{"id":29560,"date":"2021-06-20T11:55:55","date_gmt":"2021-06-20T03:55:55","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=29560"},"modified":"2021-06-20T11:55:55","modified_gmt":"2021-06-20T03:55:55","slug":"kriteria-mencari-jodoh","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/kriteria-mencari-jodoh\/","title":{"rendered":"Kriteria Mencari Jodoh"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam hal mencari jodoh, Rasulullah SAW telah bersabda\nyang bermaksud, \u201cSeorang wanita dinikahi kerana empat (4) sebab: Kerana\nhartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya.&nbsp; Maka hendaklah kamu merebut yang empunya\nagama, itulah pilihan terbaik.\u201d (HR Bukhari dan Muslim)<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jelas dalam hadis ini bahawa dalam usaha mencari\npasangan, perkara yang perlu diperhatikan oleh kaum lelaki dalam diri calon\npasangan itu ialah hartanya\u2014kaya atau tidak; keturunannya\u2014apakah dia berasal\ndari keturunan yang baik-baik; kecantikannya\u2014rupa paras;&nbsp; dan, agamanya\u2014faham dan amalan agamanya.&nbsp; Namun, Islam menyarankan bahawa sebaik-baik\npilihan adalah pilihan yang dibuat berdasarkan kepada kepada faktor agama. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam hal mencari jodoh ini, bukan kaum Adam sahaja\nyang berhak untuk memilih, kaum wanita juga berhak untuk memilih\npasangannya.&nbsp; Perkara ini jelas dalam\nhadis Rasulullah SAW yang bermaksud, \u201cApabila datang kepada kamu peminang yang\nengkau puas hati dengan agama dan kelakuannya, maka kahwinkanlah dia.&nbsp; Jika tidak kamu lakukan, akan berlaku fitnah\ndi atas muka bumi, dan kerosakan yang berpanjangan.\u201d (HR At-Termidzi)<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Melalui hadis kedua ini, Rasululah SAW berpesan kepada\npara wali supaya memilih calon suami untuk anaknya dalam kalangan orang yang\nmemiliki agama dan akhlak yang mulia.&nbsp; Calon\nsuami yang memiliki ciri-ciri ini diharapkan dapat melaksanakan\ntanggungjawabnya sebagai ketua keluarga dengan sebaik-baiknya, memelihara\nhak-hak dan kehormatan ahli keluarga; mendidik isteri dan anak-anak serta\nmenafkahi mereka sewajarnya. &nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Walaupun dalam Islam wali boleh berperanan dalam mencarikan\njodoh untuk anak perempuannya, namun dengan peredaran masa, orang muda lebih\ncenderung memilih jodoh mereka sendiri.&nbsp;\nIbu bapa juga tiada halangan dengan perkembangan ini kerana pada\nakhirnya, apabila anak-anak memutuskan untuk berkahwin, mereka akan merujuk ibu\nbapa masing-masing kerana itulah tuntutan agama dan budaya kita.&nbsp; <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kata orang, jodoh itu rahsia Allah.&nbsp; Ada yang mencari dan berjumpa. Ada yang\nmencari, tetapi tidak bersua.&nbsp; Ada yang\ntidak mencari, tapi jodoh hadir di depan mata.&nbsp;\nAda yang bercinta bertahun lamanya, tetapi jodoh tiada.&nbsp; Ada yang berkenalan tiga bulan sahaja, terus menikah,\nmengecap bahagia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kepada yang telah bertemu jodoh, semoga kekal hingga\nke <em>Jannah<\/em>.&nbsp; Kepada yang belum bertemu jodoh, terpulang\npada diri masing-masing.&nbsp; Jika anda\npasrah dan berserah, <em>Alhamdulillah<\/em>.&nbsp; Namun, jika anda masih mengharapkan adanya\npasangan untuk melengkapi hidup anda, teruskan usaha.&nbsp; Jika penat berusaha sendiri, kembalikan\nfungsi wali untuk mencarikan bakal isteri atau suami.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kadangkala ibu bapa sendiri tidak tahu tentang peranan\nmereka dalam hal ini lantas mengambil sikap berdiam diri, melihat dan\nmenanti.&nbsp; Apabila anak mereka memasuki\nusia 30-an, mereka masih memerhati.&nbsp;\nMereka biarkan anak sibuk mengejar kerjaya, mengumpul harta dan\nmenikmati kehidupan dengan penuh percaya bahawa anak mereka baik-baik sahaja\nwalaupun belum berumahtangga.&nbsp; &nbsp;&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apabila ibu bapa tidak berkata apa-apa, anak-anak beranggapan\nbahawa mendirikan rumah tangga bukanlah sesuatu yang utama.&nbsp; Justeru, orang lain tidak perlu sibuk-sibuk\nbertanya bilakah hari bahagia kerana ibu bapanya sendiri tidak pernah\nmempersoalkannya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sesungguhnya, berkahwin itu ialah sunah Rasulullah SAW.&nbsp; Baginda bersabda yang bermaksud, \u201cBarangsiapa\nyang mampu (mempunyai kelebihan) untuk berkahwin, tetapi dia tidak berkahwin,\nmaka bukanlah dia dari golonganku.\u201d (HR At-Thabarani dan Baihaqi) <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Maka, seandainya sukar bertemu jodoh, kembalikanlah\nfungsi wali dan para wali laksanakanlah tanggunjawab ini sebaik mungkin demi kelangsungan\nzuriat dan keturunan. &nbsp;&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebenarnya, dalam masyarakat kita, ada satu lagi ruang\nuntuk mendapatkan bantuan mencari jodoh.&nbsp;\nApabila keluarga besar berkumpul untuk kenduri-kendara atau perayaan,\nakan sentiasa ada makcik-makcik yang suka bertanya, \u201cEh, engkau ni bila lagi\nnak kahwin?\u201d&nbsp; Makcik-makcik seperti ini\nwujud dalam semua masyarakat yang masih percaya kepada institusi\nperkahwinan.&nbsp; Keadaan ini merupakan satu kawalan\nsosial untuk memastikan kelangsungan keluarga dan keturunan kita yang hanya\nboleh berlaku melalui perkahwinan.&nbsp; <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Malangnya, kehadiran makcik-makcik seperti ini\ndianggap menyusahkan, mengganggu emosi dan menimbulkan stress sedangkan niat mereka\nbaik, mengajak orang muda \u201cmendirikan masjid\u201d, hidup mengikut sunah dan\nseumpamanya.&nbsp; Kehadiran makcik-makcik\nseperti ini sering disalahertikan sehingga ada media yang membuat liputan tentangnya\npada musim perayaan mengingatkan agar makcik-makcik ini berhenti bertanyakan\nsoalan tersebut.&nbsp; Malah, ada yang memberi\ntips agar soalan itu dijawab dengan sinis, \u201cBoleh saya menumpang kasih dengan\nsuami makcik?\u201d&nbsp; sedangkan, keprihatinan\nmakcik-makcik itu boleh sahaja dibalas dengan berkata, \u201cBoleh makcik tolong\ncarikan jodoh yang baik untuk saya?\u201d<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun pada akhirnya kita perlu percaya kepada qada dan\nqadar.&nbsp; Sebagai hamba, ada jodoh atau\ntidak, kita perlu reda dengan ketentuan-Nya.&nbsp;\nApapun ketentuan-Nya, itulah yang terbaik untuk kita kerana terkandung\ndi dalamnya hikmah yang tidak dapat kita fahami.&nbsp; <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebagai agama yang syumul, Islam menyediakan panduan\nuntuk pelbagai perkara termasuklah dalam hal mencari jodoh.&nbsp; Selain menyenaraikan kriteria pemilihan\njodoh, Islam juga menekankan peranan wali dalam hal ini.&nbsp;&nbsp;&nbsp; Semua ahli keluarga\u2014ayah, ibu dan anak-anak,\nperlu memahami persoalan tentang pemilihan jodoh dalam Islam supaya semua pihak\nboleh menjalankan peranan masing-masing dengan sebaik mungkin.&nbsp; <\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dalam hal mencari jodoh, Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud, \u201cSeorang wanita dinikahi kerana empat (4) sebab: Kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya.  Maka hendaklah kamu merebut yang empunya agama, itulah &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":38,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[141],"tags":[],"class_list":["post-29560","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-berita-harian","category-141","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29560","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/38"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=29560"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29560\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=29560"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=29560"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=29560"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}