{"id":34393,"date":"2024-11-25T11:06:17","date_gmt":"2024-11-25T03:06:17","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=34393"},"modified":"2024-11-25T11:06:17","modified_gmt":"2024-11-25T03:06:17","slug":"tata-kelola-diri-kendali-teknologi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/tata-kelola-diri-kendali-teknologi\/","title":{"rendered":"Tata Kelola Diri Kendali Teknologi"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Lebih kurang sedekad terakhir kini, khasnya sejak peningkatan ketara aneka penggunaan media sosial, wacana awam menjadi semakin tidak terkawal.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hampir tanpa kecuali, isu demi isu, daripada aib yang sangat peribadi dan melibatkan rahsia suami-isteri hingga kepada urusan yang bertaraf negeri seperti penggubalan RUU Mufti, lemas membanjiri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Suka atau tidak, semakin nyata bahawa demokrasi yang diserapkan pada maklumat cenderung merosot membiakkan <em>demo(n)cracy<\/em> dalam masyarakat terbanyak.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tidak dapat disangkal bahawa pelbagai pelantar medsos sesungguhnya hasil perkembangan pesat teknologi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Teknologi selaku karya manusiawi dimaksudkan pada asalnya sebagai pemberdayaan insan agar apa yang pada mulanya tiadapat atau sukar diusahakan oleh insan akan akhirnya terhasil dengan alat buatan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun, sebagai olahan ilmu pengetahuan insani, teknologi juga diwatakkan oleh pembuat yang merekayasanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Justeru, teknologi dalam pengertian sedemikian bukan bebas nilai; sebaliknya, teknologi mengandungi kedua-dua nilai sekali gus, baik dan buruk!<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sekiranya teknologi diumpamakan dengan pisau, pisau bernilai sebagai \u201calat yang berguna\u201d sekali gus \u201csenjata yang berbahaya.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Yang akhirnya menzahirkan nilai atau sifat sebenar pisau tersebut ialah insan yang menggunakannya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201c\u2026jikalau yang menggunakannya itu manusia yang baik maka pisau itu \u2018alat yang berguna\u2019&#8212;jikalau yang menggunakannya itu manusia jahat maka pisau itu \u2018senjata yang berbahaya\u2019.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Begitulah penegasan lebih daripada 5 dekad yang lalu dalam perenggan ke-15 <em>Risalah untuk Kaum Muslimin<\/em>nya oleh Tan Sri Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas, yang pada 23 Oktober 2024 dianugerahi oleh Majlis Raja-raja Melayu sebagai penyandang pertama gelaran Profesor Diraja Terpuji (<em>Royal Laureate Professor<\/em>).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Oleh sebab itu, masalah hakiki yang mengharung kita sejak dahulu ialah diri insan yang perlu dididik menjadi peribadi yang terkendali dengan baik.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Didikan tersebut terkandung secara hakiki dalam ilmu akhlak (<em>\u2018ilm al-akhlaq<\/em>) yang sebenarnya ialah <em>\u2018ilm tadbir al-nafs<\/em>, iaitu ilmu tata kelola diri sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam disiplin ilmu Islam, ilmu mengurus diri sedemikian menjadi asas yang berterusan menunjangi dan menyerapi lapisan-luasan ilmu berikutnya, iaitu ekonomi (<em>\u2018ilm tadbir al-manzil<\/em>) yang berfokuskan tata kelola keluarga, termasuk saraan dan pemenuhan keperluannya, dan kemudiannya politik (<em>\u2018ilm al-siyasah<\/em>, <em>\u2018ilm tadbir al-madinah <\/em>atau <em>\u2018ilm tadbir al-khilafah<\/em>) yang berpusatkan pengurusan masyarakat, kota dan negara.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sekiranya teras dan tunjang sebenar ini diakui, tumpuan utama dan tenaga terbesar kita akan dialihkan bukan kepada masyarakat (diri orang-orang lain) dan peraturan demi peraturan (undang-undang), tetapi kepada kendiri masing-masing yang harus dikendalikan tanpa henti.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Inilah sesungguhnya perjuangan yang sukar dan berpanjangan bagi setiap diri insan, sebagaimana yang diakui oleh Junjungan Besar, Nabi Muhammad SAW lewat pengisytiharan Baginda <em>al-jihad al-akbar<\/em>.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Malangnya, bilangan terbesar daripada kita cenderung melarikan diri daripada pertarungan yang sukar sebegitu dan gembira pula digula-gulakan dengan tawaran penyelesaian yang sangat sementara!<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Akhirnya, yang berleluasa dan tiada berkesudahan ialah rentetan dan rangkaian bantahan, keresahan, keluhan, rungutan dan kerisauan yang dengan penuh amarah diluahkan melalui saluran bikinan manusia sendiri&#8212;medsos.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Lebih kurang sedekad terakhir kini, khasnya sejak peningkatan ketara aneka penggunaan media sosial, wacana awam menjadi semakin tidak terkawal. Hampir tanpa kecuali, isu demi isu, daripada aib&#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[225],"tags":[],"class_list":["post-34393","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-article","category-225","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34393","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=34393"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34393\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=34393"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=34393"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=34393"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}