{"id":82091,"date":"2026-06-03T03:32:05","date_gmt":"2026-06-03T03:32:05","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/?p=82091"},"modified":"2026-06-03T03:32:07","modified_gmt":"2026-06-03T03:32:07","slug":"islam-dan-budaya-membaca-merenungi-semula-tradisi-ummah-yang-agung","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/islam-dan-budaya-membaca-merenungi-semula-tradisi-ummah-yang-agung\/","title":{"rendered":"Islam dan Budaya Membaca : Merenungi Semula Tradisi Ummah Yang Agung"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hari ini, kita menikmati laungan azan yang berkumandang bukan sahaja di setiap pelosok tanah air malah juga di setiap pelosok dunia. Namun, jauh sebelum manusia mengenali universiti, perpustakaan atau teknologi digital, telah bergema satu seruan agung yang melakar perjalanan sejarah manusia, iaitu \u201cIqra\u2019!\u201d \u2014 Bacalah. Satu perkataan yang ringkas, namun menggalas asas tamadun yang luar biasa hebatnya. Ia adalah wahyu pertama yang diturunkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW melalui Jibril AS di Gua Hira\u2019, lebih 1,400 tahun yang lalu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perintah ini bukanlah biasa-biasa. Ia adalah permulaan risalah Islam dan satu isyarat jelas bahawa agama Islam berdiri di atas tonggak ilmu pengetahuan, dan umatnya diperintahkan untuk sentiasa mencari, merenung, dan memahami. Islam adalah agama bagi yang berfikir.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam konteks Islam, membaca bukan sekadar aktiviti masa lapang atau hobi. Ia adalah sebahagian daripada tanggungjawab seorang Muslim kepada Tuhannya. Firman Allah dalam Surah al-\u2018Alaq, ayat 1 hingga 5, tidak hanya memerintahkan membaca, malah mengingatkan bahawa Allah-lah yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam, iaitu pena dan tulisan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut Ibn Kathir dalam Tafsir al-Qur\u2019an al-\u2018Azim, frasa \u201cBacalah dengan nama Tuhanmu\u201d membawa maksud bahawa setiap pencarian ilmu hendaklah dimulakan dengan kesedaran terhadap Allah SWT, mengiktiraf bahawa segala ilmu berasal daripada-Nya dan digunakan untuk mendekatkan manusia kepada kebenaran serta kemaslahatan, bukan sekadar memenuhi keinginan intelektual semata-mata.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Rasulullah SAW sendiri bersabda bahawa menuntut ilmu adalah fardu ke atas setiap Muslim, lelaki mahupun perempuan. Para sahabat menterjemahkan perintah ini dengan penuh semangat. Mereka menulis, menghafaz, dan menyebarkan ilmu ke segenap penjuru dunia. Hasilnya, tamadun Islam menjadi mercu tanda peradaban global selama berabad-abad lamanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sejarah mencatatkan bahawa ketika sebahagian besar dunia masih diselubungi kejahilan, para sarjana Muslim sibuk menterjemah, mengkaji, dan menghasilkan karya dalam bidang perubatan, matematik, astronomi, falsafah, dan sastera. Bayt al-Hikmah di Baghdad menjadi pusat ilmu yang tiada tandingannya pada zaman itu. Ibn Sina menulis ensiklopedia perubatan. Al-Khawarizmi meletakkan asas algebra. Ibn Khaldun mengasaskan ilmu sosiologi. Mereka tidak mungkin mencapai semua itu tanpa satu perkara asas: budaya membaca yang mengakar kuat dalam jiwa mereka sebagai Muslim.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Persoalannya, selepas lebih 14 abad menerima wahyu pertama itu, sejauh manakah umat Islam hari ini benar-benar menyahut seruan membaca tersebut? Berita baiknya, rakyat Malaysia sedang bergerak ke arah yang memberangsangkan. Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia 2022\u20132023 yang dijalankan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) mendedahkan bahawa 88.6 peratus rakyat Malaysia kini mengamalkan tabiat membaca. Ia ternyata satu lonjakan yang amat membanggakan berbanding hanya dua naskhah buku setahun yang dicatatkan pada tahun 1996 dan 2005.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Purata naskhah yang dibaca turut meningkat secara konsisten: daripada 15 naskhah setahun pada 2014, kepada 24 naskhah setahun pada 2022\u20132023, merangkumi 16 naskhah bercetak dan lapan naskhah digital. Malah kini, rakyat Malaysia memperuntukkan masa selama 9 jam 22 minit seminggu untuk membaca; jauh lebih tinggi berbanding rekod terdahulu. Ketua Pengarah PNM turut menjelaskan bahawa anggapan tabiat membaca rakyat Malaysia sedang merudum adalah tidak tepat. Apa yang berubah ialah mediumnya, di mana pengguna kini lebih gemar membaca secara digital, seiring dengan arus perkembangan teknologi semasa. Namun, kita tidak boleh berpuas hati. Masih terdapat 11.4 peratus rakyat Malaysia yang belum menjadikan membaca sebagai rutin harian. Di sinilah peranan agama, keluarga, dan masyarakat perlu terus diperkukuhkan.<br><br>Perubahan budaya membaca tidak bermula di dewan besar atau di pentas-pentas seminar. Ia bermula di ruang tamu kita, di meja makan kita, dan di bilik tidur anak-anak kita. Ibu bapa yang membaca di hadapan anak-anak mereka sedang mengajar tanpa berkata-kata. Mereka sedang menghidupkan sunnah Rasulullah SAW yang mencintai ilmu. Ibu bapa yang membaca hakikatnya sedang berdakwah kepada anak-anak tentang wahyu pertama secara amali.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 yang sedang berlangsung dari 29 Mei hingga 7 Jun ini, dengan tema \u201cMalaysia Membaca; Merayakan Buku\u201d, sewajarnya menjadi lebih daripada sekadar perayaan diskaun dan jualan buku. Ia adalah bukti nyata bahawa semangat membaca rakyat Malaysia semakin marak. Lebih 1,200 reruai penerbit dari dalam dan luar negara hadir menyambut jutaan pengunjung yang dahagakan ilmu dan bahan bacaan pelbagai genre.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Laungan \u201cIqra\u2019\u201d itu masih bergema hingga hari ini. Persoalannya bukan sama ada kita mendengarnya atau tidak, tetapi sama ada kita memilih untuk menyahutnya. Kebangkitan sesuatu umat tidak pernah bermula dengan kekuatan ekonomi atau teknologi semata-mata, tetapi dengan budaya ilmu yang hidup dalam jiwa masyarakatnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Hari ini, kita menikmati laungan azan yang berkumandang bukan sahaja di setiap pelosok tanah air malah juga di setiap pelosok dunia. Namun, jauh sebelum manusia mengenali universiti, perpustakaan atau teknologi digital, telah bergema satu seruan agung yang melakar perjalanan sejarah manusia, iaitu \u201cIqra\u2019!\u201d \u2014 Bacalah. Satu perkataan yang ringkas, namun menggalas asas tamadun yang luar biasa hebatnya. Ia adalah wahyu pertama yang diturunkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW melalui Jibril AS di Gua Hira\u2019, lebih 1,400 tahun yang lalu.<\/p>\n","protected":false},"author":87,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[225],"tags":[],"class_list":["post-82091","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-article","category-225","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/82091","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/87"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=82091"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/82091\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":82092,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/82091\/revisions\/82092"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=82091"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=82091"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=82091"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}