{"id":29337,"date":"2021-04-23T07:53:30","date_gmt":"2021-04-22T23:53:30","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=29337"},"modified":"2021-04-23T07:53:30","modified_gmt":"2021-04-22T23:53:30","slug":"piagam-keharmonian-keluarga","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/piagam-keharmonian-keluarga\/","title":{"rendered":"Piagam Keharmonian Keluarga"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Allah SWT berfirman dalam Surah Adz-Dzariyat (51), ayat 49 yang bermaksud,\n\u201c<em>Dan, segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan agar kamu mengingat\n(kebesaran Allah)<\/em>.\u201d&nbsp; Penciptaan\nmakhluk Allah secara berpasangan ini adalah supaya ia saling melengkapi antara\nsatu sama lain. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Begitu juga dengan manusia.&nbsp; Hawa\nmelengkapkan Adam.&nbsp; Lelaki pasangannya perempuan.\nSuami pasangannya isteri. Ibu pasangannya bapa.&nbsp;\nYang satu melengkapkan yang satu lagi.&nbsp;\nKehidupan tidak akan sempurna tanpa pasangannya dan kesempurnaan itulah\nyang menggerakkan kita untuk melaksanakan fungsi sebagai khalifah Allah di muka\nbumi ini dengan sebaik mungkin.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam Islam, hubungan antara lelaki dan perempuan tidak dilihat dari sudut\nkuasa, yakni siapa yang berkuasa dan siapa yang dikuasai.&nbsp; Sebaliknya, kedua-dua jantina ini saling\nmelengkapi dari segi peranannya dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing\ndi muka bumi ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dengan tujuan untuk mencungkil potensi peranan saling melengkapi antara\nlelaki dan perempuan dalam memakmurkan negara, baik dalam ruang lingkup\nkeluarga; tempat kerja, mahupun masyarakat, IKIM telah menganjurkan Muzakarah\nPakar dengan tema \u201cPeranan Saling Melengkapi Antara Lelaki Dan Wanita\nMenatijahkan Kemakmuran\u201d secara dalam talian pada Jumaat, 9 April 2021.&nbsp; <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam ucapan tema beliau, Pengerusi IKIM, YABhg. Tun Ahmad Sarji bin Abdul\nHamid, antara lainnya telah menyentuh tentang tiga perkara iaitu konsep peranan\nsaling melengkapi antara lelaki dan wanita dalam Islam; kedudukan lelaki dan\nwanita dari perspektif peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan\nUndang-undang Keluarga Islam; dan, potensi peranan saling melengkapi antara\nlelaki dan wanita ini dalam meningkatkan produktiviti di tempat kerja. &nbsp;&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagi membantu dan menyokong kaum lelaki dan wanita dalam melaksanakan\nperanan dan tanggungjawab masing-masing yang saling melengkapi itu, di hujung\nucapan tema tersebut, YABhg. Tun Ahmad Sarji mencadangkan mewujudkan Piagam\nKeharmonian Keluarga yang berfungsi untuk memandu pasangan suami-isteri dalam\nmelayari bahtera rumah tangga mereka.&nbsp; &nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Cadangan ini telah mendapat sambutan yang baik dari semua pembentang dan pengulas\nmuzakarah pakar tersebut.&nbsp; Selain\nbersetuju dengan cadangan ini, mereka juga memberikan input tambahan untuk\nmemantapkannya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pembentang pertama, Dr Khalif Muammar berpendapat bahawa Piagam Keharmonian\nKeluarga ini wajar menjadi panduan untuk membina keluarga yang aman dan harmoni\ndan seterusnya menatijahkan kemakmuran yang dihasratkan.&nbsp; Sehubungan itu, menurut beliau, piagam ini\nperlu memberi penegasan mengenai nilai-nilai keluarga yang utama.&nbsp; Antaranya, kerjasama antara suami dan isteri\ndalam menjayakan keluarga; persefahaman bahawa walaupun wujud perbezaan antara\nkeduanya, perbezaan itu perlu dihormati dan diraikan; amalan prinsip-prinsip\nagama seperti kebenaran, keadilan, musyawarah, budaya ilmu dan kemuliaan insan\ndalam kehidupan rumah tangga; dan, penghayatan adab serta akhlak Islam dalam\nkehidupan. &nbsp;&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pembentang kedua, Prof. Dr Najibah Mohd. Zin melihat piagam ini dari satu sudut\nyang berbeza.&nbsp; Selain menjadi panduan\nkeluarga, beliau berpendapat Piagam Keharmonian Keluarga ini juga wajar dijadikan\nrujukan oleh majikan, pembuat dasar dan penggubal undang-undang agar segala\ndasar dan undang-undang yang digubal, baik di peringkat organisasi,\nkementerian, mahupun negara, dapat mengambil kira saranan dan hasrat piagam ini\nagar terhasilnya dasar dan undang-undang yang menyokong kedua-dua belah pihak,\nlelaki dan wanita untuk melaksanakan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai\nahli keluarga, warga kerja dan ahli masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pengulas ketiga, Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh juga menyokong kewujudan\nPiagam Keharmonian Keluarga ini dan beliau mengharapkan agar ia dirangka bagi\nmenepati maqasid untuk menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.&nbsp; Dr Nik Salida juga berharap piagam ini dibina\ndengan mengutamakan prinsip hak dan tanggungjawab yang adil dan saksama untuk\nsetiap ahli keluarga.&nbsp; Beliau juga\nberharap agar piagam ini menjadikan usaha untuk mengembalikan fungsi wali\n(ketua keluarga) dalam sesebuah rumah tangga sebagai objektif utamanya kerana\nbeliau berpendapat bahawa pemerkasaan wali (ketua keluarga) perlu menjadi\nagenda kebangsaan yang tidak boleh ditangguhkan lagi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Muzakarah Pakar yang berlangsung selama dua jam itu telah mengetengahkan\nkonsep peranan saling melengkapi antara lelaki dan wanita dalam Islam yang\nberbeza dengan apa yang difahami oleh Barat.&nbsp;\nBarat sering kali melihat hubungan lelaki dan wanita dari sudut kuasa \u2013\nlelaki menguasai dan wanita dikuasai.&nbsp;\nBegitu juga, mereka melihat yang berkuasa (lelaki) akan menindas yang\nlemah (wanita) lalu mereka percaya satu-satunya langkah ke hadapan ialah\nkesetaraan gender. Sebaliknya, Islam menekankan kepada keadilan gender. Bak\nkata Dr Khalif Muammar, \u201cMenyamakan dua perkara yang berbeza ialah satu\nkezaliman. Begitu juga membezakan dua perkara yang sama.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dari aspek undang-undang, masih ada yang boleh diperbaiki untuk memastikan\nlelaki dan wanita ini disokong sewajarnya oleh dasar dan undang-undang dalam\nmelaksanakan peranan dan tanggungjawab mereka yang saling melengkapi itu.&nbsp; <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di tempat kerja pula, selain dasar dan undang-undang yang seimbang bagi\nlelaki dan perempuan, bagi melancarkan peranan saling melengkapi ini ke arah\npeningkatan produktiviti, undang-undang berkaitan gangguan seksual juga perlu\nada untuk memastikan wujudnya saling hormat antara lelaki dan wanita agar sama-sama\ndapat fokus kepada matlamat organisasi. &nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada akhirnya, sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini, lelaki dan wanita\nada peranan dan tanggungjawab masing-masing \u2013 yang saling melengkapi \u2013 dalam\nmemakmurkan alam ini.&nbsp; Perbezaan fitrah\nantara keduanya ialah kehendak Allah SWT yang perlu difahami dan diraikan\nsebagai tanda kebesaranNya. <\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Allah SWT berfirman dalam Surah Adz-Dzariyat (51), ayat 49 yang bermaksud, \u201cDan, segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan agar kamu mengingat (kebesaran Allah).\u201d  Penciptaan makhluk Allah secara berpasangan ini adalah supaya ia saling &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":38,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-29337","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29337","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/38"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=29337"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29337\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=29337"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=29337"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=29337"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}