{"id":28809,"date":"2021-04-02T08:25:42","date_gmt":"2021-04-02T00:25:42","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=28809"},"modified":"2021-04-02T08:25:42","modified_gmt":"2021-04-02T00:25:42","slug":"hak-generasi-depan-sebagai-wahana-baru","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/hak-generasi-depan-sebagai-wahana-baru\/","title":{"rendered":"\u201cHak Generasi Depan\u201d sebagai Wahana Baru"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pandemik COVID-19 sedikit sebanyak\ntelah menjejaskan pembelajaran golongan muda. Bagi sebahagian yang lain, kemajuan\nkerjaya, rancangan perkahwinan dan memiliki anak turut tergendala. Situasi\nekonomi pasti mencabar bagi siswa yang mengambil pinjaman pengajian, sementara lulusan\nbaru IPT risau dalam memburu pekerjaan setaraf. Ibu-bapa muda yang menjadi sandaran\nkeluarga dari gaji ke gaji bulan berikutnya berasa perit, terutama jika terganggu\ndengan hutang. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Satu konsep perundangan\nyang boleh dimanfaatkan dalam menghadapi cabaran semasa ialah dengan mempertimbangkan\n\u201chak-hak generasi masa depan\u201d (<em>the rights of future generations<\/em>). Bidang\nfalsafah moral menggelarnya, \u201ckewajiban kita terhadap generasi yang akan datang\u201d\n(<em>obligations to the future generations<\/em>).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Konsep tersebut\nboleh diletakkan dalam kerangka Islam dan shari\u2018ah yang\nmenekankan diri-rohaniah dan kesejahteraan-ukhrawi. Dalam surah <em>al-Nisa\u2019<\/em>,\nayat 9, al-Qur\u2019an menegaskan, \u201cDan hendaklah mereka (ibu bapa dan penjaga) takut\nkepada Allah seandainya meninggalkan selepas mereka keturunan yang lemah, yang membimbangkan\nkesejahteraannya.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tiap generasi\nperlu menggunakan sumber alam dengan bersederhana. Allah melarang daripada\npemborosan yang menyebabkan masa depan yang tidak menentu. Al-Qur\u2019an\nmempertentang para pemboros saudara syaitan dengan \u201chamba-hamba Tuhan yang Maha\nPenyayang (iaitu)\u2026orang-orang yang apabila berbelanja, mereka tidak boros, dan\ntidak pula bakhil, dan mengambil jalan pertengahan antara melampau (boros dan\nbakhil). (<em>al-Furqan<\/em>, 25:67).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sumber harta\nhanyalah amanah dari Tuhan, seperti firman-Nya, \u201cBerimanlah kamu kepada Allah\ndan Rasul-Nya dan belanjakanlah untuk kebajikan masyarakat sebahagian dari\nharta benda yang Dia telah menjadikan kamu menguasainya sebagai wakil, pemegang\namanah\u201d (<em>al-Hadid<\/em>, 57:7). <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;Dunia antarabangsa mula rancak membahaskan\nkonsep kewajiban kepada generasi depan dari tahun 1960\u2019an; dan pada 12 November\n1997 UNESCO telah memaktubkannya melalui \u201cPerisytiharan Tanggungjawab Generasi\nSekarang terhadap Generasi Depan\u201d. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perjanjian\nAntarabangsa tersebut menekankan kewajiban untuk mewariskan kesejahteraan menyeluruh\nkepada generasi mendatang, termasuk dari segi keperluan asas, kebebasan politik,\nkekeluargaan, alam sekitar, biodiversiti, kebudayaan, keamanan, pembangunan, pendidikan,\ndan kesaksamaan.&nbsp; <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dunia mula memahami\nkesejahteraan (<em>well-being<\/em>) lebih daripada isu produktiviti nasional dan\npeluang pekerjaan, tetapi turut merangkum kesihatan, hubungan sesama manusia,\npendidikan, kemahiran, perumahan, kewangan dan kualiti persekitaran. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perspektif baru\n\u201ckewajiban kita untuk memenuhi hak-hak generasi yang akan datang\u201d berupaya\nmenjadi wahana, sarana, instrumen, model dan rangka penyelidikan yang boleh\ndilaksanakan untuk mewujudkan keadaan yang lebih baik, bahkan masa depan yang\nlebih cemerlang. Dasar dan polisi negara perlu mengambil berat terhadap kesan\nsesuatu rancangan dan projek baru terhadap generasi akan datang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di negara Wales,\nkonsep tersebut telah dikanunkan dalam Akta Kesejahteraan Generasi Depan (<em>Well-being\nof Future Generations (Wales) Act 2015<\/em>) dan pelantikan Pesuruhjaya Generasi\nMasa Depan yang memiliki kuasa perundangan bebas daripada Kabinet. Suruhanjaya\ntersebut mengusahakan dasar-dasar baru dengan lunas pembangunan lestari untuk tindakan\nkerajaan secara menyeluruh (<em>whole of government<\/em>). Ini termasuklah dokumen\n<em>Manifesto for the Future<\/em> yang digubal dalam tahun 2020. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hungary turut\nmemperkenalkan Suruhanjaya Generasi Depan dalam tahun 2008; sementara Finland telah\nmenubuhkan Panitia Parlimen untuk Masa Depan dalam tahun 1990\u2019an, yang\nmengenalpasti isu-isu yang rumit pada peringkat awal perencanaan dasar-dasar\nkerajaan yang berimpak pada hari muka.&nbsp;&nbsp;&nbsp;\n<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bidang ini menekankan\npertamanya, taburan kekayaan yang adil antara generasi. Seperti penegasan al-Qur\u2019an:\n\u201cjanganlah harta itu hanya beredar di antara orang-orang kaya sahaja di\nkalangan kamu\u201d (<em>al-Hashr<\/em>, 59:7). Golongan fakir, miskin dan yang\nmenderita kekurangan ada hak dalam kitaran ekonomi negara, agar martabatnya diangkat\nke tahap keadilan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebab itu\nbanyak ayat al-Qur\u2019an yang mengecam ekonomi yang tidak seimbang, kerana\nketaksamaan ekonomi amat sukar dibasmi di tengah-tengah perpecahan masyarakat. Kekuatan\nekonomi turut bergantung kepada upah dan gaji yang saksama, sementara wajib\nterdapat galakan keusahawanan dan pembasmian \u201cpendapatan tanpa berusaha\u201d (<em>unearned\nincome<\/em> atau <em>rent-seeking<\/em>). <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Para pengkaji\nhari ini turut mengenalpasti beberapa perubahan penting dalam cara hidup semasa\nuntuk menjamin keadilan dan kelestarian generasi depan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Komitmen\nterhadap pengurangan pelepasan karbon (<em>carbon emission<\/em>) perlu\nditerjemahkan kepada membangunkan tenaga boleh diperbaharui yang mampu dijana\ndaripada sumber alami. Negara dan rakyat perlu berpindah kepada teknologi baru seperti\npanel suria dan pengangkutan lestari. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pembaharuan\nkepada sistem makanan yang mampan (<em>sustainable food systems<\/em>)\u2014sama ada dari segi perkembangan amalan pertanian, pengagihan\nmakanan, diet dan pengurusan sisa makanan\u2014turut\nmendapat perhatian.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Lebih jauh lagi,\nperlu ada perubahan dasar pembangunan ke arah pertumbuhan ekonomi dalam batasan\npersekitaran tamadun yang mesra-alam. Sebab itu wacana semasa sarat dengan\nistilah peradaban ekologikal (<em>ecological civilization<\/em>), ekonomi hijau (<em>green\neconomy<\/em>)<em>,<\/em> pekerjaan kolar hijau, perniagaan mampan dan yang\nseumpamanya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Insan perlu\ninsaf menggunakan sumber alam secara berhemat dan tidak sewenangnya melakukan&nbsp; perubahan\u2014meskipun\natas nama kemajuan sains dan teknologi\u2014yang\nmembahayakan ekosistem. Sebaliknya, mutu udara dan air perlu dipertingkat; dan air\nhujan ialah rahmat yang perlu dikumpul dan dimanfaatkan sepenuhnya. Bahan untuk\npembinaan bangunan harus dari sumber yang boleh diperbaharui atau dikitar\nsemula; dan polisi bangunan yang neutral karbon atau rendah kadar pelepasan\nkarbon perlu dikuatkuasakan. &nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pengurusan sisa\ndan sampah wajib dirancang dalam konteks menyokong kitar-semula sambil\nmengurangkan sisa pepejal domestik di tapak pelupusan. Membebaskan diri dari sisa\ndan sampah adalah selaras dengan amaran Allah, \u201cDan janganlah kamu\nmenghamburkan sumber kebendaanmu secara boros. Sungguh para pemboros itu saudara syaitan dan\nsyaitan itu sangat ingkar kepada Tuhannya (<em>al-Isra\u2019<\/em>, 17:26-27).<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pandemik COVID-19 sedikit sebanyak telah menjejaskan pembelajaran golongan muda. Bagi sebahagian yang lain, kemajuan kerjaya, rancangan perkahwinan dan memiliki anak turut tergendala. Situasi ekonomi pasti mencabar bagi siswa yang mengambil pinjaman pengajian, sementara &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-28809","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28809","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28809"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28809\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28809"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28809"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28809"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}