• Tender/Sebutharga
  • Melayu
  • English
ikimikim
Hubungi Kami
T: 03-62046200 | F: 03-62014189
Waktu Operasi
Isnin - Jumaat 08:00 - 17:00
Emel
[email protected]
  • UTAMA
  • INFO KORPORAT
    • INFO KORPORAT
    • Perutusan Pengerusi
      • Perutusan Pengerusi
      • Pejabat Pengerusi
    • Maklumat Asas
      • Maklumat Asas
      • Pengenalan & Penubuhan
      • Dasar & Matlamat Kualiti
      • Fungsi, Visi, Misi & Nilai-nilai Bersama
      • Piagam Pelanggan
      • Logo
      • Carta Organisasi
      • Carta Fungsi
      • CV Pegawai Akademik
    • Lembaga Pengarah
    • Pengurusan Tertinggi
      • Pengurusan Tertinggi
      • Pejabat Ketua Pengarah
    • Pengurusan Kanan
    • Pejabat Ketua Pengarah
      • Pejabat Ketua Pengarah
      • Unit Editorial
      • Unit Perhubungan Korporat
      • Unit Perpustakaan PTAS
      • Penerbit IKIM
      • Unit Program & Latihan
      • Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU)
    • Pusat Akademik
      • Pusat Akademik
      • Pusat Kajian Ekonomi & Kemasyarakatan (EMAS)
      • Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang & Politik (SYARAK)
      • Pusat Kajian Sains & Alam Sekitar (KIAS)
    • Bahagian Pengurusan Kewangan & Pelaburan
    • Bahagian Khidmat Pengurusan
      • Bahagian Khidmat Pengurusan
      • Pejabat Pengarah (BKP)
      • Unit Pentadbiran & Perolehan (UPEN)
      • Unit Inovasi & Kualiti (UNIK)
      • Unit Teknikal & Prasarana (UTEP)
      • Unit Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (UTEK)
      • Unit Modal Insan (UMIN)
    • Radio IKIM
      • Radio IKIM
      • Unit Kejuruteraan Penyiaran
      • Unit Teknologi Digital (UTEL)
    • tvIKIM
    • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
      • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
      • Unit Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit
      • Unit Pemasaran & Promosi
    • Kerjaya
  • PERKHIDMATAN & PRODUK
    • PERKHIDMATAN & PRODUK
    • Program
    • Penerbitan & Produksi
      • Penerbitan & Produksi
      • Katalog Buku IKIM
      • Buku Terbitan IKIM
      • Produk Audio & Video
      • Koleksi Khas Etika
    • Perundingan
      • Perundingan
      • Khidmat Kepakaran Pegawai Akademik
    • Pengiklanan @ Radio IKIM
    • Pengiklanan @ TVIKIM
    • Pengiklanan @ Platform Digital
  • MEDIA
    • MEDIA
    • Senarai Penulis
    • Senarai Artikel
      • Senarai Artikel
      • Artikel
      • Berita Harian – Dr. Shamrahayu
      • Sinar Harian
      • The Star
      • Utusan Malaysia
      • New Straits Times
    • Buletin
      • Buletin
      • Berita Semasa
      • Buletin IKIM
    • Teks Ucapan
    • Kenyataan Media
    • Muat Turun
    • Video
      • Video
      • Video Korporat
      • Video tvIKIM
  • HUBUNGI
    • HUBUNGI
      • Hubungi

        Alamat :

        Institut Kefahaman Islam Malaysia
        No. 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim,
        50480 Kuala Lumpur, Malaysia

        No Tel :

        +603-62046200

        Emel :

        [email protected]

    Laman Web Rasmi: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Laman Web Rasmi: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
    • UTAMA
    • INFO KORPORAT
      • INFO KORPORAT
      • Perutusan Pengerusi
        • Perutusan Pengerusi
        • Pejabat Pengerusi
      • Maklumat Asas
        • Maklumat Asas
        • Pengenalan & Penubuhan
        • Dasar & Matlamat Kualiti
        • Fungsi, Visi, Misi & Nilai-nilai Bersama
        • Piagam Pelanggan
        • Logo
        • Carta Organisasi
        • Carta Fungsi
        • CV Pegawai Akademik
      • Lembaga Pengarah
      • Pengurusan Tertinggi
        • Pengurusan Tertinggi
        • Pejabat Ketua Pengarah
      • Pengurusan Kanan
      • Pejabat Ketua Pengarah
        • Pejabat Ketua Pengarah
        • Unit Editorial
        • Unit Perhubungan Korporat
        • Unit Perpustakaan PTAS
        • Penerbit IKIM
        • Unit Program & Latihan
        • Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU)
      • Pusat Akademik
        • Pusat Akademik
        • Pusat Kajian Ekonomi & Kemasyarakatan (EMAS)
        • Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang & Politik (SYARAK)
        • Pusat Kajian Sains & Alam Sekitar (KIAS)
      • Bahagian Pengurusan Kewangan & Pelaburan
      • Bahagian Khidmat Pengurusan
        • Bahagian Khidmat Pengurusan
        • Pejabat Pengarah (BKP)
        • Unit Pentadbiran & Perolehan (UPEN)
        • Unit Inovasi & Kualiti (UNIK)
        • Unit Teknikal & Prasarana (UTEP)
        • Unit Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (UTEK)
        • Unit Modal Insan (UMIN)
      • Radio IKIM
        • Radio IKIM
        • Unit Kejuruteraan Penyiaran
        • Unit Teknologi Digital (UTEL)
      • tvIKIM
      • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
        • Bahagian Ekonomi & Pemasaran
        • Unit Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit
        • Unit Pemasaran & Promosi
      • Kerjaya
    • PERKHIDMATAN & PRODUK
      • PERKHIDMATAN & PRODUK
      • Program
      • Penerbitan & Produksi
        • Penerbitan & Produksi
        • Katalog Buku IKIM
        • Buku Terbitan IKIM
        • Produk Audio & Video
        • Koleksi Khas Etika
      • Perundingan
        • Perundingan
        • Khidmat Kepakaran Pegawai Akademik
      • Pengiklanan @ Radio IKIM
      • Pengiklanan @ TVIKIM
      • Pengiklanan @ Platform Digital
    • MEDIA
      • MEDIA
      • Senarai Penulis
      • Senarai Artikel
        • Senarai Artikel
        • Artikel
        • Berita Harian – Dr. Shamrahayu
        • Sinar Harian
        • The Star
        • Utusan Malaysia
        • New Straits Times
      • Buletin
        • Buletin
        • Berita Semasa
        • Buletin IKIM
      • Teks Ucapan
      • Kenyataan Media
      • Muat Turun
      • Video
        • Video
        • Video Korporat
        • Video tvIKIM
    • HUBUNGI
      • HUBUNGI
        • Hubungi

          Alamat :

          Institut Kefahaman Islam Malaysia
          No. 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim,
          50480 Kuala Lumpur, Malaysia

          No Tel :

          +603-62046200

          Emel :

          [email protected]

      Sinar Harian

      Merebut “Tawaran” di bulan Ramadan

      • Puan Azrina Binti Sobian
      • 23/07/2014

      Sedarkah anda bahawa apabila tibanya Ramadan, umat Islam di negara ini dihambat dengan pelbagai tawaran? Cuba perhatikan di sekeliling anda. Tawaran jualan murah ada di merata tempat. Daripada makanan dan pakaian hinggalah kepada barangan perhiasan.Tidak ketinggalan iklan-iklan perabot kediaman. Tawaran-tawaran penurunan harga dan kadar faedah pembelian kereta untuk mereka yang mahu menukar kereta sempena musim perayaan juga tidak kurang hebatnya. Jangan pula dilupa tawaran-tawaran berbuka puasa di restoran mewah yang kadang kala mencecah ratusan ringgit. Bagi tujuan itu juga, tawaran-tawaran pinjaman peribadi turut meriah diiklankan. Ini kerana jika mahu merebut tawaran-tawaran tadi maka pastinya memerlukan sejumlah wang tertentu.

      Apabila melihat tawaran-tawaran yang disediakan ini maka timbul beberapa persoalan yang perlu dicari jawapannya. Pertama, adakah bulan ramadan, amalan puasa malah sambutan Aidilfitri nanti hanya berkaitan dengan pakaian, kereta, perabot serta makanan? Adakah tawaran-tawaran itu yang kita kejar sempena Ramadan yang mulia ini? Apakah ini kefahaman masyarakat Muslim terhadap Ramadan? Atau, apakah ini kefahaman yang cuba dipaksakan ke atas masyarakat Muslim kini? Sedarkah masyarakat Islam kini hakikat sebenar bulan Ramadan itu?

      Sebenarnya, membuat persediaan Aidilfitri di bulan Ramadan tidak salah, asalkan kita berpegang teguh kepada kesederhanaan dalam usaha itu. Malah, yang lebih utama ialah persediaan itu tidak menghakis makna sebenar Ramadan. Jangan kita terlalu ghairah membuat persediaan Aidilfitri sehingga kita lupa bahawa Allah SWT menyediakan “tawaran” lebih hebat di bulan Ramadan ini. Malah, sesungguhnya “tawaran” Allah SWT itu terlalu luar biasa dan amatlah rugi bagi kita yang lalai dan gagal merebutnya.

      Untuk memahami “tawaran” yang disebut tadi, seharusnya hadis Rasulullah SAW dirujuk. Antara hadis tersebut ialah daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Apabila sampai bulan Ramadan, pintu-pintu syurga semua dibuka, pintu-pintu neraka pula ditutup dan diikat serta dibelenggu syaitan dan iblis.” (HR Bukhari dan Muslim). Malah mengerjakan amal ibadat dalam bulan Ramadan mempunyai keistimewaan tersendiri sepertimana yang disebut dalam sebuah hadis lain yang bermaksud, “Sesiapa yang mengerjakan sembahyang sunat tarawih dan ibadat-ibadat yang lain pada malam bulan Ramadan dengan penuh keimanan untuk mendapat keredaan Allah, maka akan diampunkan dosa-dosanya (dosa kecil) yang telah lepas” (HR Bukhari dan Muslim).

      Jelas, betapa hebatnya bulan Ramadan. Oleh itu, beruntunglah umat Islam yang berjaya merebut pelbagai ganjaran pahala di bulan ini terutamanya bagi mereka yang tekun mengerjakan pelbagai amalan wajib dan sunat serta berjaya menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang-Nya. Seharusnyalah umat Islam berlumba-lumba merebut pelbagai tawaran kebaikan yang dihidangkan di bulan Ramadan. Ini boleh dilakukan dengan meningkatkan kualiti amalan-amalan wajib, menambah amalan-amalan sunat, meningkatkan kesabaran dan sebagainya.

      Dalam pada itu, bulan Ramadan juga menjanjikan tawaran hebat kepada kesihatan manusia kerana ketika inilah perut dapat berehat setelah bekerja keras sepanjang tahun. Tidak ketinggalan juga, pada bulan ini kita berpeluang memperbaiki hubungan sesama manusia dengan berzakat, bersedekah, mengunjungi ibu bapa di kampung agar dapat berbuka bersama dan sebagainya. Dengan itu, wajarlah umat Islam merebut ganjaran kebaikan di bulan yang mulia ini.

      Walaupun terdapat pelbagai tawaran kebaikan dalam bulan Ramadan ini, namun pada akhirnya tawaran terhebat adalah agar umat Islam menjadi lebih bertakwa. Itulah matlamat tertinggi sepanjang bulan Ramadan. Ini jelas dinyatakan di dalam ayat 183, surah al-Baqarah (2), yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripaa kamu, supaya kamu bertakwa.” Hakikatnya, Ramadan adalah bulan tarbiah iaitu satu bulan yang melatih kita untuk mempertingkatkan ketakwaan. Semoga dengan berakhirnya Ramadan ini nanti, kita semua akan menjadi hamba yang lebih bertakwa.

      Share

      Carian Artikel

      • RADIO IKIM
      • IKIMTV
      • IKIMniaga
      • E-TAFHIM – JURNAL IKIM
      • PERPUSTAKAAN IKIM
      • KERJAYA
      • WEBMAIL
      • MYIKIM
      • IRMIS
      • SOALAN LAZIM
      • TENDER & SEBUT HARGA

      HADIS PILIHAN

      Daripada Aishah RA katanya sabda Rasulullah SAW, “Sesungguhnya Allah bersifat lemah-lembut dan berlemah-lembut dalam semua perkara.”

      (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

      WARGA @ IKIM

      • IKIM Webmail
      • Portal MyIKIM
      • IRMIS
      • HRMIS
      • Sistem Pelaporan Akademik
      • Majlis Bersama Institut

      PAUTAN RASMI

      • MyGov
      • MSC Malaysia
      • MAMPU
      • JPA
      • JPM
      • CyberSAFE

      ISO

      QR KOD

      PENAFIAN

      Institut Kefahaman Islam Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini.

      INFORMASI

      • Dasar Privasi
      • Soalan Lazim

      logo ikim edit shadow smallHakcipta © 2023 Institut Kefahaman Islam Malaysia. Semua Hakcipta Terpelihara.

      • Utama Utama
      • Like via Facebook Like via Facebook
      • Follow via Twitter Follow via Twitter