Warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi jawatan di Institut Kefahaman Islam Malaysia sebuah Syarikat Awam Berhad menurut jaminan (Company Limited by Guarantee) seperti yang berikut:
1.1 | (a) Jawatan: Felow gred DQ12 (1 kekosongan) | |
(b) Kumpulan: Pengurusan dan Profesional | ||
(c) Taraf Jawatan: Tetap (Tempoh percubaan satu (1) hingga maksimum tiga (3) tahun) | ||
(d) Penempatan: Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik (Pusat SYARAK) – Akidah, Perbandingan Agama dan Keharmonian | ||
1.2 |
Gaji Pokok
Felow DQ12 |
|
1.3 | (a) Elaun: (i) Imbuhan Tetap Keraian: RM600.00 (ii) Imbuhan Tetap Perumahan (ITP): RM700.00 (iii) Imbuhan Sara Hidup: RM300.00 |
|
1.4 | Syarat Lantikan | Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman seperti berikut: |
(a) Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang daripada 30 tahun (kecuali kes kecemerlangan istimewa) pada tarikh tutup iklan jawatan;
(b) Berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Akidah, Perbandingan Agama dan Keharmonian atau berkaitan yang diiktiraf oleh IKIM daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan mempunyai pengalaman penyelidikan tidak kurang daripada enam (6) tahun di Institusi Pengajian Tinggi atau Institusi Penyelidikan di sektor awam dan swasta;atau (Gaji permulaan ialah pada Gred DQ12: RM5,877.00) (c) Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Akidah, Perbandingan Agama dan Keharmonian atau berkaitan yang diiktiraf oleh IKIM daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan mempunyai pengalaman penyelidikan tidak kurang daripada dua (2) tahun di Institusi Pengajian Tinggi atau Institusi Penyelidikan di sektor awam dan swasta; (Gaji permulaan ialah pada Gred DQ12: RM6,253.00) (d) Telah menghasilkan kajian yang bernas dan bermutu tinggi dalam bidang berkaitan dan yang sesuai; (e) Kepujian Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C termasuk lulus Ujian Lisan), pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia SPM)/Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; (f) Penguasaan Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris yang baik adalah suatu kelebihan dan akan diberi keutamaan. |
||
1.5
|
Bidang Tugas
|
(a) Mencadangkan projek penyelidikan yang berkaitan dengan bidang pengkhususan untuk dibentangkan di dalam Mesyuarat Pusat.
(b) Melaksanakan projek penyelidikan yang telah ditentukan dan diluluskan oleh Mesyuarat Pengurusan. (c) Menyiapkan kertas seminar atau kertas-kertas yang berkenaan dengannya dalam tema dan bidang yang tertentu. (d) Menyelia dan menyelaraskan kerja-kerja penyelidik apabila diminta berbuat demikian. (e) Membantu Pengarah Pusat dan pegawai-pegawai yang lebih kanan dalam menjalankan sesuatu tugasan apabila diminta berbuat demikian. (f) Menyelaras seminar/forum/syarahan umum dan aktiviti lain yang mempunyai kaitan dengan projek dan program yang sedang dijalankan. (g) Mengumpul kertas-kertas dari seminar/program kerja di atas untuk diselaraskan sebagai asas kepada penerbitan buku !KIM. (h) Menjalankan kerja-kerja penyuntingan buku/majalah/jurnal terbitan IKIM dalam bidang pengkhususan tertentu. Kerja-kerja penyuntingan ini hanya melibatkan kesahihan fakta sahaja. (i) Membentang kertas kerja/memberi ceramah/’media appearance’ anjuran !KIM atau pun organisasi luar. (j) Menulis artikel untuk akhbar dalam bidang tertentu seperti yang diarahkan oleh Ketua Pengarah. (k) Penyertaan dalam Jawatankuasa. Menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa yang ditetapkan dan ditubuhkan oleh IKIM: (l) Jawatankuasa Pengurusan IKIM (m) Jawatankuasa Pengisian dan Pelaksanaan Program Radio IKIM (n) Jawatankuasa Akademik IKIM (o) Pegawai perlu menjadi salah seorang pembentang dalam seminar yang diselaraskan sekiranya ia sesuai dengan bidang/kepakaran masing-masing, tertakluk kepada kelulusan pengurusan tertinggi. (p) Tugas- tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. |
1.6
|
Cara dan Syarat Pemohonan
|
(a) Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan beserta keterangan peribadi yang lengkap(resume/ curriculum vitae) mengenai kelayakan dan pengalaman, salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir, nombor telefon untuk dihubungi dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada:
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) (b) Salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir hendaklah disahkan terlebih dahulu. (c) Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di penjuru kiri sampul surat. (d) Permohonan hendaklah melalui pos atau serahan tangan sahaja ke IKIM sebelum atau selewat-lewatnya pada 1 April 2025 jam 4.30 petang. (e) Permohonan yang tidak dilengkapi dengan dokumen-dokumen yang diperlukan tidak akan diproses. |
1.7 Calon-calon yang melepasi tapisan dan terpilih sahaja akan dipanggil temu duga. Permohonan calon dikira GAGAL sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas daripada IKIM tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup.