{"id":30049,"date":"2021-10-27T09:37:15","date_gmt":"2021-10-27T01:37:15","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=30049"},"modified":"2021-10-27T09:37:15","modified_gmt":"2021-10-27T01:37:15","slug":"ai-sebagai-alat-menempuh-jalan-sukar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/ai-sebagai-alat-menempuh-jalan-sukar\/","title":{"rendered":"AI sebagai alat menempuh jalan sukar"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apakah yang \u201cterbuat (<em>artificial<\/em>)\u201d dalam teknologi kecerdasan buatan (Bahasa Inggeris: <em>artificial intelligence<\/em>) dipendekkan sebagai AI?\u00a0Berasal daripada <em>artifice<\/em> dan sinonim dengan \u201cmuslihat,\u201d \u201chelah,\u201d dan \u201cpandai tukang,\u201d\u00a0asal perkataan Latin\u00a0<em>artificium\u00a0<\/em> daripada kata sifat ini menyiratkan kerja tangan manusia yang diilhamkan melalui interaksi dengan alam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">AI lahir daripada interaksi manusia dengan perkara terhampir dengan hakikat kejadian dirinya sendiri iaitu <em>aqal<\/em> fikiran.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kelompok yang berkecimpung dalam bidang AI berusaha terus menerus untuk menjadikannya supaya boleh, memetik perintis Herbert Simon pada tahun 1965, \u201cmelakukan apa-apa pekerjaan yang dapat dilakukan oleh seorang manusia.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pandangan Islami mengaku benarkan bahawa teknologi berdaya cipta berasal daripada ilmu para <em>Anbiya\u2019<\/em>.\u00a0Dalam\u00a0<em>Surah Hud\u00a0<\/em>(11:37), kisah Nabi Nuh a.s. melaksanakan pembinaan (<em>sin\u2018ah<\/em>) Tabut bawah bimbingan dan pemeliharaan Allah <em>\u2018azza wa jalla<\/em> sebelum berlakunya Banjir Besar mengungkapkan dimensi kerohanian dalam teknologi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam konteks ayat tersebut, teknologi menjadi wadah pelaksanaan \u201cKehendak Ilahi\u201d dan, dalam proses itu, alat untuk menyelamatkan orang-orang beriman daripada bala bencana yang dahsyat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Allah SWT menegaskan bahawa sedang manusia bertanggung jawab atas hasil pilihan dan kerja tangannya sendiri (<em>Surah al-Rum<\/em>, 30:41), tidak dapat dinafikan bahawa Tuhanlah yang memberi ilham kepadanya (<em>Surah al-Shams<\/em>, 91:8).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Akan tetapi, terdapat golongan yang rugi daripada hasil kerja (<em>sun\u2018a<\/em>) mereka apabila mereka menafikan Tuhan dan pertemuan dengan-Nya pada Hari Akhirat (<em>Surah al-Kahf<\/em>, 18:104).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut Imam Fakhr al-Din al-Razi (w. 1210) dalam karyanya\u00a0<em>al-Tafsir al-Kabir\u00a0<\/em>(Tafsir Besar),\u00a0mereka ialah orang-orang yang digambarkan di bahagian awal\u00a0<em>Surah al-Kahfi\u00a0<\/em> telah kehilangan asas metafizik untuk tindakan bermoral, yang terserlah apabila mereka menunjuk lagak dengan modal kekayaan harta benda dan pengikut mereka terhadap golongan <em>faqir<\/em> dan miskin dalam kalangan umat Islam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Golongan sedemikian cenderung mencetuskan kezaliman apabila mereka turut serta dalam merangka polisi yang merosakkan sumber pekerjaan dan mata pencarian yang baik.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tanpa prinsip keagamaan yang membimbing atau kerangka falsafah yang adil dalam mendefinisikan semula pekerjaan pada zaman AI, adalah mudah untuk menyimpang dan mengambil segala jenis keputusan dan hala tuju yang salah, justeru mencetuskan kezaliman.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagi orang yang arif, tidak lama sebelum persoalan \u201capakah ia berbaloi\u201d berubah menjadi \u201cuntuk apa ia.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mengapa tidak?\u00a0Di sebalik janji perubahan teknologi, kehilangan berjuta-juta pekerjaan oleh kerana wabak sedunia memperlihatkan kelemahan serius dalam pengaturan ekonomi masa kini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ini ditambah lagi dengan pelbagai ancaman yang telah pun menjadi nyata dengan kemajuan automasi, robot, dan AI: penghapusan pekerjaan, pengangguran besar-besaran, keganasan siber, dron pembunuh berautonomi, dan kerajaan autokratik, yang semuanya tidak menyumbang markah dalam pembangunan AI.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bertentangan dengan penurunan taraf <em>aqal<\/em> sebagai alat untuk menindas, pandangan Islami memandang tinggi dan memuliakan manusia oleh kerana keunikan dan sifat terpuji yang ada pada <em>aqal<\/em>.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><em>Hadith Nabawi<\/em> yang diriwayatkan oleh Dawud ibn Mahbar dalam karyanya\u00a0<em>al-\u2018Aql<\/em> secara ringkas menyatakan bahawa melalui <em>aqal<\/em> inilah manusia memperoleh ilmu pengetahuan, petunjuk, rahmat, dan nasihat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Imam Abu Hamid al-Ghazali (w. 1111) menjelaskan dalam\u00a0<em>Kitab al-\u2018Ilm\u00a0<\/em>(Kitab Ilmu, buku pertama dalam karyanya <em>Ihya \u2018Ulum al-Din\u00a0<\/em>) bahawa selain menjadi organ ruhani pemahaman, <em>aqal<\/em> juga mampu melaksanakan <em>hiyal <\/em>(Bahasa Melayu: helah), istilah yang diertikan dengan kebolehan \u201cmerancang dan melakar strategi.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Penggunaan Al-Quran dengan istilah yang sama dalam\u00a0<em>Surah al-Nisa\u00a0<\/em>(4:98) merujuk kepada jalan keluar dari keadaan yang sukar atau menindas.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Daripada kata akarnya\u00a0<em>hala<\/em>, yang bermaksud \u201cuntuk berubah,\u201d \u201cuntuk mengalami perubahan,\u201d \u201cuntuk diubah,\u201d \u201cuntuk beralih,\u201d \u201cuntuk berpaling,\u201d atau \u201cuntuk meninggalkan tingkah laku biasa,\u201d\u00a0<em>hiyal\u00a0<\/em>bermaksud amalan merancang dan merangka, serta kemahiran dan kemampuan untuk mengatur atau mengurus hal ehwal, orang, atau institusi dengan betul dan terselamat daripada bahaya atau mudarat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebagai istilah teknikal yang digunakan dalam\u00a0<em>Usul al-Fiqh\u00a0<\/em>(perundangan Islam),\u00a0<em>hiyal\u00a0<\/em>sangat sinonim dengan penggunaan kreativiti untuk mengatasi kesulitan berkaitan dengan hukum-hukum Syariah terutama yang berkaitan dengan kegiatan ekonomi, asalkan tidak bertentangan langsung syariat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><em>Hiyal<\/em> digunakan secara meluas dalam transaksi (\u00a0<em>mu\u2018amalah\u00a0<\/em>) untuk membolehkan tuntutan dan keperluan pihak-pihak yang berakad dipenuhi, yang ketiadaannya akan menyukarkan urus niaga sehingga mengganggu gugat sistem kewangan yang tersedia ada.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Memahami kerangka <em>tasawwur<\/em> di atas dapat meletakkan AI dalam kedudukan lebih baik sebagai teknologi yang \u201cmenyelamatkan\u201d manusia daripada bahaya kehancuran yang ditimbulkan oleh \u201cBanjir Besar\u201d kesukaran dan cabaran zaman ini.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Apakah yang \u201cterbuat (artificial)\u201d dalam teknologi kecerdasan buatan (Bahasa Inggeris: artificial intelligence) dipendekkan sebagai AI? Berasal daripada artifice dan sinonim dengan \u201cmuslihat,\u201d \u201chelah,\u201d dan &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":35,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[141],"tags":[],"class_list":["post-30049","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-berita-harian","category-141","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30049","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/35"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=30049"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30049\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=30049"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=30049"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=30049"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}