{"id":28799,"date":"2021-03-23T09:01:12","date_gmt":"2021-03-23T01:01:12","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=28799"},"modified":"2021-03-23T09:01:12","modified_gmt":"2021-03-23T01:01:12","slug":"fenomena-asnaf-selepas-bersara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/fenomena-asnaf-selepas-bersara\/","title":{"rendered":"Fenomena Asnaf Selepas Bersara"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ada satu ciapan di Twitter berbunyi, <em>\u201cKat institusi zakat ni, dah\nmakin ramai jadi asnaf selepas bersara sebab tiada pendapatan langsung atau\nhabis simpanan.\u201d <\/em>Mengapakah situasi seperti ini boleh berlaku?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Laporan oleh Pusat Analisis Polisi Ekonomi Schwartz menyatakan hampir\nseparuh rakyat Amerika akan bersara pada usia 65 tahun dalam keadaan miskin\natau hampir miskin, iaitu dengan pendapatan kurang daripada $20 ribu setahun\n(sekitar $1,667 sebulan).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Antara punca yang menyebabkan situasi ini berlaku ialah simpanan\npersaraan yang tidak mencukupi, tidak mempunyai manfaat pelindungan takaful\npada hari tua serta hilang punca pendapatan. Situasi ini menjadi lebih buruk\nakibat daripada pandemik Covid-19 yang menyaksikan lebih tiga juta orang rakyat\nAmerika mungkin terpaksa bersara awal tanpa rela (<em>involuntary retirement<\/em>).\nDianggarkan kadar pengangguran di kalangan golongan berusia adalah lebih tinggi\nberbanding golongan muda dan kadar ini juga bergerak lebih pantas berbanding\nsebelum era Depresi Ekonomi dunia (<em>Great Depression<\/em>).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Situasi ini bukan perkara yang unik di Amerika sahaja. Isu penuaan,\nkrisis persaraan dan gejala kemiskinan merupakan rantaian yang saling berkait\ndi peringkat global. Realiti di Malaysia pada hari ini tidak jauh berbeza\ndengan negara-negara lain. Kajian yang pernah dilakukan oleh HSBC menggambarkan\nrakyat Malaysia mempunyai persepsi terlebih yakin (<em>overconfident<\/em>) berbanding\nrealiti tidak bersedia untuk bersara. 75 peratus responden rakyat Malaysia yang\nmenyatakan bahawa mereka yakin boleh bersara dengan selesa berasa kesal kerana\ntidak melakukan pelan persaraan lebih awal.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Statistik Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga menunjukkan lebih\nseparuh pencarum KWSP yang menghampiri usia bersara mempunyai simpanan kurang\ndaripada RM50 ribu ringgit dan wang simpanan persaraan ini biasanya habis\ndigunakan dalam tempoh kurang daripada lima tahun. Pola demografi rakyat Malaysia\njuga telah berubah;&nbsp; terdapat hanya 5 peratus (0.5 juta) golongan tua pada\ntahun 1970 berbanding 10 peratus (3.4 juta) pada tahun 2020. Bantuan Orang Tua\noleh Jabatan Kebajikan Masyarakat juga telah meningkat daripada 11 ribu orang\npada tahun 2002 (berjumlah RM17.6 juta) kepada 135 ribu orang pada tahun 2018 (berjumlah\nRM554 juta).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pandemik COVID-19 telah memberi kesan yang lebih ketara kepada golongan\nbawahan; ada yang hilang pekerjaan dan ada yang terpaksa menutup perniagaan.\nSimpanan persaraan KWSP pula terpaksa dikeluarkan melalui program i-Lestari dan\ni-SINAR bagi menampung kehidupan semasa. Ibarat kais pagi makan pagi, mampu kah\nmereka menyediakan simpanan persaraan yang mencukupi untuk \u2018makan\npetang\u2019?&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Adakah benar bahawa golongan kaya kalis miskin pada hari tua? Kajian\nmenunjukkan rakyat Amerika yang mempunyai simpanan melebihi $2 juta berdepan\ndengan cabaran untuk mengekalkan gaya hidup dan pada masa yang sama mewariskan\nharta kepada anak dan cucu mereka. Tiga risiko persaraan yang dihadapi oleh\nkelompok ini ialah kerugian pelaburan, peningkatan inflasi dan kos rawatan\npenyakit kritikal.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ini menunjukkan bahawa risiko asnaf selepas bersara dihadapi oleh semua\nperingkat tanpa mengira golongan berpendapatan rendah, sederhana atau kaya.\nKunci kepada permasalahan ini ialah gaya hidup di luar kemampuan. Gara-gara biar\npapa asal bergaya, individu terjerumus ke dalam kancah hutang seperti pinjaman peribadi,\nkenderaan mewah dan rumah yang terpaksa ditanggung melepasi usia bersara.\nMalah, ada juga yang terpaksa mewariskan hutang kepada anak mereka.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mungkin ada\nsebahagian yang tidak berasa bimbang untuk bersara kerana yakin memiliki\nanak-anak yang mampu menyalurkan rezeki serta menjaga mereka semasa tua. Kaji\nselidik Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada tahun\n2014 mendapati 9 peratus warga tua di Malaysia tinggal bersendirian, manakala 4.7\nperatus menyatakan tidak pernah menerima sebarang bentuk bantuan daripada anak\nmereka. Hampir 30 peratus pula masih menanggung anak-anak mereka selepas usia\nbersara. Pengalaman penulis menziarahi rumah orang tua jelas menunjukkan ada\nyang rela berada di sana kerana tidak mahu menyusahkan kehidupan anak-anak yang\nbergelut mencari rezeki. Malah ada juga suami uzur yang telah bersara berada di\nsana kerana isteri mereka terpaksa bertungkus lumus bekerja bagi menampung\nkehidupan.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tidak\nmustahil untuk lebih ramai golongan pesara dan warga emas menghabiskan saki\nbaki usia di rumah atau kampung persaraan (<em>retirement homes\/villages<\/em>).\nPola masyarakat yang beralih kepada golongan menua dan tanpa waris akan\nmenyebabkan peningkatan permintaan terhadap rumah persaraan mampu milik yang\nlengkap dengan kemudahan kesihatan dan penjagaan rapi warga emas. Walau\nbagaimana pun, gaya hidup persaraan seperti ini memerlukan bayaran untuk\nmenampung kos penyelenggaraan dan perkhidmatan. Tanpa simpanan persaraan individu\nyang mencukupi, beban kewangan ini mungkin terpaksa ditanggung oleh pihak\nkerajaan.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kisah seorang\npetugas sukarelawan yang sangat aktif di sebuah Majlis Agama Islam Negeri\n(MAIN) bagi membantu golongan miskin serta asnaf sejak lebih 30 tahun lalu\nboleh dijadikan iktibar. Beliau terpaksa berhenti membantu masyarakat kerana\npenyakit yang sedang dihadapi, selain tiada\nsumber pendapatan selepas bersara dan masih menanggung keperluan anak tunggalnya\nyang masih belajar.Menurut beliau,bantuan makanan dan wang\ntunai yang diterima oleh MAIN tidak mencukupi untuk perbelanjaan harian dan\nubat-ubatan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><br \/>\nAlangkah bagus jika kita mampu untuk terus menjadi penyumbang zakat selepas\nbersara dan bukan sebaliknya. Nabi Muhammad (SAW) pernah bersabda, <em>\u201cTangan di\natas adalah lebih baik daripada tangan di bawah\u201d <\/em>dan <em>\u201cbarangsiapa berusaha untuk menjauhi daripada meminta-minta, maka\nAllah akan memeliharanya dan barangsiapa berusaha mencukupkan dirinya, maka Allah\nakan mencukupkannya\u201d<\/em> (HR Bukhari). Dengan ilmu dan perancangan\npersaraan yang rapi, tidak mustahil untuk kita mengelakkan diri daripada menjadi\nasnaf selepas bersara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ada satu ciapan di Twitter berbunyi, \u201cKat institusi zakat ni, dah makin ramai jadi asnaf selepas bersara sebab tiada pendapatan langsung atau habis simpanan.\u201d Mengapakah situasi seperti ini boleh berlaku? Laporan oleh Pusat Analisis Polisi Ekonomi Schwartz menyatakan hampir separuh rakyat Amerika akan bersara pada usia 65 tahun dalam keadaan miskin atau hampir miskin, iaitu&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":40,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[141],"tags":[],"class_list":["post-28799","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-berita-harian","category-141","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28799","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/40"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28799"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28799\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28799"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28799"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28799"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}