungi diri, lindungi semua. Kerjasama\nsemua pihak diperlukan untuk menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Antara\n&nbsp;faktor yang perlu ditangani ialah isu\nfobia terhadap vaksin Covid-19 &nbsp;itu\nsendiri. Meskipun dianggap seperti kes terpencil, namun ia sememangnya wujud\ndan memberi impak yang besar kepada kejayaan program imunisasi ini. Fobia\nvaksin ini berkaitan dengan keresahan dan kegelisahan emosi dan pemikiran\nindividu terhadap vaksin Covid-19. Bagi mereka, situasi berkaitan pandemik ini\nbukan sahaja menyukarkan, malah juga menakutkan. Dalam kalangan mereka, keresahan\ndan kegelisahan inilah yang akhirnya menentukan tahap kesediaan mental dan\nemosi untuk berdepan dengan program imunisasi ini dan akhirnya mempengaruhi\nkeputusan sama ada mereka bersedia untuk menerima program ini atau sebaliknya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mengapa\nfobia vaksin Covid-19 berlaku? Terdapat pelbagai sebab yang melingkari isu\nfobia vaksin. Antaranya adalah berkaitan dengan gangguan takut akan jarum yang\njuga dikenali sebagai <em>trypanophobia<\/em>.\nKetakutan terhadap jarum suntikan merupakan satu gangguan penyakit kebimbangan\nyang keterlaluan. Pesakit akan diserang rasa takut secara tiba-tiba apabila\nberdepan dengan sebarang situasi melibatkan jarum suntikan. Pesakit tersebut\nakan mengalami gejala kebimbangan akut seperti panik dan cemas, muntah, sawan,\nmahupun pitam dan pengsan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Begitu\njuga, terdapat individu yang akan mendapat serangan panik dan kegelisahan\napabila melihat darah dan keadaan ini dikenali sebagai <em>hemophobia<\/em> atau takut akan darah. Selain itu, terdapat juga\nindividu yang akan mendapat serangan panik dan ketakutan melampau apabila\ndatang ke klinik atau hospital. Pesakit &nbsp;akan mengalami serangan darah tinggi yang ada\nkaitan dengan gejala <em>white coat syndrome<\/em>.\nAndai tidak sanggup berdepan dengan situasi menakutkan ini, biasanya mereka\nakan mengelakkan diri daripada bertembung dengan situasi tersebut. Hakikatnya,\nramai juga individu yang mengalami sindrom dikenali sebagai <em>health anxiety syndrome<\/em>. Mereka berasa\ntidak selamat jika vaksin tersebut akan mendatangkan kesan sampingan yang teruk\nkemudian hari seperti akan mendapat penyakit kanser, atau mendapat kecacatan\nkekal ataupun akan mengubah struktur DNA mereka selamanya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagi\nmengatasi isu ini, antara beberapa langkah utama perlu dilakukan untuk\nmenggalakkan mereka menerima program imunisasi ini ialah memberikan pendidikan\nyang bermaklumat secara tepat. Dedahkan kepada mereka dengan kebaikan dan\nmanfaat yang bakal diperoleh. Berikan sokongan secara berhikmah untuk\nmendapatkan rawatan khusus supaya masalah fobia dan kebimbangan yang mereka\nalami juga turut membantu kejayaan program imunisasi ini. Memberikan maklumat\nmelalui pendekatan psikospiritual atau kerohanian juga memberikan impak yang\nberkesan dalam menjayakan program ini, namun ia memerlukan banyak kajian lagi,\nagar hasilnya terbukti berkesan. <\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Penemuan vaksin Covid-19 telah memberikan kelegaan dan nafas baharu kepada orang ramai di seluruh dunia. Ada kelihatan cahaya harapan yang meningkatkan keyakinan kita semua bahawa peperangan terhadap pandemik Covid-19 ini bakal berakhir secepatnya. Di samping &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":34,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[141],"tags":[],"class_list":["post-28766","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-berita-harian","category-141","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28766","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/34"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28766"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28766\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28766"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28766"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28766"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}