{"id":28803,"date":"2021-03-26T08:33:43","date_gmt":"2021-03-26T00:33:43","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=28803"},"modified":"2021-03-26T08:33:43","modified_gmt":"2021-03-26T00:33:43","slug":"wkb-2030-aspirasi-negara-maju-berkehidupan-wajar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wkb-2030-aspirasi-negara-maju-berkehidupan-wajar\/","title":{"rendered":"WKB 2030 : Aspirasi Negara Maju Berkehidupan Wajar"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada\n16 Mac yang lepas, pihak Bank Dunia ada mengeluarkan satu laporan yang bertajuk\n\u201cAiming High: Navigating the next stage of Malaysia\u2019s development.\u201d&nbsp; Intipati laporan ini adalah berkaitan dengan\nunjuran pihak Bank Dunia bahawa Malaysia akan melepasi nilai ambang negara\nberpendapatan tinggi pada satu ketika di antara tahun 2024- 2028. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut\nlaporan tersebut, nilai ambang pendapatan negara kasar (PNK) per kapita yang\ndiperlukan bagi membolehkan sesebuah negara itu dianggap sebagai sebuah negara\nberpendapatan tinggi ialah AS12, 535. Buat masa sekarang PNK Malaysia berada\npada tahap AS11,200. Ini bermakna negara hanya perlu mencapai tambahan sebanyak\nAS1,335 lagi kepada PNK yang ada sekarang bagi membolehkannya melepasi nilai\nambang tersebut. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Analisis\ndi dalam laporan Bank Dunia ini juga turut menyatakan bahawa bagi membolehkan\nMalaysia beralih dengan jaya kepada sebuah negara berstatus berpendapatan\ntinggi dan maju, reformasi atau perubahan ke atas 6 sektor yang saling\nberkaitan yang telah dikenal pasti perlu dilakukan \u2013&nbsp; menggiatkan semula pertumbuhan jangka panjang,\nmeningkatkan daya saing, mewujudkan peluang-peluang pekerjaan, memodenkan\ninstitusi, mempromosikan inklusi dan membiayai kemakmuran bersama.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Secara\nidealnya, pendapatan yang tinggi membantu isi rumah untuk menjalani satu gaya\nhidup yang berkualiti dan bermaruah. Namun jika kita melihat kepada\nnegara-negara berpendapatan tinggi yang ada sekarang terutamanya di sebelah\nBarat, status yang diperolehi belum dapat menjamin bahawa setiap ahli masyarakat\nmendapat keadilan sosial daripada kemajuan ekonomi yang dicapai oleh\nnegara-negara terebut. Ini kerana PNK adalah berdasarkan kepada pendapatan\npurata penduduk. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di\nkebanyakan negara, ketaksamaan kekayaan dalam kalangan penduduk meningkat\ndengan pesat. Secara teorinya ini akan menyebabkan nilai kekayaan purata\nindividu dalam negara tadi juga akan meningkat walaupun secara realitinya ramai\nyang langsung tidak mendapat kenaikan upah atau hanya mendapat kenaikan gaji\nyang sedikit sahaja. Sebagai contoh, menurut United Stated Census Bureau, pada\n2019, walaupun purata pendapatan perkapita penduduknya ialah AS34,103 namun\nhampir 33 juta penduduk Amerika Syarikat hidup di bawah paras kemiskinan.\nManakala 567,715 penduduknya pula hidup secara bergelandangan <em>(homeless)<\/em>\ndengan New York, Hawaii dan California mempunyai kadar golongan gelandangan\nkepada bilangan penduduk yang tertinggi berbanding negeri-negeri lain di\nAmerika Syarikat. Contoh ekstrem lain ialah Bermuda \u2013 sebuah negara syurga\ncukai bagi jutawan yang mempunyai keluaran dalam negara kasar (KDNK) perkapita\nantara yang tertinggi di dunia tetapi sebahagian besar penduduknya bekerja\ndalam industri perikanan yang hanya menerima upah yang kecil sahaja.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Malaysia\nsudah tentunya tidak mahu menjadi negara berpendapatan tinggi tetapi pada masa\nyang sama kekayaan tadi tidak dapat dinikmati secara adil dan saksama oleh\nsemua warganegara seperti contoh-contoh yang dinyatakan sebelum ini. Namun pada\nmasa yang sama kita perlu menerima hakikat bahawa Allah SWT tidak menjadikan\nmanusia ini sama baik dari segi kekayaan mahupun keupayaan akal. Ini ada\ndijelaskan menerusi ayat ke-32 Surah al-Zukhruf.&nbsp; Ini merupakan satu hikmah Allah SWT dalam\npenciptaan makhluk. Jadi dalam hal ini, walaupun negara akan mencapai status\nnegara berpendapatan tinggi pada suatu ketika nanti, isu kemiskinan dalam\nkalangan penduduk dan ketaksetaraan pembangunan wilayah sedikit sebanyak tetap\nakan wujud. Bagaimanapun ini bukanlah satu halangan untuk kita tidak berusaha\nmenjadi sebuah negara maju (dan berpendapatan tinggi) mengikut acuan\nsendiri.&nbsp; <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam\nhal ini, enam cadangan yang dikemukakan oleh pihak Bank Dunia di dalam laporan\ntersebut juga wajar diberi pertimbangan oleh pihak berwajib terutama yang\nberkaitan dengan aspek mempromosi inklusi dan (membiayai) kemakmuran\nbersama.&nbsp; <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebenarnya\nMalaysia sudah mempunyai satu wawasan pembangunan yang holistik yang bukan\nsahaja dapat menjurus ke arah pencapaian status negara maju tetapi juga\nmelangkaui konsep negara berpendapatan tinggi yang dianjurkan oleh dunia Barat.\n<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada\n5 Oktober 2019 kerajaan Malaysia telah melancarkan Wawasan Kemakmuran Bersama\n2030 (WKB 2030). Mungkin disebabkan perubahan tampuk kepimpinan negara dan isu\npandemik Covid-19 yang berlaku selepas pelancarannya, WKB 2030 ini kurang\ndiberi perhatian. Wawasan ini merupakan satu iltizam pihak pemerintah untuk\nmenjadi Malaysia sebagai sebuah negara membangun secara mampan seiring dengan\npengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif pada semua peringkat\nkumpulan pendapatan, etnik, wilayah dan rantaian bekalan. Di samping itu WKB 2030\nini menyasarkan penyatuan negara bangsa menerusi perpaduan dalam kalangan\npenduduk pelbagai kaum tanpa ada rasa prasangka dengan meraikan kepelbagaian\nbangsa dan budaya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dengan\nmenjadikan unsur keadilan, kesaksamaan dan keterangkuman sebagai prinsip kepada\npengagihan ekonomi; jika dilaksana dengan penuh iltizam, WKB 2030 ini mampu\nuntuk mengurangkan jurang pendapatan yang ada dalam komuniti. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pembangunan\nyang mampan tidak boleh dicapai tanpa kestabilan sosial. Pengukuhan perpaduan\ndalam kalangan kaum akan menjadi pemangkin kepada proses pembangunan yang\ndilakukan ini kerana setiap individu tanpa mengira latar belakang etnik mahupun\nketurunan akan mengenepikan perbezaan yang ada dan berusaha secara kolektif dan\nharmoni ke arah merealisasikan wawasan bersama.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tidak\nseperti matlamat pembangunan biasa yang memfokuskan kepada aspek pertumbuhan\nyang dinilai menerusi peningkatan pendapatan, WKB 2030 ini bermatlamat menyediakan\ntaraf hidup yang wajar <em>(decent standard of living)<\/em> kepada semua rakyat\nMalaysia pada tahun 2030. Taraf hidup wajar merujuk kepada satu konsep yang\nmemenuhi tiga elemen dalam kehidupan masyarakat iaitu kewangan yang mencukupi\nbagi memenuhi keperluan asas; kemampuan untuk menyertai aktiviti komuniti,\nkekeluargaan dan riadah sosial; dan keupayaan untuk menjalani kehidupan yang\nbermakna dan bermaruah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sesungguhnya\nkecukupan kewangan bagi memenuhi keperluan asas dilihat lebih sesuai berbanding\ndengan mensasarkan pendapatan yang tinggi. Ini kerana kerana unsur-unsur\nseperti inflasi atau kegagalan mengurus kewangan dengan baik boleh\nmengakibatkan invididu yang berpendapatan tinggi gagal menikmati satu kehidupan\nyang berkualiti. Begitu juga dengan aspek mobiliti dan interaksi sosial. Tanpa\nkeduanya adalah sukar untuk ahli masyarakat mengubah taraf hidup dan mendapat\nsokongan serta dorongan yang membolehkan mereka menikmati satu kehidupan yang\nlebih bermakna dan mempertahankan nilai identiti masing-masing.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sememang\nsesuatu dasar atau perancangan pembangunan perlu mengambilkira faktor-faktor\nsetempat. WKB 2030 merupakan satu contoh yang dimaksudkan di sini. Dengan tidak\nmenyasarkan pendapatan yang tinggi seperti kelaziman pelan-pelan pembangunan\nsebelum ini, sebaliknya menjadikan kehidupan wajar sebagai matlamat yang ingin\ndicapai, WKB dilihat lebih holistik dan dilihat mampu untuk memacu Malaysia ke\narah sebuah negara maju mengikut acuan sendiri. <\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pada 16 Mac yang lepas, pihak Bank Dunia ada mengeluarkan satu laporan yang bertajuk \u201cAiming High: Navigating the next stage of Malaysia\u2019s development.\u201d Intipati laporan ini adalah berkaitan dengan unjuran pihak Bank Dunia bahawa Malaysia akan melepasi \u2026<\/p>\n","protected":false},"author":18,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-28803","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28803","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/18"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28803"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28803\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28803"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28803"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28803"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}