{"id":29517,"date":"2021-06-11T12:03:31","date_gmt":"2021-06-11T04:03:31","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=29517"},"modified":"2021-06-11T12:03:31","modified_gmt":"2021-06-11T04:03:31","slug":"air-sebagai-penyelamat-dari-perang-dan-bencana","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/air-sebagai-penyelamat-dari-perang-dan-bencana\/","title":{"rendered":"Air Sebagai Penyelamat Dari Perang Dan Bencana"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Allah <em>\u2018azza wa jalla <\/em>mengingatkan manusia dalam al-Qur\u2019an bahawa\nDialah yang menurunkan air kehidupan yang darinya bertumbuh segala macam jenis\ntanaman sebagai tanda bagi orang-orang yang beriman (<em>Surah al-An\u2018am<\/em>,\nayat 99).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bahagian <em>Kitab al-Musaqah<\/em> dalam <em>Sahih<\/em> oleh Imam al-Bukhari menghimpunkan\nsejumlah hadith sahih yang menyentuh mengenai tanggungjawab <em>fardu kifayah<\/em>\nmemastikan penjagaan sumber air dan berkongsi lebihan dengan masyarakat\nsekitarnya termasuklah para pengembara, haiwan ragut, dan tanah yang memerlukan\npengairan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada awal 2019, Pertubuhan Makanan dan Pertanian (<em>Food and Agriculture Organisation<\/em>,\nFAO), sebuah cabang dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah\nmengeluarkan kenyataan bahawa kekurangan air bersih dan selamat diminum di\nserata dunia yang disebabkan oleh perubahan iklim, penggunaan berlebihan, dan\npencemaran merupakan salah satu cabaran terbesar masa kini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Berkembangnya \u2018kawasan panas\u2019 yang muncul akibat daripada \u2018ketidakseimbangan\nantara penggunaan air dan sumber-sumber air\u2019 tidak terhad kepada hanya kawasan\ndi Afrika Utara dan di Timur Tengah tetapi juga di Eurasia dan Amerika Utara.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebahagian besar bencana yang menimpa manusia adalah suatu pembalasan disebabkan\nperbuatan merosakkan alam sekitar yang diamanahkan penjagaannya kepada manusia\nselaku khalifah di muka bumi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Allah <em>subhana wa ta\u2018ala<\/em> berfirman dalam al-Qur\u2019an: \u201cTelah muncul\nberbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang\ntelah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah\nhendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang\nmereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).\u201d (Surah\nal-Rum, ayat 41).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sejak tahun 2015 lagi ahli-ahli sains telah memberi amaran mengenai kemarau\ndahsyat (<em>megadroughts<\/em>) yang boleh menjejaskan negara-negara di hemisfera\nbarat selama beberapa dekad dari 2050 hinggalah abad yang seterusnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut laporan analisis terkini (17 Mac 2021) Tabung Darurat Kanak-Kanak\nAntarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu (<em>United Nations International Children\u2019s\nEmergency Fund<\/em>, UNICEF), sejumlah 1.42 bilion penduduk dunia tinggal di\nkawasan sumber air terjejas dalam 80 buah negara.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Malaysia termasuk negara yang memerlukan dasar pengurusan air yang lebih\nbaik. Selain kebergantungan kepada punca air yang terhad, kemarau umpamanya\nyang berlaku di Selangor dan Negeri Sembilan dan menyebabkan bekalan air perlu\ndicatu selama berbulan lamanya pada tahun 2014 berupaya kembali di masa akan\ndatang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Krisis air berpotensi menyebabkan bencana yang membahayakan nyawa manusia. Kekurangan\nair bersih untuk tujuan minum dan mencuci boleh mewujudkan keadaan kotor dan\ntidak sihat, selain menjadi kawasan pembiakan vektor dan penyebaran wabak\npenyakit.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Peningkatan jumlah penduduk dunia di abad ke-20 telah memburukkan lagi masalah bekalan air. Menurut kajian yang\ndilakukan oleh institusi dan perancang kerajaan di seluruh dunia seperti Bank\nDunia, Pertubuhan Air Dunia, Institut Pasifik, dan Forecast International\nsemuanya telah sampai ke yang kesimpulan yang sama iaitu lanjutan krisis air\nboleh menyumbang ke arah tercetusnya konflik ganas.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pakar pengajian peperangan, Lawrence Freedman, menyatakan dalam bukunya <em>The\nFuture of War<\/em> (2017) bahawa sebahagian besar peperangan berpunca dari konflik\nideologi dan agama, keruntuhan orde politik, dan perebutan ke atas sumber tanah\ndan mineral sumber yang terhad. Beliau turut mengisyaratkan bahawa peperangan\ndalam 100 tahun seterusnya mungkin disebabkan oleh perebutan untuk menguasai\nsumber-sumber air.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di zaman purba dan zaman pertengahan, pertempuran dimenangi dengan taktik&nbsp; mengerahkan pasukan berkuda agar cepat sampai\nke sumber-sumber air. Pasukan tentera pertama yang tiba pada sumber air dan menguasainya\nboleh menyekat bekalan dari pasukan musuh, dengan itu memposisikan pihak lawan\ndalam keadaan serba kekurangan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam strategi pertahanan kubu, askar-askar mengambuskan telaga dan\nmemusnahkan mata air dengan membuang di dalamnya bangkai, air beracun, dan\narsenik bagi mencegah daripada jatuh ke tangan pihak musuh.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kedua-dua contoh di atas menunjukkan bagaimana kekurangan air atau\nmenafikan sumber-sumber dapat digunakan sebagai senjata untuk melemahkan dan\nmengalahkan musuh. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di zaman moden, konsep Perang Habis-habisan (<em>Total War<\/em>) menjadikan peperangan\nmasa depan lebih dahsyat oleh kerana bukan sahaja skalanya yang besar dan\nmenembusi sempadan bahkan juga penggunaan senjata berbahaya antaranya bahan\nkimia tidak terbiodegradasi justeru meninggalkan kesan berpanjangan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pemikir dan ulama besar Islam Imam al-Ghazali menyatakan dalam karyanya\nmengenai seni pemerintahan dan urus tadbir, <em>Nasihat al-Muluk<\/em> (Nasihat\nBuat Para Raja), bahawa pemimpin yang bijak seharusnya berupaya menguruskan wilayah\nkekuasaannya dengan kemahiran dan pengalaman, mengelakkan konflik yang ganas melalui\ndiplomasi (<em>bi\u2019l-kutub<\/em>),&nbsp; dan\nmenerapkan dasar dan strategi yang sesuai (<em>bi\u2019l-ihtiyal<\/em>).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Maka, penjagaan dan pemeliharaan sumber air ialah salah satu daripada\nstrategi terbaik yang dapat dilaksanakan dalam suasana aman. Oleh kerana kesan\nakibat krisis air tidak dapat tidak mesti sentiasa berada dalam pertimbangan\npemerintah, apa jua tindakan yang menjejaskan pengurusan air atau kekurangan\ndalam memandang kesan akibat perbuatan demikian hanyalah menjemput datangnya konflik\ndan bencana.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Allah \u2018azza wa jalla mengingatkan manusia dalam al-Qur\u2019an bahawa Dialah yang menurunkan air kehidupan yang darinya bertumbuh segala macam jenis tanaman sebagai tanda bagi orang-orang yang beriman (Surah al-An\u2018am, ayat 99). &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":35,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[141],"tags":[],"class_list":["post-29517","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-berita-harian","category-141","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29517","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/35"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=29517"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29517\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=29517"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=29517"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=29517"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}