{"id":29972,"date":"2021-10-09T08:24:00","date_gmt":"2021-10-09T00:24:00","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=29972"},"modified":"2021-10-09T08:24:00","modified_gmt":"2021-10-09T00:24:00","slug":"covid-19-kita-belum-menang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/covid-19-kita-belum-menang\/","title":{"rendered":"Covid-19: Kita Belum Menang"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pagi 30 Ogos 2021, penulis disahkan positif COVID-19 dan terus dirujuk ke CAC (COVID-19 Assessment Centre).\u00a0 Disebabkan penulis ada tiga faktor risiko iaitu melebihi 50 tahun, <em>obese<\/em> dan menghidap <em>asthma<\/em>, maka penulis dihantar ke MAEPS untuk mendapatkan rawatan dan menjalani kuarantin.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di MAEPS, keesokan harinya, selepas dirawat oleh doktor, penulis telah diberikan bantuan oksigen melalui tiub dan dengan itu secara rasminya penulis merupakan pesakit COVID-19 Kategori 4.\u00a0 Masih terngiang-ngiang di telinga kata-kata doktor, \u201cKita akan cuba rawat puan.\u00a0 Kalau tiada tindak balas, kita akan hantar puan ke hospital.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kata-kata yang terus, telus dan amat merisaukan, tetapi itulah hakikat keadaan kesihatan penulis pada ketika itu.\u00a0 \u201cKe hospital\u201d bermaksud keadaan penulis semakin memburuk dan mungkin akan menjadi pesakit COVID-19 Kategori 5.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Penulis terus teringat kepada anak tunggal di rumah dan adik-beradik di kampung.\u00a0 Adakah lagi peluang untuk kami bertemu?\u00a0 Lantas, penulis menghantar pesanan kepada seorang sahabat, \u201cKalau saya meninggal, mohon bantu anak untuk uruskan jenazah saya.\u00a0 Inilah khidmat awak yang terakhir untuk saya. Terima kasih banyak-banyak.\u201d Air mata mengalir laju sambil penulis menekan butang \u201cHantar\u201d.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jam 3.00 pagi, 1 Sep 2021, penulis dikejutkan dari tidur oleh salah seorang petugas barisan hadapan dengan kata-kata, \u201cPuan, mari kita pindah wad\u201d.\u00a0 Penulis dipindahkan ke Wad Mawar \u2013 wad pemantauan \u2013 dan bukannya ke hospital.\u00a0 Ini bermaksud rawatan yang diterima pagi tadi memberikan tindak balas yang positif.\u00a0 Alhamdulillah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebagai pesakit COVID-19, khususnya yang Kategori 4, kita bukan sahaja berhadapan dengan kesakitan fizikal, tetapi juga perlu berhadapan dengan emosi sendiri yang merasakan betapa dekatnya kematian.\u00a0 Soalan-soalan seperti, \u201cDapat balik rumah lagi kah?\u201d, \u201cDapat jumpa anak lagi kah?\u201d\u00a0 \u201cDapat jumpa adik-beradik lagi kah?\u201d berlegar-legar di fikiran.\u00a0 Jawapan kepada soalan-soalan ini ditunggu dengan penuh debar dari hari ke hari berserta doa yang penuh harap agar Allah SWT memberi peluang untuk bertemu lagi dengan orang-orang yang tersayang. \u00a0\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sembilan hari MAEPS amat menginsafkan.\u00a0 Ada sebilangan kecil pesakit yang boleh urus diri sendiri.\u00a0 Namun ada yang hanya berbaring di katil kerana dimasukkan air atau memerlukan oksigen.\u00a0 Ada yang batuk-batuk kering, tidak kurang juga yang batuk berkahak pada kepekatan yang berbeza.\u00a0 Ada yang perlu dihantar ke hospital kerana keadaan kesihatan yang memburuk.\u00a0 Ada juga yang dimasukkan ke wad ini dari Dewan Kuarantin kerana didapati bergejala teruk selepas beberapa hari berada di dewan itu.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Keinsafan juga timbul apabila melihat siapa yang ditempatkan di MAEPS ini.\u00a0 Hari kedua, di hadapan katil penulis, ada seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang hadir bersendirian.\u00a0 Kelihatannya remaja itu dapat menguruskan dirinya dengan baik.\u00a0 Namun, dalam bab makan minum, dia nampaknya terlalu mengikut seleranya yang hilang.\u00a0 Memanglah pesakit COVID-19 ini tiada selera makan, tetapi kita perlu paksa diri untuk makan demi mendapatkan tenaga.\u00a0 Maka, kami \u2013 pesakit di katil-katil bersebelahan yang semuanya berpangkat ibu kepada remaja itu \u2013 memujuknya untuk makan.\u00a0 Mungkin pujukan kami mengingatkannya kepada ibunya, maka remaja tersebut menangis.\u00a0 Bayangkan kalau remaja itu anak kita.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beberapa hari kemudian, hadir seorang ibu muda dengan anak kecil berusia setahun lebih.\u00a0 Kita yang hadir sendiri pun sudah terasa berat beban yang ditanggung, inikan pula ibu muda itu yang turut perlu menjaga anaknya.\u00a0 Ibu muda ini akan ke surau (100m dari katilnya) untuk solat ketika anaknya tidur.\u00a0 Sering kali juga, anaknya terjaga ketika ibu itu sedang solat lantas menangislah anak itu mencari ibunya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di wad sebelah yang memantau pesakit lelaki, kedengaran seorang ayah mendodoikan anaknya yang berusia kurang setahun.\u00a0 Sedang di dodoi, anak itu merengek, \u201cMama, mama, mama\u2026\u201d sehinggalah ia penat dan tertidur.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Wad ini \u2013 yang asalnya merupakan dewan pameran yang terbuka \u2013 juga menjadi transit untuk pesakit-pesakit lain yang baru tiba untuk disaring dan dinilai tahap kesihatan mereka sebelum ditentukan tempat mereka sama ada di wad atau di Dewan Kuarantin.\u00a0 Pelbagai jenis pesakit yang transit di sini.\u00a0 Ada yang datang bersendirian, ada yang datang dengan ahli keluarga yang lain, ada yang datang dengan kawan pejabat dan sebagainya.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada satu malam, dalam jam 10, datang seorang ibu dan anak kecil dalam usia 2-3 tahun.\u00a0 Selama dua jam anak itu menangis sambil berkata, \u201cTak nak duk sini. Tak nak duk sini. Tak nak duk sini.\u201d\u00a0 Dua jam.\u00a0 Tangisan itu berhenti apabila nama dua beranak itu dipanggil untuk dihantar ke Dewan Kuarantin.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menjadi pesakit COVID-19 Kategori 4 ialah satu pengalaman yang amat menakutkan untuk penulis, khususnya apabila memikirkan betapa dekatnya penulis dengan kematian. Walau bagaimanapun, pengalaman di MAEPS amat berharga dan tidak mungkin penulis lalui jika tidak dijangkiti COVID-19.\u00a0 Selain perlu tabah dan sabar dalam berhadapan dengan kesakitan fizikal yang dialami, kekuatan mental dan emosi juga diperlukan untuk menguatkan semangat diri.\u00a0 Teringat pesanan para petugas barisan hadapan, \u201cPuan kena kuat untuk lawan COVID-19\u201d.\u00a0 Pengalaman ini juga menghadiahkan satu perjalanan rohani yang terlalu peribadi untuk dikongsi kan dengan sesiapa.\u00a0 Dalam pelbagai perasaan yang bercampur-baur itu, keramahan, kelembutan dan kebaikan para petugas barisan hadapan menjadi penawar kepada hati yang rawan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Koronavirus masih ada di luar sana.\u00a0 Kita belum menang.\u00a0 Walaupun banyak negeri telah keluar dari Fasa 1 PPN dan semua kita telah jemu berkurung, ikhtiarkanlah supaya kita mematuhi SOP sebaik mungkin apabila berada di luar rumah.\u00a0 Pilih aktiviti yang berisiko rendah agar kita se keluarga terpelihara daripada wabak ini.\u00a0 Iringi ikhtiar kita dengan doa agar Allah SWT \u2013 yang Maha Memelihara \u2013 melindungi kita dari wabak ini.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pagi 30 Ogos 2021, penulis disahkan positif COVID-19 dan terus dirujuk ke CAC (COVID-19 Assessment Centre).  Disebabkan penulis ada tiga faktor risiko iaitu melebihi 50 tahun, obese dan menghidap &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":38,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-29972","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29972","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/38"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=29972"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29972\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=29972"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=29972"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=29972"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}