{"id":81889,"date":"2026-03-30T07:18:23","date_gmt":"2026-03-30T07:18:23","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/?p=81889"},"modified":"2026-03-30T07:18:25","modified_gmt":"2026-03-30T07:18:25","slug":"aidilfitri-bersama-muruku-samfu-dan-ketupat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/aidilfitri-bersama-muruku-samfu-dan-ketupat\/","title":{"rendered":"Aidilfitri Bersama Muruku, Samfu dan Ketupat"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jika kita bayangkan suasana Hari Raya Aidilfitri, pasti yang terlintas di fikiran ialah kemeriahan saudara-mara yang berkumpul, letupan bunga api dan mercun pelbagai warna dan corak, dendangan lagu-lagu raya oleh selebriti lama mahupun baharu di kaca televisyen dan corong radio, hidangan kuih-muih tradisional dan moden serta peragaan busana baju kurung dan baju Melayu berwarna-warni. Semua unsur ini diambil daripada budaya orang Melayu. Inilah gambaran yang sudah menjadi \u201cimej rasmi\u201d sambutan Aidilfitri di Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apabila mencermati imej ini, kita dapati semacam adanya suatu bentuk keseragaman dalam budaya sambutan Hari Raya Aidilfitri di Malaysia, khususnya yang terpapar di media arus perdana, seolah-olah inilah satu-satunya realiti Hari Raya Aidilfitri masyarakat Muslim Malaysia. Motif-motif hiasan seperti ketupat, lemang dan pelita buluh di pasar raya dan papan iklan menjadi simbol yang biasa kita sandarkan kepada Hari Raya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebenarnya gambaran ini belum benar-benar mencerminkan realiti sebenar masyarakat Muslim Malaysia, kerana masyarakat Melayu bukan satu-satunya populasi Muslim Malaysia. Hakikat bahawa kebudayaan Melayu menjadi tema utama Aidilfitri menunjukkan bahawa kita masih belum cukup terdedah kepada kemajmukan masyarakat Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jika pun ada pendedahan terhadap kelainan budaya dalam menyambut Hari Raya, paparan yang selalu dihidangkan ialah amalan masyarakat Muslim di luar negara, seperti di Timur Tengah, Afrika, atau negara-negara jiran di wilayah Asia Tenggara seperti Indonesia, Thailand dan Singapura. Selain itu, kelainan ini juga hanya dapat diperhatikan dari jauh melalui tontonan di media dan bukan secara pengalaman langsung.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pendek kata, kepelbagaian budaya sambutan Aidilfitri masih menjadi sesuatu yang asing bagi kita, sebuah masyarakat yang berbangga dengan kemajmukan budaya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Adakah kita terlupa bahawa masyarakat Muslim di Malaysia juga rencam kaumnya? Di samping komuniti majoriti Melayu Muslim, ada juga komuniti India Muslim, Cina Muslim, Jawa Muslim, kaum-kaum nusantara yang lain serta saudara-saudara seagama yang menetap di Malaysia namun berasal daripada pelbagai latar belakang seperti Pakistan, Bangladesh, India, China, Somali dan lain-lain. Mereka ini turut membentuk sebahagian daripada kemajmukan Malaysia serta menyumbang kepada warna-warni sambutan Aidilfitri di negara ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kerencaman ini sudah tentu melahirkan budaya sambutan Aidilfitri yang berbeza-beza. Masyarakat India Muslim, misalnya, pasti memiliki koleksi lagu atau nasyid Raya dalam bahasa Tamil, Hindi atau Malayalam. Masyarakat Cina Muslim pula pasti mempunyai acara-acara keraian tersendiri yang jarang mendapat perhatian media arus perdana. Begitu juga dengan masakan atau busana Raya masyarakat Jawa, Sunda dan pelbagai komuniti Muslim bukan Melayu lain yang sudah lama menetap di Malaysia. Mereka masing-masing membawa identiti sambutan Aidilfitri yang unik.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebagai contoh, bayangkan suasana pagi Aidilfitri di sebuah rumah India Muslim. Hidangan utama yang disediakan bukanlah rendang dengan ketupat atau lemang, tetapi <em>idli<\/em> dan <em>puri<\/em> yang dihidangkan bersama kari ayam atau <em>chutney<\/em>. <em>Idli<\/em> ialah sejenis kuih beras kukus berwarna putih yang diperbuat daripada adunan beras dan kacang dal hitam dengan tekstur lembut serta rasa seakan-akan thosai. Manakala <em>puri<\/em> (atau <em>poori<\/em>) pula ialah roti berasaskan tepung <em>atta<\/em> tanpa ragi yang digoreng sehingga menggelembung, dimakan bersama kari kentang atau dal. Hidangan-hidangan ini jarang ditemui di gerai-gerai biasa dan sering disajikan khusus pada Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha sahaja.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kuih-muih tradisional mereka juga tidak kurang menariknya. Muruku sudah menjadi suatu yang hampir pasti ada untuk tetamu. Di samping itu ada juga kuih <em>Nei Urundai<\/em> yang berasaskan dua bahan sahaja, iaitu tepung kacang hijau dan minyak sapi. Kuih yang manis dan cair di dalam mulut ini dibentuk bulat dengan jari dan dibungkus dalam kertas berwarna-warni sebelum dihidangkan. Setiap hidangan ini bukan sekadar makanan tradisional tetapi lambang warisan budaya kaum India Muslim yang terus mewarnai suasana Hari Kebesaran Islam di Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dari segi pakaian pula, wanita India Muslim kebiasaannya mengenakan baju kurung ketika raya tetapi dengan sentuhan unik, iaitu menggunakan kain sari atau Punjabi sebagai fabriknya. Corak dan motif pada kain itulah yang mengekalkan identiti budaya mereka meskipun dipadankan dengan potongan busana Muslimah moden pelbagai fesyen.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagi lelaki pula, kurta menjadi pilihan baju raya yang lebih popular dan dipadankan dengan seluar. Malahan, kadangkala kurta ini diserikan juga dengan mengenakan samping sebagai suatu bentuk adaptasi tempatan. Penutup kepala seperti kopiah dan songkok berbulu gaya India dan Kahsmir turut menjadi pelengkap penampilan baju raya serta memperlihatkan gabungan identiti budaya asal dan tempatan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Masyarakat Cina Muslim juga tidak kurang uniknya. Mereka pernah mengekalkan pakaian tradisional seperti <em>samfu<\/em> dan <em>hanfu<\/em> ketika menyambut Aidilfitri. Pada era 1980-an dan 1990-an, busana ini masih digayakan secara meluas dalam komuniti mereka. Namun seiring dengan perubahan zaman dan kurangnya sambutan terhadap fesyen yang menggabungkan elemen budaya Cina dengan pakaian Muslimah ini, tradisi <em>samfu<\/em> dan <em>hanfu<\/em> kelihatan semakin terpinggir dan kian menghilang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beberapa contoh yang sedikit ini cukup untuk menunjukkan bahawa Aidilfitri di Malaysia sebenarnya jauh lebih berwarna-warni dan rencam berbanding apa yang kita tahu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tanpa pendedahan, kepelbagaian ini kekal tersembunyi di sebalik latar budaya masyarakat Malaysia. Sedikit merisaukan jika budaya yang terus tersembunyi itu perlahan-lahan lenyap ditelan zaman jika tidak diberikan perhatian, diamalkan dan diwariskan. Semua busana, makanan dan seni budaya ini merupakan unsur-unsur khazanah negara kita dan patut dihargai serta dipelihara.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jika kita dapat benar-benar mengenali kepelbagaian dan kemajmukan budaya ini walaupun dalam kalangan masyarakat Muslim sendiri, pasti kita akan jatuh cinta dengan pesona budaya yang kita miliki ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mungkin sudah tiba masanya untuk kita melihat Aidilfitri dengan lensa yang lebih berwarna-warni. Lensa inilah yang dimaksudkan dalam al-Quran melalui firman Allah SWT: \u201cDi antara tanda-tanda kebesaran Tuhan ialah penciptaan langit dan bumi, perbezaan bahasamu dan warna kulitmu. Sungguh pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi orang yang mengetahui.\u201d (<em>Surah al-Rum<\/em> (30):22)<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Jika kita bayangkan suasana Hari Raya Aidilfitri, pasti yang terlintas di fikiran ialah kemeriahan saudara-mara yang berkumpul, letupan bunga api dan mercun pelbagai warna dan corak, dendangan lagu-lagu raya oleh selebriti lama mahupun baharu di kaca televisyen dan corong radio, hidangan kuih-muih tradisional dan moden serta peragaan busana baju kurung dan baju Melayu berwarna-warni. Semua unsur ini diambil daripada budaya orang Melayu. Inilah gambaran yang sudah menjadi \u201cimej rasmi\u201d sambutan Aidilfitri di Malaysia. <\/p>\n","protected":false},"author":92,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[225],"tags":[],"class_list":["post-81889","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-article","category-225","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/81889","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/92"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=81889"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/81889\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":81890,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/81889\/revisions\/81890"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=81889"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=81889"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=81889"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}