PENGHAYATAN ISRAK MIKRAJ
Dalam meneruskan kesinambungan abad ke-21 ini, umat islam tidak seharusnya meminggirkan rentetan sejarah silam yang telah banyak memberi panduan kepada umat sejagat untuk meneruskan kehidupan yang penuh pancaroba ini. Apatah lagi kalau sejarah silam itu masih berterusan sinarnya menyuluh ke lubuk hati insan yang impikan segala kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Walaupun sudah menjangkau lebih 1417 tahun lamanya namun peristiwa Israk Mikraj yang dilalui oieh Nabi Muhammad s.a.w. tetap tidak akan dilupakan oleh umatnya kerana banyak pengajaran yang perlu dipelajari daripada peristiwa itu.
PEMULAUAN
Sebelum baginda s.a.w. dijemput oleh Allah s.w.t. untuk memulakan perjalanan ini pada malam 27 Rejab setahun sebelum peristiwa Hijrah ke Madinah mengikut pendapat yang kukuh, baginda terlebih dahulu diuji dengan bermacam-macam ujian yang sememangnya tidak mampu ditempuhi oleh manusia biasa. baginda dan pengikutnya pernah dipulau oleh kaum kafir Quraisy selama lebih kurang 30 bulan dan dalam tempoh pemulauan itu baginda dan para sahabat yang lain terpaksa berhadapan dengan kebuluran sehingga ada di antara mereka yang terpaksa memakan daun-daun kayu, kertas-kertas dan sebagainya.
TAHUN DUKACITA
Setelah tamat tempoh pemulauan itu, Nabi s.a.w. sekali lagi ditimpa ujian dengan kematian bapa saudaranya Abu Talib yang merupakan tempat Nabi s.a.w bergantung sejak baginda menjadi yatim piatu. Abu Talib juga adalah seorang yang sentiasa menitik beratkan keselamatan Nabi s.a.w. dan pernah suatu hari beliau menuju ke Kaabah dengan pedang terhunus di tangan untuk menuntut bela mencari siapakah samseng Mekah yang membuang najis unta kepada Nabi s.a.w. Apabila bertemu dengan samseng tersebut, Abu Talib mengambil najis unta lalu membuangnya ke atas badan samseng itu. Justeru itu, denqan kematian Abu Talib sudah pasti merupakan satu jambatan emas untuk kaum kafir Ouraish menyakiti dan memerangi Nabi s.a.w. kerana sebelum ini dengan adanya Abu Talib mereka malu untuk menyakiti Nabi s.a.w. kerana Nabi s.a.w adalah anak saudaranya yang hidup sebumbung dengan Abu Talib apatah lagi Abu Talib merupakan salah seorang pembesar kaum Ouraisy yang disegani oleh masyarakat.
Tiga hari sebelum sempat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. menghilangkan kesedihannya terhadap pemergian Abu Talib, sekali laqi Nabi s.a.w. diuji dengan pemergian isterinya yang tercinta iaitu Khadijah r.a. Khadijah merupakan srikandi pertama yang mempertahankan Rasulullah s.a.w. dan sentiasa memberi semangat serta dorongan kepada Nabi s.a.w. di saat-saat menghadapi tekanan daripada kaum kafir Ouraisy. Dengan pemergian Khadijah ke alam baqa’ telah memberi satu sinar yang terang kepada kaum kafir Ouraisy untuk terus memerangi Nabi s.a.w. Tahun yang berlaku kedua-dua peristiwa ini dinamakan Tahun Dukacita menurut sejarah Islam.
KE TAIF
Dengan berbekalkan keimanan yang mantap dan tawakkal kepada Allah, Nabi Muhammad s.a.w. meneruskan kesinambungan dakwahnya ke Taif sebuah perkampungan di kawasan pergunungan. Perjalanan ke Taif yang mengambil masa selama 10 hari melalui jalan-jalan yang penuh bahaya dengan ditemani oleh Zaid bin Harithah akhirnya sampai juga ke Taif. Jarak daripada Mekah ke Taif lebih kurang 135 km. Setibanya Nabi s.a.w di Taif lalu baginda pun mulalah menyeru penduduk Taif kepada menyembah Allah dan mengesakanNya. Selama 10 hari 10 malam Nabi berdakwah kepada penduduk Taif namun tiada seorangpun yang mengikutinya bahkan Nabi s.a.w dan Zaid dilontar dengan batu-batu oleh penduduk Taif sehingga kaki Nabi s.a.w. dan kepala Zaid luka dan berdarah.
Ibarat kata peribahasa “sudah jatuh ditimpa tangga” begitulah yang menimpa Nabi s.a.w. Namun untuk menghilangkan seqala kesedihan yang bersarang di hati kecil Nabi maka Allah s.w.t. telah menyediakan satu perjalanan yang pasti akan menghiburkan Nabi kerana Allah s.w.t, maha mengetahui bahawa Nabi memerlukan seseorang yang boleh menghiburkannya. Lalu bermulalah perjalanan Israk dan Mikraj yang merupakan salah satu mukjizat yang paling besar untuk Nabi.
BERTAQARRUB
Justeru itu, makhluk yang bernama insan tidak perlu putus asa dan berpatah hati apabila ditimpa dengan berbagai-bagai ujian yang sememangnya diberikan oleh Allah untuk menguji hambaNya siapakah yang lebih bertaqwa. Dan disebalik ujian yang bertali arus itu Allah telah menjanjikan satu kemuliaan yang abadi. Oleh itu disaat kita berada dalam kesedihan atau kesusahan hendaklah kita bertaqarrub mendekati Tuhan Pencipta kerana dengan mendekatiNya sahajalah kita akan terhibur apatah lagi orang yang mencipta segala kesedihan atau kesusahan itu ialah Allah s.w.t. Di antara cara mendekatiNya ialah dengan mengerjakan sembahyang malam (tahajjud), membaea al Quran, berzikir, bersolawat, melakukan perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya. Disamping itu kita juga hendaklah menenangkan fikiran di tempat-tempat yang sesuai seperti di masjid-rnasjid, surau-surau, tepi pantai, di lereng air terjun, di taman bunqa, di tasik-tasik dan sebagainya.
MASJIDlL AQSA
Perjalanan Israk Nabi s.a.w. dari Masjidil Haram
di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin menggambarkan betapa eratnya hubung kait
kedua-dua masjid ini dalam Islam. la juga menunjukkan bahawa Masjidil Aqsa
adalah antara masjid yang mulia di sisi Allah s.w.t selepas Masjidil Haram dan
Masjidil Nabawi. Masjidil Aqsa merupakan sebuah masjid yang banyak menyimpan
sejarah para anbiya’ yang terdahulu sehingga dikatakan terdapat ratusan jasad
para anbiya’ bersemadi di bawahnya. Oleh kerana ia mempunyai kaitan rapat
dengan Masjidil Haram dan satu kemuliaan bagi umat Islam, maka umat Islam harus
mempertahankannya agar tidak dieerobohi oleh orang-orang Yahudi yang berjiwa
rakus dan benci kepada agama Islam. Sudah berapa ramai umat Islam
terkorban ketika beribadat di dalarn masjid ini akibat keganasan puak pelampau
Yahudi. Masjid ini yang merupakan titik tolak Nabi s.a.w. untuk melakukan mikraj
semestinya menjadi milik umat Islam untuk menjaganya. Malangnya apa yang
berlaku hari ini, umat Islam tidak mampu untuk mempertahankan kesucian Masjidil
Aqsa sehingga ia dapat dikuasai oleh orang-orang Yahudi walaupun di
sekelilingnya terdapat berjuta-juta umat Islam daripada kalangan orang Arab.
Apakah umat Arab khususnya dan umat Islam amnya sanggup berputih mata melihat
kehormatan Masjidil Aqsa dinodai oleh golongan Yahudi yang sentiasa ingin
menindas umat Islam?
Apakah umat Islam tidak cermin diri melihat kemuliaan diri mereka sendiri lalu memuliakan bangsa yang telah dianggap hina oleh Allah s.w.t.? Justeru itu, umat Islam harus mengorak langkah memikirkan bagaimana untuk mendapatkan kembali Masjidil Aqsa yang telah menjadi pesaka umat Islam sejak zaman berzaman dari tangan Yahudi.
AJARAN SESAT
Perjalanan Israk dan Mikraj juga memperlihatkan bagaimana hasutan dan godaan daripada iblis, pengaruh keduniaan, pengaruh yahudi dan nasrani boleh menyebabkan manusia sesat daripada landasan hidup yang sebenar. Hasutan daripada iblis agar manusia lupa kepada ajaran islam dan merekacipta ajaran sendiri inilah yang menyebabkan timbulnya ajaran-ajaran sesat yang berleluasa di merata tempat. Ajaran sesat seumpama ajaran Batiniah, Qadiyani, Syiah, Hasan Anak Rimau, Kumpulan Zikir Rimba dan lain-lain lagi membuktikan sudah berapa ramai manusia yang terpedaya dengan hasutan iblis dan iblis akan terus menghasut manusia melainkan hamba-hamba Allah yang ikhlas dalam mengerjakan ketaatan kepada Allah. Hal ini pernah dijelaskan oleh Allah s.w.t. dalam surah as Sad ayat 82 dan 83 yang bermaksud:
“Berkata lblis: Maka dengan kemuliaan Engkau (wahai Tuhan) aku akan menyesatkan mereka (manusia) keseluruhannya melainkan hamba-hambaMu yang ikhlas (dalam mengerjakan ketaatan).”
Ditambah pula dengan pengaruh keduniaan yang sentiasa ingin menjerat manusia supaya cinta kepadanya dan lupa kepada kehidupan abadi di akhirat. Apa sahaja di dunia ini kalau digunakan sebaik mungkin untuk mendekatkan manusia kepada Allah maka itulah peranan kita di muka bumi ini sebagai khalifah Allah. Tetapi kalau ianya menyebabkan kita semakin jauh daripada Allah maka sesungguhnya apa yang kita miliki itu tidak lain tidak bukan adalah pengaruh keduniaan yang jahat. Manusia sudah terjebak dengan penyalahgunaan dadah, gaya hidup bebas yang mengundang penyakit AIDS, gejala buang bavi, gejala haruan makan anak, gejala pelacuran, senario ibubapa terlalu mengejar habuan keduniaan lalu mengabaikan tanggungjawab dan sebagainya merupakan fenomena manusia sudah terpengaruh dengan panggilan dunia. Kehidupan di dunia ini tidak lain seumpama pohon kayu yang menakjubkan si petani. Dengan hanya berbekalkan sebiji benih ia tumbuh menghijau kemudian ia menjadi layu kekuningan lalu ia hancur dan gugur ke bumi mengikut peredaran masa. Firman Allah s.w.t. dalam surah al Hadid ayat 20 mafhumnya:
“Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah satu permainan dan suatu yang melalaikan” satu perhiasan dan tempat untuk kamu bermegah-megah serta saling berbangga tantang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang (menumbuhkan) tanam-tanaman yang mengkagumkan petani. Kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudiannya menjadi hancur. Dan di akhirat nanti ada azab yang pedih dan juga keampunan daripada Allah serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu”.
Dalam peristiwa Israk Mikraj juga memperlihatkan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w. bagaimana orang Yahudi dan Nasrani sentiasa bekerja keras untuk menyesatkan umat Isiam. Antara lain.-
- Mereka berusaha agar umat Islam melupai al Quran dan meragui kewibawaan institusi hadith. Mereka melahirkan gerakan dakwah perobek hadith yang dikepalai oleh orientalis Barat yang bernama Goldziher kerana mereka melihat bahawa hadith merupakan pentafsir utama terhadap al Quran. Justeru itu, apabila kewibawaan institusi hadith diragui maka senanglah bagi mereka untuk meiumpuhkan pengaruh al Quran daripada jiwa umat islam.
- Mereka berusaha agar umat Islam tidak lagi menggunakan bahasa Arab terutamanya daripada kalangan umat Arab di Timur Tengah. Kerana dengan mempelajari bahasa Arab akan menyebabkan bertambahnya kefahaman umat Islam terhadap al Ouran dan sudah tentu ini akan membuatkan mereka gagal untuk menyesatkan umat Islam. Akhirnya kejayaan sudah mula kelihatan apabila umat Arab sendiri lebih suka bertutur dengan bahasa Perancis dan bahasa pasar mereka.
- Mereka berusaha agar umat Islam tidak bersatu dalam satu empayar Arab kerana ini boleh membawa bencana kepada mereka. Justeru itu mereka melancarkan Perang Salib terhadap umat Islam untuk memecah belahkan empayar kerajaan umat Islam. Mereka juga mengamalkan pemerintahan ‘divide and rule’ yang pasti akan merugikan umat Islam.
- Mereka berusaha dan bertungkus lurnus membentuk penubuhan sebuah negara Yahudi di tengah-tengah negara Arab Timur Tengah sebagai strategi utama ke arah perpecahan umat Islam Arab.
- Mereka menayangkan video-video yang boleh menanam perasaan benci masyarakat dunia kepada lslam seperti penayangan video “Saiful Islam” yang menggambarkan agama Islam yang disebarkan oleh Nabi dan para sahabatnya adalah melalui ketajaman mata pedang. Begitu juga dengan penayangan filem “Executive Decision” yang memberi gambaran buruk dan imej yang ganas kepada Islam untuk tontonan dan penilaian warga dunia.
- Mereka meracuni pemikiran dan kebudayaan hidup umat islam dengan membawa masuk pemikiran dan gaya hidup bebas untuk memesongkan umat Islam terutamanya anak-anak mud a daripada kehidupan Islam yang sebenar. Kewujudan kelab-kelab malam, disko-disko, konsert-konsert nyanyian, kehadiran pelbagai jenis dadah dan pil-pil khayal, fesyen-fesyen yang menjolok mata dan nafsu dan sebagainya.
- Mereka mempergunakan wanita-wanita Islam dengan penonjolan imej seksi dalam memperagakan fesyen pakaian, pertandingan ratu cantik, pelaris alat kelengkapan sukan, pelaris jualan peibagai jenarna rokok serta sebagai alat pemuas nafsu seks dalam perniagaan pelacuran dan perempuan-perempuan simpanan.
Dalam hal ini Allah s.w.t. dalam surah al Baqarah ayat 120 mafhumnya:
“Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan sama sekali redha dengan engkau (wahai Nabi Muhammad) sehinggalah engkau mengikuti agama mereka”.