{"id":29476,"date":"2021-06-04T09:30:13","date_gmt":"2021-06-04T01:30:13","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=29476"},"modified":"2021-06-04T09:30:13","modified_gmt":"2021-06-04T01:30:13","slug":"kekalkan-semangat-ramadan-pada-syawal","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/kekalkan-semangat-ramadan-pada-syawal\/","title":{"rendered":"Kekalkan Semangat Ramadan Pada Syawal"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ketibaan Syawal menandakan tamat ibadat puasa oleh umat Islam\nselama sebulan pada bulan Ramadan. Ibadat puasa disyariatkan bagi melatih diri\nkita menjadi insan bertakwa yang sentiasa mentaati segala perintah Allah SWT. Selepas\nsebulan berada dalam madrasah Ramadan, kita menyambut Aidilfitri sebagai tanda\nkejayaan usaha kita untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Pada masa yang\nsama, kita mengharap agar Allah SWT memasukkan kita dalam kalangan hamba-Nya\nyang kembali kepada fitrah, yang suci <em>(al-\u2018aidin)<\/em> dan dalam golongan\nhamba-Nya yang berjaya <em>(al-faizin). <\/em>Jadi, unsur ketakwaan perlu\ndipelihara dan kita perlu berusaha menghindari daripada mencemarkan sambutan\nSyawal dengan unsur-unsur ketidakpatuhan kepada Allah SWT atau perkara-perkara\nyang dilarang oleh Islam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Syawal 1442 Hijrah pada tahun ini merupakan kali kedua umat Islam\nmenyambutnya dalam suasasa norma baharu. Jadi, kita sekali lagi terpaksa\nmelupakan tradisi balik kampung, amalan kunjung mengunjung dan acara rumah\nterbuka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kekangan komunikasi dan hubungan secara fizikal yang disebabkan\nPerintah Kawalan Pergerakan (PKP) pelbagai tahap bukan lagi menjadi halangan bagi\nkita menghubungi orang tersayang untuk memohon kemaafan dan bertanyakan khabar.\nWalaupun ia tidak seratus peratus menyamai dengan bersua muka secara nyata,\nsetidak-tidaknya dengan teknologi maklumat dan komunikasi serta penggunaan\npelbagai peranti canggih, kita dapat berinteraksi secara dalam talian dengan\nibu bapa dan sanak saudara untuk menzahirkan keprihatinan kita terhadap\nkebajikan mereka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">PKP juga bukan bermakna kita perlu melupakan semangat yang dibawa\noleh Syawal yang merupakan kesinambungan semangat yang terhasil daripada \u201cdidikan\u201d\nRamadan. Syawal seharusnya disambut dengan penuh kesyukuran dan keinsafan.\nJusteru, unsur kesyukuran atas nikmat kurniaan Ilahi dan keprihatinan serta empati\nterhadap nasib saudara seagama yang dirundung malang di seluruh dunia perlu\nsentiasa tertanam kukuh dalam minda walaupun segala aktiviti harian kita\ndibatasi oleh prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak\nberkuasa. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dari sudut yang berbeza, PKP seharusnya dapat membantu kita untuk\nmenghayati semangat Syawal ini dengan lebih baik. Dalam usaha mengekang\npenularan pandemik Covid-19, kerajaan terpaksa mengambil langkah mengenakan\nPKP. Rentetan itu, ramai yang kehilangan kerja, kehilangan punca rezeki atau\nmengalami pengurangan pendapatan. Bagi mereka yang tidak terjejas dari segi\nekonomi, seharusnya ia menjadi satu iktibar untuk menghadirkan keinsafan atas\nnasib yang menimpa saudara se-Islam yang terkesan tadi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Rasa keinsafan ini akan menjadi lebih mendalam sekiranya pengamatan\nmereka dihalakan juga kepada masyarakat Muslim di Syria dan Palestin yang\nsentiasa berdepan dengan cabaran keselamatan dan kekurangan keperluan asas\nmanusiawi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam hal ini, rasa keinsafan semata-mata adalah tidak memadai. Ia\nseharusnya disertai dengan reaksi kita menzahirkan rasa empati ini. Justeru\nsemangat Ramadan yang menganjurkan kita membanyakkan amalan sedekah seharusnya\nditeruskan pada Syawal. Melalui kepesatan perkembangan teknologi kewangan <em>(fintech),<\/em>\nusaha menyalurkan bantuan kewangan baik dalam bentuk sedekah atau zakat mahupun\npendanaan awam biasa <em>(crowdfunding)<\/em> bagi projek-projek kebajikan\ntertentu di dalam dan luar negara menjadi lebih mudah. Pokok pangkalnya\nbergantung kepada sejauh mana penghayatan kita terhadap asuhan Ramadan dapat\nditeruskan pada Syawal dan bulan-bulan seterusnya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Seperkara lagi yang perlu ditekankan ialah Syawal juga menuntut\nkesederhanaan. Sama ada sebelum berlaku pandemik atau semasa krisis ini berlaku,\nunsur kesederhanaan\u2014terutama yang berkaitan dengan sambutan Hari Raya amat\ndititikberatkan oleh Islam. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al-Nasa\u2019i, Nabi\nSAW pernah dihadiahkan sehelai baju sutera tebal oleh Saidina Umar ibn al-Khattab\nuntuk dipakai oleh baginda SAW semasa menghadiri solat Hari Raya dan semasa\nmenerima tetamu dari luar. Bagaimanapun Nabi menolak hadiah tersebut dan\nmengembalikannya kepada Umar. Seterusnya, baginda SAW menyuruh Umar menjual\nbaju tersebut manakala wangnya pula digunakan untuk keperluannya yang lain. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tindakan baginda SAW memulang baju sutera tersebut menunjukkan Islam\namat mementingkan kehidupan berdasarkan keperluan dan bukannya berdasarkan\nkeinginan. Tambahan pula, pakaian sutera tidak harus dipakai oleh orang lelaki.\nBersederhana merupakan asas budaya kehidupan dalam Islam. Menerusi budaya\nbersederhana, sifat-sifat prihatin dan ambil cakna terhadap mereka yang berada\ndi sekeliling kita dapat disuburkan. Tambahan pula, dalam suasana sukar seperti\nsekarang, amalan bersederhana dalam segala aspek kehidupan dan dalam konteks\nartikel ini\u2014sambutan Aidilfitri adalah suatu yang mustahak kerana kita tidak\ntahu bila pandemik ini akan berakhir. Pada masa yang sama, ramai lagi anggota\nmasyarakat yang dihimpit kesusahan yang memerlukan keprihatinan kita terhadap\nkebajikan mereka. Jadi, dengan bersederhana, kita seharusnya dapat menyalurkan sedikit\nsebanyak lebihan yang ada bagi meringankan beban golongan ini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ringkasnya, semangar Ramadan tidak seharusnya berakhir dengan ketibaan\nSyawal. Bulan Syawal perlu menjadi permulaan baharu untuk kita mempraktikkan\napa yang dilazimi sepanjang bulan Ramadan yang baru lepas, di mana kita\nmenyucikan minda daripada pemikiran yang negatif dan mengurangkan keinginan\nduniawi yang melampau. Dengan kata lain, semangat Ramadan hendaklah sentiasa\nkita kekalkan sebagai panduan untuk menjalani kehidupan pasca bulan puasa. Memandangkan\npasca Ramadan dimulakan dengan Syawal, maka pengisian sambutan Syawal perlu\ndipenuhi dengan ibadah dan amalan yang diredai Allah SWT. Ini juga bertepatan\ndengan kata-kata Ibn Rajab al-Hanbali: \u201cSesungguhnya Hari Raya bukanlah bagi\norang memperindahkan pakaian dan kenderaan semata-mata, namun hakikatnya Hari Raya\nialah bagi sesiapa yang diampunkan dosa-dosanya. Hari Raya juga bukanlah untuk\norang memakai pakaian yang baharu namun sesungguhnya Hari Raya itu adalah untuk\nsesiapa yang keimanannya bertambah-tambah.\u201d <\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ketibaan Syawal menandakan tamat ibadat puasa oleh umat Islam selama sebulan pada bulan Ramadan. Ibadat puasa disyariatkan bagi melatih diri kita menjadi insan bertakwa yang sentiasa mentaati segala perintah Allah SWT. Selepas &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":18,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-29476","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29476","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/18"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=29476"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29476\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=29476"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=29476"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=29476"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}