• Tender/Sebutharga
  • Melayu
  • English
ikimikim
Hubungi Kami
T: 03-62046200 | F: 03-62014189
Waktu Operasi
Isnin - Jumaat 08:00 - 17:00
Emel
[email protected]
  • UTAMA
  • INFO KORPORAT
    • INFO KORPORAT
    • Perutusan Pengerusi
      • Perutusan Pengerusi
      • Pejabat Pengerusi
    • Maklumat Asas
      • Maklumat Asas
      • Pengenalan & Penubuhan
      • Dasar & Matlamat Kualiti
      • Fungsi, Visi, Misi & Nilai-nilai Bersama
      • Piagam Pelanggan
      • Logo
      • Carta Organisasi
      • Carta Fungsi
      • CV Pegawai Akademik
    • Lembaga Pengarah
    • Pengurusan Tertinggi
      • Pengurusan Tertinggi
      • Pejabat Ketua Pengarah
    • Pengurusan Kanan
    • Pejabat Ketua Pengarah
      • Pejabat Ketua Pengarah
      • Unit Editorial
      • Unit Perhubungan Korporat
      • Unit Perpustakaan PTAS
      • Penerbit IKIM
      • Unit Program & Latihan
      • Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU)
    • Pusat Akademik
      • Pusat Akademik
      • Pusat Kajian Ekonomi & Kemasyarakatan (EMAS)
      • Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang & Politik (SYARAK)
      • Pusat Kajian Sains & Alam Sekitar (KIAS)
    • Bahagian Pengurusan Kewangan & Pelaburan
    • Bahagian Khidmat Pengurusan
      • Bahagian Khidmat Pengurusan
      • Pejabat Pengarah (BKP)
      • Unit Pentadbiran & Perolehan (UPEN)
      • Unit Inovasi & Kualiti (UNIK)
      • Unit Teknikal & Prasarana (UTEP)
      • Unit Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (UTEK)
      • Unit Modal Insan (UMIN)
    • Radio IKIM
      • Radio IKIM
      • Unit Kejuruteraan Penyiaran
      • Unit Teknologi Digital (UTEL)
    • tvIKIM
    • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
      • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
      • Unit Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit
      • Unit Pemasaran & Promosi
    • Kerjaya
  • PERKHIDMATAN & PRODUK
    • PERKHIDMATAN & PRODUK
    • Program
    • Penerbitan & Produksi
      • Penerbitan & Produksi
      • Katalog Buku IKIM
      • Buku Terbitan IKIM
      • Produk Audio & Video
      • Koleksi Khas Etika
    • Perundingan
      • Perundingan
      • Khidmat Kepakaran Pegawai Akademik
    • Pengiklanan @ Radio IKIM
    • Pengiklanan @ TVIKIM
    • Pengiklanan @ Platform Digital
  • MEDIA
    • MEDIA
    • Senarai Penulis
    • Senarai Artikel
      • Senarai Artikel
      • Artikel
      • Berita Harian – Dr. Shamrahayu
      • Sinar Harian
      • The Star
      • Utusan Malaysia
      • New Straits Times
    • Buletin
      • Buletin
      • Berita Semasa
      • Buletin IKIM
    • Teks Ucapan
    • Kenyataan Media
    • Muat Turun
    • Video
      • Video
      • Video Korporat
      • Video tvIKIM
  • HUBUNGI
    • HUBUNGI
      • Hubungi

        Alamat :

        Institut Kefahaman Islam Malaysia
        No. 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim,
        50480 Kuala Lumpur, Malaysia

        No Tel :

        +603-62046200

        Emel :

        [email protected]

    Laman Web Rasmi: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Laman Web Rasmi: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
    • UTAMA
    • INFO KORPORAT
      • INFO KORPORAT
      • Perutusan Pengerusi
        • Perutusan Pengerusi
        • Pejabat Pengerusi
      • Maklumat Asas
        • Maklumat Asas
        • Pengenalan & Penubuhan
        • Dasar & Matlamat Kualiti
        • Fungsi, Visi, Misi & Nilai-nilai Bersama
        • Piagam Pelanggan
        • Logo
        • Carta Organisasi
        • Carta Fungsi
        • CV Pegawai Akademik
      • Lembaga Pengarah
      • Pengurusan Tertinggi
        • Pengurusan Tertinggi
        • Pejabat Ketua Pengarah
      • Pengurusan Kanan
      • Pejabat Ketua Pengarah
        • Pejabat Ketua Pengarah
        • Unit Editorial
        • Unit Perhubungan Korporat
        • Unit Perpustakaan PTAS
        • Penerbit IKIM
        • Unit Program & Latihan
        • Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU)
      • Pusat Akademik
        • Pusat Akademik
        • Pusat Kajian Ekonomi & Kemasyarakatan (EMAS)
        • Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang & Politik (SYARAK)
        • Pusat Kajian Sains & Alam Sekitar (KIAS)
      • Bahagian Pengurusan Kewangan & Pelaburan
      • Bahagian Khidmat Pengurusan
        • Bahagian Khidmat Pengurusan
        • Pejabat Pengarah (BKP)
        • Unit Pentadbiran & Perolehan (UPEN)
        • Unit Inovasi & Kualiti (UNIK)
        • Unit Teknikal & Prasarana (UTEP)
        • Unit Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (UTEK)
        • Unit Modal Insan (UMIN)
      • Radio IKIM
        • Radio IKIM
        • Unit Kejuruteraan Penyiaran
        • Unit Teknologi Digital (UTEL)
      • tvIKIM
      • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
        • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
        • Unit Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit
        • Unit Pemasaran & Promosi
      • Kerjaya
    • PERKHIDMATAN & PRODUK
      • PERKHIDMATAN & PRODUK
      • Program
      • Penerbitan & Produksi
        • Penerbitan & Produksi
        • Katalog Buku IKIM
        • Buku Terbitan IKIM
        • Produk Audio & Video
        • Koleksi Khas Etika
      • Perundingan
        • Perundingan
        • Khidmat Kepakaran Pegawai Akademik
      • Pengiklanan @ Radio IKIM
      • Pengiklanan @ TVIKIM
      • Pengiklanan @ Platform Digital
    • MEDIA
      • MEDIA
      • Senarai Penulis
      • Senarai Artikel
        • Senarai Artikel
        • Artikel
        • Berita Harian – Dr. Shamrahayu
        • Sinar Harian
        • The Star
        • Utusan Malaysia
        • New Straits Times
      • Buletin
        • Buletin
        • Berita Semasa
        • Buletin IKIM
      • Teks Ucapan
      • Kenyataan Media
      • Muat Turun
      • Video
        • Video
        • Video Korporat
        • Video tvIKIM
    • HUBUNGI
      • HUBUNGI
        • Hubungi

          Alamat :

          Institut Kefahaman Islam Malaysia
          No. 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim,
          50480 Kuala Lumpur, Malaysia

          No Tel :

          +603-62046200

          Emel :

          [email protected]

      Artikel

      CABARAN KEPADA ULAMAK MODEN

      • Dato' Dr Ismail Haji Ibrahim
      • 05/06/1996

      Jika ditinjau kembali sejarah nusantara dan alam Melayu, ternyata bahawa kedatangan Islam pada akhir abad ke-14 ke rantau ini telah berjaya mengubah wajah dan tradisi alam Melayu dari adat dan tradisi Hindu kepada satu pembangunan tamadun yang berasaskan tamadun Islam yang cemerlang.

      Secara umumnya Islam telah mencorakkan tamadun Melayu di dalam bidang-bidang yang berikut :-

      Bahasa Melayu mengalami perubahan struktur dan pengisian yang besar, satu keadaan yang mempengaruhi perkembangan budaya dan pemikiran orang-orang Melayu. Kegiatan ahli-ahli Sufi Islam telah memupuk budaya berfikir orang-orang Melayu secara logik dan saintifik.

      Islam meletakkan asas yang kukuh dalam mencorakkan undang-undang dan kerajaan. Dari awal-awal kedatangan Islam lagi, undang-undang syariah merupakan intipati undang-undang negara, atau sekurang-kurangnya autoriti undang-undang syariah merupakan sumber penting undang-undang negara. Naskhah-naskhah tulisan tangan tentang hal ini masih dapat dilihat dan dikaji sekarang ini.

      Institusi ekonomi dan aktiviti ekonomi juga merupakan sesuatu yang dilaksanakan berasaskan Quran, Sunnah dan tradisi Islam. Ajaran Islam tentang zakat dan waqaf mendidik para penganut Islam menjadi orang-orang yang mempunyai tanggungjawab sosial dan berorientasikan kebajikan.

      Sejarah membuktikan bahawa kesan dan pengaruh Islam amat positif terhadap Asia Tenggara sebelum zaman penjajahan Barat. Pembangunan ilmu dan intelek berkembang seiring dengan pembangunan ekonomi dan perniagaan. Terdapat orang-orang Melayu yang menjadi peniaga dan pelaut, dan dalam masa yang sama mereka berpegang teguh kepada amal ibadat dan nilai-nilai akhlak yang baik.

      Kekayaan dan kepelbagaian tamadun meletakkan Empayar Melaka sebagai sebuah bintang yang menerangi seluruh pelosok Tenggara Asia selama lebih dari seratus tahun, dan sekaligus memantulkan kemenangan dan kejayaan tamadun Islam dalam mencorakkan kehidupan Tenggara Asia. Dalam jangka masa yang tersebut juga, Melaka merupakan simbol keamanan dan kemakmuran sebagai sebuah jambatan yang menghubungkan Tenggara Asia dengan seluruh pelosok dunia. Budaya Melayu yang lemah lembut diperkuatkan lagi oleh ajaran Islam dalam bertolak ansur, sabar dan sebagainya.

      Jelas di sini bahawa Islam dan para ulamak Islam telah memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan tamadun Melayu pada zaman Empayar Melayu Melaka yang terkenal di dalam sejarah dunia pada waktu itu.

      Orang-orang Melayu sendiri ternyata telah menjadi umat yang bertamadun dan mempunyai nilai-nilai moral serta kemanusiaan yang baik kesan daripada ajaran islam yang dibawa oleh para pedagang dan pendakwah ketika itu.

      Kejatuhan Melaka pada tahun 1511 merupakan satu isyarat bagi kemalapan tamadun Islam di rantau ini. Penjajahan Portugis ke atas Melaka merupakan titik permulaan dominasi penjajahan ke atas Tenggara Asia untuk jangka masa kira-kira 450 tahun yang akan datang.

      Seperti penjajahan Portugis, maka penjajahan Belanda dan British yang datang kemudiannya juga banyak memusnahkan sistem perniagaan, pertanian, pentadbiran dan undang-undang yang didominasikan oleh Islam selama itu, dan turut merosakkan aspek- aspek budaya Islam lainnya.

      Bagaimanapun, dengan berkat usaha dan perjuangan para ulamak dan sarjana Islam di Tanah Melayu dan di Nusantara umumnya, maka identiti Islam tidak pemah pupus atau hilang dari masyarakat Melayu. Malah dunia Melayu masih dapat mempertahankan kesucian Islam yang dapat dimanfaatkan oleh umat Melayu seluruhnya. Ahli-ahli sufi yang telah meletakkan asas-asas pemikiran yang sihat berteraskan konsep ketuhanan di dalam masyarakat Melayu berjaya membentuk benteng pertahanan akidah orang-orang Melayu dari dicemari oleh fahaman sekularisme Barat yang memisahkan agama dan kehidupan harian.

      Syed Sheikh al-Hadi dan Syeikh Tahir Jalaluddin melalui majalah dan akhbar mereka telah berjaya meniupkan- semangat reformasi Islam supaya umat Melayu menapis konsep Barat tentang agama, ilmu dan kebebasan wanita. Syeikh Daud Petani dan Haji Idris Marbawi menerbitkan penerbitan-penerbitan bermutu untuk memperkukuhkan benteng akidah dan syariah Islam dan memantapkan sistem nilai Islam yang sememangnya positif dan baik.

      Berkat usaha mereka, maka Islam tetap berkembang subur di dalam masyarakat Melayu, walaupun bentuknya amat terhad dan tidak menyeluruh seperti yang terkandung di dalam konsep agama sebagai Ad-Din atau cara hidup yang lengkap. Islam telah berjaya mempertahankan identitinya di kalangan umat Melayu semasa dan selepas penjajahan Barat. Hal ini agak berlainan dari keadaan sesetengah negara Islam yang tidak mempunyai benteng ketahanan yang kuat di dalam kefahaman Islam dan cabaran-cabaran penjajahan ke atas mereka. Dasar Sekularisme yang dijadikan dasar negara Turki umpamanya merupakan satu contoh yang menonjol bagaimana kuatnya cabaran sekularisme dan proses pembaratan negara-negara Islam dan pimpinan politik sehingga negara itu mengambil dasar tersebut sebagai ideologi negaranya.

      Kejayaan Barat merampas bumi Arab untuk menubuhkan negara Israel umpamanya juga merupakan satu lagi contoh kelonggaran dan kehancuran kesatuan umat yang amat ketara sehingga kedaulatan negara Islam dan negara Islam sendiri terpaksa menyerah kalah kepada kuasa penjajahan Barat. Hal ini hampir-hampir berlaku di Tanah Melayu dalam gagasan Malayan Union yang hendak dipaksakan oleh penjajah British ke atas Tanah Melayu.

      Sungguhpun kesnya tidak sama dengan penubuhan negara Israel, tetapi bentuk penjajahannya hampirsama, iaitu dimulai dengan merampas kedaulatan bangsa dan menentukan dasar-dasar penjajahan supaya dipatuhi sepenuhnya.

      Pada pandangan saya bahawa orang-orang Melayu seluruhnya bangun menentang gagasan Malayan Union adalah kerana semangat kebangsaan dan keagamaan. Orang-orang Meiayu menganggap bahawa institusi raja-raja Melayu adalah lambang kesatuan bangsa dan agama rakyat Melayu seluruhnya. Penglibatan para pejuang yang terdiri daripada ulamak Melayu sejak dari zaman penjajahan sehingga ke zaman kemerdekaan dan selepas kemerdekaan negara membuktikan bagaimana para pejuang agama telah mengambil bahagian yang aktif di dalam politik arus perdana (mainstream) dan turut mencorakkan pembangunan negara kita sejajar dengan konsep Islam yang menyeluruh.

      Nama-nama seperti Allahyarham Dr. Burhanuddin Hilmi, Zulkifli Muhammad, Haji Ahmad Fuad dan nama-nama para ulamak yang terdahulu daripada jangka masa ini membuktikan bagaimana para pejuang kita yang terdiri dari kalangan ulamak telah berjuang dengan ikhlas, berakhlak dan mempunyai pandangan yang jauh.

      Bagaimanapun, landasan perjuangan para ulamak Islam yang silam adalah berbeza daripada landasan perjuangan para ulamak moden. Dunia telah berkembang pesat dan mengalami pembangunan yang amat cepat. Maka peranan ulamak pada hari ini juga seharusnya menjadi lebih luas dan mendalam serta lebih mencabar. Dalam bidang ilmu pengetahuan umpamanya banyak para orientalis dan sekularis menganggap Islam sebagai penghalang kepada proses modenisasi dan pembangunan tamadun manusia. Mereka menganggap Islam adalah agama yang beku dan hanya sesuai untuk mengatasi masalah penyembahan berhala, dan membawa manusia untuk menyembah Tuhan yang maha esa. Dengan itu, kata mereka, tugas agama Islam telah selesai kerana tujuannya untuk menghapuskan berhala dan menegakkan konsep ketuhanan yang esa telah pun tercapai sejak zaman Nabi dulu lagi. Oleh itu manusia sekarang mestilah meninggalkan agama dan berpaling kepada tamadun moden untuk mencapai kemajuan hidup.

      Jadi untuk menjawab persoalan ini, para ulamak haruslah mempunyai visi yang jelas dan mendalam tentang konsep dan pelaksanaan ilmu pengetahuan dan sains serta teknologi menurut pandangan Islam seterusnya membentuk tamadun manusia moden.

      Dari aspek kepimpinan Islam, musuh-musuh Islam sering menonjolkan diri Rasulullah s.a.w sebagai pemimpin kerohanian semata-mata, sedangkan baginda adalah merupakan pemimpin kerohanian dan ketua negara yang diasaskan buat pertama kalinya dalam sejarah pada abad ke-7 lagi. Baginda merupakan pengasas bagi sistem sosio-politik yang kukuh dan konkrit. Hal ini jarang, malah mungkin tidak langsung dibicarakan di Barat sebagai satu kriteria negara dan masyarakat Islam moden, terutamanya di kalangan masyarakat Kristian Barat yang berpegang teguh kepada falsafah Give unto the king what belongs to him, and give unto God what is His. Peranan ulamak di sini ialah memahami isu kepimpinan yang sebenarnya dan haruslah tahu membezakan di antara falsafah sekularisme dan ajaran Islam tentang kepimpinan dan politik.

      Dalam zaman pembangunan senjata nuklear dan komunikasi yang serba canggih sekarang ini, masih terdapat negara-negara Islam yang telah merdeka selama ini yang mempunyai imej yang negatif seperti radikal, anti Barat secara melulu, atau pro Barat secara total, pergaduhan kaum dan konflik yang berpanjangan, perpecahan dan peperangan saudara yang menjejaskan maruah dan ekonomi, ketidakstabilan politik dan sosial kerana rasuah dan pemerintahan kuku besi, dan berbagai-bagai pencemaran lain yang memburukkan wajah negara-negara itu.

      Para ulamak harus memahami situasi ini terutamanya memahami isu mewujudkan perpaduan di antara negara dan umat Islam. Faktor bagi perpaduan negara dan umat bukanlah sebarang isme yang diimport dari Washington atau Moscow, malah Islam haruslah menjadi model sejagat dan unsur perpaduan.

      Kesalahfahaman tentang definisi jihad dalam Islam juga haruslah dijelaskan dengan sebaik-baiknya, iaitu jihad tidaklah semata-mata bermakna perjuangan bersenjata di medan perang secara zalim, tetapi merangkumi berbagai-bagai aspek menegakkan kebenaran dan

      melaksanakan kebaikan serta kebajikan, di samping menolak segala kejahatan dan penindasan.

      Isu-isu di atas merupakan sedutan beberapa isu besar yang menjadi agenda kerja dan tindakan orang-orang Islam dalam zaman moden ini yang mengundang para ulamak untuk bekerja lebih kuat dan penuh keterbukaan bagi mencapai matlamat kesejahteraan di dunia dan kesejahteraan di akhirat dan merealisasikan penciptaan negara makmur yang diredai oleh Allah Maha Pengampun.

      Share

      Carian Artikel

      • RADIO IKIM
      • IKIMTV
      • IKIMniaga
      • E-TAFHIM – JURNAL IKIM
      • PERPUSTAKAAN IKIM
      • KERJAYA
      • WEBMAIL
      • MYIKIM
      • IRMIS
      • SOALAN LAZIM
      • TENDER & SEBUT HARGA

      HADIS PILIHAN

      Daripada Aishah RA katanya sabda Rasulullah SAW, “Sesungguhnya Allah bersifat lemah-lembut dan berlemah-lembut dalam semua perkara.”

      (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

      WARGA @ IKIM

      • IKIM Webmail
      • Portal MyIKIM
      • IRMIS
      • HRMIS
      • Sistem Pelaporan Akademik
      • Majlis Bersama Institut

      PAUTAN RASMI

      • MyGov
      • MSC Malaysia
      • MAMPU
      • JPA
      • JPM
      • CyberSAFE

      ISO

      QR KOD

      PENAFIAN

      Institut Kefahaman Islam Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini.

      INFORMASI

      • Dasar Privasi
      • Soalan Lazim

      logo ikim edit shadow smallHakcipta © 2023 Institut Kefahaman Islam Malaysia. Semua Hakcipta Terpelihara.

      • Utama Utama
      • Like via Facebook Like via Facebook
      • Follow via Twitter Follow via Twitter