{"id":29322,"date":"2021-04-16T07:25:18","date_gmt":"2021-04-15T23:25:18","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=29322"},"modified":"2021-04-16T07:25:18","modified_gmt":"2021-04-15T23:25:18","slug":"mendepani-keraguan-terhadap-vaksin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/mendepani-keraguan-terhadap-vaksin\/","title":{"rendered":"Mendepani Keraguan Terhadap Vaksin"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bidang perubatan ialah\nbidang yang penting dari sudut pandang Islam. Kepentingan ini dapat dilihat\napabila Imam Syafi\u2018i menukilkan kata-kata berikut: \u201cIlmu itu ada dua: Ilmu\nagama iaitu ilmu fiqh dan ilmu dunia iaitu ilmu perubatan.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Dari semasa ke semasa akan timbul isu-isu berkaitan perubatan\nyang mendapat perhatian daripada ahli masyarakat kerana persoalan yang timbul\ndari sudut agama khususnya aspek hukum-hakam. Perkara ini termasuklah isu\nvaksin COVID-19 yang hangat diperkatakan semenjak akhir tahun 2020.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Apabila beberapa vaksin berjaya dihasilkan menjelang\nakhir tahun 2020, satu sinar baharu mula kelihatan untuk membendung penularan\npandemik COVID-19 yang melanda dunia. Perkembangan perubatan ini membawa kepada\nbanyak persoalan dalam kalangan masyarakat. Antaranya membabitkan isu keselamatan\ndan hukum agama tentang penggunaan vaksin.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Dalam mendepani keraguan terhadap vaksin, perlu disedari\nbahawa pembangunan vaksin ialah perkara yang melibatkan sains dan teknologi\nperubatan manakala proses vaksinasi merupakan satu fenomena sosial. Hal ini\nbermakna ahli masyarakat perlu diberikan keyakinan bahawa proses vaksinasi\ndijalankan adalah demi keselamatan dan kemaslahatan rakyat secara keseluruhan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Keyakinan ini boleh diberikan dengan beberapa cara.\nMengambil pendekatan yang disebutkan menerusi al-Quran, iaitu daripada ayat 125\nSurah al-Nahl yang membawa maksud, \u201cSerulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad)\ndengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah\ndengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik;\nsesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat\ndari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat\nhidayah petunjuk.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Ayat ini menerangkan tiga pendekatan yang boleh digunakan\ndalam penyampaian dakwah Islam kepada masyarakat iaitu dengan hikmah\nkebijaksanaan, menerusi nasihat pengajaran yang baik, dan berbahas dengan\ngolongan yang menentang dengan cara yang sebaik-baiknya. Tiga pendekatan ini\njuga boleh diguna pakai dalam menangani isu vaksin.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kaedah pertama\nialah penyampaian maklumat tepat dan betul berkenaan vaksin kepada masyarakat\ndengan cara yang bijaksana. Perkara ini boleh dilakukan melalui sesi penerangan\nkepada masyarakat menggunakan pelbagai saluran dan medium yang ada seperti\nmedia cetak, media elektronik dan media sosial secara yang kreatif. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Inisiatif ini\nsememangnya berjalan secara berterusan dan melibatkan pelbagai pihak berwajib\nbaik dari latar belakang perubatan, kesihatan awam, sains mahupun agama. Advokasi\nyang dilakukan boleh memberikan maklumat-maklumat yang diperlukan oleh\nmasyarakat dan pada waktu yang sama, menyangkal maklumat-maklumat salah yang\ndisebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kaedah kedua\nadalah dengan nasihat pengajaran yang baik bagi memberikan keyakinan kepada\nmasyarakat berkenaan keberkesanan dan keselamatan vaksin. Mengambil satu\ncontoh, pada abad ke-19, vaksin cacar dibawa masuk ke Baghdad. Bagaimanapun,\nmasyarakat Baghdad pada waktu itu menolak penggunaan vaksin tersebut atas\npelbagai alasan termasuk alasan agama.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagaimanapun,\ntindakan Mufti Baghdad dan juga enam orang anak serta cucunya yang bersetuju\nuntuk divaksinkan dalam satu majlis awam telah memberi keyakinan kepada\nmasyarakat keseluruhan di Baghdad. Hasilnya dalam tempoh sembilan tahun,\nseramai 5,400 kanak-kanak menerima vaksin cacar di Baghdad sebelum usaha\nvaksinasi ini dikembangkan ke kota-kota lain di Iraq seperti Mosul.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perkara yang\nsama iaitu dengan menunjukkan contoh teladan boleh dilakukan di Malaysia bagi\nmemberikan keyakinan kepada rakyat. Malah hal ini telah pun dimulakan dengan\nbarisan kepimpinan negara termasuk Perdana Menteri dan beberapa orang menteri\ntermasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) serta\npegawai-pegawai kanan kerajaan seperti Ketua Pengarah Kesihatan yang menjalani\nproses vaksinasi dalam majlis terbuka.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sekiranya\nperkara ini boleh diteruskan dalam fasa kedua dan ketiga Program Imunisasi\nCOVID-19 Kebangsaan dengan melibatkan tokoh-tokoh agama yang berpengaruh, ia\nakan meningkatkan lagi kadar penerimaan masyarakat terhadap vaksin COVID-19.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kaedah ketiga\nialah melalui <em>mujadalah <\/em>atau perbahasan\ndengan pihak yang menentang vaksin dengan mempengaruhi orang lain untuk turut\nsama menolak vaksin. Hal ini boleh dilakukan dengan menampilkan pakar-pakar dan\ntokoh-tokoh agama dan perubatan untuk menjawab persoalan-persoalan yang\nmenimbulkan keraguan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagaimanapun,\nperlu dipastikan agar perbahasan yang berlangsung adalah berlandaskan fakta dan\nbukan emosi. Pada waktu yang sama, kata-kata yang digunakan hendaklah seperti\ncontoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW sendiri apabila berdakwah iaitu\nmenggunakan kata-kata yang baik dan lembut, penuh sopan dan beradab.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Penggunaan\nfalasi dalam penghujahan perlu dielakkan, dan adab berbeza pandangan hendaklah\nditekankan dalam perbahasan seperti ini. Bagi orang yang berfikiran rasional,\napabila akhlak diletak tepi dan adab tidak diamalkan, kredibiliti pembahas\nsudah pasti akan terjejas. Namun jika pembahas tenang, membalas hujah dengan\ncara yang sopan dan melontarkan fakta yang disandarkan kepada nas yang betul,\nhal ini akan memberikan keyakinan kepada semua.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di Malaysia, dalam menangani penolakan terhadap vaksin, institusi dan tokoh\nagama wajar bekerjasama dengan ahli perubatan bagi memberikan maklumat yang\ntepat kepada masyarakat. Sekiranya kita ingin kembali kepada keadaan hidup\nsebelum pandemik COVID-19, langkah pertama yang perlu diambil ialah vaksinasi.\nApabila jumlah yang divaksin mencapai tahap imuniti kelompok, insya-Allah\nkeadaan boleh kembali hampir kepada sebelum ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menjadi suatu perkara yang penting untuk menangani isu ini melalui usaha\nmewujudkan sinergi dua perspektif iaitu agama dan perubatan. Kejayaan sinergi ini\nmampu menyumbang kepada kejayaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bidang perubatan ialah bidang yang penting dari sudut pandang Islam. Kepentingan ini dapat dilihat apabila Imam Syafi\u2018i menukilkan kata-kata berikut: \u201cIlmu itu ada dua: Ilmu agama iaitu ilmu fiqh dan ilmu dunia iaitu ilmu perubatan.\u201d             Dari semasa ke semasa &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":5,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-29322","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29322","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/5"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=29322"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29322\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=29322"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=29322"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=29322"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}