{"id":29437,"date":"2021-05-21T08:31:38","date_gmt":"2021-05-21T00:31:38","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=29437"},"modified":"2021-05-21T08:31:38","modified_gmt":"2021-05-21T00:31:38","slug":"permainan-video-sudut-pandang-syariah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/permainan-video-sudut-pandang-syariah\/","title":{"rendered":"Permainan Video: Sudut Pandang Syariah"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Permainan video\nmenggunakan aplikasi telefon pintar, peranti permainan atau perisian komputer\nkini bukan hanya satu cabang hiburan bahkan telah menjadi satu kerjaya dan\nindustri. Bagaimanapun, permainan ini mencetuskan konflik apabila ada\nkandungannya yang menjurus kepada perkara yang tidak selari dengan norma\nmasyarakat dan agama. Membiarkan bidang ini berkembang tanpa pemantauan dan\npanduan bukan satu tindakan yang bijak.&nbsp;&nbsp;\n<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Saiz pasaran permainan video dianggarkan bernilai USD159.3 bilion\npada tahun 2020 dan dijangkakan meningkat dengan kadar 12.9 peratus setahun\nsehingga tahun 2027. Asia Pasifik menguasai hampir 50 peratus pasaran permainan\nvideo dunia, menjadikan ia sebagai rantau terbesar selepas Amerika Utara (25\nperatus) dan Eropah (18.6 peratus). Inovasi dan kesediaan teknologi berkaitan\nmenjadi faktor utama yang menyumbang kepada perkembangan ini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Realiti semasa di peringkat tempatan menyaksikan syarikat pembangun,\npenyedia dan pelayan permainan video menggajikan pembangun kandungan, pengatur cara\nanimasi dan grafik, penganalisis penggunaan dan tenaga kerja sokongan\nmenjadikan bidang ini sebagai satu kerjaya. Tidak kurang juga pemain\nprofessional bergantung sara hidup sepenuhnya sebagai pengurus atau pemain (<em>gamers<\/em>)\ndengan menyertai pertandingan di peringkat serantau atau antarabangsa. Pendapatan\n<em>gamers<\/em> yang boleh mencecah RM20,000 sebulan, mampu menjadi tarikan kepada\ngenerasi baharu mengambil bahagian untuk merangsang lagi perkembangan industri\nini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kegusaran yang timbul ialah apabila ada permainan video ini\nmengandungi kandungan yang menyanggahi norma masyarakat dan nilai agama seperti\nkeganasan, seks, bahasa kesat yang tidak bermoral, unsur deraan dan jenayah\nserta kekeliruan kepercayaan ketuhanan. Pemainan video yang mengandungi\nunsur-unsur disebutkan ini kini berada dalam carta permainan yang diminati\nseperti Far Cry 6, Dying Light 2, Mortal Kombat 11, Grand Theft, The Punisher,\nManhunt 2, Hatred, League of Legends, Players Unknown\u2019s Battleground (PUBG),\nResiden Evil Village dan Back 4 Blood. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tidak dinafikan ada pihak yang tidak endah dan mengambil sikap\nsambil lewa kerana menganggap bahawa unsur ini tidak memberi impak negatif\nsecara langsung terhadap pemain, malah bermain video dikatakan mampu\nmeningkatkan tumpuan, sosial dan kecekapan. Pendirian ini tidak menjamin bahawa\npermainan video tidak memberi kesan negatif kerana mereka bersandarkan kepada kajian\ndan penemuan yang tidak inklusif. Ini menjadikan sandaran hujah mereka\nmeragukan dan kajian lanjut perlu dilaksanakan bagi melihat hubungan langsung unsur\nyang bertentangan dengan tingkah laku yang benar. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pengkaji psikologi dan kaunselor, yang berhadapan dengan pesakit,\nmengakui bahawa permainan video ini memberi masalah kepada ibu bapa atau pemain\nvideo sendiri dengan gangguan kesihatan mental, masalah ketagihan, pengabaian\ntugas dan tanggungjawab, tekanan perasaan dan ada yang terjebak dengan judi\ndalam talian. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Memperhalusi perkembangan yang sedang berlaku, pendirian Islam melalui\nkaedah umum terhadap industri ini sangat jelas dan perlu juga diperjelas agar\nmasyarakat dapat memelihara batas dan panduan agama. Kaedah asal dalam perihal\nmuamalah permainan video diharuskan oleh agama (<em>al-aslu fil mu\u02bfamalah al-ibahah)<\/em>\nselama tidak mengandungi perkara yang ditegah oleh Syarak. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Status hukum ini meliputi dua aspek iaitu permainan video tersebut\nsendiri (<em>bi nafsihi<\/em>) dan unsur sampingan lain (<em>li ghairihi<\/em>). Hukum\n<em>harus<\/em> menjadi terbatal sehingga bertukar kepada hukum <em>makruh<\/em> jika\npermainan video tersebut mengandungi kandungan atau unsur sampingan yang\nmelibatkan perbuatan sia-sia, melalaikan dan bertukar kepada <em>haram<\/em>\nsekiranya bermain permainan video mendedahkan pelaku kepada aktiviti yang\nditegah oleh Syarak seperti pencerobohan hak, kezaliman, kerosakan, perjudian, keganasan,\nsyirik, jenayah dan segala tegahan agama yang bersumberkan dalil larangan yang\njelas. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ketetapan hukum dan syariat sangat menitikberatkan <em>maslahah<\/em>\ndan <em>mafsadah<\/em>. Jika dengan permainan video mampu dijadikan simulasi\nstrategi, latihan atau meningkatkan kemahiran tertentu yang diperlukan oleh\nindividu atau negara, hukum berkaitan boleh menjadi sunat atau wajib, jika diperintahkan\noleh pihak berkuasa. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Elemen melangkaui hukum-hakam agama yang melanggar adab dan akhlak\njuga diambil kira oleh agama Islam. Perbuatan yang bersalahan dengan akhlak\nIslami dan <em>mazmumah<\/em> seperti bermain video pada waktu kerja, belajar atau\nketika memandu sangat tidak selari dengan etika kerja Islami malah menjejaskan\nkewajipan yang lain pula.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Penggiat industri sama ada pembangun atau pemain video perlu\nmemahami kedudukan hukum ini, sama-sama memurnikan kandungan, kaedah permainan,\ndan dalam masa yang sama menyerlahkan nilai serta mempromosi akhlak Islami. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pembangunan kandungan yang mengandungi unsur-unsur perkauman,\nkeagamaan dan penghinaan individu juga perlu dielakkan bagi menjamin\nkeharmonian dalam industri tersebut. Kita sudah tentu tidak mahu memperolehi\npendapatan dengan cara terkeji dan dicela agama. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tapisan dan panduan permainan video perlu dibuat dalam bentuk satu\npiawaian khas, pengkelasan dan pengkategorian <em>rating<\/em> (pengkelasan filem\nseperti U, P13, 18SG, 18SX, 18PA, 18PL dan sebagainya) mengikut jenis kandungan\ndan sasaran tahap umur pemain. Ibu bapa yang tidak tahu kandungan permainan\ntersebut dapat menjadikan pengkelasan ini sebagai panduan untuk pemantauan terhadap\napa yang dimain oleh anak-anak mereka.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kesimpulannya, Islam tidak menolak fitrah manusia untuk berhibur\ntetapi hiburan perlu dipandu dengan batas hukum, adab dan akhlak yang mulia.\nPiawaian dan panduan perlu dibangunkan agar permainan video tidak hanya menjadi\nsatu \u201ckotak jerit\u201d tetapi platform yang boleh mempromosi dan membentuk akhlak\nyang <em>mahmudah<\/em>. Selain faham tentang <em>taklif<\/em> diri, penggiat\npermainan video boleh menjadikan usaha memurnikan kandungan sebagai satu jihad,\nmendidik dalam berhibur.&nbsp;&nbsp; <\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Permainan video menggunakan aplikasi telefon pintar, peranti permainan atau perisian komputer kini bukan hanya satu cabang hiburan bahkan telah menjadi satu kerjaya dan industri. Bagaimanapun, permainan ini mencetuskan konflik &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-29437","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29437","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=29437"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29437\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=29437"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=29437"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=29437"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}