{"id":82161,"date":"2026-06-28T01:38:21","date_gmt":"2026-06-28T01:38:21","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/?p=82161"},"modified":"2026-06-28T01:38:24","modified_gmt":"2026-06-28T01:38:24","slug":"mencari-makna-di-sebalik-ujian","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/mencari-makna-di-sebalik-ujian\/","title":{"rendered":"Mencari Makna di Sebalik Ujian"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Setiap hari kita ditimpa ujian. Ada yang diuji sesat dalam hutan belantara; ada yang diuji kehilangan anggota keluarga yang tersayang dalam kemalangan jalanraya dan pelbagai lagi bentuk ujian yang menimpa kita. Di tengah-tengah kota raya yang sibuk dengan manusia berlumba-lumba mencari rezeki sehingga ada dalam kalangan mereka yang rakus dan leka mengejar keduniaan sehingga lupa bahawa dunia ini hanyalah persinggahan sementara sahaja, iaitu tempat untuk kita diuji.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apa yang menariknya ialah wujudnya sebuah khazanah perpustakaan yang menyimpan buku-buku penting yang dapat mengubat hati manusia yang diuji dan leka.&nbsp; Perpustakaan Tun Ahmad Sarji (PTAS), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di Jalan Tuanku Abdul Halim (dulu Jalan Duta) menyimpan lebih 2,000 naskhah dalam Koleksi Khas Etika, merangkumi bahan dalam bahasa Melayu, Arab, dan Inggeris\u2014sebuah khazanah intelektual yang merentasi zaman dan sempadan bahasa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam arus kehidupan moden yang serba pantas dan penuh tekanan, manusia sering berhadapan dengan pelbagai ujian\u2014ramai yang tertanya-tanya: apakah hikmah di sebalik semua ini, dan bagaimanakah caranya untuk kekal tenang serta tabah?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di perpustakaan PTAS ini, antara ribuan karya yang ada, wujud sebuah risalah kecil ringkas yang sangat bermanfaat buat masa ini berjudul <em>&nbsp;Al-Fitan wa al-Bal\u0101y\u0101 wa al-Mi\u1e25an wa al-Raz\u0101y\u0101<\/em> (<em>aw fawaid al-balwa<\/em>) karangan Sul\u1e6d\u0101n al-\u02bfUlama\u02be al-\u02bfIzz ibn \u02bfAbd al-Sal\u0101m, seorang ulama besar abad ke-7 Hijrah. Karya ini jika diterjemahkan secara harfiah membawa maksud \u201cFaedah-Faedah Ujian dan Musibah\u201d<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menyedari kepentingan karya ini untuk masyarakat moden yang bergelumang dengan pelbagai ujian dan musibah sehingga kadar membunuh diri, kemurungan, tekanan emosi semakin meningkat dalam masyarakat kita, penulis telah memberanikan diri&nbsp; menterjemahkan karya ini&nbsp; dengan judul <em>Trials and Tribulations in Islam: An Annotated Translation of Al-Izz\u2019s Al-Fitan wa al-Bal\u0101y\u0101 wa al-Mi\u1e25an wa al-Raz\u0101y\u0101, <\/em>&nbsp;yang baru dilancarkan pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026. Ia menawarkan jawapan terhadap ujian yang bersandarkan hikmah ulama silam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Usaha menterjemahkan kitab ini bukan sekadar projek akademik semata-mata. Ia lahir daripada pengalaman peribadi penulisnya sendiri yang pernah diuji dengan jangkitan COVID-19 varian Delta pembunuh yang ganas pada tahun 2021\u2014sehingga terlantar dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) buat beberapa ketika. Menyedari betapa rapuhnya manusia di hadapan takdir Ilahi, penulis terdorong untuk berkongsi panduan rohani ini dengan masyarakat yang lebih luas, terutamanya mereka yang masih bergelut dengan trauma pasca-pandemik. Setiap musibah itu ada hikmahnya dan bukan &nbsp;kerana Allah ingin menyusahkan kehidupan kita.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>17 Hikmah di Sebalik Musibah<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di sinilah Sultan al-Ulama&nbsp; meneliti pelbagai ayat-ayat al-Qur\u2019an dan Hadis sehingga merumuskan&nbsp; bahawa tidak kurang daripada 17 faedah atau hikmah di sebalik setiap kali sesuatu musibah itu menimpa manusia. Al-\u02bfIzz ibn \u02bfAbd al-Sal\u0101m menghuraikan bahawa dunia ini pada hakikatnya adalah &#8220;<em>d\u0101r al-bal\u0101&#8217; wa al-imti\u1e25an<\/em>&#8220;\u2014negeri ujian. Kebiasaan yang sering didengari dalam masyarakat kita apabila seseorang ditimpa musibah ialah \u201cini petanda Allah ingin menghapuskan dosanya (<em>kaffarah<\/em>)\u201d; atau musibah ini untuk mengangkat darjatnya. Ini hanyalah dua hikmah daripada 17 hikmah yang diperincikan dalam buku ini termasuklah: menginsafi kebesaran Allah sebagai Pentadbir alam semesta, menyedari kehinaan dan kelemahan diri sebagai hamba, mengikhlaskan hati kepada-Nya ketika tiada tempat lain untuk bergantung, serta musibah sebagai penyuci dosa (<em>kaffarah<\/em>) itu\u2014di mana setiap kesakitan, hatta tertusuk duri sekalipun, dapat menghapuskan dosa bagi orang yang beriman.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Ujian atau Hukuman?<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam kalangan masyarakat kita juga berdebat adakah sesuatu itu ujian atau bala (dalam erti hukuman atau <em>uqubah<\/em>) setiap kali sesuatu musibah itu menimpa? Ramai dalam masyarakat yang masih keliru dengan kedua-dua istilah ini, lalu menganggap bahawa setiap musibah adalah tanda kemurkaan Allah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sultan al-Ulama menjelaskan bahawa perbezaan antara keduanya bukan terletak pada bentuk atau jenis musibah, tetapi pada bagaimana seseorang itu menerimanya. Jika musibah disambut dengan sabar, keinsafan, dan ketenangan, ia adalah ujian yang mengangkat darjat dan menghapuskan dosa. Sebaliknya, jika ia disambut dengan kemarahan, putus asa, dan rungutan yang berterusan, ia boleh menjadi petanda kemurkaan Allah. Syeikh Abdul Qadir al-Jilani &nbsp;menyenaraikan tanda-tanda perbezaan antara ujian dan bala: hilangnya sifat sabar dan kerap mengadu kepada orang lain itu menunjukkan tanda hukuman atau bala; &nbsp;manakala wujudnya redha, ketenangan, dan kedamaian hati adalah tanda ujian yang mengangkat darjat seseorang di sisi Allah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Ketenangan Itu Bersandar Akal<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Satu lagi konsep menarik yang diketengahkan ialah kaitan antara ketenangan (<em>\u1e25ilm<\/em>) dan penggunaan akal. Orang yang benar-benar tenang adalah mereka yang mampu menggunakan akal untuk mengawal diri ketika badai musibah melanda\u2014bukan mereka yang sekadar berpura-pura tenang di permukaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hal ini dicontohkan melalui sirah Nabi Muhammad SAW yang kekal tenang dan pemaaf walaupun dihina, dibaling batu di Taif, malah diancam oleh musuh-musuh Islam. Baginda tidak pernah berdendam demi kepentingan peribadi, sebaliknya hanya bertindak apabila kemuliaan agama Allah yang dipijak-pijak. Teladan ini menjadi paksi kepada huraian tentang bagaimana kesabaran sejati itu dibuktikan bukan dengan kata-kata, tetapi dengan tindakan yang bermartabat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagi individu yang sedang mencari kekuatan dalam menghadapi cabaran hidup, karya <em>Trials and Tribulations in Islam<\/em> ini menawarkan lebih daripada sekadar bacaan akademik\u2014ia adalah teman bicara di saat sendirian, dan pelita di saat kegelapan. Seperti yang dinyatakan oleh al-\u02bfIzz ibn \u02bfAbd al-Sal\u0101m, musibah itu umpama ubat yang pahit: sukar ditelan, namun menyembuhkan jiwa yang mengenal Penciptanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Buku <em>Trials and Tribulations in Islam: An Annotated Translation<\/em> oleh Dr. Nik Roskiman Abdul Samad kini boleh didapati di Perpustakaan Tun Ahmad Sarji (PTAS), IKIM, Kuala Lumpur, serta turut boleh dibeli melalui laman web IKIM Niaga.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Setiap hari kita ditimpa ujian. Ada yang diuji sesat dalam hutan belantara; ada yang diuji kehilangan anggota keluarga yang tersayang dalam kemalangan jalanraya dan pelbagai lagi bentuk ujian yang menimpa kita. Di tengah-tengah kota raya yang sibuk dengan manusia berlumba-lumba mencari rezeki sehingga ada dalam kalangan mereka yang rakus dan leka mengejar keduniaan sehingga lupa bahawa dunia ini hanyalah persinggahan sementara sahaja, iaitu tempat untuk kita diuji.<\/p>\n","protected":false},"author":31,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[225],"tags":[],"class_list":["post-82161","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-article","category-225","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/82161","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/31"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=82161"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/82161\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":82162,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/82161\/revisions\/82162"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=82161"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=82161"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=82161"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}