{"id":81786,"date":"2026-02-24T07:06:10","date_gmt":"2026-02-24T07:06:10","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/?p=81786"},"modified":"2026-02-24T07:06:11","modified_gmt":"2026-02-24T07:06:11","slug":"perkasakan-malaysia-sebagai-destinasi-pelancongan-ilmu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/perkasakan-malaysia-sebagai-destinasi-pelancongan-ilmu\/","title":{"rendered":"Perkasakan Malaysia Sebagai Destinasi Pelancongan Ilmu"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">2026 telah dengan rasminya diisytiharkan sebagai Tahun Melawat Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selain pelbagai tempat yang menarik untuk dikunjungi, kemajmukan masyarakat di Malaysia yang dapat bertahan sekian lama dalam kehidupan bersama yang aman sememangnya satu keistimewaan yang perlu diketengahkan untuk dipelajari oleh para pelancong.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun, di sebalik semua itu, masih banyak ruang untuk menambah dan memperhebat daya tarikan Malaysia, bukan sahaja dari sudut yang zahir tetapi juga dari segi yang lebih berkait dengan ilmu, akal dan peradaban.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Salah satu yang tiada atau sangat kurang diberikan perhatian ialah kewujudan koleksi ilmiah dan peradaban bertaraf dunia yang berasal dari luar negara, khasnya dari Eropah dan Amerika Syarikat, untuk dinikmati oleh para pelancong yang bukan sahaja terpelajar atau <em>cultured<\/em> tetapi juga ingin menyelami lapisan yang tidak mudah ditanggapi oleh tilikan mata zahir.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam konteks inilah mustahaknya kita memberikan perhatian yang sewajarnya kepada keberadaan sejumlah perpustakaan peribadi sarjana-sarjana besar bidang kajian dunia Islam dan Timur bagi ditampilkan sebagai rangkaian sumber rujukan dan kajian bermutu tinggi di negara kita untuk ditinjau, ditelaah dan dimanfaatkan oleh pelancong intelektual atau yang berlatarkan kesarjanaan (<em>intellectual or scholarly tourists<\/em>).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tidak ramai daripada kalangan rakyat Malaysia yang sedar bahawa khazanah ilmiah pelbagai bahasa yang tersebut di atas itu sekurang-kurangnya terdapat di beberapa institusi penting negara di sekitar Lembah Klang, iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Perpustakaan Tun Seri Lanang UKM, dan Muzium Kesenian Islam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebahagian besar koleksi itu sebenarnya berjaya diperoleh hasil usaha gigih selama beberapa tahun, lebih tiga-empat dekad dahulu, oleh Profesor Diraja Terpuji Tan Sri Syed Muhammad Naquib al-Attas dan beberapa individu yang banyak diinspirasikan oleh usaha beliau itu, termasuk anakanda beliau, Datuk Dr. Syed Ali Tawfik al-Attas ketika mengemudi IKIM, melalui bantuan dana oleh Kerajaan Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Antara koleksi bernilai tinggi itu yang dapat dinyatakan secara ringkas di sini ialah kutubkhanah milik Profesor Bertold Spuler, mahaguru Kajian Sejarah Asia Barat dan Timur Tengah di Jerman; Profesor Oleg Grabar, mahaguru kajian seni bina Islam di Amerika Syarikat; Profesor Fazlur Rahman, mahaguru Kajian Islam di University of Chicago, yang sebelum itu pernah menjadi Pengarah Pengasas Institute of Islamic Studies, Islamabad, Pakistan, selain menjadi penyelia kajian PhD dan Sarjana sejumlah ahli pemikir dan akademik dalam jurusan pemikiran dan tamadun Islam semasa di dunia; Profesor Muhammad Abd-Al-Rahman (Philip) Barker, mahaguru Kajian Bahasa dan Persuratan Urdu dan Budaya Asia Selatan; Profesor Joseph Schacht, tokoh besar orientalis pada abad ke-20 Masihi; dan pasangan sarjana suami-isteri, Profesor Emeritus Dr. Maan Z. Madina daripada Columbia University, bersama Dr. Marilyn Jenkins-Madina yang pernah berkhidmat di Jabatan Kesenian Islam, Metropolitan Museum of Art, New York.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tidak kurang bernilai juga adalah koleksi nadir perihal sejarah kewangan, perbankan dan pemikiran ekonomi Barat yang asalnya diperoleh untuk Perpustakaan Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (Islamic Banking &amp; Finance Institute Malaysia, IBFIM) tetapi kini ditempatkan di Perpustakaan Perkhidmatan Kewangan (Financial Services Library, FSL) yang terletak di bangunan Asian Institute of Chartered Bankers (AICB), Jalan Dato Onn, Kuala Lumpur.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Setiap koleksi itu dapat dianggap sebagai mewakili karya-karya berwibawa dan terbaik dalam bidang kepakaran pemilik atau pengumpul asalnya yang merupakan ahli atau sarjana terbilang dalam bidang pengkhususan tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pemilihan himpunan karya bernilai tinggi sedemikian tidak mungkin dapat dihasilkan dalam tempoh yang singkat sama ada oleh mana-mana ahli akademik biasa ataupun oleh mana-mana pegawai perpustakaan, tidak kiralah secara perseorangan atau dalam bentuk berpasukan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Malah, karya-karya yang dikumpulkan oleh satu-satu sarjana utama itu sebenarnya bukan sahaja menayangkan rakaman perjalanan ilmiah masing-masing tetapi juga dapat membantu melakarkan peta pemikiran mereka.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ini akan lebih ketara sekiranya ada penyelidik yang giat menelusuri catatan pemilik atau pengumpul asal itu pada beberapa karya yang dihasilkan oleh pengarang lain yang berada dalam koleksi yang dimaksudkan di atas, secara perbandingan dengan karya-karya bertulis mereka sendiri yang telah diterbitkan dan dokumen-dokumen bertulis lain dalam himpunan sedemikian.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Contohnya, koleksi Joseph Schact (di UKM) yang merupakan salah seorang orientalis utama yang membentuk hala tuju dan pembawaan kajian keislaman di Barat pada abad ke-20, khasnya dalam bidang kajian hadis dan undang-undang Islam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kita harus peka bahawa setiap tahun, terlalu banyak program dan acara bersifat serantau atau antarabangsa, seperti seminar dan yang seumpamanya, dianjurkan baik di negara kita mahupun di negara-negara jiran tetangga kita.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Program sedemikian dihadiri oleh pembentang dan peserta yang rata-ratanya terpelajar dan serius, dari pelbagai negara, yang lazimnya mempunyai lebihan masa untuk membuat lawatan ke destinasi yang menarik dan bermakna sebelum pulang ke negara asal masing-masing.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tambahan lagi, tidak semua para pengkaji yang berminat untuk meneliti bahan-bahan sedemikian, khasnya dari negara-negara berdekatan Malaysia, yang berpeluang atau memiliki dana yang mencukupi untuk merantau jauh hingga ke Eropah atau Amerika Syarikat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Yang sepatutnya diusahakan sekarang adalah menampilkan dengan jelas rangkaian koleksi sedemikian dalam peta dan jadual pelancongan di Malaysia bersekali dengan bekalan maklumat dan garis panduan yang memudahkan pihak yang berminat untuk mengakses sumber-sumber berharga itu, baik secara fizikal mahupun secara dalam talian.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Semua itu sukar untuk dicapai tanpa kesediaan dan kerjasama berterusan secara yang kemas tersusun antara semua pemilik semasa koleksi-koleksi tersebut dengan badan-badan yang berkaitan, sama ada awam ataupun swasta, dalam ekosistem pelancongan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Turut perlu disediakan adalah para kurator terlatih yang berkeupayaan untuk mengetengahkan koleksi-koleksi tersebut dalam bentuk yang bermakna dan meyakinkan, sekali gus menarik minat para pengkaji yang serius untuk mendalami khazanah keilmuan, kebudayaan dan peradaban yang terpendam dalam himpunan karya itu, selain para pempengaruh yang dapat memperluas hebahan dan liputan melalui ragam olahan yang mengujakan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Semua itu akan dapat dijayakan melalui penyaluran dana secara yang teratur dan bersasar oleh Kerajaan Malaysia agar usaha ini tidak bermusiman, malah dapat merangsang dan menggandakan kemampuan dan ketersediaan negara untuk terus mengumpul koleksi-koleksi bernilai tinggi dan bertaraf antarabangsa dari segenap pelusuk dunia.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>2026 telah dengan rasminya diisytiharkan sebagai Tahun Melawat Malaysia.<\/p>\n<p>Selain pelbagai tempat yang menarik untuk dikunjungi, kemajmukan masyarakat di Malaysia yang dapat bertahan sekian lama dalam kehidupan bersama yang aman sememangnya satu keistimewaan yang perlu diketengahkan untuk dipelajari oleh para pelancong.<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[225],"tags":[],"class_list":["post-81786","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-article","category-225","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/81786","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=81786"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/81786\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":81787,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/81786\/revisions\/81787"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=81786"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=81786"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=81786"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}