{"id":82139,"date":"2026-06-21T00:15:53","date_gmt":"2026-06-21T00:15:53","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/?p=82139"},"modified":"2026-06-21T00:15:55","modified_gmt":"2026-06-21T00:15:55","slug":"hijrahkematian-dan-kiamat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/hijrahkematian-dan-kiamat\/","title":{"rendered":"Hijrah,Kematian dan Kiamat"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam takwim yang rasmi diterima pakai di Malaysia, 17 Jun 2026 Miladi serentak dengan 1 Muharram 1448 Hijriah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebagaimana tahun-tahun terdahulu, Kerajaan Malaysia semasa terus menobatkan tanggal tersebut sebagai Maal Hijrah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tarikh itu tiba tatkala gendang pertarungan pilihanraya di dua negeri di Semenanjung telah dipalu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perlumbaan segelintir manusia mengejar kuasa yang sebenarnya tidak pernah reda juga semakin terasa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Terlepas daripada semua itu, memang sudah menjadi kelaziman dalam pengalaman insan untuk meraikan tahun baharu dengan semangat dan harapan yang baharu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pertukaran waktu, bersilih ganti, dalam kesedaran kebanyakan insan ditanggapi sebagai pergerakan maju ke hadapan, biar apapun bentuk keadaan yang mendatang itu, baik atau buruk.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun, Islam sebagai agama yang menyedarkan insan daripada kealpaan turut mengingatkan kita akan sisi lain pada perubahan masa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kemajuan pada peringkat orang perseorangan itu sebenarnya menuju kematian, manakala pergerakan masa keseluruhannya akan berakhir dengan kiamat, kedua-duanya laluan kepada wujud yang lebih kekal.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kedua-dua itu sesungguhnya sisi pelengkap bagi pergerakan masa yang kita semua alami tanpa henti di dunia ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebagaimana hakikat yang satu bersisi dua, kematian turut memiliki dua sisi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dari satu segi, kematian bukan sahaja meragut kelalaian kita tetapi juga, seperti yang diingatkan oleh Baginda Nabi SAW, menjadi penghapus kepada keseronokan kita mengecapi beraneka kesedapan hidup duniawi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Malah, menurut para alim-ulama silam, kematian itu sendiri sesungguhnya kiamat kecil (<em>qiyamah sughra<\/em>) yang bukan sahaja pasti tetapi juga sangat dekat dengan setiap diri insan, waima yang dicuba dengan kelanjutan usia atau yang diulit rasa pemuda bahawa masa masih ada; yang dalam landaan kesakitan atau yang sedang tenggelam dalam kesihatan; yang tengah bersabar mengharungi kesusahan atau yang sedang teruja dengan limpahan kesenangan!<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jelas benar pesanan Ilahi lewat firman-Nya: \u201cTiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.\u201d (Surah al-Anbiya\u2019 (21): 35)<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada sisi yang lain, kematian berperanan mengalihkan tumpuan kesedaran kita kepada Akhirat dan Allah sebagai <em>Al-Akhir<\/em>.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Allah terlalu karib dengan diri insan dan sesungguhnya Dia-lah tujuan insan perseorangan yang benar dalam keimanannya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Akhirat, meskipun kelihatan jauh, pada hakikatnya sangat hampir dengan diri kita disebabkan kematian sebagai gapura akhirat itu sebetulnya pasti dan dapat tiba-tiba menerpa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Insan yang berterusan sedar akan erti sebenar di sebalik pertukaran masa, serentak dengan setiap hirupan udara dan hembusan nafasnya, tidak mungkin ingin mensia-siakan hidupnya, lebih-lebih lagi yang masih tersisa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagi insan yang memiliki kesedaran sedemikian, biar apapun keadaan dan bentuk wujud yang Allah tentukan baginya dalam kehidupan duniawi, tiada pilihan bagi meneruskan kehidupannya itu selain berbuat baik dan menjauhi kejahatan, dalam niatnya, dalam pertuturannya, dalam tindakannya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Keadaan wujud yang sedemikian itu barangkali mengambil bentuk petugas kesihatan yang gigih menguruskan pesakit miskin yang tiada berkemampuan untuk membiayai kos rawatannya; seorang guru pada pelbagai tahap pendidikan yang berdepan cabaran dan masalah dalam pemupukan peribadi para pelajar yang rencam latar belakang; seorang pekerja, tidak kira pada peringkat atas atau bawah perkhidmatan, yang berhempas pulas mengusahakan sesuatu demi sambungan kontrak kerjanya; seorang anggota tentera siber yang bertungkus lumus membuat liputan dan kandungan media dengan ketetapan dan misi tertentu oleh atasannya; seorang calon yang giat berkempen di lapangan untuk menampilkan dirinya sebagai wakil rakyat yang layak dalam pilihanraya negeri; dan yang lain-lain seumpama itu semua.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Demikianlah semangat dan harapan yang sewajarnya segar bugar dalam diri kita kerana hijrah sebenar bukan sekali setahun pada awal Muharram, tetapi berlangsung pada setiap detik dalam perjalanan hidup kita, menuju ajal masing-masing.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kematian itu kiamat diri,<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">gerbang Wujud Ukhrawi;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Itulah sari makna Hijri,<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">agar hidup kekal bererti!<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dalam takwim yang rasmi diterima pakai di Malaysia, 17 Jun 2026 Miladi serentak dengan 1 Muharram 1448 Hijriah.<\/p>\n<p>Sebagaimana tahun-tahun terdahulu, Kerajaan Malaysia semasa terus menobatkan tanggal tersebut sebagai Maal Hijrah.<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[225],"tags":[],"class_list":["post-82139","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-article","category-225","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/82139","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=82139"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/82139\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":82140,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/82139\/revisions\/82140"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=82139"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=82139"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=82139"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}