{"id":81872,"date":"2026-03-19T12:35:14","date_gmt":"2026-03-19T12:35:14","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/?p=81872"},"modified":"2026-03-19T12:35:17","modified_gmt":"2026-03-19T12:35:17","slug":"harmoni-madani-ngo-melayu-india-sepakat-selesai-kemelut-secara-damai","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/harmoni-madani-ngo-melayu-india-sepakat-selesai-kemelut-secara-damai\/","title":{"rendered":"Harmoni MADANI: NGO Melayu, India Sepakat Selesai Kemelut Secara Damai"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Inilah sebenarnya tuntutan Islam agar setiap kemelut yang timbul mesti diselesaikan dengan musyawarah, mencari titik pertemuan dan kedamaian serta yang paling penting sekali agar keharmonian dan perpaduan dapat dikekalkan lebih-lebih lagi dalam kepelbagaian agama dan etnik di Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mengambil keberkatan di hujung Ramadan yang mulia ini, program Harmoni MADANI yang mempertemukan 30 wakil badan bukan kerajaan dari kalangan Melayu dan India bagi menyelesaikan permasalahan, persengketaan dan prasangka buruk dapat diketepikan dengan pendekatan harmoni rentetan khususnya isu kontroversi berkaitan pembinaan rumah ibadat tanpa izin dan perbalahan dalam media sosial. Mengambil ajaran Nabi Muhammad SAW yang mempersaudarakan dua puak yang berbalah antara aus dan khasraj sehingga terbentuk sebuah negara Madinah yang berpaksikan Piagam Madinah, sebuah perlembagaan bertulis pertama di dunia yang menyatupadukan kepelbagaian penganut agama dan kabilah dalam pembinaan negara yang bertamadun.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ini sebenarnya juga mengambil semangat dalam Perlembagaan Persekutuan terutama dalam Perkara 3(1) yang memberi keistimewaan kepada agama Islam tetapi agama lain oleh diamalkan dengan aman dan damai. Hak kebebasan beragama juga dijamin dalam Perkara 11(1) di mana setiap individu bebas menganut dan mengamalkan agamanya kecuali dalam aspek pengembangan agama seperti yang terkandung dalam Perkara 11(4).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pendekatan Harmoni MADANI yang menemukan NGO Melayu dan India dalam mencari titik perdamaian sebenarnya terkandung dalam Piagam Harmoni Malaysia yang dibangunkan oleh IKIM dalam mempromosi masyarakat MADANI yang harmoni yang matlamatnya adalah untuk \u2013 Pertama, mengukuhkan perpaduan masyarakat yang pelbagai; Kedua, memastikan kehidupan masyarakat yang aman, saling menghormati dan inklusif; dan Ketiga, menangani isu sensitif berkaitan agama, budaya dan identiti secara bijaksana.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Justeru, semua individu perlu memahami nilai-nilai seperti hormat menghormati, toleransi, kesederhanaan, percaya mempercayai, persefahaman, keadilan dan tanggungjawab sosial. Dalam menjamin keharmonian dalam negara Malaysia, saranan seperti mengamalkan dialog antara penganut agama, menggunakan bahasa yang sopan, menghormati perayaan, adat, sensitiviti penganut agama dan etnik lain, menolak kebencian, menggalakkan aktiviti perpaduan dan mendapat maklumat yang sahih sebelum berkongsi dengan orang lain sangat-sangat ditekankan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Manakala, larangan seperti menghina atau mempersendakan agama, etnik dan budaya lain, menyebarkan kebencian, fitnah atau berita palsu, menghasut, memprovokasi, mengamalkan diskriminasi, menyentuh isu sensitif dan menggunakan pendekatan kekerasan perli dihindarkan sama sekali.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kesimpulannya, pertemuan dalam dialog Harmoni MADANI semalam sangat-sangat disanjung tinggi terutamanya ianya dizahirkan di hujung bulan Ramadan yang penuh mulia dan memasuki bulan Syawal yang membawa kemenangan dan kesyukuran dalam amalan mulia untuk kita semua menyusun jari sepuluh memohon jutaan kemaafan zahir dan batin. Inilah jiwa murni yang mahu semua rakyat Malaysia hidup aman dan harmoni.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Inilah sebenarnya tuntutan Islam agar setiap kemelut yang timbul mesti diselesaikan dengan musyawarah, mencari titik pertemuan dan kedamaian serta yang paling penting sekali agar keharmonian dan perpaduan dapat dikekalkan lebih-lebih lagi dalam kepelbagaian agama dan etnik di Malaysia. <\/p>\n","protected":false},"author":68,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[225],"tags":[],"class_list":["post-81872","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-article","category-225","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/81872","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/68"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=81872"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/81872\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":81873,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/81872\/revisions\/81873"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=81872"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=81872"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=81872"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}