{"id":33556,"date":"2024-04-03T10:29:54","date_gmt":"2024-04-03T02:29:54","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=33556"},"modified":"2024-04-03T10:29:54","modified_gmt":"2024-04-03T02:29:54","slug":"nilai-semula-sejauh-mana-ramadan-tingkat-kawalan-diri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/nilai-semula-sejauh-mana-ramadan-tingkat-kawalan-diri\/","title":{"rendered":"Nilai semula sejauh mana Ramadan tingkat kawalan diri"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beberapa hari lagi, dengan terbitnya anak bulan Syawal 1445H, Umat Islam di serata dunia bakal menyambut Idul Fitr.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ramadan bakal ditinggalkan tanpa kepastian bahawa mereka bakal bertemu semula dengan bulan penuh berkat ini pada tahun berikutnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Yang lebih utama lagi adalah persoalan sama ada ibadat puasa yang dilaksanakan sepanjang sebulan itu benar-benar memberi kesan bermakna pada diri orang-orang Islam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Barangkali, akan ada yang bertanya, kesan bermakna yang bagaimana yang dimaksudkan?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jawapan kepada persoalan tersebut sewajarnya dikembalikan kepada intisari asal puasa, sebagaimana yang dizahirkan dalam bahasa Arab.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Puasa dalam bahasa Arab disebut <em>siyam<\/em> atau <em>sawm<\/em>, yang bermaksud kegiatan \u201cmenahan diri\u201d atau \u201cmengawal diri\u201d (<em>kaff<\/em> atau <em>imsak<\/em>).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam pelaksanaan puasa sebagai ibadat yang disyariatkan, daya kawal diri ini bermula dengan penahanan diri daripada dua kegiatan yang mencirikan kehidupan duniawi yang sangat asas, iaitu makan-minum dan hubungan kelamin.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kegiatan duniawi yang pertama itu bagi kelangsungan hidup jasadi setiap insan manakala kegiatan yang kedua itu demi kelangsungan bangsa insan turun-temurun di muka bumi ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun, sebagaimana yang dijelaskan oleh alim-ulama, penahanan diri itu tiada terhenti pada takat permulaan itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Malah, puasa seseorang itu sewajarnya maju meningkat kepada kawalan diri daripada sebarang perbuatan anggota badannya yang merosakkan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Misalnya, seseorang Islam itu sepatutnya mengawal matanya daripada melihat apa yang tidak baik, mengelakkan telinganya daripada mendengar apa yang keji, dan menahan tangannya daripada kegiatan yang memudaratkan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bahkan, daya kawal diri yang mencirikan puasa ini wajar memajukan diri seorang Islam kepada tingkat kelolaan daya fikir seutuhnya daripada tumpuan kepada perkara-perkara yang tidak atau kurang penting, apatah lagi perkara-perkara yang sememangnya hina.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebaliknya, perhatian diri ini wajib dipusatkan kepada yang paling utama, yang akhirnya merujuk kepada Allah sebagai tujuan mutlak hidup kita yang abadi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Berbalik kepada soalan yang dikemukakan di atas tadi, adakah kita sesungguhnya telah berpuasa dalam ketiga-tiga tingkat pengertian itu?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sekiranya mutu puasa kita masih mundur, meskipun telah diperuntukkan sebulan untuk ibadat-kegiatan khas ini, bagaimana dapat kita harapkan bahawa pada bulan-bulan berikutnya kita menjadi diri-diri yang lebih baik?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jika sisa pembaziran makanan tiadapat dibendung sepanjang Ramadan, malah semakin meningkat, kita sebetulnya telah gagal pada tingkat kawalan diri yang paling asas.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ini tidak mengambil kira penggunaan plastik yang berleluasa, khasnya tatkala penganjuran majlis-majlis berbuka puasa, moreh dan sahur pada pelbagai peringkat masyarakat, selain pembelian juadah iftar yang melebihi keperluan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sekiranya kita tidak dapat mengawal diri daripada menyebarkan berita-berita yang tiadapat dipastikan kesahihannya melalui media sosial dengan sentuhan jari tangan kita sepanjang sebulan berpuasa, kita sebenarnya telah gagal pada tingkat kawalan diri yang kedua.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Seandainya dalam tempoh sebulan berpuasa, orang-orang Islam yang berkuasa masih membiarkan diri mereka disibukkan dengan pelbagai agenda yang akhirnya hanya menguntungkan diri peribadi atau kelompok terhad mereka masing-masing, tanpa mempedulikan nasib sebenar masyarakat atau rakyat terbanyak, apakah mereka dapat diharapkan untuk menghadapkan kesedaran diri mereka seutuhnya kepada Allah?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dengan kata lain, dapatkah mereka naik ke martabat puasa yang ketiga?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ramadan ialah bulan anugerah Ilahi kepada kita bagi memusatkan perhatian kita kepada kemajuan kawalan diri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hanya apabila kita memanfaatkan anugerah tersebut bagi maksud yang ditujui itu barulah dapat kita menaruh harapan, pasti dengan izin Allah SWT, bahawa pada fasa-fasa kehidupan kita seterusnya semangat puasa itu kekal membara dalam diri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Akhirnya, diri kitalah yang perlu menjawab sendiri persoalan di atas itu tadi!<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Beberapa hari lagi, dengan terbitnya anak bulan Syawal 1445H, Umat Islam di serata dunia bakal menyambut Idul Fitr. Ramadan bakal ditinggalkan tanpa kepastian bahawa&#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[141],"tags":[],"class_list":["post-33556","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-berita-harian","category-141","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33556","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=33556"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33556\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=33556"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=33556"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=33556"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}