{"id":29359,"date":"2021-04-30T08:20:07","date_gmt":"2021-04-30T00:20:07","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=29359"},"modified":"2021-04-30T08:20:07","modified_gmt":"2021-04-30T00:20:07","slug":"sifat-marah-yang-terkawal-bakal-menghasilkan-keberanian","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/sifat-marah-yang-terkawal-bakal-menghasilkan-keberanian\/","title":{"rendered":"Sifat Marah Yang Terkawal Bakal Menghasilkan Keberanian"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kesan pandemik yang melanda dunia ditambah\ndengan pelbagai masalah tekanan jiwa telah menyebabkan emosi sebahagian individu\ndalam masyarakat menjadi tidak terkawal. Akhirnya ia diluahkan dalam bentuk\ntindakan-tindakan yang memudaratkan sama ada terhadap dirinya sendiri atau yang\nlebih buruk terhadap orang lain. Pelbagai aksi hasil kemarahan melampau ditularkan\nuntuk tatapan umum terutama melalui media sosial. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sememangnya sifat marah merupakan\npenyebab rosaknya bangsa. Manifestasi kemarahan juga diluahkan secara berbeza\ndalam sejarah kemanusiaan. Sekiranya dahulu kemarahan diluahkan secara zahir\ndan dan berdepan. Kemarahan sebuah kabilah kepada kabilah yang lain dizahirkan\ndengan dengan konflik dan peperangan. &nbsp;Kemarahan <a>seorang<\/a> pahlawan\nterzahir dengan hunusan keris dan pedang di tangan sementara kemarahan seorang\nrakyat akan berakhir dengan amukan di jalan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kini, sifat marah lebih\nbanyak terluah di alam maya. Peperangannya berupa kata-kata kecaman, tuduhan\ndan serangan siber sementara kematiannya adalah dalam bentuk kematian\npersonaliti yang dibunuh watak dan peribadinya melalui fitnah dan tuduhan (<em>character\nassasination<\/em>). Pahlawannya hanya layak digelar pendekar kekunci (<em>keyboard\nwarrior<\/em>) walaupun sering berselindung di sebalik topeng maya yang digunakan\nketika menyerang musuh. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun kemarahan melalui\nruang maya ini tetap parah akibatnya. Sebuah pemerintahan negara mampu jatuh\ndengan serangan bentuk ini. Ia juga mampu mengubah pandangan alam seseorang\nsehingga mampu bertukar menjadi ganas. Pembunuh rambang&nbsp; di masjid Christchurch satu ketika dahulu\nadalah hasil keganasan yang disemai melalui ruang maya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di sebalik semua akibat buruk yang\nberlaku dari sifat marah manusia, hakikatnya, sifat marah bukanlah semuanya memudaratkan.\n&nbsp;Ia merupakan kekuatan yang dijadikan\nTuhan dalam diri manusia dengan peranan tertentu. Malah ada ketikanya manusia\nmemang perlu menzahirkan sifat marah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Contohnya apabila maruah diri seseorang dihina,\nagamanya dicela, kehormatan keluarganya dipermainkan, ia wajib menzahirkan\nsifat marahnya dan melakukan sesuatu yang wajar terhadap pihak-pihak tersebut.\nDalam jihad mempertahankan agama, sifat marah penting untuk dijelmakan bagi\nmembakar semangat dalam menghadapi musuh yang ditentang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Justeru sifat marah bukan perlu dibuang akan\ntetapi perlu dikawal malah diletakkan ditempatnya yang betul dan dizahirkan\npada masa dan tempatnya yang sesuai. Ini selari dengan sabdaan nabi \u201c<em>Tidaklah\norang yang kuat itu yang hebat bergusti akan tetapi orang yang kuat itu ialah\nmereka yang mampu mengawal dirinya ketika marah<\/em>\u201d (dari Abu Hurairah riwayat\nBukari dan Muslim)<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Malah berdasarkan perbahasan ilmuwan\nIslam, sifat marah sekiranya diletakkan ditempatnya yang sebenar dan dizahirkan\npada ketika dan saatnya yang betul akan menghasilkan sifat terpuji iaitu\nkeberanian, yang merupakan salah satu dari induk-induk sifat keutamaan (<em>cardinal\nvirtues<\/em>) dalam Islam. Keberanian merupakan sifat pertengahan antara dua\nsifat ekstrem yang tercela iaitu sifat buas dan sifat pengecut.&nbsp; Sifat buas akan timbul sekiranya kemarahan\ntidak dikawal sementara sifat pengecut timbul apabila kemarahan tidak langsung dizahirkan\ndalam diri seseorang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kegagalan untuk memahami aspek ini akan\nmenyebabkan kadangkala berlaku kekeliruan mengenai sifat-sifat ini dalam\nkalangan masyarakat. Contohnya keganasan kadangkala dianggap sebagai salah satu\ncerminan keberanian sementara &nbsp;sifat\npengecut dianggap sebagai salah satu bentuk kesabaran. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Contohnya, seorang pengganas yang meletupkan\ndirinya di tengah-tengah kumpulan orang ramai dan membunuh ramai orang-orang\nyang tidak berdosa kadangkala digelar sebagai \u2018pembunuh berani mati\u2019 sedangkan\ntindakan tersebut tidak termasuk dalam makna keberanian. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Begitu juga apabila seorang ayah yang takut\nmenegur anak dan isterinya yang melakukan perkara keji &nbsp;tidak boleh dikatakan seorang yang penyabar\nkerana dia gagal untuk menzahirkan sifat kemarahan pada ketika ia diperlukan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ternyata, apa yang penting ialah sifat\nmarah harus diseimbangkan dengan hikmah. Akal harus berperanan memandu dan\nmengawal sifat marah dan membuat keputusan yang tepat bila sifat marah perlu\ndizahirkan dan bila ia harus ditahan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam sejarah Islam, Saidina Umar\nal-Khattab merupakan contoh terbaik &nbsp;insan\nyang telah menunjukkan sifat keberanian yang sebenar. Sebelum memeluk Islam,\nSaidina Umar mungkin boleh dikategorikan sebagai buas kerana kecenderungannya\nuntuk bertindak ganas termasuk cubaan untuk membunuh Nabi Muhammad SAW. Namun\nselepas mendapat hidayah Islam beliau merupakan tokoh yang mempunyai sifat keberanian\nsejati dengan menzahirkan sifat marah pada saat ia perlukan seperti di dalam jihad\ndan usaha mempertahankan agama Islam. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ternyata untuk mencapai\ntahap sifat terpuji seperti keberanian bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Kata\nkunci bagi mencapai tahap nilai murni ini ialah keseimbangan. Secara lebih\nkhusus, ia merujuk kepada keseimbangan fakulti kejiwaan yang ada pada manusia\nkhususnya akal, sifat marah dan shahwat. Keseimbangan akan hanya berlaku\nsekiranya ketiga-tiga fakulti ini digunakan dengan adil dan betul sehingga\nmenghasilkan sifat-sifat terpuji. &nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Imam Fakhr al-Din\nal-Razi, tokoh ilmuwan Islam abad ke 12, memberikan permisalan diri manusia\nseperti sebuah pemerintahan seorang Raja. Sifat marah yang dalam diri manusia\ndiibaratkan seperti seorang Ketua Polis yang bertugas di bawah Raja tersebut.\nDi samping Ketua Polis, Raja juga mempunyai seorang penasihat (Akal) yang\nsering memberikan nasihat mengenai pentadbirannya. Maka, sekiranya Ketua Polis\ntersebut menjalankan tugasnya dengan baik, taat kepada Raja&nbsp; dan menuruti pandangan dari Penasihat serta tidak\nmenyalahgunakan kuasanya, maka pentadbiran kerajaannya akan menjadi adil dan\nsejahtera. Sebaliknya sekiranya beliau melampaui batas kuasanya, ia akan hanya\nmembawa pemerintahan tersebut ke ambang kehancuran.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kesan pandemik yang melanda dunia ditambah dengan pelbagai masalah tekanan jiwa telah menyebabkan emosi sebahagian individu dalam masyarakat menjadi tidak terkawal. Akhirnya ia diluahkan dalam &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":4,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-29359","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29359","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=29359"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29359\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=29359"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=29359"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=29359"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}