{"id":28775,"date":"2021-03-19T08:30:24","date_gmt":"2021-03-19T00:30:24","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=28775"},"modified":"2021-03-19T08:30:24","modified_gmt":"2021-03-19T00:30:24","slug":"pelihara-simbiosis-ekosistem-kekalkan-keseimbangan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/pelihara-simbiosis-ekosistem-kekalkan-keseimbangan\/","title":{"rendered":"Pelihara Simbiosis Ekosistem Kekalkan Keseimbangan"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada bulan Mac saban tahun dunia\nmeraikan tiga sambutan penting berkaitan dengan kelestarian alam iaitu Hari Hidupan\nLiar Sedunia, Hari Hutan Sedunia dan Hari Air Sedunia. Ketiga-tiga sambutan ini\ndiraikan adalah bagi meningkatkan tahap kesedaran dalam kalangan masyarakat\ndunia tentang kepentingan memelihara dan menjaga simbiosis komponen-komponen\nberkenaan yang saling berkait rapat antara satu sama lain.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; &nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Kesedaran\ntentang kepentingan memelihara ekosistem hutan, hidupan liar dan sumber air\nperlu diperkasakan dalam kalangan masyarakat dunia, sementelah ketiga-tiga\nkomponen berkenaan kian diancam kemerosotan ekoran daripada sikap alpa dan tidak\nbertanggungjawab dalam kalangan segelintir kita pada hari ini. Buktinya, saban\nhari kita masih lagi didedahkan dengan isu-isu seperti pencerobohan ekosistem\nhutan, aktiviti pemburuan serta pemerdagangan hidupan liar, dan juga masalah pencemaran\nsumber air yang tiada kesudahan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Justeru, kesedaran tentang simbiosis\nantara ekosistem hutan, hidupan liar dan sumber air perlu dipromosikan secara\nproaktif agar masyarakat dapat memahami dengan baik kepentingan menjaga\nkelangsungan komponen-komponen berkenaan bagi menjamin keseimbangan alam secara\nkeseluruhannya. Misalnya, masyarakat perlu difahamkan bahawa ekosistem hutan\nmempunyai pengaruh yang besar terhadap kelestarian hidupan liar dan sumber air.\nSekiranya ekosistem hutan musnah, maka ia akan turut mempengaruhi kelangsungan\nhidupan liar dan juga kelestarian bekalan air bersih. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Hal ini demikian adalah kerana\nekosistem hutan merupakan habitat penting untuk hidupan liar bermandiri dan\njuga bertindak sebagai penuras yang menapis air hujan bagi memastikan air\nbersih dan jernih mengalir ke kawasan tadahan. Bekalan air bersih yang ditapis\nmelalui ekosistem hutan bukan sahaja penting untuk kegunaan manusia, malahan\njuga untuk kelangsungan hidup kepelbagaian hidupan liar yang menghuninya. Ini\nsecara jelas menunjukkan bahawa hutan melalui perkhidmatan ekosistem yang\ndisediakan memainkan peranan yang sangat penting dalam menjamin kesejahteraan\nhidup manusia dan juga makhluk hidupan lain yang sama-sama berkongsi planet\nbumi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Oleh itu, segala aktiviti seperti degradasi hutan,\nperubahan guna tanah, pencemaran sumber air, pemburuan dan perdagangan haram\nhidupan liar akan menyumbang kepada berlakunya kepupusan spesies flora dan\nfauna, meningkatan konflik manusia-hidupan liar serta menjejaskan potensi eko-pelancongan\nsesebuah negara. Justeru, melalui sambutan-sambutan penting yang berkait dengan\nekosistem hutan, hidupan liar dan sumber air boleh mengingatkan masyarakat\ntentang keperluan untuk meningkatkan usaha bagi memerangi jenayah yang melibatkan\nkomponen-komponen berkenaan yang telah memberi kesan besar ke atas keseimbangan\nalam dan ekosistem.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menerusi\ntema-tema yang diketengahkan saban tahun diharap dapat memberi mesej yang jelas\nkepada masyarakat dunia untuk sama-sama menghayati kepentingan melindungi\nekosistem hutan, hidupan liar dan juga sumber air melalui pelbagai program yang\ndianjurkan oleh pelbagai pihak sepanjang bulan Mac ini agar timbul kesedaran\nuntuk segenap lapisan masyarakat dunia lebih mengambil tahu dan menghargai komponen-komponen\nberkenaan yang mungkin kurang diberi perhatian selama ini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apatah\nlagi, Islam sendiri sangat menekankan kepada kita selaku khalifah Allah SWT di atas\nmuka bumi untuk menjaga dan melindungi alam sekitar dan segala komponen yang\nada di dalamnya dengan sebaik mungkin. Terdapat beberapa prinsip penting yang\ndigariskan oleh Islam sebagai panduan kepada kita bagi menangani masalah\nkemerosotan alam sekitar dan sumber-sumber yang ada di dalamnya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Prinsip\nyang pertama adalah <em>khalq <\/em>atau\npenciptaan, yakni kesedaran bahawa semua sumber yang ada di atas muka bumi\nuntuk kegunaan kita adalah mempunyai Penciptanya, dan kita tidak boleh sewenang-wenangnya\nmengeksploitasi sumber alam yang terhad ini dengan sesuka hati. Sebaliknya,\nkita harus berusaha untuk mengunakannya dengan penuh berhemah dan lestari agar\ntidak mengundang kemerosotan atau kemusnahan ke atas sumber-sumber berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Prinsip\nyang kedua adalah khalifah, yakni kita memainkan peranan sebagai pemegang\namanah dan juga penjaga kepada alam sekitar dan segala komponen yang ada di\natas di dalamnya. Justeru, segala kepercayaan dan amanah yang diberikan oleh\nAllah SWT kepada kita selaku khalifah akan dipertanggungjawabkan di atas segala\ntindak tanduk kita sama ada baik atau buruk di akhirat kelak.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Prinsip\nyang ketiga adalah <em>mizan<\/em> atau\nkeseimbangan, yakni segala aktiviti pembangunan yang hendak dilaksanakan\nmenerusi penggunaan sumber alam hendaklah dipastikan tidak mengganggu gugat keseimbangan\nalam yang Allah SWT ciptakan bagi mengelakkan berlakunya sebarang bentuk kemusnahan\nterhadap alam sekitar dan ekosistem. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Peringatan\nini telah dinukilkan dengan jelas di dalam Firman-Nya yang bermaksud: <em>\u201cDan kepada penduduk Madyan (Kami utuskan)\nsaudara mereka Nabi Syuaib. Ia berkata: \u2018Wahai kaumku, sembahlah kamu akan\nAllah, (sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripada-Nya. Sesungguhnya\ntelah datang kepada kamu keterangan yang nyata dari Tuhan kamu. Oleh itu,\nsempurnakanlah sukatan dan timbangan, dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia\nakan benda-benda dan perkara-perkara yang menjadi haknya; dan janganlah kamu\nberbuat kerosakan di muka bumi sesudah Allah menjadikannya (makmur teratur)\ndengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu jika betul kamu\norang-orang yang beriman\u201d.<\/em><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Seterusnya,\nprinsip yang terakhir adalah syukur, yakni bersyukur di atas segala nikmat alam\ndan segala komponen yang ada di dalamnya yang dikurniakan oleh Allah SWT untuk\nkegunaan kita bagi meneruskan kelangsungan hidup. Justeru, kita sewajarnya\nmenjaga dan melindungi alam sekitar dan segala komponen yang ada di dalamnya\ndengan sebaik mungkin yang merupakan hak yang perlu kita kembalikan kepada\ngenerasi akan datang.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pada bulan Mac saban tahun dunia meraikan tiga sambutan penting berkaitan dengan kelestarian alam iaitu Hari Hidupan Liar Sedunia, Hari Hutan Sedunia dan Hari Air Sedunia. Ketiga-tiga sambutan ini diraikan adalah bagi &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":22,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-28775","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28775","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/22"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28775"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28775\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28775"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28775"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28775"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}