{"id":82132,"date":"2026-06-19T03:34:28","date_gmt":"2026-06-19T03:34:28","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/?p=82132"},"modified":"2026-06-19T03:34:30","modified_gmt":"2026-06-19T03:34:30","slug":"hijrah-mengubah-arah-bukan-sekadar-wajah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/hijrah-mengubah-arah-bukan-sekadar-wajah\/","title":{"rendered":"Hijrah Mengubah Arah, Bukan Sekadar Wajah"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Setiap kali tibanya tahun baharu Hijrah, umat Islam sering diingatkan tentang kepentingan perubahan. Mimbar masjid, ucapan rasmi dan media sosial biasanya dipenuhi seruan agar masyarakat memperbaharui azam serta melakukan penghijrahan ke arah kehidupan yang lebih baik. Namun, di sebalik semangat yang diraikan saban tahun itu, wajar direnungkan sama ada makna hijrah benar-benar difahami atau hanya diulang sebagai istilah yang semakin hilang roh dalam kehidupan seharian.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam masyarakat hari ini, hijrah sering dikaitkan dengan perubahan yang mudah dilihat pada zahir. Perubahan pakaian, penampilan, gaya hidup dan lingkungan pergaulan dianggap sebagai tanda seseorang sudah berhijrah. Perubahan sedemikian tidak salah, malah ada nilai tersendiri. Namun, jika hijrah hanya terhenti pada lapisan luar, maknanya menjadi sempit. Hijrah sebenar bukan sekadar menukar wajah, tetapi mengubah arah hidup.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sejarah Islam membuktikan hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah bukan hanya perpindahan tempat. Ia adalah transformasi besar yang mengubah masyarakat daripada penindasan kepada keadilan, daripada perpecahan kepada persaudaraan dan daripada kegelapan kepada cahaya. Hijrah itu melahirkan tamadun yang dibina atas asas iman, ilmu dan akhlak. Maka, hijrah perlu difahami sebagai proses perubahan menyeluruh yang merangkumi hati, pemikiran, tindakan dan masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Para ulama turut melihat hijrah dalam makna yang luas. Imam al-Ghazali, misalnya, menekankan bahawa perjalanan seorang mukmin ialah usaha membersihkan hati daripada penyakit rohani seperti riak, hasad, takabbur dan cinta dunia yang melampau. Beliau mengingatkan manusia agar tidak terlalu sibuk memperindah penampilan zahir sehingga mengabaikan keadaan batin. Pesanan ini amat dekat dengan realiti masa kini, khususnya dalam dunia yang sangat mementingkan persepsi dan imej.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam era media sosial, manusia mudah membina gambaran hidup yang sempurna walaupun hakikatnya kosong daripada makna. Apa yang dipamerkan sering dianggap lebih penting daripada apa yang benar-benar berlaku. Ramai yang mahu dilihat berubah, tetapi kurang bersedia menilai diri sendiri. Sedangkan hijrah yang sejati bermula dengan muhasabah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Masyarakat Melayu sejak dahulu memahami kepentingan menilai diri melalui ungkapan \u201ctepuk dada, tanya selera.\u201d Sebelum menyalahkan keadaan, masyarakat atau orang lain, seseorang perlu bertanya kepada dirinya sendiri tentang kelemahan yang masih dipertahankan, dosa yang belum ditinggalkan dan usaha yang belum dilakukan untuk menjadi lebih baik. Muhasabah ialah langkah pertama dalam perjalanan hijrah. Tanpanya, perubahan hanya menjadi slogan dan tidak memberi kesan mendalam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Musuh terbesar manusia sebenarnya bukan semata-mata cabaran luaran, tetapi kelemahan dalam diri sendiri. Nafsu, ego, kemalasan, ketamakan dan keangkuhan sering menjadi penghalang kepada perubahan. Simpulan bahasa \u201cmusuh dalam selimut\u201d sesuai menggambarkan keadaan ini. Seseorang mungkin mampu mengatasi cabaran luar, tetapi gagal menundukkan kelemahan yang bersarang dalam dirinya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Oleh itu, hijrah menuntut keberanian luar biasa. Ia bukan keberanian mengangkat senjata, tetapi keberanian mengakui kesilapan. Ia bukan keberanian menundukkan orang lain, tetapi keberanian menundukkan hawa nafsu sendiri. Orang yang mudah marah perlu berhijrah kepada kesabaran. Orang yang suka menangguhkan kerja perlu berhijrah kepada disiplin. Orang yang sering mencari kesalahan orang lain perlu berhijrah kepada budaya memperbaiki diri. Perubahan kecil seperti ini mungkin tidak mendapat perhatian ramai, tetapi besar nilainya di sisi Allah SWT.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ibn Abi al-\u2018Izz al-Hanafi ketika menghuraikan al-\u2018Aqidah al-Tahawiyyah menegaskan bahawa iman bukan sekadar pengakuan lisan. Iman yang benar perlu melahirkan amal dan akhlak yang baik. Ini bermakna keimanan yang tidak membawa perubahan tingkah laku masih belum mencapai kesempurnaan. Dalam konteks masyarakat hari ini, hal ini sangat penting kerana agama kadangkala hanya diukur melalui simbol luaran, sedangkan hakikat agama perlu diterjemahkan melalui akhlak.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kejujuran dalam urusan, amanah dalam pekerjaan, kasih sayang dalam keluarga dan keadilan dalam kepemimpinan adalah antara manifestasi hijrah sebenar. Rasulullah SAW sendiri diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia. Namun, realitinya, masyarakat kadangkala terlalu sibuk memperdebatkan perkara cabang sehingga melupakan inti pati agama. Lidah petah berbicara tentang kebaikan, tetapi tangan masih menyakiti. Mulut lantang menyeru perpaduan, tetapi hati masih dipenuhi kebencian. Akhirnya, agama tinggal sebagai slogan, sedangkan akhlaknya semakin pudar.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selain muhasabah, ilmu juga menjadi unsur penting dalam hijrah. Jika muhasabah ialah akar yang memulakan pohon perubahan, ilmu pula adalah baja yang menghidupkannya. Namun, ilmu tidak memadai jika tidak disertai adab. Pemikiran Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas mengingatkan bahawa masalah besar umat Islam bukan sekadar kekurangan ilmu, tetapi kehilangan adab dalam memahami dan mengamalkan ilmu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hijrah bukan sekadar perpindahan daripada kejahilan kepada pengetahuan, tetapi juga daripada kekeliruan kepada kefahaman yang benar. Seseorang mungkin memiliki banyak kelayakan akademik, tetapi jika ilmunya tidak melahirkan kebijaksanaan dan adab, masyarakat tetap akan berdepan kerosakan. Dunia hari ini dibanjiri maklumat, namun kebijaksanaan semakin sukar ditemui. Ramai cepat menghukum, tetapi lambat memahami. Ramai mahu bercakap, tetapi enggan mendengar. Ramai mengejar populariti, tetapi melupakan integriti.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam keadaan ini, hijrah intelektual amat diperlukan. Masyarakat perlu berhijrah daripada budaya sensasi kepada budaya ilmu, daripada budaya mencaci kepada budaya berdialog, dan daripada budaya mengikut tanpa berfikir kepada budaya menilai secara kritis serta beradab. Perubahan ini penting bagi membina masyarakat yang matang, rasional dan berakhlak.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hijrah juga tidak boleh terbatas kepada individu semata-mata. Ia perlu berkembang kepada pembinaan masyarakat dan peradaban. Pemikiran Shah Waliyullah al-Dehlawi menegaskan bahawa kemunduran umat bukan berpunca daripada kelemahan agama, tetapi daripada kegagalan umat mengamalkan Islam secara menyeluruh. Pembentukan masyarakat perlu bermula dengan pembentukan manusia, namun tidak boleh berhenti pada tahap individu. Ia mesti diperluas kepada pembinaan institusi yang adil, sistem pendidikan berkualiti dan budaya ilmu yang subur.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Maulana Muhammad Ihtishamul Hasan Kandhalawi pula melihat kemunduran umat sebagai tanda pudarnya roh Islam dan hakikat keimanan dalam jiwa. Oleh itu, kebangkitan semula umat perlu diasaskan kepada penghayatan amar makruf nahi mungkar. Pandangan ini sangat relevan dalam konteks negara dan masyarakat hari ini. Hijrah tidak cukup jika hanya bersifat peribadi tanpa kesan sosial.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apa gunanya seseorang mendakwa dirinya berubah jika masih menindas pekerja bawahan? Apa maknanya peningkatan ibadah jika masih terlibat dalam rasuah dan penyelewengan? Apa ertinya seruan agama jika masyarakat terus dibelenggu kemiskinan, kejahilan dan ketidakadilan? Hijrah sebenar melahirkan manusia yang bukan sahaja baik untuk dirinya, tetapi turut memberi manfaat kepada orang lain.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jika setiap individu, sama ada pendidik, pekerja, pemimpin atau rakyat biasa, berhijrah kepada integriti, etika dan keadilan, kesannya akan melimpah kepada masyarakat. Hijrah bukan sekadar mengubah individu, tetapi membina budaya hidup yang lebih baik. Peribahasa Melayu \u201cbulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat\u201d mengingatkan bahawa kemajuan bangsa memerlukan usaha bersama. Perubahan tidak akan berjaya jika hanya berlaku pada segelintir individu, sebaliknya perlu digerakkan oleh nilai, integriti dan cita-cita bersama.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sejarah tamadun Islam menunjukkan kegemilangan tidak lahir daripada retorik kosong. Ia terbina melalui budaya ilmu, etika kerja tinggi, penghormatan terhadap pengetahuan dan kesungguhan membangunkan masyarakat. Oleh itu, sambutan tahun baharu Hijrah tidak wajar menjadi acara tahunan yang sekadar dipenuhi ucapan dan slogan. Ia perlu menjadi medan muhasabah nasional.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Masyarakat perlu bertanya sama ada hari ini lebih baik daripada semalam. Adakah budaya ilmu semakin subur? Adakah integriti semakin kukuh? Adakah akhlak dan adab semakin dihargai? Jika jawapannya masih meragukan, maka tugas hijrah belum selesai.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hakikatnya, hijrah bukan tentang menjadi sempurna dalam sekelip mata. Hijrah ialah keberanian untuk terus melangkah walaupun perlahan. Ia bukan sekadar menukar pakaian, persekitaran atau imej di mata manusia. Hijrah ialah perjalanan panjang mengubah arah kehidupan, daripada ego kepada tawaduk, daripada kejahilan kepada ilmu, daripada kebencian kepada kasih sayang dan daripada kepentingan diri kepada tanggungjawab terhadap masyarakat. Selagi manusia masih bernafas, selagi itulah hijrah akan terus menjadi perjalanan yang tidak pernah berakhir. Dalam dunia yang semakin sarat dengan kekeliruan, mungkin inilah saatnya untuk kita kembali memahami bahawa hijrah yang paling penting bukanlah sejauh mana kaki melangkah tetapi sejauh mana hati berubah. Maka bermulalah dengan jiwa yang berserah. Walau seberat mana pun badai yang melanda, jangan pernah memutuskan harapan daripada luasnya lautan rahmat Allah.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Setiap kali tibanya tahun baharu Hijrah, umat Islam sering diingatkan tentang kepentingan perubahan. Mimbar masjid, ucapan rasmi dan media sosial biasanya dipenuhi seruan agar masyarakat memperbaharui azam serta melakukan penghijrahan ke arah kehidupan yang lebih baik. Namun, di sebalik semangat yang diraikan saban tahun itu, wajar direnungkan sama ada makna hijrah benar-benar difahami atau hanya diulang sebagai istilah yang semakin hilang roh dalam kehidupan seharian.<\/p>\n","protected":false},"author":91,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[225],"tags":[],"class_list":["post-82132","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-article","category-225","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/82132","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/91"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=82132"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/82132\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":82133,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/82132\/revisions\/82133"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=82132"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=82132"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=82132"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}