{"id":82225,"date":"2026-07-17T08:32:45","date_gmt":"2026-07-17T08:32:45","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/?p=82225"},"modified":"2026-07-17T08:32:47","modified_gmt":"2026-07-17T08:32:47","slug":"data-kita-untung-siapa-fiqh-harta-dalam-era-algoritma","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/data-kita-untung-siapa-fiqh-harta-dalam-era-algoritma\/","title":{"rendered":"Data Kita, Untung Siapa? Fiqh Harta Dalam Era Algoritma"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Setiap hari, kita menyerahkan cebisan diri tanpa disedari. Pertanyaan carian, sejarah pembelian, jejak lokasi, video yang dijedakan, hantaran yang disukai, sehinggalah tatalan media sosial pada larut malam. Semua jejak mikro ini dikumpul, diproses dan ditukar menjadi nilai komersial yang besar. Platform teknologi tidak lagi sekadar menjual produk kepada pengguna; mereka memperdagangkan profil pengguna itu sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Besarnya perdagangan ini bukan andaian. Meta melaporkan hasil USD201 bilion pada 2025, dan kira-kira 97 peratus daripadanya datang daripada pengiklanan, iaitu daripada data dan perhatian penggunanya. Tiga gergasi teknologi sahaja, Google, Meta dan Amazon, menguasai lebih 62 peratus perbelanjaan iklan digital dunia. Lebih menarik, Meta memperoleh lebih sebelas kali ganda hasil bagi setiap pengguna di Amerika Syarikat berbanding rantau lain dunia, termasuk kita. Ertinya jelas: dalam ekonomi ini, tingkah laku manusia telah menjadi sumber kekayaan baharu, dan data kita antara bekalan yang paling murah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Fenomena ini menimbulkan persoalan mendesak bagi kewangan Islam dan tadbir urus Syariah: adakah data peribadi dan hasil pemprofilan algoritma boleh dianggap sebagai harta (<em>m\u0101l<\/em>) yang sah di sisi Syarak?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Konsep <em>m\u0101l<\/em> dalam fiqh klasik memerlukan <em>tamawwul<\/em>, iaitu bernilai dari segi harta, dan <em>taqawwum<\/em>, iaitu nilai yang diiktiraf Syarak. Di bawah doktrin Hanafi, <em>m\u0101l<\/em> klasik mengandaikan objek yang mempunyai sempadan jelas, sama ada ketara atau tidak ketara. Data peribadi pula bersifat abstrak, dituai secara berterusan, dan ditransformasikan secara dinamik oleh algoritma kecerdasan buatan. Pengguna pula memegang peranan bertindih serentak: sumber asli data, subjek analisis, produk komersial, dan penerima manfaat perkhidmatan digital.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Meskipun aktiviti mengkomersialkan maklumat mempunyai persamaan dengan pola kontrak klasik seperti <em>bay&#8217; al-ma&#8217;lum\u0101t<\/em>, <em>ij\u0101rah al-manafi&#8217; <\/em>atau <em>wak\u0101lah bil ujr<\/em>, pengewangan algoritma moden melangkah jauh lebih ekstrem. Platform membina model ramalan psikografik dan menjual akses sasar tanpa kefahaman telus atau persetujuan mutlak daripada pengguna. Mazhab Shafi&#8217;i yang menekankan kejelasan kontrak dalam <em>majlis al-aqd<\/em> akan melihat penuaian data retrospektif ini sebagai bermasalah. Atas ketidakpastian ini, status hukum pengewangan data buat masa ini wajar diklasifikasikan sebagai syubhah, sehinggalah strukturnya diperiksa menerusi ijtihad baharu bersandarkan <em>maqasid al-Shariah<\/em>, bukan sekadar meluaskan pendekatan <em>qiyas<\/em> klasik.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beberapa kaedah fiqh memperjelaskan pendirian ini. Pertama, sesuatu kontrak dinilai berdasarkan intipati dan kesan ekonominya yang sebenar, bukan labelnya (<em>al-&#8216;ibratu fi al-&#8216;uqud li al-maqasid la li al-alfaz<\/em>). Menamakan sesuatu skim sebagai &#8220;kerjasama data&#8221; atau &#8220;ganjaran kesetiaan&#8221; tidak menjadikannya patuh Syariah jika realitinya berlaku pengekstrakan nilai secara tidak adil. Kedua, keuntungan mesti seiring dengan tanggungan risiko (<em>al-ghunm bi al-ghurm<\/em>). Aturan yang memaksimumkan hasil platform sambil memindahkan semua risiko kebocoran dan manipulasi kepada pengguna menghampiri pengayaan tanpa asas (<em>akl al-mal bil batil<\/em>) yang dilarang keras dalam Surah al-Nisa&#8217;, ayat 29. Ketiga, kemudaratan mesti dihilangkan (<em>al-darar yuzal<\/em>): apabila algoritma menghasilkan harga diskriminatif, penafian kredit yang tidak adil, atau eksploitasi psikologi golongan rentan, tadbir urus Syariah wajib bertindak.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Penilaian ini juga mesti meneliti impak makro terhadap <em>maqasid<\/em>. Pemeliharaan harta (<em>hifz al-mal<\/em>) menuntut nilai kekayaan digital rakyat tidak diekstrak senyap tanpa pampasan saksama. Pemeliharaan akal (<em>hifz al-&#8216;aql<\/em>) menuntut algoritma pemprofilan tidak digunakan untuk memanipulasi pemikiran atau melemahkan keupayaan membuat keputusan moral secara merdeka. Pemeliharaan maruah (<em>hifz al-&#8216;ird<\/em>) pula mengingatkan bahawa privasi dalam Islam berkait rapat dengan kehormatan diri; data peribadi tidak boleh dieksploitasi untuk mendedahkan aib atau mengawal individu secara tidak sah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di sinilah butang &#8220;Saya bersetuju&#8221; perlu dinilai semula. Mengklik selepas menatal terma sekadar memenuhi rukun teknikal sivil, tetapi belum tentu memenuhi syarat redha yang menjadi paksi muamalat. Keizinan data yang patuh Syariah mestilah termaklum, iaitu pengguna faham jenis data yang diambil dan cara pemprosesannya; khusus, bukan keizinan borong untuk semua fungsi masa hadapan yang tidak diketahui; dan boleh ditarik balik pada bila-bila masa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Malaysia sebenarnya sedang bergerak ke arah ini. Akta Perlindungan Data Peribadi (Pindaan) 2024 menaikkan hukuman denda daripada RM300,000 kepada RM1 juta atau penjara sehingga tiga tahun, mewajibkan pelantikan Pegawai Perlindungan Data, pemberitahuan insiden pelanggaran data, serta memperkenalkan hak kemudahalihan data. Latar belakangnya membimbangkan: lebih 5,000 aduan penyalahgunaan data diterima sejak 2016, manakala Pusat Respons Scam Kebangsaan mencatatkan 34,497 kes penipuan dalam talian dengan kerugian RM1.218 bilion pada 2023 sahaja, sebahagiannya berpunca daripada kebocoran data peribadi. Dari kaca mata Syariah, kerangka perundangan sebegini boleh diserap sebagai adat yang mengikat (<em>al-adah muhakkamah<\/em>) selagi tidak bercanggah dengan nas, kerana data peribadi bukan bahan tanpa pemilik yang boleh dituai sesuka hati; subjek data ialah pemegang hak utama.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagi institusi kewangan Islam dan pengusaha platform digital, strategi &#8220;lancar produk dahulu, cari justifikasi Syariah kemudian&#8221; ialah pendekatan yang salah. Tadbir urus muamalat digital menuntut dua tonggak. Pertama, ketelusan hasil dan agihan nilai: model perniagaan wajib menzahirkan rantaian nilai komersial daripada hasil algoritma, dan struktur seperti <em>wak\u0101lah bil ujr<\/em> atau perkongsian berasaskan <em>mud\u0101rabah<\/em> boleh dipertimbangkan agar untung dan risiko diagih secara simetri. Kedua, audit kebolehjelasan algoritma: penasihat Syariah tidak boleh lagi sekadar menyemak dokumen kontrak, tetapi perlu bekerjasama dengan pakar teknologi untuk mengaudit sistem bagi memastikan algoritma harga dan kelayakan kredit bebas daripada manipulasi tersembunyi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sehingga kini belum wujud ijma&#8217; yang mengikat di peringkat global mengenai pengewangan data. Standard antarabangsa sedia ada seperti AAOIFI hanya memberikan panduan separa. Sebarang produk kewangan digital yang melibatkan elemen ini wajib dirujuk kepada lembaga Syariah yang mempunyai kepakaran <em>hibrid<\/em> dalam fiqh muamalat dan ekonomi digital. Masa depan kewangan Islam tidak akan dinilai semata-mata daripada keupayaannya mengelakkan riba. Ia akan diuji berdasarkan bagaimana ia memelihara keadilan dan maruah manusia dalam era transformasi digital. Jika data telah diiktiraf sebagai kekayaan, maka etika pengurusan harta dalam Islam wajib mengiringinya. Inovasi teknologi tidak pernah menghalalkan maruah manusia dijadikan harga tersembunyi bagi sebuah keuntungan. Ijtihad moden yang sebenar bukan sekadar menjawab sama ada data boleh dijual atau tidak, tetapi memastikan seluruh ekosistem pengewangan data berjalan secara jujur, adil dan telus.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Setiap hari, kita menyerahkan cebisan diri tanpa disedari. Pertanyaan carian, sejarah pembelian, jejak lokasi, video yang dijedakan, hantaran yang disukai, sehinggalah tatalan media sosial pada larut malam. Semua jejak mikro ini dikumpul, diproses dan ditukar menjadi nilai komersial yang besar. Platform teknologi tidak lagi sekadar menjual produk kepada pengguna; mereka memperdagangkan profil pengguna itu sendiri.<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[225],"tags":[],"class_list":["post-82225","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-article","category-225","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/82225","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=82225"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/82225\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":82226,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/82225\/revisions\/82226"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=82225"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=82225"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=82225"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}