{"id":81496,"date":"2025-11-27T01:56:42","date_gmt":"2025-11-27T01:56:42","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/?p=81496"},"modified":"2025-11-27T01:56:43","modified_gmt":"2025-11-27T01:56:43","slug":"ekonomi-sebagai-amanah-konsep-kesejahteraan-bersama-dalam-islam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/ekonomi-sebagai-amanah-konsep-kesejahteraan-bersama-dalam-islam\/","title":{"rendered":"Ekonomi sebagai Amanah: Konsep Kesejahteraan Bersama dalam Islam"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Keadilan merupakan tonggak utama dalam pelaksanaan sistem ekonomi dan menjadi matlamat penting dalam menjamin kesejahteraan manusia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ilmu ekonomi menurut Islam ialah suatu <strong>mekanisme pengagihan kekayaan yang berpaksikan amanah dan ihsan<\/strong>, bagi mencapai kemakmuran sejagat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Manusia sebagai ciptaan terbaik (<em>ahsani taqw\u012bm<\/em>) ditugaskan mengurus ekonomi dengan adil, supaya kekayaan tidak tertumpu kepada segelintir, dan kemakmuran dapat dinikmati bersama.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Maka, sistem ekonomi Islam sentiasa menekankan keseimbangan antara kebebasan individu dan keadilan sosial, antara hak pemilikan dan tanggungjawab pengagihan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam konteks Malaysia, persoalan amanah dalam ekonomi menjadi semakin mendesak apabila <strong>jurang kekayaan melebar dan kelas pertengahan semakin mengecil.<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Ketidakseimbangan ekonomi dan realiti semasa<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Data terkini menunjukkan peningkatan penumpuan kekayaan dalam kalangan kelompok berpendapatan tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kajian <strong>World Inequality Lab (2025)<\/strong> mendapati 10 peratus teratas (T10) di Malaysia kini menguasai sekitar <strong>35 peratus daripada pendapatan nasional<\/strong>, manakala kumpulan T20 secara keseluruhan menguasai hampir <strong>45 peratus pendapatan isi rumah negara<\/strong>.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kajian <strong>Khazanah Research Institute (2024)<\/strong> mendapati hanya sekitar 30 peratus isi rumah benar-benar mencerminkan corak perbelanjaan kelas menengah, manakala selebihnya tergolong dalam kumpulan rentan ekonomi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jika gejala ini berterusan, Malaysia mungkin beralih kepada struktur <em>B70\u2013M20\u2013T10<\/em> atau <em>T10\u2013B90<\/em> \u2014 suatu keadaan di mana kekayaan berlegar dalam kalangan kecil elit ekonomi, sementara majoriti rakyat bergelut dalam \u201cekonomi bertahan.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Laporan <strong>Bank Dunia (2023)<\/strong> turut mengesahkan bahawa mobiliti sosial di Malaysia semakin lemah, khususnya dalam kalangan generasi muda luar bandar dan pekerja berkemahiran rendah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Amanah dalam mengurus kekayaan<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Islam menegaskan bahawa <strong>kekayaan ialah amanah, bukan suatu pemilikan mutlak.<\/strong> Firman Allah SWT dalam Surah al-Hasyr, ayat 7:<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><em>\u201c\u2026Supaya harta itu tidak hanya beredar di kalangan orang-orang kaya sahaja di antara kamu.\u201d<\/em><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ayat ini menjadi asas moral ekonomi Islam, iaitu kekayaan mesti beredar dan dimanfaatkan untuk kesejahteraan bersama.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Prinsip Amanah juga menuntut pengurusan ekonomi yang berintegriti dan berihsan, sama ada di peringkat kerajaan, korporat mahupun individu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam dasar awam, amanah bermakna sumber negara tidak boleh dimanipulasi untuk kepentingan politik atau kelompok tertentu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam perniagaan, ia menuntut kejujuran, upah yang saksama, dan penghindaran penindasan terhadap pekerja serta pengguna.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apabila amanah diabaikan, ekonomi kehilangan nilai dan berubah menjadi <strong>alat penguasaan<\/strong>, di mana manfaat dimonopoli oleh segelintir, manakala beban ditanggung rakyat melalui harga tinggi, gaji rendah, dan kadar cukai yang tidak seimbang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Kesejahteraan bersama sebagai matlamat ekonomi Islam<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Falsafah moral Islam menuntut <strong>keseimbangan dan keadilan <\/strong>sebagai asas kepada kesejahteraan (<em>sa\u2018\u0101dah<\/em>) di dunia dan tidak diukur oleh banyaknya kekayaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ekonomi Islam menolak riba, rasuah, manipulasi harga, dan monopoli, kerana menafikan prinsip amanah serta merosakkan kesejahteraan umum.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tujuan ekonomi bukan untuk memusatkan kekayaan, tetapi untuk membina struktur sosial yang memungkinkan manusia hidup bermaruah dan berperanan sebagai khalifah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam konteks negara, konsep <strong>ekonomi sebagai amanah<\/strong> mesti diterjemahkan secara sistemik:<\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li><strong>Pelaburan sosial perlu menjadi teras.<\/strong> Pendidikan, kesihatan dan perumahan mampu milik mesti dilihat sebagai pelaburan produktif, bukan beban fiskal.<\/li>\n\n\n\n<li><strong>Zakat, waqf dan dana sosial<\/strong> perlu diurus secara strategik dan profesional, agar menjadi pelengkap kepada sistem fiskal negara. Potensi besar ini wajar dioptimumkan sebagai sumber pembiayaan pembangunan rakyat.<\/li>\n\n\n\n<li><strong>Tanggungjawab sosial korporat (CSR)<\/strong> mesti bergerak daripada retorik kepada realiti, berasaskan pelaburan nilai (<em>values-based investment<\/em>) yang menjamin gaji setimpal serta pekerjaan bermaruah.<\/li>\n\n\n\n<li><strong>Ketelusan dan integriti<\/strong> harus dijadikan ukuran kejayaan ekonomi, bukan sekadar slogan pentadbiran. Ketirisan dan pembaziran ialah bentuk pengkhianatan terhadap amanah rakyat.<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Langkah-langkah ini bukan sekadar pilihan, bahkan menjadi syarat kelangsungan ekonomi yang berteraskan <em>maqasid syariah<\/em> dalam membina keseimbangan antara pertumbuhan dan keadilan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Mengembalikan nilai dalam dasar dan budaya ekonomi<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Reformasi ekonomi tanpa <strong>reformasi nilai<\/strong> akan gagal menegakkan keadilan. Amanah menuntut agar setiap dasar mencerminkan kejujuran dan tanggungjawab terhadap rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Penjimatan daripada rasionalisasi subsidi, misalnya, mesti diterjemahkan kepada pendidikan, kesihatan dan keselamatan sosial yang lebih baik.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam masa yang sama, budaya ekonomi masyarakat perlu dibina atas nilai tanggungjawab bersama.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Keadilan ekonomi bukan hanya menjadi tanggungjawab kerajaan, tetapi ia adalah suatu amanah bersama: pekerja yang amanah, majikan yang adil, usahawan yang jujur, dan pengguna yang beretika.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apabila nilai ini menjadi dasar di dalam sistem ekonomi, pasaran tidak lagi sekadar mencari keuntungan, tetapi berperanan <strong>memakmurkan kehidupan manusia<\/strong> dan menegakkan keadilan sosial yang hakiki.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Kesimpulan: Amanah sebagai asas keadilan dan peradaban<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut pandangan alam Islam, manusia ialah makhluk bertamadun yang terikat dengan <strong>perjanjian asali kepada Tuhannya (<em>al-M\u012bth\u0101q<\/em>),<\/strong> untuk berlaku adil dalam seluruh urusan hidupnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Amanah dalam mengendalikan urusan dunia merupakan sebahagian daripada perjanjian itu; bahawa manusia wajib berlaku adil terhadap Tuhannya, sesama makhluk, serta terhadap dirinya sendiri.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Keadilan merupakan tonggak utama dalam pelaksanaan sistem ekonomi dan menjadi matlamat penting dalam menjamin kesejahteraan manusia.<br \/>\nIlmu ekonomi menurut Islam ialah suatu mekanisme pengagihan kekayaan yang berpaksikan amanah dan ihsan, bagi mencapai kemakmuran sejagat.<\/p>\n","protected":false},"author":88,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[225],"tags":[],"class_list":["post-81496","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-article","category-225","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/81496","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/88"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=81496"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/81496\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":81497,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/81496\/revisions\/81497"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=81496"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=81496"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=81496"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}