{"id":81789,"date":"2026-02-24T07:27:05","date_gmt":"2026-02-24T07:27:05","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/?p=81789"},"modified":"2026-02-24T07:27:06","modified_gmt":"2026-02-24T07:27:06","slug":"ilmu-perbandingan-agama-sumbangan-unik-tamadun-islam-kepada-dunia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/ilmu-perbandingan-agama-sumbangan-unik-tamadun-islam-kepada-dunia\/","title":{"rendered":"Ilmu Perbandingan Agama: Sumbangan Unik Tamadun Islam kepada Dunia"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Konflik antara kaum dan agama selalunya berpunca daripada salah faham terhadap ajaran agama lain, prasangka, fanatik tanpa ilmu dan manipulasi agama untuk kepentingan politik atau sosial. Tambahan pula kehadiran kecerdasan buatan (<em>artificial intelligence<\/em>) dan arus globalisasi yang pantas mengundang lambakan maklumat yang palsu atau berat sebelah. Kesannya jika tidak dikawal dapat mengoyakkan fabrik keharmonian dan keamanan masyarakat majmuk seperti di Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ilmu perbandingan agama merupakan sumbangan penting tamadun Islam dalam mengurus isu sebegini, demi kehidupan bersama yang harmoni. Ia selari dengan firman Allah dalam surah <em>al-Hujurat<\/em> ayat 13: \u201cWahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).\u201d Dalam dunia serba kompleks ini, ilmu mengenali penganut agama lain menjadi benteng utama mengekalkan keamanan, keharmonian dan kesejahteraan bersama.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Melihat kepada sejarah keintelektualan umat Islam yang lahir di awal kurun ke-10 Masihi, para sarjana Islam telah membahaskan ilmu perbandingan agama (<em>comparative religion<\/em>) lebih awal berbanding masyarakat Barat. Menurut orientalis Barat seperti Franz Rosenthal, ilmu perbandingan agama merupakan salah satu sumbangan besar tamadun Islam terhadap sejarah keintelektualan manusia. Ilmu yang kemudian lebih dikenali sebagai <em>Religionswissenschaft\u00a0<\/em>(diperkenalkan oleh Friedrich Max Muller) hanya lahir di Barat pada abad ke-19 Masihi yang bermula di Leiden (1815) kemudiannya ke Oxford (1873), Copenhagen (1862), Geneva (1890) dan Cambridge (1920).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kelahiran ilmu perbandingan agama dalam dunia Islam mempunyai titik tolak yang berbeza berbanding di Barat. Dalam tradisi Islam, para sarjana Muslim menilai agama lain berdasarkan prinsip dan nilai utama agama Islam, sedangkan di Barat, para pengkaji menganjurkan pengkajian agama (<em>study of religion<\/em>) berasaskan pendekatan saintifik dan empirikal. Malah menurut Haslina Ibrahim, pendekatan pengkajian agama di Barat menjadi semakin kompleks seperti mengaplikasikan aspek sejarah, sosiologi, antropologi, psikologi dan fenomenologi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Secara teknikal, ilmu perbandingan agama hanya wujud sebagai sebuah disiplin lengkap setelah Imam Muhammad al-Shahrastani (m. 1153) mengarang karya agung, <em>al-Milal wa al-Nihal<\/em> yang menghuraikan sejarah agama dengan jelas. Hal ini disahkan oleh tokoh Barat, E.J. Sharpe. Namun, konsep dan ruh semangat ilmu ini telah sedia wujud dalam al-Quran sebagaimana firman-Nya dalam surah <em>Ali \u2018Imran <\/em>ayat 112 yang menyeru supaya Kaum Muslim sentiasa menjaga hubungan dengan Allah (keyakinan) dan hubungan sesama manusia (muamalah). Malah, terdapat sebilangan tokoh sebelum al-Shahrastani yang telah menulis secara jelas berkenaan kumpulan-kumpulan agama lain sama ada bersifat dalaman (intra-agama) atau luaran (inter-agama) seperti al-Ash\u2018ari (m. 936), al-Maturidi (m. 944), al-Amiri (m. 992), Ibn al-Nadim (m. 995), al-Baghdadi (m. 1037), al-Biruni (m. 1048) dan Ibn Hazm al-Andalusi (m. 1064).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sepanjang sejarah perkembangan disiplin ilmu perbandingan agama, terdapat beberapa pendekatan diambil oleh para ilmuwan Muslim dalam mendepani perbezaan tersebut iaitu (1) penghuraian, (2) perdebatan dan (3) pemerhatian. Al-Shahrastani dan Ibn Nadim masing-masing memanfaatkan karya mereka melalui pendekatan pertama iaitu dengan menghuraikan perihal agama-agama secara intensif tanpa menyatakan sebarang sanggahan. Manakala bagi pendekatan kedua, tokoh seperti Ibn Taymiyyah dan Ibn Hazm memilih untuk menganalisis dan menyatakan kritikan (<em>radd<\/em>) terhadap pegangan atau kitab suci sesuatu agama.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut Prof. Kamar Oniah, pendekatan ketiga ialah pendekatan berasaskan pemerhatian. Al-Biruni ketika mengkaji agama Hindu, beliau mempelajarinya secara langsung dengan para penganut dan membaca teks dalam bahasa asalnya, Sanskrit. Malah, beliau tidak menyatakan sebarang kritikan terhadap kepercayaan mereka. Tujuan utama pendekatan terakhir ini supaya tidak ada ruang berlakunya prasangka atau sikap berat sebelah sebelum melakukan kajian.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Salah satu karya perbandingan agama yang terdapat dalam Koleksi Tamadun Islam (KTI) di Perpustakaan Tun Ahmad Sarji (PTAS), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ialah karangan Ibn Hazm al-Andalusi berjudul <em>al-Fasl fi al-Milal wa al-Ahwa\u2019 wa al-Nihal<\/em>. Ibn Hazm mengarang karya tersebut kerana mendapati penulisan tokoh-tokoh sebelum ini kurang menghuraikan secara objektif, tidak mendalam dan terlalu inklusif dalam meliputi pelbagai aliran.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Antara kandungan karya <em>al-Fasl<\/em> ialah kajian terhadap polemik dan hujah terhadap kumpulan firqah dalam agama Islam termasuk dua agama lain iaitu Kristian dan Yahudi. Karya initerbahagi kepada lima bab:<\/p>\n\n\n\n<ol class=\"wp-block-list\">\n<li>Aspek epistemologi atau sumber ilmu. Beliau merupakan tokoh Mazhab al-Zahiri (literal) yang paling terkenal. Menurutnya cerapan pancaindera sentiasa benar dan akan dibuktikan oleh akal;<\/li>\n\n\n\n<li>Kritikan Ibn Hazm terhadap agama-agama lain seperti penyelewengan dalam teks Taurat dan Injil; penilaian dan tinjauan terhadap agama-agama lain seperti Majusi, Manichean, Hindu, Buddha dan lain-lain;<\/li>\n\n\n\n<li>Aliran-aliran dalam Islam seperti Khawarij, Murji\u2019ah, Syiah dan lain-lain;<\/li>\n\n\n\n<li>Mazhab Kalam dan Falsafah seperti Mu\u2019tazilah, Jahmiyyah, Qadariyyah dan lain-lain.<\/li>\n\n\n\n<li>Kesimpulan dan penilaian Ibn Hazm terhadap agama dan aliran-aliran tersebut.<\/li>\n<\/ol>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada masa kini, kaum Muslimin berdepan dengan masalah akidah yang lebih mencabar seperti sekularisme, pluralisme dan liberalisme agama serta kemunculan ajaran sesat dan fenomena campur aduk kepercayaan (<em>amalgamation<\/em>) yang dipelopori oleh gerakan New Age Movement. Oleh itu, kemampuan menilai dan memahami agama lain tanpa menggadaikan akidah perlu digalas oleh para sarjana yang memiliki keilmuan yang kukuh. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya ilmu perbandingan agama dalam konteks semasa bagi memastikan kesucian agama Islam tidak dicemari oleh fahaman yang menyimpang dari akidah Islam yang sebenar.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Konflik antara kaum dan agama selalunya berpunca daripada salah faham terhadap ajaran agama lain, prasangka, fanatik tanpa ilmu dan manipulasi agama untuk kepentingan politik atau sosial. Tambahan pula kehadiran kecerdasan buatan (artificial intelligence) dan arus globalisasi yang pantas mengundang lambakan maklumat yang palsu atau berat sebelah. Kesannya jika tidak dikawal dapat mengoyakkan fabrik keharmonian dan keamanan masyarakat majmuk seperti di Malaysia.<\/p>\n","protected":false},"author":86,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[225],"tags":[],"class_list":["post-81789","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-article","category-225","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/81789","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/86"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=81789"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/81789\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":81790,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/81789\/revisions\/81790"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=81789"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=81789"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=81789"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}