{"id":29365,"date":"2021-05-03T03:27:53","date_gmt":"2021-05-02T19:27:53","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=29365"},"modified":"2021-05-03T03:27:53","modified_gmt":"2021-05-02T19:27:53","slug":"sembang-sembang-agama-dan-sains","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/sembang-sembang-agama-dan-sains\/","title":{"rendered":"Sembang-Sembang Agama dan Sains"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mengapakah umat Islam tidak maju\ndari segi sains dan teknologi dan ini bukan hanya di Malaysia tetapi di seluruh\ndunia Islam sedangkan Islam telah mengajar umatnya dengan nilai-nilai yang\nmembawa kepada kemajuan dan Islam juga pernah mencatat sejarah peradaban yang\nhebat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Terlalu banyak\nnilai-nilai yang disebut di dalam al-Quran antaranya ialah mengenai hukuman\napabila menghukum mestiah menghukum dengan seadil-adilnya tidak dapat\ndipraktikan dalam kehidupan seharian.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Saya kemudiannya\nmeneliti di dalam al-Quran berkaitan dengan nilai-nilai yang baik dan nilai\nyang tidak baik. Terlalu banyak nilai-nilai murni yang tercatat di dalam\nal-Quran. Antaranya ialah hukum menuntut ilmu (9:122), bersyukur (2:152), perintah\nbersabar (2:45), suka berbuat baik kepada orang sebahagian daripada iman(59:10),\n&nbsp;menjaga rahsia (66:3), &nbsp;malu sebahagian daripada kebenaran (33:53),takut\nkepada Allah (2:150), berbuat baik atau hakikat kebajikan (2:`177), &nbsp;orang-orang yang benar perkataan dan hatinya\n(3:17) dan banyak lagi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Begitu juga dengan nilai-nilai\nburuk yang perlu dijauhi oleh umat Islam. Antara nilai-nilai yang perlu dijauhi\nadalah seperti menuruti hawa nafsu (2:120), mementingkan diri sendiri (3:154), berburuk\nsangka (3:154), bangga dengan banyak harta (18:34), tipu daya (4:120), penyelewengan\n(4:27), membuat bencana dan kerosakan (2:11), dengki mendengki (113:5), talam\ndua muka (2:14), larangan mengutuk dan mencaci (4:148) dan banyak lagi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada hari ini banyak nilai-nilai\nbaik atau buruk seperti mana yang disebut di dalam al-Quran telah dizahirkan\noleh netizen (warga internet) di media sosial dan inilah cerminan kualiti umat\nIslam yang kita ada pada hari ini. Sekiranya baik latar belakang pendidikan seseorang\nitu maka baiklah ucapan atau kata-kata mereka di media sosial dan begitu juga\nsebaliknya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bila kita memperkatakan\nmengenai nilai-nilai yang membawa kepada kemajuan khususnya di bidang industri\nsaya sendiri mempunyai pengalaman bekerja sebagai ahli kimia di dalam dan di\nluar negeri. Saya dapat merasakan perbezaan nilai-nilai ini apabila bekerja di kilang\norang Islam dan bukan Islam. Saya tidak ingin membuat komen samada baik atau\nburuk kilang-kilang tersebut tetapi saya dapat merasai sendiri perbezaan ketara\nterutama dari segi produktiviti, kualiti, perkhidmatan, penyelenggaraan, penyelidikan\ndan pembangunan (R&amp;D), dan lain-lain lagi. Mengapa perbezaan ini boleh\nberlaku? Adakah ianya disebabkan oleh budaya yang mereka pegang atau agama yang\nmereka anuti?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Saya\nseterusnya cuba mencari jawapan kepada persoalan ini. Saya telah membaca sebuah\nbuku yang ditulis oleh Robert R. Relly bertajuk \u201c<em>The Closing of Muslim Min<\/em>d\u201d\n(Tertutupnya Pemikiran Umat Islam). Buku ini membedah persoalan mengapa umat\nIslam mundur. Penulis buku ini mendakwa berlakunya krisis dalaman yang sangat\nsengit memakan masa hampir seribu tahun. Krisis tersebut ialah apabila\nkemenangan aliran al-Ashairah ke atas Muktazilah. Maka bermulalah babak-babak kejatuhan\numat Islam dari segi sains&nbsp; dan teknologi\nhingga ke hari ini. Saya cuba membuat kesimpulan ringkas&nbsp; bahawa kemunduran umat Islam pada hari ini\nadalah berpunca dari golongan yang menunggang agama untuk kepentingan mereka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Perkara\nyang sama juga pernah berlaku pada orang Kristian iaitu sekitar abad ke-17 apabila\npihak Gereja menunggang agama Kristian untuk kepentingan peribadi mereka. Pada\nwaktu itu, sains dan teknologi mereka mundur tidak dan tidak ada penemuan sains.\nBukan hanya tidak ada penemuan sains tetapi saintis yang mengemukan teori atau\nhipotesis akan dihukum kerana dianggap bidaah oleh phak gereja.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Pada\nSeptember 1632, Galileo telah diadili di Rom kerana menyatakan bahawa bumi dan\nplanet beredar mengelilingi matahari dan kenyatan ini dianggap bidaah oleh\npihak Gereja Roman Katolik. Galilieo dikenakan tahanan di rumah dan beliau\nmenghabiskan sisa hidupnya di rumah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Begitu\njuga dengan Nicolus Copernicus iaitu seorang ahli matematik dan astronomi yang pertama\nmengatakan matahari adalah pusat bagi sistem suria. Dia menulis buku \u201c<em>De\nRevolutionibus Orbium Coelestrium<\/em>\u201d (<em>On the Revolution of the Celestial\nSpheres<\/em>). Beliau terpaksa merahsiakan penemuan beliau selama 30 tahun\nkerana dikhuatiri pihak gereja akan marah dan dia akan dituduh sesat. Giordano\nBruno pula seorang ahli falsafah dan ahli matematik Itali yang sangat mendukung\nteori Copernicus. Dia akhirnya dituduh sesat dan dibunuh oleh pihak Gereja\nserta banyak lagi nama-nam yang lain.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Akhirnya\nRene Descartes seorang ahli falsafah bangkit menentang gereja ketika itu&nbsp; beliau &nbsp;memutuskan agar pihak gereja tidak mencampuri\nurusan mereka atamemisahkan agama Kristian dengan sains yang akhirnya mereka\ndipanggil golongan sekular. &nbsp;Beliau\nseterusnya menerbitkan sebuah buku bertajuk&nbsp;\n&#8220;Meditations on First Philosophy&#8221; yang memperkenalkan gagasan\nbahawa kebenaran harus ditemukan melalui penyelidikan ilmiah dan kaedah ilmiah.\n<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Apakah\nperkara yang sama telah berlaku bagi umat Islam setelah timbulnya sifat jumud,\nlesu serta budaya taqlid yang melulu kepada kuasa autoriti agama didalam\nSejarah Islam?. Kefahaman mengenai al-Quran mestilah berdasarkan tafsiran yang\nbetul dalam konteks yang betul. Apa yang menjadi masalah utama umat Islam hari\nini ialah apabila ayat-ayat al-Quran ditafsir untuk menguntungkan mereka yang samada\nberkepentingan peribadi atau politik, tertentu. <\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Mengapakah umat Islam tidak maju dari segi sains dan teknologi dan ini bukan hanya di Malaysia tetapi di seluruh dunia Islam sedangkan Islam telah mengajar umatnya dengan nilai-nilai yang membawa kepada kemajuan dan Islam juga pernah mencatat &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":8,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[225],"tags":[],"class_list":["post-29365","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-article","category-225","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29365","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/8"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=29365"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29365\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=29365"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=29365"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=29365"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}