{"id":33594,"date":"2024-04-22T13:28:46","date_gmt":"2024-04-22T05:28:46","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=33594"},"modified":"2024-04-22T13:28:46","modified_gmt":"2024-04-22T05:28:46","slug":"usah-turuti-membuta-tuli","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/usah-turuti-membuta-tuli\/","title":{"rendered":"Usah Turuti Membuta Tuli"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perkataan \u201csatu\u201d menurut Kamus Dewan ringkasnya merujuk kepada angka pertama ketika membilang; tidak ada yang lain (tunggal); dan, duduk bersama. Bagi umat Islam, perkataan satu yang membawa maksud \u201ctunggal\u201d juga memberi makna yang sangat mendalam dalam aspek ketuhanan iaitu tentang Keesaan Allah SWT. Surah <em>al-Ikhlas<\/em> menjelaskan tentang Keesaan Allah SWT yang tidak beranak dan diberanakkan serta tidak ada sesuatupun yang serupa dengan-Nya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Adapun demikian, kata-kata terbitan lain yang lahir daripada perkataan \u201csatu\u201d seperti \u201cbersatu\u201d bermaksud bergabung menjadi satu. \u201cKesatuan\u201d pula bermaksud unit atau sekumpulan orang, manakala \u201cpersatuan\u201d pula merujuk kepada ikatan atau gabungan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Penggunaan kepada perkataan-perkataan ini pada akhirnya merujuk kepada satu gerakan ke arah satu hasrat yang sama. Proses untuk mencapai kepada hasrat yang sama itu pula memerlukan sekumpulan orang untuk duduk bersama dan saling bertukar pendapat dari pelbagai sudut. Ia juga hendaklah didasari oleh prinsip-prinsip seperti tepat dan berfakta, adil, bermaruah serta memerlukan toleransi yang tinggi pihak-pihak yang bersepakat untuk mencapai keputusan terbaik bagi mendapatkan hasil yang terbaik. Dalam Islam, proses ini turut dikenali sebagai <em>syura<\/em>. &nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Melihat kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (<em>United Nations<\/em>) ketika ini, pertubuhan tersebut umumnya berjaya menyediakan satu platform kepada negara-negara ahli untuk bertemu dan berbincang mengenai pelbagai isu serta berusaha untuk mencapai kesepakatan. Bagaimanapun, prinsip yang mendasari kesepakatan itu masih boleh dipersoal.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebagai contoh, walaupun sebahagian besar negara-negara anggota menyokong sesebuah resolusi untuk menamatkan pembunuhan beramai-ramai dan pembantaian ke atas penduduk Palestin, ia tidak dapat dilaksanakan jika ada walaupun satu daripada lima buah negara kuasa besar yang memegang veto tidak bersetuju.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Prinsip utama dalam perbincangan (<em>syura<\/em>) atau persepakatan ini tidak dipenuhi apabila keputusan veto dilakukan tidak menghasilkan najitah terbaik untuk semua pihak. Bahkan ia tidak memenuhi prinsip asas kepada perbincangan iaitu hanya satu pihak (veto) yang membuat keputusan manakala pihak-pihak lain umpama sekadar \u201cmendengar\u201d keputusan tersebut walaupun hadir dalam perbincangan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ini bukanlah kali pertama satu \u201cterma\u201d yang digunapakai secara bersama-sama di peringkat global, mempunyai maksud yang berbeza\u2014bergantung kepada siapa yang menggunakannya. Dalam konteks di atas, \u201cbersatu\u201d tidak merujuk kepada kesemua negara anggota kerana hanya lima buah kuasa besar yang mempunyai veto dalam membuat keputusan di dalam Majlis Keselamatan\u2014umpama satu bentuk penjajahan moden.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Begitu juga dengan terma \u201chak asasi\u201d manusia yang sering dilaung-laungkan. Dalam satu ucapan Ahli Parlimen Sweden dalam Parlimen Eropah, Abir Al-Sahlani pada Februari yang lalu ketika membicarakan isu di Gaza, beliau menyebut bahawa hak asasi manusia mempunyai \u201cwarna kulit\u201d\u2014semakin gelap warna tersebut, semakin kurang hak asasi manusia yang dipunyai individu. Terma hak asasi manusia ini hanya terpakai kepada golongan tertentu dan dibicarakan dalam konteks tertentu sahaja.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pemaksaan hak asasi mengikut acuan kuasa-kuasa besar ke atas sesetengah pihak pula sebenarnya juga adalah satu bentuk pelanggaran hak asasi manusia. Ini kerana mereka mengabaikan nilai-nilai baik masyarakat setempat yang telah disepakati dan kepercayaan individu dalam mengadun resepi \u201chak asasi\u201d tersebut. Ada ketikanya \u201chak asasi\u201d acuan kuasa-kuasa besar ini disalahguna untuk memburuk dan melabel inidividu, negara atau agama orang lain.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Agama Islam khususnya seringkali menjadi sasaran provokasi mengenai hak asasi manusia dalam konteks kebebasan bersuara atau ekspresi seperti dalam insiden membakar al-Quran di Sweden pada Januari 2023 oleh Ramsus Paludan yang mendapat kebenaran pihak kerajaan untuk melakukan perkara tersebut. Atas sebab perbezaan \u201cacuan hak asasi\u201d itulah kita berasa sangat marah dan kecewa dengan insiden cetakan kalimah Allah pada stoking yang dijual di kedai serbaneka yang masih dalam siasatan pihak berkuasa baru-baru ini. Ini kerana perkara-perkara berkaitan agama, bangsa dan raja adalah sensitif pada masyarakat Malaysia walaupun ia mungkin tidak kepada masyarakat yang lain.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam konteks kemanusiaan pula, terdapat pihak yang menganggap sekumpulan orang sebagai manusia kelas kedua ataupun <em>subhuman<\/em> kerana perbezaan agama, budaya dan warna kulit. Oleh itu, nyawa golongan yang dipandang rendah ini tidak bernilai, hak mereka dinafikan, sumber-sumber mereka dikuasai, bahkan ada ketikanya kewujudan mereka hendak dihapuskan sepenuhnya.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Realitinya manusia bercakap menggunakan \u201cbahasa\u201d yang sama, namun masing-masing menggunakan \u201ckamus\u201d yang berbeza dalam memberi tafsiran kepada terma-terma tertentu. Tafsiran itu pula bukanlah sepenuhnya bersifat akademik, tetapi berbaur selektif, diskriminasi dan hipokrasi.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sungguh jelak apabila kuasa-kuasa besar sehingga hari ini mengajar masyarakat dunia tentang hak asasi dan kemanusiaan walaupun pada hakikatnya mereka bersifat selektif dan hipokrit. Tetapi lebih jelak jika kita menuruti acuan tersebut secara membuta tuli walaupun ia bertentangan dengan agama dan nilai-nilai murni yang dipegang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Satu pepatah Inggeris bermaksud, \u201crumput sentiasa lebih hijau di seberang\u201d\u2014sedangkan realitinya mungkin tidak seindah yang disangka. Umat Islam khususnya, usah mudah terpesona dengan gaya hidup yang menyeronokkan\u2014yang bebas dari nilai agama, kononnya atas dasar kemajuan dan pembangunan. Tetapi kehidupan \u201cmenyeronokkan\u201d itu tidak semestinya baik untuk kehidupan di dunia dan di akhirat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kemajuan seharusnya membawa kebaikan secara bersama, mengagih kekuasaan dan kekayaan dengan adil serta memelihara kemanan sejagat. Oleh itu, umat Islam khasnya hendaklah berpegang kepada konsep al-falah\u2014yakni kesimbangan dalam mencapai kejayaan dunia dan akhirat sebagai matlamat hidup. Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama juga harus berbangga dengan nilai-nilai murni yang ada dan berjuang untuk mempertahankannya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perkataan \u201csatu\u201d menurut Kamus Dewan ringkasnya merujuk kepada angka pertama ketika membilang; tidak ada yang lain (tunggal); dan, duduk bersama. Bagi umat Islam, perkataan satu yang membawa maksud&#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":36,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[225],"tags":[],"class_list":["post-33594","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-article","category-225","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33594","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/36"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=33594"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33594\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=33594"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=33594"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=33594"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}