{"id":81814,"date":"2026-03-02T01:15:31","date_gmt":"2026-03-02T01:15:31","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/?p=81814"},"modified":"2026-03-02T01:15:32","modified_gmt":"2026-03-02T01:15:32","slug":"ramadan-ibadah-tanpa-membebankan-bumi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/ramadan-ibadah-tanpa-membebankan-bumi\/","title":{"rendered":"Ramadan : Ibadah Tanpa Membebankan Bumi"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jika amalan berpuasa benar-benar mendidik kita tentang rasa cukup, jadi mengapakah pada&nbsp; setiap Ramadan berlakunya peningkatan sisa makanan? Mengapakah bulan yang sepatutnya melatih kesederhanaan berubah menjadi pesta pembelian tanpa kawalan? Sepatutnya, Ramadan menjadi satu bulan yang mendidik umat Islam menahan dan mengawal nafsunya bukan sahaja terhadap makanan dan minuman tetapi segala bentuk pembelian dan keinginan berlebihan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun hakikatnya, satu keadaan yang bertentangan boleh dilihat berlaku dalam masyarakat Muslim kini. Ketika siang, kita berusaha menahan lapar dan dahaga tetapi menjelang waktu berbuka, kita mula kalah dengan nafsu dengan menyediakan juadah berbuka puasa secara berlebihan. Malah, meja makan akan dipenuhi pelbagai jenis makanan, sama ada yang dibeli mahupun yang disediakan sendiri. Bazar Ramadan menjadi seperti sebuah pesta warna dan rasa. Tawaran bufet Ramadan pula telah dicanang sebelum Ramadan bermula. Harganya tidak murah dan kadang kala terasa tidak masuk akal. Akhirnya, bulan yang sepatutnya mendidik kita tentang kesederhanaan bertukar menjadi satu pesta membeli-belah yang luar biasa. Roh sebenar Ramadan hilang ditelan kemeriahan bazar Ramadan dan jualan raya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) melaporkan bahawa jumlah sisa makanan yang dihasilkan dalam bulan Ramadan meningkat sebanyak 21 peratus iaitu hampir 9,000 tan sisa makanan dibuang setiap hari pada 2024. Walaupun pelupusan sisa pepejal semasa Ramadan 2025 menurun 2.7 peratus kepada 11,218.93 tan sehari berbanding 11,533.71 tan pada bulan-bulan lain, jumlah sisa makanan meningkat 11.6 peratus kepada lebih kurang 4,561.61 tan setiap hari. Lebih malang lagi, sebahagian besar makanan ini sebenarnya masih elok dan boleh dimakan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada 2023, Jabatan Perangkaan Malaysia merekodkan bahawa terdapat 77, 727 bazar Ramadan di seluruh negara berbanding 61,623 bazar Ramadan pada tahun sebelumnya. Angka ini menunjukkan peningkatan jumlah bazar Ramadan sebanyak 26 peratus. Dengan jumlah bazar yang meningkat maka tidak hairanlah isu peningkatan sisa makanan sangat sinonim dengan Ramadan dan terus diperkatakan saban tahun. Dengan situasi ini, wajarlah kita bertanya, apakah umat Islam telah menyimpang daripada roh sebenar Ramadan?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tidak dinafikan bahawa menyediakan makanan untuk keluarga dan berkongsi rezeki dengan orang lain adalah satu amalan mulia. Memberi makan kepada orang berpuasa juga dijanjikan ganjaran besar. Zaid Ibn Khalid al-Juhani berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, \u201cSesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka puasa, maka dia mendapat pahala seumpamanya tanpa kurang sedikitpun daripada pahala orang yang berpuasa tersebut\u201d (HR al-Tirmidzi). Namun, apabila makanan tersebut disediakan secara berlebihan sehingga sebahagiannya berakhir di tong sampah maka di situlah nilai ibadah mula terhakis. Tanyalah soalan ini pada diri sendiri, \u201capakah mutu puasa saya apabila saya membuang dan membazirkan terlalu banyak makanan?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bukan itu sahaja, setiap makanan yang dibuang meninggalkan kesan kepada alam ini. Penghasilan makanan melibatkan penggunaan air bermula di peringkat penanaman, penggunaan tenaga dalam pemprosesan, bahan api untuk pengangkutan dan ketika proses pembungkusan. Semua ini meninggalkan jejak karbon yang tersendiri dan memberi tekanan kepada persekitaran. Apabila sisa makanan ini berakhir di tapak pelupusan, ia akan mereput dan menghasilkan gas metana. Gas ini adalah sejenis gas rumah hijau yang menyumbang kepada pemanasan global dan perubahan iklim. Jelas bahawa, pembaziran makanan membebankan alam dan sumbernya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Isu peningkatan sisa makanan bukan hanya berkait dengan isu persekitaran. Isu ini sebenarnya berkaita dengan tanggungjawab manusia atau amanah terhadap bumi. Bukankah kita sebagai Khalifah Allah telah dilantik untuk menjaga dan memakmurkan bumi? Jika begitu banyak makanan yang disisakan dan dibuang, apakah tanggungjawab amanah itu telah terlaksana? Bukankah ia jelas menggambarkan kegagalan kita melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita?&nbsp; Tanggungjawab sebagai khalifah bukan semata-mata untuk memanfaatkan isi alam tetapi memeliharanya. Ramadan sepatutnya menjadi bulan terbaik untuk kita menghayati peranan ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Al-Quran sendiri mengingatkan bahawa \u201cMakan dan minumlah, tetapi jangan berlebihan.\u201d &nbsp;(Surah al-A\u2019raf: 31). Pesanan ini ringkas tetapi maknanya perlu difahami dengan mendalam. Hakikatnya, Islam tidak melarang kita menikmati rezeki tetapi apabila nikmat tersebut digunakan secara melampaui batas, maka kepincangan itu perlu ditegur dan diperbetulkan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Amalan berpuasa seharusnya mendidik kita tentang rasa cukup. Selepas seharian berlapar, berbuka itu adalah masanya kita mengembalikan semula tenaga dengan makan dan minum secara sederhana. Tubuh manusia sebenarnya tidak memerlukan makanan secara berlebihan tetapi nafsu yang sering mendesak kita untuk membeli dan menyediakan lebih daripada keperluan. Rasa \u201ctakut tak cukup\u201d ketika berbuka sering mendorong pembelian melampau kerana bimbang kurang makanan atau mengikut nafsu \u201cmata\u201d sahaja. Pada hujungnya, tidak semua makanan dapat dihabiskan dan sebahagiannya akan dibuang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Oleh itu, marilah kita memastikan bahawa Ramadan kali ini benar-benar menjadi bulan madrasah mendidik jiwa iaitu bulan untuk mendidik cara berbelanja dan mengurus makanan secara berhemah. Ibadah yang tulus tidak sepatutnya merosakkan alam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kesederhanaan yang menjadi teras ajaran Islam perlu diterjemahkan dalam tingkah laku seharian umat Islam. Dalam hal ini, merancang pembelian, memasak mengikut keperluan, bersedekah dan berkongsi makanan, mengagihkan lebihan makanan dengan segera serta mengelakkan budaya mengambil secara berlebihan ketika bufet atau majlis berbuka perlu disemarakkan. Ingatlah bahawa ada nilai barakah dalam setiap makanan kita. Barakah tidak terletak pada banyaknya juadah di atas meja tetapi pada nilai kesyukuran dan kesederhanaan dalam menikmatinya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ramadan juga merupakan satu bulan muhasabah. Saat ini, solat, tilawah, sedekah dan apa jua ibadah yang kita laksanakan akan dinilai. Mungkin sudah tiba masanya kita juga menilai kesan ibadah kita terhadap bumi. Fikirkanlah, apakah puasa kita benar-benar mendidik jiwa atau sekadar mengubah waktu makan? Apakah kita telah berjaya menahan lapar tetapi gagal menahan nafsu berlebihan? Jadikanlah, ibadah semasa Ramadan ini bukan sahaja untuk mendekatkan diri kepada Allah tetapi juga membawa kebaikan kepada seluruh alam dan makhluk-Nya. Sudah tiba masanya kita membuktikan bahawa nilai kesederhanaan bukan sekadar satu slogan tetapi merupakan satu bentuk amalan secara istiqamah.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Jika amalan berpuasa benar-benar mendidik kita tentang rasa cukup, jadi mengapakah pada  setiap Ramadan berlakunya peningkatan sisa makanan? Mengapakah bulan yang sepatutnya melatih kesederhanaan berubah menjadi pesta pembelian tanpa kawalan? Sepatutnya, Ramadan menjadi satu bulan yang mendidik umat Islam menahan dan mengawal nafsunya bukan sahaja terhadap makanan dan minuman tetapi segala bentuk pembelian dan keinginan berlebihan.<\/p>\n","protected":false},"author":17,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[225],"tags":[],"class_list":["post-81814","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-article","category-225","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/81814","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/17"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=81814"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/81814\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":81815,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/81814\/revisions\/81815"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=81814"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=81814"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=81814"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}