{"id":30893,"date":"2022-04-22T08:55:12","date_gmt":"2022-04-22T00:55:12","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=30893"},"modified":"2022-04-22T08:55:12","modified_gmt":"2022-04-22T00:55:12","slug":"daei-digital-pendakwah-masa-kini","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/daei-digital-pendakwah-masa-kini\/","title":{"rendered":"Da\u2019ei Digital Pendakwah Masa Kini"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dr Maurice Bucaille, seorang doktor berbangsa Perancis, ketika mengkaji mumia Firaun, telah menemui jawapan kepada persoalan-persoalan yang terlintas di mindanya tentang isi al-Quran.\u00a0 Selama 10 tahun, beliau mengkaji sejauh mana fakta sains terkini pada zamannya sepadan dengan apa yang disebutkan dalam al-Quran.\u00a0 Beliau ingin menyakinkan dirinya bahawa al-Quran tidak pernah bercanggah dengan satu pun fakta sains.\u00a0 Akhirnya, pada tahun 1976, beliau menghasilkan sebuah buku bertajuk <em>La Bible, le Coran et la Science\u00a0: Les \u00c9critures Saintes examin\u00e9es \u00e0 la lumi\u00e8re des connaissances modernes<\/em>.\u00a0 Buku ini begitu hebat sehingga ia diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa, termasuklah bahasa Inggeris dengan tajuk <em>The Bible, The Qur\u2019an and Science, The Holy Scriptures Examined In The Light of Modern Knowledge.\u00a0 <\/em>Karya itu menjadi medium dakwah buat beliau sehingga ke hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kini, 46 tahun kemudian, karya ini telah wujud dalam bentuk e-buku.\u00a0 Malah, di YouTube, boleh ditemui video-video ceramah Dr Maurice Bucaille dan video-video orang lain yang membicarakan tentang penemuan beliau.\u00a0 Lebih kurang sebulan lalu iaitu pada 1 Mac 2022, <em>Islamic Knowledge Official<\/em> telah memuat naik video berdurasi lebih kurang dua minit di YouTube, mengenai embriologi dengan memetik karya Dr. Maurice Bucaille di atas.\u00a0 Dengan menggunakan visual daripada <em>scanner<\/em> 3D, video ini memaparkan tahap demi tahap perkembangan janin di dalam rahim seorang ibu seperti yang difirmankan Allah SWT dalam Surah al-Mukminun (23), ayat 13\u201315. Video ini boleh ditonton di pautan berikut: <a href=\"https:\/\/www.youtube.com\/watch?v=zxAuSXC87VI\">https:\/\/www.youtube.com\/watch?v=zxAuSXC87VI<\/a><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Begitulah perkembangan cara berdakwah. Teknologi boleh meluaskan capaian dakwah jika kita tahu memanfaatkannya.\u00a0 Dakwah bermula secara bersemuka; kemudian disebarkan dari mulut ke mulut; diikuti dengan dakwah melalui penulisan dan disebarkan melalui kitab-kitab dan buku-buku; kemudian dakwah melalui ceramah yang diikuti oleh ratusan peserta; seterusnya ceramah-ceramah seperti ini dirakam dan diedarkan melalui pita-pita kaset; kemudian ceramah-ceramah dirakam dalam bentuk video VHS dan pita-pita video ini dijual kepada ahli masyarakat yang berminat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bila siaran TV dan radio bertambah, semakin banyak rancangan berunsur Islam disiarkan, baik dalam bentuk ceramah, soal jawab, forum, mahupun drama-drama berunsur Islam.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di era ICT lebih kurang 25 tahun dulu, kita menyaksikan rakaman-rakaman ceramah tadi disebar dalam talian dan sampai ke alamat e-mel kita.\u00a0 Kita tidak perlu lagi membeli pita kaset atau pita video untuk mendengar sesuatu ceramah, tetapi kita boleh menonton rakaman itu melalui klip-klip video yang dihantar ke e-mel kita.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kini di era digital, hampir semua remaja dan orang dewasa memiliki akaun media sosial sendiri. Sehubungan itu, \u00a0kita bukan sahaja boleh mengikuti ceramah-ceramah ini secara langsung, malah kita juga boleh menjadi pencipta kandungan ceramah dakwah itu sendiri, yakni kitalah pendakwahnya.\u00a0 \u00a0<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hakikatnya, setiap kali kita mengemaskini status melalui media sosial, baik dengan tulisan, atau gambar, mahupun video, kita sebenarnya memainkan peranan sebagai seorang pencipta kandungan digital.\u00a0 Cumanya, pencipta kandungan digital ini ada pelbagai tahap, dari tahap amatur, hinggalah ke tahap professional (yang terlatih dan \u201cmencari makan\u201d dalam bidang ini).\u00a0 Persoalannya ialah, apakah kita mahu menjadi pencipta kandungan digital berunsur Islam, yang melayakkan kita menjadi da\u2019ei digital ataupun tidak?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Membuat dan memuat naik sesuatu kandungan digital itu mudah.\u00a0 Hanya dengan mengambil video semua juadah berbuka yang terhidang di atas meja dan memuat naik video tersebut ke media sosial, maka terhasil satu kandungan digital.\u00a0 Namun, untuk menyediakan satu kandungan digital Islami bagi tujuan dakwah mungkin tidak semudah itu.\u00a0 Walau bagaimapun, jika kandungan digital Islami ini terhasil dan berjaya mengajak ahli masyarakat untuk membuat kebaikan dan menjauhi kemungkaran, ganjaran pahalanya amatlah besar untuk menjadi bekalan kita di akhirat kelak.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pelbagai perkara boleh dijadikan bahan untuk kandungan digital Islami itu dan pelbagai pendekatan boleh digunakan.\u00a0 Sebagai contoh, boleh sahaja mengajar membaca al-Quran secara langsung, memberi ceramah atau mengusahakan karya kreatif melalui pembikinan video pendek dan video animasi. Ini mungkin memerlukan gabungan usaha dan kepakaran satu pasukan yang mantap sebelum satu kandungan digital yang baik itu dapat dihasilkan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Era digital memerlukan da\u2019ei digital.\u00a0 Da\u2019ie digital bukan terhad kepada pakar rujuknya sahaja iaitu para ustaz dan ustazah. Namun, ia merangkumi keseluruhan tenaga kerja produksi yang memastikan terhasilnya satu kandungan digital sehingga dapat meningkatkan kefahaman Islam dalam kalangan masyarakat, baik dalam bentuk e-buku, rancangan TV, radio, saluran peribadi mahupun video atau video animasi 2D dan 3D.\u00a0 Inilah medium dakwah masa kini.\u00a0 Inilah medan kita untuk berdakwah secara berhikmah.\u00a0 Inilah juga medan untuk kita menyampaikan ajaran Rasulullah SAW walaupun dengan sepotong ayat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menyedari bahawa kandungan digital Islami ini perlu diperbanyakkan, pada 8 Mac 2022 yang lalu IKIM telah melancarkan \u201cPertandingan Mereka Cipta Video Animasi Kefahaman Islam\u201d untuk Penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT).\u00a0 Antara objektif penganjuran pertandingan ini ialah untuk menggalakkan penghasilan video animasi kefahaman Islam bagi membina minda Islami dalam kalangan masyarakat.\u00a0 Dengan tawaran hadiah berjumlah RM15,000 untuk tempat pertama; RM10,000 untuk tempat kedua; dan RM5,000 untuk tempat ketiga, adalah diharapkan para penuntut Ijazah Sarjana Muda dan ke atas, dapat merebut peluang ini dan mengasah kemahiran berfikir dari perspektif Islam dan menggabungkannya dengan kemahiran mereka cipta video animasi bagi menghasilkan video animasi kefahaman Islam yang memberi kesan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dr Maurice Bucaille, seorang doktor berbangsa Perancis, ketika mengkaji mumia Firaun, telah menemui jawapan kepada persoalan-persoalan yang terlintas di mindanya tentang isi al-Quran.  Selama 10 &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":38,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-30893","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30893","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/38"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=30893"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30893\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=30893"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=30893"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=30893"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}