{"id":29379,"date":"2021-05-07T09:39:43","date_gmt":"2021-05-07T01:39:43","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=29379"},"modified":"2021-05-07T09:39:43","modified_gmt":"2021-05-07T01:39:43","slug":"ramadan-dan-tadabbur","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/ramadan-dan-tadabbur\/","title":{"rendered":"Ramadan dan Tadabbur"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beberapa tahun kebelakangan ini, telah menjadi\nsatu kebiasaan penganjuran pelbagai rancangan pengajian al-Qur\u2019an sepanjang\nRamadan, lebih-lebih lagi pada separuh terakhir bulan penuh keberkatan ini,\nkhasnya sempena peristiwa Nuzul al-Qur\u2019an.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Seiring\ndengan semua penganjuran tersebut, turut sering digesa penghayatan al-Qur\u2019an\ndan penggiatan usaha <em>tadabbur<\/em> terhadapnya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Semua\nitu pasti dengan harapan bahawa kegiatan sedemikian tidak terhenti hanya pada\nbulan yang mulia ini tetapi akan berlanjutan dalam bulan-bulan yang lain.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Di\nsebalik semua itu juga, antara perkara-perkara yang dapat ditambah baik adalah\npenjelasan perihal makna <em>tadabbur<\/em> dengan mengembalikan kefahaman\nmasyarakat kepada pengertian pokok istilah tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Ini\nkerana didapati bahawa istilah tersebut telah difahami dalam pengertian yang\nsangat longgar sehingga kurang penekanan terhadap tumpuan asalnya dan sering\nkali pula kelihatan anggapan bahawa istilah itu seerti dengan istilah-istilah\nlain seperti <em>tafakkur<\/em>.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Sehubungan\ndengan itu, sangat penting untuk kita memerhatikan penerangan yang padat lagi\ntepat yang telah dikemukakan oleh ilmuwan besar Islam pada akhir abad ke-14 dan\nawal abad ke-15M, iaitu al-Sayyid al-Sharif Ali al-Jurjani, dalam kamus\nperistilahan beliau yang terkenal, <em>al-Ta<\/em><em>\u02bb<\/em><em>rifat<\/em>. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Jelas\nbeliau, \u201c<em>tafakkur<\/em> ialah kegiatan kalbu insan dengan cara memerhatikan dalil-dalil\n(atau bukti-bukti) manakala <em>tadabbur<\/em> ialah kegiatan kalbu insan dengan\ncara memerhatikan akibat-akibat.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Perbezaan\nyang dinyatakan itu semuanya berasalusulkan kata-kata asal dalam Bahasa Arab.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Malah,\npenting untuk kita sedari bahawa dalam Bahasa Arab, <em>tadabbur<\/em> juga adalah\nseerti dengan salah satu makna utama perkataan <em>tadbir<\/em>.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Juga\npenting untuk kita sedari bahawa kalbu dan akal, sebagaimana yang telah\ndihuraikan oleh Hujjatul Islam Imam al-Ghazzali (wafat pada 505H\/1111M),\nkedua-duanya merujuk kejadian rohaniah yang sama pada diri insan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Malah,\nakal itu sesungguhnya mata-hati.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Justeru,\nketika dianjurkan <em>tadabbur<\/em> terhadap al-Qur\u2019an, maka secara khususnya\ndimaksudkan renungan dan penelitian mata-hati terhadap akibat-akibat yang\nterkandung dalam al-Qur\u2019an dan segala pengajaran yang berkaitan dengan semua\nitu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Secara\nlangsung, tidak kurang daripada 34 ayat dalam al-Qur\u2019an yang berkait dengan\nakibat, sebahagiannya berkenaan umat-umat terdahulu yang derhaka terhadap Allah\ndan para Rasul-Nya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Perlu kita sedari bahawa <em>tadabbur<\/em>\nini juga tidak terhad kepada al-Qur\u2019an semata-mata tetapi meliputi segenap\nkejadian dan peristiwa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Juga\nperlu kita sedari bahawa pemerhatian kalbu yang layak dianggap sebagai <em>tadabbur<\/em>\nini, sekiranya betul-betul diteliti, bersifat menyeluruh (komprehensif).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ini\nkerana pemerhatian yang ikhlas, jujur dan bersungguh terhadap akibat memerlukan\nseseorang insan itu bersifat prospektif, retrospektif, introspektif dan\ninspektif dalam renungan akalnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Renungan\nitu perlu prospektif kerana akibat-akibat sebagai sesuatu yang bakal terjadi\nsememangnya menuntut pemerhatian itu dihalakan ke masa hadapan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pemerhatian\nitu perlu retrospektif kerana renungan perihal akibat pada masa yang akan\ndatang sesungguhnya menuntut seseorang itu meneliti apa yang telah dan sedang\nberlaku agar dapat dikenal pasti corak arus yang mengalir ke masa depan dan\nkemudiannya diduga natijah atau kesan yang menyusul.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Penelitian\nitu sewajarnya introspektif kerana renungan ke hadapan itu tidak dapat mengelak\ndari menuntut si empunya renungan untuk menilik dirinya sendiri, mempertimbang\nkekuatannya berbanding kelemahannya, bagi merencana dan menyukat persediaannya\nuntuk melangkah ke hadapan dengan akibat-akibat yang dijangkakan itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pengamatannya\nitu juga mesti inspektif kerana pandangan ke hadapan itu turut memerlukan si\npengamat itu menyelidiki dan memeriksa \u1e63apa yang melingkunginya dalam\nruang-lingkup aliran kejadian dan peristiwa ke depan seterusnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Keempat-empat\nsifat yang terkandung dalam pemerhatian yang dinamakan <em>tadabbur<\/em> ini\nturut boleh diungkapkan dalam Bahasa Inggeris sebagai merangkum empat bentuk\npandangan sekaligus, iaitu: <em>sight<\/em>, <em>insight<\/em>, <em>hindsight<\/em> dan <em>foresight<\/em>.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apabila\ndisebut di atas tadi perihal \u201ccorak arus yang mengalir ke masa depan\u201d atau\n\u201cruang-lingkup aliran kejadian dan peristiwa ke depan seterusnya,\u201d maka penting\nuntuk kita ingati bahawa semua itu pada hakikatnya merujuk <em>SunnatuLlah<\/em>,\niaitu \u201cPerbuatan Allah yang berulang,\u201d dulu, kini dan mendatang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Turut\npenting untuk diingatkan bahawa selain perkara-perkara yang telah dijanjikan\noleh Allah dan Rasul-Nya secara muktamad dan akibat-akibat yang akhirnya\nbenar-benar dialami, akibat-akibat mendatang itu semuanya bersifat jangkaan\natau dugaan akal insan berasaskan apa yang dapat dicapai atau disampaikan\nkepadanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Justeru,\njangkaan sedemikian sangat jarang bersifat pasti tetapi pada amnya berstatus mungkin\natau barangkali, meskipun pada kadar yang tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Malah,\napabila diteliti dengan lebih lanjut, <em>tadabbur<\/em> sebagaimana yang telah\nditerangkan di atas sangat sesuai untuk dianggap sebagai intisari pendekatan\ndan kaedah saintifik yang jujur dan benar.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada\nakhirnya, <em>tadabbur<\/em> dalam rencana pengertian sedemikian berkait rapat\npula dengan usaha meneroka dan memahami satu daripada tiga jenis hukum dalam\npengajian Ilmu Akidah atau Usuluddin, iaitu \u201cHukum Adat (kejadian yang\nberulang)\u201d sebagai pelengkap Hukum Syarak dan Hukum Akal.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Semua\nini perlu dijelaskan dengan baik bagi menambah manfaat dan melengkapkan makna\npelbagai program \u201cTadabbur al-Qur\u2019an\u201d yang galak dianjurkan sepanjang Ramadan. &nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Beberapa tahun kebelakangan ini, telah menjadi satu kebiasaan penganjuran pelbagai rancangan pengajian al-Qur\u2019an sepanjang Ramadan, lebih-lebih lagi pada separuh terakhir bulan penuh keberkatan ini, khasnya sempena peristiwa Nuzul al-Qur\u2019an. Seiring &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-29379","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29379","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=29379"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29379\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=29379"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=29379"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=29379"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}