{"id":29377,"date":"2021-05-06T10:30:35","date_gmt":"2021-05-06T02:30:35","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=29377"},"modified":"2021-05-06T10:30:35","modified_gmt":"2021-05-06T02:30:35","slug":"islam-ambil-berat-nilai-emosi-dan-maruah-anak-anak","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/islam-ambil-berat-nilai-emosi-dan-maruah-anak-anak\/","title":{"rendered":"Islam Ambil Berat Nilai Emosi Dan Maruah Anak-Anak"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Isu\ntular di media tentang amalan pemeriksaan fizikal bagi mengatasi pelajar\nperempuan di sekolah ponteng solat menggambarkan budaya yang seolah-olah\n\u2018diterima\u2019 ini telah \u201cmengakar\u201d lama. Tindakan menyelidik yang amat memalukan\ntersebut membantu kita untuk memahami status kepincangan yang berlaku dalam\nmasyarakat tentang kependidikan asas Islam dan ilmu reproduktif manusia. Amalan\ntradisi yang dibongkarkan, jelas sekali bertentangan dengan norma dan adab\nsebuah masyarakat yang bertamadun. Apatah lagi, ia berlaku di gelanggang dunia\npendidikan iaitu tempat untuk mendidik dan menyuburkan tunas-tunas akhlak\nIslami. Apakah dangkal benar golongan pendidik terlibat sehingga membentuk satu\n\u201csistem\u201d yang mengesampingkan urusan menjaga maruah dan batas-batas privasi\nindividu semata-mata untuk mengelakkan&nbsp;\npendustaan daripada berlaku dalam golongan remaja yang sedang meningkat\nusia?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Harus\ndifikirkan bahawa kepincangan ini berlaku adalah untuk mengesan fenomena keengganan\ndan penipuan golongan remaja perempuan menunaikan solat tetapi apakah tindakan\nuntuk merawat perbuatan mengelat tersebut? Dalam perihal mendidik anak-anak\nremaja, sekiranya mereka berdolak-dalih malah enggan solat, itulah personaliti\nmereka yang seharusnya pendidikan awal perlu menumpukan kepada pembinaan\nkarakter dan nilai murni. Justeru, menilai pemahaman dan penghayatan anak-anak\ntentang solat harus dijadikan fokus bagi menangani isu keculasan mereka dan\nbukanlah pemeriksaan fizikal yang menyentuh privasi dan boleh menimbulkan\nkeaiban. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Nilai <em>nubuwwah<\/em>\nyang dipamerkan oleh baginda Nabi SAW yang disifatkan dengan gelaran <em>al-Amin<\/em>\nmenjadi pasak yang kukuh dalam membina peribadi anak-anak. Aspek ini amat\npenting dititikberatkan sedari awal dan bukan mempermainkan maruah\nseorang wanita pada saat mereka menghadapi fasa perubahan diri dari alam\nkanak-kanak kepada usia dewasa. Perubahan yang berlaku sama ada dari sudut\nfizikal dan emosi amat memerlukan sokongan khusus daripada ibu bapa dan\nekosistem kehidupan sekeliling termasuk di sekolah dan asrama. Lebih-lebih lagi,\nperlu memahami anak-anak remaja agar bersedia secara mental bagi menghadapi\nkitaran reproduktif semula jadi yang berlaku saban bulan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sekolah dan asrama seharusnya menjadi tempat\nmenenangkan dan menyeronokkan untuk mencari ilmu bagi pelajar dan bukan suatu\ntempat yang mengancam dan menimbulkan trauma mereka sepanjang hayat. Islam juga\nmenuntut agar umatnya memelihara maruah dan aib orang lain. Hal ini selari\ndengan hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Abu\nDaud dan al-Tirmidzi; \u201cWahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya,\n(namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat\norang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang\nmembuka aib saudaranya yang Muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa\nyang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam\nrumahnya.\u201d <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Tindakan disiplin yang amat\nmemalukan itu harus \u201cdinokhtahkan\u201d kerana sudah pasti tersedia langkah\npendekatan atau alternatif lain yang lebih bijaksana dan berhikmah untuk\nmenangani golongan yang sedang menuju usia dewasa tersebut. Walau apapun alasan\nuntuk menjustifikasi perbuatan itu dilakukan tetapi sebenarnya merupakan salah\nsatu bentuk gangguan seksual dan salahguna kuasa seorang pelindung (para guru\ndan pentadbir sekolah) kepada anak-anak. Kesan psikologi akibat dimalukan dan \u201cdibuli\u201d\nakan sebati dalam diri dan terus diingati oleh mereka yang menjadi mangsa\ngangguan seksual tersebut, biarpun trauma itu telah lama berlalu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menyoroti pemerhatian Ibnu Khaldun pada abad ke-15,\ndirakamkan bahawa bentuk kelaziman sesebuah masyarakat mendidik anak-anak\ndengan kekerasan akan menyebabkan bertunasnya golongan dewasa yang mempunyai\nnilai kemanusiaan merosot. Menyedari akan hal ini, generasi muda seharusnya\nberhak menjadi golongan lebih baik daripada kita pada hari ini, maka kekasaran\ndalam acuan mendisiplinkan mereka tidak wajar dijadikan pengukur bagi\nmemastikan mereka melaksanakan kewajipan bersolat atau sebaliknya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hukuman dengan menjatuhkan aib mereka di khalayak\nramai dan membuat pengumuman tentang kesalahan yang dilakukan bukan sekadar\ntidak efektif tetapi akan mencetuskan pemberontakan yang berterusan dan\nkesilapan yang berulang-ulang. Dikhuatiri hasil daripada kebiasaan ini akan\nlahir generasi yang takut untuk bercakap benar, malu untuk ke hadapan, tidak\njujur dan amanah, pemalas dan banyak lagi tingkah laku yang boleh membawa\nkepada kebejatan sosial.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Usaha untuk membetulkan yang biasa dilakukan sejak\ndahulu mesti menempati ruang pendidikan dan pengasuhan akhlak anak-anak remaja\nhari ini. Melazimi yang betul dengan menghormati maruah wanita sejak dari alam\npersekolahan awal lagi perlu disuburkan agar ia juga tidak dijadikan bahan\nuntuk dipersendakan dalam kalangan golongan lelaki. Hal ini juga ialah elemen\ndalam pendidikan seksual dan reproduktif yang perlu diperkasakan dalam sistem pendidikan\nsemasa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pendidikan seksual dan reproduktif merupakan\npembelajaran sepanjang hayat dan perlu dikuasai oleh semua peringkat usia\nbahkan perlu dimulakan sebelum anak-anak mencapai tahap kematangan seksual. Ini\nkerana ilmu seksualiti merupakan salah satu mekanisme dalam pemeliharaan\nketurunan untuk mencapai maqasid syariah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Literasi tentang kesihatan seksual dan reproduktif\nperlu dipertingkatkan supaya anak-anak mengetahui tentang batas hubungan dan\nsentuhan, penjagaan maruah diri, cara menjaga kebersihan diri, mengelak\ndaripada sebarang pencabulan dan gangguan seterusnya membentuk akhlak dan jati\ndiri. Meremehkan aspek pendidikan ini akan mengundang bahaya kepada anak-anak\nyang sedang membesar kerana tiada panduan daripada sumber yang betul untuk menyeimbangkan\nkehendak jiwa dan naluri. Bahkan pendidikan seksual dan reproduktif mengikut\nperspektif Islam akan menanamkan sifat malu dan mampu membentengi diri\nsekiranya wujud gangguan privasi dan pencabulan kehormatan diri. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Secara tuntasnya, dalam isu ini semua pihak perlu\nmemahami peranan dalam konteks masing-masing yang mendukung agenda untuk\nmembentuk peribadi dan menjaga maruah anak-anak remaja, serta tidak wajar\nmenggunakan agama tanpa hikmah bagi menyemai keyakinan supaya berkata benar.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Isu tular di media tentang amalan pemeriksaan fizikal bagi mengatasi pelajar perempuan di sekolah ponteng solat menggambarkan budaya yang seolah-olah \u2018diterima\u2019 ini telah \u201cmengakar\u201d lama. Tindakan menyelidik &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":21,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[141],"tags":[],"class_list":["post-29377","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-berita-harian","category-141","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29377","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/21"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=29377"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29377\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=29377"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=29377"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=29377"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}