Warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi jawatan di Institut Kefahaman Islam Malaysia sebuah Syarikat Awam Berhad menurut jaminan (Company Limited by Guarantee) seperti yang berikut:
1.1 | (a) Jawatan: Felow gred DQ12 (1 kekosongan) | |
(b) Kumpulan: Pengurusan dan Profesional | ||
(c) Taraf Jawatan: Tetap (Tempoh percubaan satu (1) hingga maksimum tiga (3) tahun) | ||
(d) Penempatan: Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan (EMAS) – Pendidikan Islam | ||
1.2 |
Gaji Pokok: Felow DQ12 Gaji Minimum: RM5,877.00 Gaji Maksimum: RM14,084.00 Kenaikan Gaji Tahunan: RM270.00 |
|
1.3 | (a) Elaun (i) Imbuhan Tetap Keraian: RM600.00 (ii) Imbuhan Tetap Perumahan (ITP): RM700.00 (iii) Imbuhan Sara Hidup: RM300.00 |
|
1.4 | Syarat Lantikan: | Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman seperti berikut: |
(a) Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang daripada 30 tahun (kecuali kes kecemerlangan istimewa) pada tarikh tutup iklan jawatan;
(b) Berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Pendidikan Islam atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh IKIM daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan mempunyai pengalaman penyelidikan tidak kurang daripada enam (6) tahun di Institusi Pengajian Tinggi atau Institusi Penyelidikan di sektor awam dan swasta;atau (Gaji permulaan ialah pada Gred DQ12: RM5,877.00) (c) Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pendidikan Islam atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh IKIM daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan mempunyai pengalaman penyelidikan tidak kurang daripada dua (2) tahun di Institusi Pengajian Tinggi atau Institusi Penyelidikan di sektor awam dan swasta; (Gaji permulaan ialah pada Gred DQ12: RM6,253.00) (d) Telah menghasilkan kajian yang bernas dan bermutu tinggi dalam bidang berkaitan dan yang sesuai; (e) Kepujian Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C termasuk lulus Ujian Lisan), pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia SPM)/Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; (f) Penguasaan Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris yang baik akan diberi keutamaan. |
||
1.5
|
Bidang Tugas:
|
(a) Mencadangkan projek penyelidikan yang berkaitan dengan bidang pengkhususan untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Pusat, dan seterusnya Mesyuarat Akademik.
(b) Melaksanakan projek penyelidikan yang telah ditentukan dan diluluskan oleh Mesyuarat Pengurusan. (c) Membantu Pengarah Pusat dan pegawai-pegawai yang lebih kanan dalam menjalankan sesuatu tugasan apabila diminta berbuat demikian. (d) Menyelia dan menyelaraskan kerja-kerja penyelidik apabila diminta berbuat demikian. (e) Menyiapkan kertas konsep seminar atau kertas-kertas yang berkenaan dengannya seperti teks ucapan, laporan dan rumusan dan lain-lain dalam tema dan bidang yang tertentu. (f) Menyelaras seminar muzakarah pakar/bengkel/forum/syarahan umum dan aktiviti lain yang mempunyai kaitan dengan projek dan program yang sedang dijalankan. (g) Pegawai perlu menjadi salah seorang pembentang dalam seminar yang diselaraskan sekiranya ia sesuai dengan bidang/kepakaran masing-masing, tertakluk kepada kelulusan pengurusan tertinggi. (h) Mengumpul kertas-kertas dari seminar/program kerja di atas untuk diselaraskan sebagai asas kepada penerbitan buku prosiding program IKIM. (i) Menjalankan kerja-kerja penilaian dan penyuntingan buku/jurnal/majalah terbitan IKIM dalam bidang pengkhususan tertentu. Kerja-kerja penyuntingan ini hanya melibatkan kesahihan fakta sahaja. (j) Membentang kertas kerja/memberi ceramah/mengisi siaran media (media appearance) anjuran IKIM atau pun organisasi luar. (k) Menulis rencana untuk akhbar dan laman web rasmi dalam bidang tertentu seperti yang ditugaskan oleh Ketua Pengarah. (l) Menulis makalah untuk jurnal TAFHIM terbitan IKIM seperti yang ditugaskan oleh Ketua Pengarah. (m) Mengisi penyampaian slot-slot radio IKIMfm selaras dengan penjadualan. (n) Tugas- tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. |
1.6
|
Cara dan Syarat Pemohonan:
|
(a) Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan beserta keterangan peribadi yang lengkap(resume/ curriculum vitae) mengenai kelayakan dan pengalaman, salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir, nombor telefon untuk dihubungi dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada:
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) (b) Salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir hendaklah disahkan terlebih dahulu. (c) Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di penjuru kiri sampul surat. (d) Permohonan hendaklah melalui pos atau serahan tangan sahaja ke IKIM sebelum atau selewat-lewatnya pada 1 April 2025 jam 4.30 petang. (e) Permohonan yang tidak dilengkapi dengan dokumen-dokumen yang diperlukan tidak akan diproses. |
1.7 Calon-calon yang melepasi tapisan dan terpilih sahaja akan dipanggil temu duga. Permohonan calon dikira GAGAL sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas daripada IKIM tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup.