{"id":29522,"date":"2021-06-15T12:31:27","date_gmt":"2021-06-15T04:31:27","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=29522"},"modified":"2021-06-15T12:31:27","modified_gmt":"2021-06-15T04:31:27","slug":"covid-19-dan-kreativiti","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/covid-19-dan-kreativiti\/","title":{"rendered":"Covid-19 Dan Kreativiti"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Wabak Covid-19 secara tersiratnya telah mengubah gaya hidup manusia menjadi\nlebih &nbsp;kreativiti dan berinovasi &nbsp;agar dapat meneruskan kelangsungan hidup.\nHidup perlu diteruskan walaupun apa pun halangan dan cubaan yang melanda\nmanusia. Setiap musibah yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Tidak ada sesiapa yang\nmahukan musibah menimpa. Namun setiap musibah merupakan ujian dalam kehidupan. Ujian\nmungkin hadir dalam berbagai-bagai bentuk seperti wabak yang melanda dunia pada\nhari ini. Sesiapa yang ditimpa ujian perlu diingatkan supaya sentiasa bersangka\nbaik kepada Allah SWT kerana terkandung hikmah di sebaliknya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Dalam surah al-Insyirah,\nayat 5 \u2013 6, mafhumnya, &#8220;<em>Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu)\nbahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.<\/em>&#8220;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Saya ingin membawa sebuah\nkisah yang dapat dikaitkan dengan wabak yang melanda ketika ini. Louis Pasteur ialah\nseorang ahli sains terkemuka pada abad ke-19. Beliau merupakan perintis dalam\nbidang mikrobiologi setelah beliau berjaya menemukan vaksin menentang penyakit\nanjing gila yang merupakan salah satu penyakit atau wabak yang &nbsp;dahsyat ketika itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Akhirnya, tertubuhlah Institut Pasteur mengambil sempena\nnama beliau. Institut ini berkembang menjadi sebuah institusi penyelidikan yang\nmerangkumi beberapa bidang biologi yang lebih luas. Pasteur telah mengumpulkan\nrakan-rakannya yang mempunyai minat dan kesungguhan yang sama dengannya. Mereka\ntelah berjaya mewujudkan persekitaran yang membolehkan penyelidikan bercambah\ndan berkembang maju. Seorang penyelidik Institut Pasteur bernama Francois Jacob\nada menyatakan bahawa beliau mendapati dirinya hanya bekerja di pinggir jalan\ndalam kerjaya yang sepatutnya lebih formal. Beliau &nbsp;ialah seorang doktor tanpa klinik, ahli\nfarmasi tanpa dispensari, ahli kimia tanpa industri dan ahli akademik tanpa\nkerusi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Dari\nsini, penyelidikan telah diberi nafas baharu. Penyelidikan bukanlah dunia ulat\nbuku yang dingin, kaku, beku, menyedihkan serta membosankan. Sebaliknya, penyelidikan\n&nbsp;merupakan dunia yang penuh keceriaan,\nkejutan, keinginan untuk mengetahui dan berimaginasi kerana persaingan utama\nbukan untuk merebut duniawi tetapi kuasa intelektual. Sebahagian besar penyelidikan\ndi sini dikaitkan dengan penyakit tertentu, misalnya masing-masing Alphonse\nLaveran dan Chaarles Nicolle menjalankan kajian terhadap penyakit malaria dan\ntifus.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Daripada\napa yang saya ceritakan di atas ini, mungkin &nbsp;dua pengajaran yang dapat kita ambil. Pertama,\nbahawa tiap-tiap kesukaran itu disertai dengan kemudahan. Ini jelas menunjukkan\nkepada kita akibat wabak atau penyakit anjing gila ketika itu, maka vaksin bagi\npenyakit tersebut telah ditemukan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Kedua,\nsaya membayangkan kesan daripada Covid-19 ini, Malaysia mampu menubuhkan sebuah\ninstitut penyelidikan yang menjalankan penyelidikan khusus mengenai Covid-19 dan\njuga varian yang seumpamanya. Dengan kepakaran yang Malaysia miliki sama ada\ndaripada universiti awam atau swasta, mereka mungkin mampu menghasilkan satu\npenemuan yang amat bermakna. Penemuan ini selain dapat menjimatkan kos\npembelian vaksin berbilion ringgit, akan dapat juga menjadikan Malaysia sebagai\nnegara pertama yang mengeluarkan vaksin berstatus halal. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; &#8220;Institut\nCovid-19 &#8221; ini umpamanya, bukan hanya menjalankan kajian mengenai vaksin\nsahaja tetapi berbagai-bagai sektor lain yang terkait dengannya. Kita dapat\nlihat bagaimana sektor ekonomi yang terdiri daripada pelbagai industri seperti pelancongan,\npenerbangan, pembuatan, perkhidmatan dan lain-lain lagi terjejas. Jadi, kita\nperlukan data-data bagi merancang hala tuju negara &nbsp;untuk masa hadapan. Begitu juga dengan sektor\npendidikan yang terjejas, kita perlu ada kajian yang khusus mengenainya dan\nbanyak lagi sektor lain yang penting. Penggunaan internet kini &nbsp;menjadi keperluan asas seperti kita memerlukan\nair dan api. Begitu juga persoalan keselamatan negara yang berkait dengan\npendatang tanpa izin (PATI) dan banyak lagi isu lain. Kesemua bidang ini saling\nterkait dan terkesan dengan pandemik Covid-19. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Dunia\npada hari ni bergantung kepada data untuk merancang masa depan yang lebih baik.\nSetiap keputusan yang hendak dibuat atas kepentingan umum seharusnya bergantung\nkepada fakta dan data, bukan kepada pengaruh mana-mana pihak. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Kita\ndapat lihat bagaimana Thailand menjadi pengilang kedua kepada syarikat\npengeluar vaksin. (Malaysiakini.com,&nbsp; 4\nJun 2021). Apa yang penting di sini ialah proses pemindahan teknologi. Thailand\nakan mempelajari kaedah penghasilan vaksin melalui Vektor Viral (virus yang\ndimodifikasikan secara genetik). Apabila disuntik, vaksin akan mengarahkan sel\nuntuk menghasilkan protein SAR-CoV-2 iaitu sasaran utama dalam sistem ketahanan\nbadan manusia yang disasarkan oleh koronavirus.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Setakat\nhari ini, apabila saya melihat kepada pengeluar-pengeluar vaksin utama, tidak\nada satu pun datang daripada negara Islam yang menghasilkan vaksin. Umat Islam\nseharusnya tidak lagi menjadi pengguna selama-lamanya. Umat Islam harus bangkit\nmenjadi peneraju seperti zaman kegemilangan Islam yang kini hanya menjadi\nlipatan dalam sejarah. Mengapa umat Islam terkebelakang &nbsp;pada saat bangsa yang maju terus menerus\nmencipta kemajuan dalam pelbagai bidang? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Beberapa\nkesimpulan yang &nbsp;boleh saya &nbsp;berikan&nbsp;\nberdasarkan pembacaan saya ialah perkara ini disebabkan oleh beberapa\nfaktor. Pertama, umat Islam telah hilang daya kreatifviti mereka dalam mengubah\ndan beradaptasi dengan dunia. Kedua, pemikir-pemikir Islam tidak berminat\ndengan masalah dan persoalan sains moden. &nbsp;Mereka lebih tertarik untuk membicarakan\nkerosakan isu moral agama Islam yang sedang mengalami kemunduran berbanding\nsebelumnya. Ketiga, hubungan antara agama dan politik. Sebenar-benarnya, agama ialah\napa yang Allah inginkan, bukan mengikut kehendak kuasa politik.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Akhir\nsekali, apabila wabak Covid-19 melanda dunia, kita perlu mengatasinya dengan\nilmu. <em>&#8220;Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian\nmakhluk). Ia menciptakan manusia daripada sebuku darah beku. Bacalah, dan\nTuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia\nmengajar manusia apa yang tidak diketahui,<\/em>&#8221; (Surah al-Alaq: 1\u20145).<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Wabak Covid-19 secara tersiratnya telah mengubah gaya hidup manusia menjadi lebih  kreativiti dan berinovasi  agar dapat meneruskan kelangsungan hidup. Hidup perlu diteruskan walaupun apa pun halangan dan cubaan yang melanda manusia. Setiap musibah yang &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":8,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[141],"tags":[],"class_list":["post-29522","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-berita-harian","category-141","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29522","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/8"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=29522"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29522\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=29522"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=29522"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=29522"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}