{"id":81883,"date":"2026-03-30T02:30:24","date_gmt":"2026-03-30T02:30:24","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/?p=81883"},"modified":"2026-03-30T02:30:26","modified_gmt":"2026-03-30T02:30:26","slug":"menangani-isu-hina-agama-penguatkuasaan-undang-undang-dan-pendidikan-perlu-seiring","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/menangani-isu-hina-agama-penguatkuasaan-undang-undang-dan-pendidikan-perlu-seiring\/","title":{"rendered":"Menangani Isu Hina Agama: Penguatkuasaan Undang-Undang dan Pendidikan Perlu Seiring"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Isu penghinaan terhadap agama kembali mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan masyarakat lebih-lebih lagi apabila beberapa kes tular di media sosial mutakhir ini. Umum diketahui bahawa ia bukanlah isu baharu, namun ia bukan isu terpencil. Menurut beberapa laporan, terdapat puluhan tangkapan dan pendakwaan telah dibuat dalam tempoh tahun 2020 hingga 2024. Begitu juga, ratusan laporan polis diterima berhubung isu tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Persoalan yang timbul bukan sekadar tentang sensitiviti agama, tetapi juga keberkesanan undang-undang sedia ada, sama ada ia benar-benar mencukupi sebagai langkah pencegahan dalam menangani perbuatan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini. Sebahagian masyarakat beranggapan hukuman yang dikenakan terlalu ringan, manakala sebahagian yang lain berpendapat undang-undang sedia ada sebenarnya sudah memadai tetapi memerlukan penguatkuasaan yang lebih tegas dan konsisten.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jika kita amati undang-undang yang sedia termaktub, terdapat beberapa peruntukan yang boleh dan sering digunapakai bagi menangani kesalahan menghina agama.&nbsp; Misalnya, Bab XV Kanun Keseksaan telah memperuntukkan secara khusus bagi kesalahan berkaitan dengan agama. Antaranya peruntukan yang berkaitan ialah seksyen 298 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman bagi perbuatan dengan niat melukakan perasaan agama seseorang. Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Selain itu, Seksyen 298A Kanun Keseksaan turut memperuntukkan kesalahan berkaitan perbuatan yang boleh menyebabkan ketidakharmonian, permusuhan atau kebencian atas alasan agama. Hukuman di bawah seksyen ini lebih berat, iaitu penjara antara dua hingga lima tahun jika sabit kesalahan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam konteks era digital, perbuatan menghina agama sering berlaku melalui platform media sosial. Oleh itu, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 juga sering digunakan dalam siasatan kes sebegini. Di bawah Seksyen 233 akta tersebut, individu yang menggunakan kemudahan rangkaian bagi menyebarkan kandungan yang bersifat jelik, menyakitkan hati, mengancam atau menghina boleh dikenakan tindakan. Selepas pindaan terbaru berkuat kuasa pada 11 Februari tahun lalu, hukuman bagi kesalahan ini boleh mencecah denda sehingga RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali. Selain itu, Akta Hasutan 1948 juga boleh digunakan sekiranya kenyataan yang dibuat berpotensi menimbulkan kebencian atau permusuhan antara kumpulan agama.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Justeru, jika dilihat secara keseluruhan, kerangka perundangan negara sebenarnya telah menyediakan dan memperuntukkan banyak undang-undang dalam mencegah serta menangani perbuatan menghina agama. Namun begitu, ia membawa semula kepada persoalan tunjang: mengapa ia tetap dan terus berlaku? Dalam hal ini, penguatkuasaan yang tegas dan efektif harus dilaksanakan dan terus diperkasakan. Undang-undang tanpa penguatkuasaan yang berkesan hanyalah seperti harimau tidak bertaring, tidak menggerunkan sesiapa. Tindakan penguatkuasaan juga mestilah adil dan tidak \u201cpilih bulu\u201d selaras dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak kesamarataan di sisi undang-undang. Setiap laporan haruslah disiasat secara tekun, teliti dan telus agar pelaku dapat dikenakan tindakan perundangan yang sewajarnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di samping itu, isu pembuktian juga dilihat menjadi antara faktor yang menjadi kekangan dalam melengkapkan proses pendakwaan terutamanya jika perbuatan penghinaan tersebut dibuat menerusi kandungan dalam laman sosial yang berpotensi dipadam, dihilangkan dan identiti sebenar dipalsukan. Oleh itu, kerjasama antara dan merentas agensi serta badan berautoriti harus dipererat agar rantain bukti, maklumat dan data yang diperlukan dapat dikesan dan dikemukakan sebagai bukti.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selain daripada aspek penguatkuasaan, peranan pendidikan adalah amat signifikan dalam hal ini. Ia merupakan \u201calat\u201d berkuasa dalam membentuk sebuah masyarakat yang berintelektual dan harmoni. Setiap agama sudah tentu mengajarkan nilai keharmonian dan menolak perpecahan serta permusuhan. Pendidikan bukan sekadar menyampaikan pengetahuan tentang ajaran agama, tetapi juga membentuk sikap saling menghormati dalam masyarakat berbilang agama. Dalam konteks Malaysia yang majmuk, kefahaman terhadap sensitiviti agama perlu dipupuk sejak peringkat awal melalui sistem pendidikan formal dan juga pendidikan tidak formal dalam masyarakat. Usaha ini boleh dilakukan melalui pengukuhan pendidikan nilai, dialog antara agama serta program kesedaran tentang etika komunikasi di ruang digital. Generasi muda khususnya perlu dididik supaya memahami bahawa kebebasan bersuara di media sosial harus disertai dengan tanggungjawab dan adab dalam berinteraksi. Dengan pendidikan yang berterusan, masyarakat bukan sahaja lebih memahami kepentingan menghormati agama orang lain, malah dapat mengelakkan perbuatan yang boleh mencetuskan ketegangan antara penganut agama.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tuntasnya, isu penghinaan terhadap agama perlu ditangani secara menyeluruh dan holisitik yang menggabungkan elemen penguatkuasaan undang-undang yang tegas serta usaha pendidikan yang berterusan. Undang-undang memainkan peranan penting sebagai mekanisme pencegahan dan tindakan terhadap mereka yang sengaja mencetuskan ketegangan agama. Namun dalam jangka panjang, pendidikan yang menekankan nilai hormat, toleransi dan tanggungjawab dalam berkomunikasi amat penting bagi membentuk masyarakat yang lebih beradab. Dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia, keharmonian antara agama bukan sekadar bergantung kepada peraturan dan hukuman, tetapi juga kepada kesedaran bersama untuk menghormati kepercayaan dan sensitiviti antara satu sama lain. Hanya melalui keseimbangan antara penguatkuasaan undang-undang dan pembinaan nilai dalam masyarakat, isu penghinaan agama dapat ditangani dengan lebih berkesan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Isu penghinaan terhadap agama kembali mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan masyarakat lebih-lebih lagi apabila beberapa kes tular di media sosial mutakhir ini. Umum diketahui bahawa ia bukanlah isu baharu, namun ia bukan isu terpencil. Menurut beberapa laporan, terdapat puluhan tangkapan dan pendakwaan telah dibuat dalam tempoh tahun 2020 hingga 2024. Begitu juga, ratusan laporan polis diterima berhubung isu tersebut.<\/p>\n","protected":false},"author":89,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[225],"tags":[],"class_list":["post-81883","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-article","category-225","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/81883","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/89"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=81883"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/81883\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":81884,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/81883\/revisions\/81884"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=81883"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=81883"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=81883"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}