{"id":82098,"date":"2026-06-05T01:43:05","date_gmt":"2026-06-05T01:43:05","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/?p=82098"},"modified":"2026-06-05T01:43:07","modified_gmt":"2026-06-05T01:43:07","slug":"global-sumud-flotilla-dari-bahtera-kemanusiaan-ke-kamar-keadilan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/global-sumud-flotilla-dari-bahtera-kemanusiaan-ke-kamar-keadilan\/","title":{"rendered":"Global Sumud Flotilla: Dari Bahtera Kemanusiaan ke Kamar Keadilan"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pengalaman penulis sewaktu perlepasan sekitar 80 buah kapal Global Sumud Flotilla 2.0 di Port de la Custa Mall, Bercelona pada 12 April 2026 lalu amat berharga. Selain menyaksikan sidang media dan pelbagai acara yang diadakan pada hari berkenaan, penulis juga diselubungi ketakjuban melihat semangat masyarakat Eropah untuk bangkit memerangi kezaliman dan membela nasib rakyat Palestin umumnya dan Gaza khususnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hal ini mengingatkan penulis kepada sifat terpuji orang Rom atau Eropah yang dinyatakan oleh `Amru ibn al-`As dalam sebuah Hadis. Hadis tersebut direkodkan dalam \u00a0Sahih Muslim, Kitab al-Fitan wa Asyratus Sa\u2019ah. Lima sifat atau ciri positif yang dinyatakan ialah mereka yang paling tenang ketika ditimpa ujian, mereka juga yang paling pantas bangkit setelah ditimpa musibah, mereka paling segera menyusun tindakan setelah menghadapi kekalahan, mereka merupakan sebaik-baik manusia dalam menyantuni orang miskin, anak yatim, dan orang yang lemah atau ditindas di samping sangat bersemangat dalam mencegah kezaliman yang dilakukan oleh pemerintah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Lima sifat atau ciri positif yang dinyatakan itu juga terpamer jelas pada salah seorang Ahli Jawatankuasa Pemandu Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0, iaitu Thiago Avila dari Brazil. Beliau pernah menyampaikan mesej kepada masyarakat dunia semasa pelayaran bersama kapal Madleen pada Jun 2025, \u201cJangan takut akan kebencian, keganasan, dan penindasan rejim Israel.\u00a0 Sepanjang sejarah manusia, semua empayar telah runtuh, dan semua ideologi yang berasaskan kebencian, yang suatu ketika dahulu kelihatan tidak dapat ditumbangkan, juga telah lenyap. Kami menyeru semua orang, untuk bangkit dan bertindak demi Palestin, untuk memprotes demi keadilan sosial, untuk berdiri teguh dalam membina dunia yang bebas daripada penyalahgunaan, penindasan dan kemusnahan alam sekitar.\u201d Tidak cukup sekadar kata-kata, Thiago malah membuktikan keteguhan semangat menentang kezaliman sewaktu berada dalam tahanan setelah diculik di perairan antarabangsa berhampiran dengan Greece. Beliau dilaporkan menggunakan kelebihan yang dimiliki, iaitu sebagai seorang berkulit putih untuk melindungi Saif Abukheshek. Saif yang berketurunan Palestin sudah pasti terdedah pada penyeksaan dan keganasan tidak bersempadan tentera rejim.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Misi Global Sumud Flotilla diteruskan buat kali kedua (GSF 2.0) bagi mencabar kepungan Israel ke atas Gaza dan menyuarakan solidariti terhadap krisis kemanusiaan rakyat Palestin. Ia dilaksanakan melalui gabungan tindakan maritim dengan mobilisasi global yang diselaraskan di daratan serta menghubungkan solidariti, advokasi perundangan, dan tekanan akar umbi merentas pelbagai negara. Selain itu, misi pada kali ini juga mensasarkan matlamat strategik untuk melumpuhkan &#8220;hasbara\u201d atau propaganda palsu rejim Zionis. Propaganda itu bertujuan mempengaruhi persepsi masyarakat antarabangsa tentang isu politik, konflik, dan dasar luar negara haram tersebut. Hal ini disebabkan impak misi GSF 1.0 telah memaksa rejim tersebut untuk meningkatkan belanjawan propaganda mereka secara luar biasa bagi menangkis kebangkitan naratif pro-Palestin.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Misi yang digerakkan GSF diteguhkan oleh pasukan perundangan yang terdiri daripada lebih 100 orang peguam berpengalaman dari seluruh dunia. Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA) yang sekali lagi mewakili pasukan perundangan Malaysia berperanan antara lain memberikan nasihat undang-undang dan menjawab pelbagai bentuk persoalan peserta. Dalam hubungan ini, penyelidik IKIM juga turut dilibatkan untuk menyediakan garis panduan dan memberikan taklimat tentang fiqh pelayaran untuk dirujuk oleh peserta.&nbsp; Selain itu, CENTHRA berperanan menyemak dan menyediakan dokumen seperti surat kuasa wakil serta berhubung dengan kedutaan dan pihak berkuasa luar. CENTHRA turut mengadakan penyelarasan dengan peguam dari Pusat Undang-Undang bagi Hak Minoriti Arab di Israel (ADALAH) dan rangkaian peguam dari negara lain sewaktu penahanan peserta oleh rejim Zionis.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sehingga kini, CENTHRA bersama organisasi guaman lain (EIIC) Waves of Freedom, iaitu kumpulan peguam Poland berusaha mengambil inisiatif melalui saluran \u201cKomunikasi Artikel 15\u201d untuk mengemukakan bukti agar diberikan perhatian oleh Pejabat Pendakwaraya ICC. Dengan kata lain, bahan bukti diserahkan secara rasmi bagi memohon pihak pendakwaraya untuk menilai sama ada maklumat yang dikemukakan menunjukkan berlakunya jenayah di bawah bidang kuasa ICC. Oleh yang demikian, jumlah bukti yang besar selain masih baharu seperti rakaman keterangan saksi, rekod pemeriksaan perubatan, bukti forensik, rakaman video dan gambar, analisis rantaian arahan, serta penghujahan undang-undang yang berkaitan dengan penyeksaan, layanan yang menjatuhkan maruah, penahanan tidak sah atau serangan terhadap misi kemanusiaan sedang disiapkan sebagai Komunikasi Artikel 15. Sekiranya terdapat asas yang kukuh, Pejawabat Pendakwaraya ICC akan memohon kepada Dewan Pra-Perbicaraan (<em>Pre-Trial Chamber<\/em>) untuk memulakan siasatan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Antara impak ketara misi pelayaran GSF 2.0 kali ini sudah tentu terhadap imej dan kegagalan projek \u201chasbara yang bernilai lebih USD 700 juta. Hal ini susulan tindakan Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben-Gvir yang merakamkan layanan kejam rejim terhadap aktivis Global Sumud Flotilla 2.0 (GSF 2.0) yang diculik di perairan antarbangsa. Ketidaksengajaan mendedahkan wajah sebenar Israel serta kesilapan percaturan Ben-Gvir telah mencetuskan kemarahan antarabangsa dan banyak negara telah memanggil duta Israel untuk menyampaikan nota bantahan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Global Sumud Flotilla telah menyatakan azam untuk meneruskan misi pelayaran disebabkan harga bagi kebisuan terhadap penderitaan rakyat Palestin adalah terlalu tinggi untuk dibayar. Ketika Gaza terus berhadapan kempen genosid yang berterusan, sekatan yang semakin ketat dan keganasan serta penderitaan yang berpanjangan, misi GSF merupakan ntervensi aman yang berprinsip. Ia bertujuan mempertahankan maruah kemanusiaan, menyeru akses bantuan kemanusiaan, serta menuntut pertanggungjawaban antarabangsa. Dengan kata lain, ia merupakan cabaran langsung terhadap tembok, sekatan dan keganasan sistemik serta pencetus gerakan politik dan solidariti yang diselaraskan dengan rapi di seluruh dunia. GSF juga mensasarkan matlamat bagi desakan pembebasan 9,500 rakyat Palestin, termasuk sekurang-kurangnya 350 kanak-kanak yang menderitai pelbagai bentuk penyeksaan yang tidak terperi saban saat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Peringatan yang diberikan oleh Nabi SAW agar umat Islam membebaskan saudara mereka daripada sebarang bentuk kezaliman seharusnya cukup untuk membuatkan mereka dibelenggu perasaan malu dan bersalah yang besar terhadap penderitaan rakyat Palestin. Apatah lagi jika ketidakpedulian itu dibiasa-biasakan dan diwariskan pula kepada generasi akan datang. Masyarakat dunia telah bangkit dan mengadakan pelbagai bentuk persiapan. Amat rugilah jika umat dan bangsa kita sendiri tidak menjadi sebahagian daripada kumpulan yang merencana dan memperjuangkan kebenaran, keadilan serta kemerdekaan bagi Palestin dalam erti kata sebenar. Memetik kata-kata Buya Hamka, \u201cSikap kejujuran dan keberanian mempertahankan kebenaran adalah intisari daripada jiwa yang merdeka.\u201d<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pengalaman penulis sewaktu perlepasan sekitar 80 buah kapal Global Sumud Flotilla 2.0 di Port de la Custa Mall, Bercelona pada 12 April 2026 lalu amat berharga. Selain menyaksikan sidang media dan pelbagai acara yang diadakan pada hari berkenaan, penulis juga diselubungi ketakjuban melihat semangat masyarakat Eropah untuk bangkit memerangi kezaliman dan membela nasib rakyat Palestin umumnya dan Gaza khususnya.<\/p>\n","protected":false},"author":26,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[225],"tags":[],"class_list":["post-82098","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-article","category-225","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/82098","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/26"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=82098"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/82098\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":82099,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/82098\/revisions\/82099"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=82098"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=82098"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=82098"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}