{"id":29439,"date":"2021-05-21T08:32:42","date_gmt":"2021-05-21T00:32:42","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=29439"},"modified":"2021-05-21T08:32:42","modified_gmt":"2021-05-21T00:32:42","slug":"keberanian-luar-biasa-wanita-palestin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/keberanian-luar-biasa-wanita-palestin\/","title":{"rendered":"Keberanian Luar Biasa Wanita Palestin"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Simpati dan\nsokongan yang ditunjukkan oleh masyarakat global terhadap rakyat Palestin hari\nini membuktikan bahawa Palestin tidak keseorangan di dalam perjuangan ini.\nNamun begitu, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tidak mungkin\nmasyarakat global betul-betul dapat memahami penderitaan sebenar rakyat\nPalestin yang telah diusir dari tanah air mereka oleh rejim zionis Israel dan\ndinafikan hak dan kebebasan mereka. Kemusnahan yang dilakukan ke atas nyawa dan\nharta orang-orang awam Palestin atas nama hak untuk mempertahankan diri, telah\nmembuktikan siapa sebenarnya Israel. Rampasan, pengusiran, kemusnahan terhadap\ntempat tinggal, penahanan dan penindasan yang dilakukan oleh rejim zionis\nIsrael ini adalah satu bentuk kezaliman dan penjajahan moden yang dilakukan\nsecara terang-terangan dan disokong oleh kuasa-kuasa besar seperti Amerika\nSyarikat dan kebanyakan negara-negara Eropah. Ironinya, kuasa-kuasa ini juga\nyang sibuk melaungkan slogan-slogan hak asasi manusia, anti diskriminasi,\npenentangan terhadap rasisme dan dasar aparteid serta memperjuangkan keadilan.\nNamun, apabila tindakan-tindakan ini dilakukan oleh Rejim Israel ke atas rakyat\nPalestin, mereka seolah-olah menjadi tuli terhadap semua keganasan dan\nkezaliman ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di sebalik\npenindasan yang dihadapi dan penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin,\nsatu perkara yang mendapat perhatian adalah keberanian luar biasa yang\ndipamerkan wanita-wanita mereka di dalam mendepani segala tindakan zalim rejim\nZionis Israel. Di wilayah Sheikh Jarrah, di mana pengusiran dan rampasan\nkediaman rakyat Palestin dilakukan baru-baru ini, wanita-wanita Sheikh Jarrah\nmenjadi antara individu-individu yang lantang dan sentiasa bersedia menjadi\nbenteng hadapan untuk mempertahankan kediaman dan tanah yang sememangnya ialah\nhak milik mereka sejak berketurunan lamanya. Sebuah portal akhbar dalam talian \u2018Middle\nEast Eye\u2019 telah mengangkat wanita-wanita Palestine antaranya seperti Muna\nal-Kurd, Salwa Skafi dan Nuha Atieh sebagai lambang kecekalan wanita Sheikh\nJarrah yang tidak akan berganjak daripada melindungi tempat tinggal mereka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Keberanian dan\nkecekalan luar biasa wanita Palestine juga zahir di dalam perjuangan wanita-wanita\nmuda mereka seperti Ahed Tamimi yang dipenjara selama 8 bulan oleh Rejim Zionis\nIsreal kerana menampar tentera Israel ketika mereka menggeledah rumah beliau di\nPerkampungan Nabi Saleh pada Disember 2017, Hind Abu Ola yang diangkat sebagai\nsimbol penentangan oleh Penganjur \u2018Women March of Gaza\u2019 2018 kerana keberaniannya\nberhadapan tentera regim Zionis Israel dan Hanan Hroub, seorang guru yang\nmembesar di Kem Pelarian Bettlehem serta merupakan penerima \u2018Global Teacher\nPrize\u2019 2016 kerana usaha beliau mewujudkan kaedah pembelajaran bagi\npelajar-pelajar sekolah untuk mengatasi trauma akibat keganasan dan peperangan\nserta baru-baru ini aktivis Maryam al-Afifi yang ditahan tentera Zionis kerana\nmempertahankan penempatan Sheikh Jarrah. Mereka adalah antara simbol keberanian\ndan kecekalan wanita Palestin yang harus diangkat oleh dunia sebagai\nwirawati-wirawati global yang menentang kejahatan, keganasan, kezaliman dan\npenindasan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Wanita\nPalestin tidak pernah dilihat sebagai golongan lemah dalam kalangan rakyat\nPalestin sendiri kerana keberanian dan kecekalan luar biasa yang mereka miliki\ntidak mungkin dapat ditandingi oleh mana-mana kelompok wanita lain hari ini. Bagi\nrakyat Palestine, wanita-wanita mereka sentiasa berani dan bersedia untuk\nmelibatkan diri di dalam sebarang gerakan penentangan terhadap pihak zionis.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pengorbanan\ndan keberanian wanita Palestin yang juga merupakan ibu, isteri, kakak dan adik\nadalah seperti jelmaan semangat Al-Khansa\u2019 binti \u2018Amr RA yang memberi sokongan\ndan semangat kepada keempat-empat orang puteranya sehingga mereka gugur syahid\ndi medan perang ketika zaman Rasulullah SAW, Saidatina Safiah binti Abdul\nMutalib, ibu saudara Rasulullah SAW yang merupakan pahlawan wanita pertama\nmenghunus pedang di medan jihad dan&nbsp; Ummul\nMukminin Ummu Salamah RA yang kehilangan suaminya Abu Salamah di dalam\nPeperangan Badar. Mereka adalah di antara ramai lagi wanita yang telah menyumbang\ntenaga dan kebolehan mereka dalam kapasiti masing-masing untuk berjuang demi menegakkan\nIslam dan mempertahankan hak mereka.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Allah SWT\nberfirman di dalam Al Quran:<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Maka Tuhan\nmereka perkenankan doa mereka dengan firmanNya: Sesungguhnya Aku tidak akan\nsia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki\natau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang\nlain: maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan agamanya), dan yang\ndiusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan\nberbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan agamaKu, dan yang berperang (untuk\nmempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur syahid dalam perang\nSabil)-sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan\nsesungguhnya Aku akan masukkkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di\nbawahnya beberapa sungai, sebagai pahala di sisi Allah. Dan di sisi Allah\njualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)\u201d. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; (Ali\nImran, 3: 195)<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Keberanian dan\nkecekalan luar biasa yang dimiliki oleh wanita-wanita Palestin perlu dijadikan\ncontoh dan ikutan. Mungkin pengalaman dan persekitaran yang dihadapi oleh\nwanita di serata dunia ini adalah berbeza, namun yang paling penting adalah\nsemangat untuk bangkit dari penindasan dan kemusnahan serta memahami apa yang\nperlu dilakukan untuk mempertahankan maruah diri, keluarga dan tanah air serta\nterlibat secara proaktif di dalam isu-isu yang diperjuangkan. Keberanian dan\nkecekalan in bukan hanya untuk dicontohi oleh wanita-wanita lain, tetapi harus\nmenjadi ikutan oleh semua individu mahupun wanita atau lelaki. Semoga Palestin\ntetap kukuh didokong oleh wanita-wanitanya yang tidak gentar menghadapi\nkezaliman dan penindasan serta tetap di jalan memperjuangkan hak dan kebenaran.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Simpati dan sokongan yang ditunjukkan oleh masyarakat global terhadap rakyat Palestin hari ini membuktikan bahawa Palestin tidak keseorangan di dalam perjuangan ini. Namun begitu, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":23,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[141],"tags":[],"class_list":["post-29439","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-berita-harian","category-141","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29439","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/23"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=29439"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29439\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=29439"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=29439"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=29439"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}