Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Institut Kefahaman Islam Malaysia sebuah Syarikat Awam Berhad menurut jaminan (Company Limited by Guarantee) seperti berikut:
1.1
|
(a) Jawatan
|
Pembantu Teknik Penyiaran Gred 29
(Nota: Jawatan ini setaraf dengan Gred 29 dalam Skim Perkhidmatan bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan di bawah Sistem Saraan Malaysia) |
(b) Kumpulan | Pelaksana | |
(c) Taraf Jawatan | Kontrak satu (1) tahun hingga tiga (3) tahun. (Penyambungan kontrak tertakluk kepada prestasi dan syarat-syarat yang ditetapkan.) | |
1.2
|
Jadual Gaji
|
Minimum RM2,092.00 Maksimum RM5,830.00 Kenaikan gaji tahunan RM145.00 (Tawaran gaji permulaan adalah berdasarkan gaji sekarang, kelayakan dan pengalaman) |
1.3 | Elaun | |
(a) Khas RM160.00 | ||
(b) Perumahan RM300.00 | ||
(c) Bantuan Sara Hidup RM350.00 | ||
1.4 | Syarat Lantikan | (a) Terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 23 tahun (kecuali kes kecemerlangan istimewa) pada tarikh tutup iklan jawatan;
(b) Mempunyai Diploma dalam bidang Komunikasi/Penyiaran/Filem atau Media yang diiktiraf oleh IKIM daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya, (c) Mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia (sekurang-kurangnya Gred C termasuk lulus Ujian Lisan), pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; (d) Kelebihan kepada calon yang mempunyai pengalaman tidak kurang daripada satu (1) tahun bagi pemegang Diploma. (e) Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai pengetahuan yang luas di dalam penyiaran tv/media dan filem; (f) Mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah (problem solving) dan berfikiran kritis dan kreatif; (g) Mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang penyiaran tv dan media;dan (h) Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai sahsiah diri yang baik, pengalaman bekerja yang sewajarnya. |
1.5
|
Antara Bidang Tugas & Tanggungjawab Utama
|
(a) Bertanggungjawab terhadap kawalan aspek-aspek teknikal sebelum dan semasa rakaman ataupun penerbitan sesuatu produk audio-visual seperti kawalan kamera, pencahayaan, audio dan lain-lain bagi menjayakan sesuatu rakaman ataupun penerbitan audio visual.
(b) Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas pasca produksi Audio Visual (Audio-Visual Post Production) suntingan, adunan dan lain-lain lagi bagi menghasilkan bahan rancangan yang mematuhi piawaan teknikal yang ditetapkan. (c) Membantu Penerbit Produksi di dalam operasi teknikal bagi sesuatu rakaman luar dan siaran langsung termasuklah di dalam ujian talian dengan memantau kekuatan dan kejelasan isyarat masuk dan keluar dan menyesuaikan peralatan seperti yang diperlukan untuk mengekalkan kualiti ‘siaran’ (streaming, upload, download). (d) Membantu melaksanakan dalam kerja-kerja teknikal produksi seperti rakaman, penyuntingan ‘mixing’ produksi audio bagi menghasilkan bahan rancangan yang akan disiarkan pada tahap kualiti penyiaran. (e) Melaksanakan kesemua kerja-kerja operasi teknikal bagi sesuatu rakaman luar dan siaran langsung dari mana-mana lokasi termasuklah dari persiapan teknikalnya seperti ujian talian siaran langsung. (f) Melaporkan kerosakan peralatan, melaksanakan penyelenggaraan dan pembaikan kecil dan memastikan semua peralatan dan perkakasan serta alat kelengkapan yang terlibat dalam rakaman dan penerbitan Audio Visual berada dalam keadaan baik. (g) Membantu Penerbit Produksi di dalam menyediakan bahan audio-visual dalam pita dan juga data samada disimpan di dalam arkib ataupun dimuat naik kepengkalan data bahan audio visual. (h) Membantu Penerbit Produksi di dalam memberikan khidmat sokongan teknikal kepada Unit Rancangan, Unit Multimedia dan Unit Pemasaran. (i) Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pegawai Atasan dari masa ke semasa. |
2.0.
|
Cara Permohonan
|
(a) Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan berserta keterangan peribadi dan latar belakang kerjaya diri yang lengkap (resume/curriculum vitae) mengenai kelayakan dan pengalaman, salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir, nombor telefon untuk dihubungi dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada:
Institut Kefahaman Islam Malaysia Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di bahagian atas sebeah kiri sampul. (b) Salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir hendaklah disahkan terlebih dahulu. (c) Permohonan hendaklah sampai ke UMIN sebelum atau selewat-lewatnya pada 3 Oktober 2023. (d) Permohonan yang tidak dilengkapi dengan dokumen-dokumen yang diperlukan tidak akan diproses. |
Calon-calon yang pernah menghantar permohonan bagi jawatan tersebut sebelum ini, TIDAK PERLU lagi menghantar permohonan baharu.
Calon-calon yang melepasi tapisan dan terpilih sahaja akan dipanggil temuduga. Permohonan calon dikira GAGAL sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas daripada IKIM tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup. |