{"id":29467,"date":"2021-05-28T12:22:44","date_gmt":"2021-05-28T04:22:44","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=29467"},"modified":"2021-05-28T12:22:44","modified_gmt":"2021-05-28T04:22:44","slug":"pembiayaan-rumah-antara-generasi-penyelesaian-atau-beban","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/pembiayaan-rumah-antara-generasi-penyelesaian-atau-beban\/","title":{"rendered":"Pembiayaan Rumah Antara Generasi: Penyelesaian atau Beban?"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Cadangan memanjangkan tempoh pembiayaan perumahan\nmelebihi amalan semasa, 35 tahun kembali dibicarakan dalam arena perkembangan\nsektor hartanah semasa. Kali ini objektif utamanya dikatakan untuk membantu\nkumpulan isi rumah berpendapatan terendah 40 peratus khususnya di kawasan\nbandar untuk memiliki rumah mereka sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Umumnya, objektif untuk membantu golongan berpendapatan\nrendah memiliki rumah sendiri ialah satu matlamat yang murni. Hal demikian\nkerana memiliki tempat tinggal yang selamat dan selesa merupakan salah satu\ndaripada keperluan asasi manusia. Oleh itu, jalan untuk merealisasi matlamat\nyang murni ini harus dilakukan dengan cara yang betul, tidak mengelirukan dan\ntidak bertentangan dengan tujuan asal.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebelum ini, Bank Negara Malaysia mengehadkan tempoh\nmaksimum pinjaman\/pembiayaan selama 35 tahun sejak 2013 bagi pembelian hartanah\nsebagai sebahagian daripada langkah-langkah pembiayaan bertanggungjawab.&nbsp; Ini termasuklah kerana mengambil kira faktor\nusia persaraan dan mengelakkan rampasan rumah bila berlaku kegagalan untuk\nmemenuhi perjanjian pembiayaan rumah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Agak sukar membayangkan seorang individu di Malaysia,\nyang mana jangka hayat ketika lahir (tahun 2020) ialah 77.6 tahun bagi\nperempuan dan 72.6 tahun bagi lelaki untuk terikat dengan komitmen pembiayaan\nyang besar bagi tempoh antara 40-60 tahun. Oleh itu, cadangan pemanjangan\ntempoh pembiayaan sehingga 40 tahun dan ke atas sudah pasti akan menimbulkan\npolemik tentang pembiayaan antara generasi bagi pemilikan hanya sebuah rumah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pertamanya ialah tentang isu etika apabila mengalihkan\nbeban kewangan yang besar kepada waris yang belum cukup umur sebelum mendapat\npersetujuan mereka. Hal demikian kerana, jika kedua-dua pembeli ialah individu\ndewasa, maka ia menjadi pembiayaan secara bersama. Kedua, pemanjangan tempoh\npembiayaan tidak menggambarkan matlamat sebenarnya untuk mengupayakan kumpulan\nini memiliki rumah sendiri. Ini kerana tempoh pembiayaan yang panjang serta\npengalihan komitmen pembiayaan kepada generasi kedua menunjukkan harga rumah tersebut\ndi luar kemampuan mereka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam Islam, individu yang belum baligh ataupun belum\nmencapai tahap kematangan yang dipersetujui syarak tidak boleh\nsewenang-wenangnya dilibatkan dalam akad seperti perkahwinan, jual beli, sewa,\nwakil dan lain-lain. Bagaimanapun, ia tidaklah bermaksud kanak-kanak atau\nindividu tidak sempurna akal tiada kelayakan langsung dalam akad dan ibadah\ntertentu. Hak mereka untuk terlibat dalam sesuatu kontrak itu ada dan bersyarat\ntermasuklah di bawah seliaan penjaga yang adil dan sah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun, secara umumnya, kelayakan atau <em>ahliyyah<\/em> yang penuh ialah apabila seseorang\nitu mampu untuk memahami dan memikul hak dan tanggungjawab serta berkemampuan\nuntuk memberi kesan undang-undang (hukum) daripada tindakannya. Dalam\npembiayaan perumahan Islam berdasarkan akad jual beli misalnya, kedua-dua pihak\npenjual dan pembeli yang terlibat disyaratkan untuk mempunyai kelayakan mengikut\nsyarak ini.&nbsp; <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Terdapat dua isu syariah utama yang dikenal pasti\nsekiranya pemanjangan tempoh pembiayaan perumahan melibatkan antara generasi\niaitu; pertama, kelayakan syarak generasi kedua pada tarikh perjanjian\npembiayaan dimeterai; dan kedua, isu pemilik rumah yang <em>gharar<\/em> (tidak jelas) ketika proses jual beli. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Walaupun seorang penjaga seperti bapa, mempunyai kuasa\nwali ke atas anaknya, namun ia terhad kepada perkara-perkara yang dibenarkan\noleh syarak. Islam tidak membenarkan seorang wali untuk membuat keputusan yang mendatangkan\nkemudaratan kepada individu di bawah jagaannya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Cadangan pembiayaan perumahan antara generasi dilihat muncul\nkerana pembeli pertama sebenarnya tidak mampu membuat pembelian dan memikul\nkomitmen kewangan untuk satu tempoh yang lazim oleh masyarakat setempat. Oleh\nitu, penyelesaian kepada permasalahan ini bukanlah dengan memanjangkan tempoh\npembiayaan sehingga menjejaskan generasi kedua, sebaliknya perlu kembali kepada\nakar permasalahan yang berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Akar kepada masalah ini ialah harga rumah di kawasan\nbandar yang tinggi disebabkan oleh tanah yang terhad menyebabkan golongan\nberpendapatan rendah dan sederhana sukar memiliki rumah sendiri. Perkara ini\ntidak hanya berlaku di Malaysia bahkan turut berlaku di seluruh dunia. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebenarnya, memiliki tempat tinggal yang baik dan\nmemenuhi keperluan asasi bukanlah semata-mata melalui jalan pemilikan sahaja.\nMasyarakat perlu menyedari bahawa memiliki manfaat tempat tinggal adalah lebih\nutama daripada memiliki sebuah rumah tersebut. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apatah lagi jika pemilikan rumah itu boleh mendatangkan\nkesusahan kerana pemilik rumah memang tidak mampu pada asalnya untuk membiayai\nkos memiliki rumah tersebut. Oleh itu penyewaan bagi mendapatkan manfaat tempat\ntinggal ialah salah satu opsyen yang praktikal dan lebih selamat khususnya di\nbandar-bandar utama. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam memperkasa aktiviti penyewaan di bandar-bandar\nutama, tidak dapat tidak skim perumahan awam perlu dipertingkatkan dan diberi\nnafas baharu. Sebelum ini, skim perumahan awam menyasarkan kumpulan berpendapatan\nrendah untuk opsyen sewa atau beli dengan kadar berpatutan dan mampu milik.\nJusteru, pertimbangan yang sama juga harus diperluas kepada kelas pertengahan\nyang hampir kepada kumpulan berpendapatan rendah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Skim perumahan awam khusus untuk penyewaan ini lebih\nditekankan untuk dilaksanakan dan di perkasa di bandar-bandar utama kerana\nlebih menjamin kebajikan masyarakat berbanding keuntungan. Tambahan lagi, aspek\nkesediaan tanah dan penguatkuasaan berpusat lebih menyebelahi pihak berkuasa\ntempatan. Dalam masa yang sama, aktiviti penyewaan swasta di bandar-bandar\nutama hendaklah diselia secara berpusat menggunakan akta yang bersesuaian bagi\nmelindungi kedua-dua pemilik rumah dan penyewa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagi memenuhi objektif umum pemilikan rumah pula, pilihan\nuntuk membeli rumah kepada kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana\nhendaklah tidak dihadkan di kawasan bandar-bandar utama sahaja sementelah skim\nperumahan awam boleh di perkasa. Matlamat ini boleh diusahakan dengan menawarkan\nskim dan kempen-kempen yang khusus seperti skim perumahan awam di kawasan\nekonomi baharu, kempen rumah ku kampung halaman ku, insentif pecah geran kongsi\ndan lain-lain yang bersesuaian. <\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Cadangan memanjangkan tempoh pembiayaan perumahan melebihi amalan semasa, 35 tahun kembali dibicarakan dalam arena perkembangan sektor hartanah semasa. Kali ini objektif utamanya dikatakan untuk &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":36,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-29467","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29467","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/36"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=29467"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29467\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=29467"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=29467"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=29467"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}